Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013 ^__^


Lagi beberapa jam kita akan memasuki tahun 2013 kan... semoga tahun depan kita akan menjadi baik drpd tahun sebelumnya dan sentiasa ceria serta rajin update blog hehehe..
Ini adalah hasil kerja kak Nabilah buat mama... yg ini utk mama kata kakak... terima kasih kakak... cantek.. mama suka ;-)... Di bawah ni pulak untuk abahnya .. bab macam ni kakak memang suka buat... 










Marathon Menjahit ^__^

Selalunya marathon untuk lumba lari ke... lumba basikal ke... saya marathon dengan menjahit 6 pasang baju sekolah kakak 2 orang tu... saya memotong baju tu pada hari ahad 23hb terus jahit tepi... lepas tu pada 25hb Dis.. cuti Krismas tu lah bermula marathon saya menjahit bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang... huhuhu berhenti hanya utk solat dan makan... pagi2 lagi saya dah masak nasi ayam utk makan tengahari  dan goreng mee hoon utk sarapan... 

Budak 3 orang ni dah kena bagi tahu awal2 jangan ganggu mama nak menjahit... korang buat kerja sendiri tau... saya menjahit di bilik kakak 2 orang tu ... penuh kain dalam bilik dia orang tu hehehe :D


Pastu mana budak tiga orang tak kacau... mesti nak kacau juga mama dia menjahit... ni kerja kakak Nabilah "Mama boleh kakak ambil gambar mama... tanya dia.... boleh juga fikir saya.. ada idea masuk blog hahahaa... saya kata ambil tudung mama...." Tekun saya menjahitkan... mahu taknya minggu depan dah mula sekolah...

Close up sikit mama jahit tu ... kata kakak Nabilah.. biasalah kakak seorang ni ikut perangai mama dia suka bergambar....

Tadaaaa.... dah siap satu helai... hahaha tu baru satu helai mama oiiiii.... cepat jahit lagi , ada 5 helai untuk dijahit sedang menunggu.... caiyok... mama... go go go... kata semangat anak2... mesti punya dia orang bagi semangat, tidak tiada baju sekolah baru...hahaha...

Habis jahit baju tu semua... dalam pukul 6 petang... pada hari sabtu 29hb dis baru saya rendam dan basuh... Alhamdulillah hari panas sungguh hari tu ... tengahari dah kering semua baju..

Malam tadi selesaikan jahit butang di leher dan butang ketip di tangan... saya buat cekak ditangan tu supaya senang solat.... Habis menjahit butang tu dalam pukul 11 malam ... huhuhu

Sudah siap... yehhhhh... cuma tunggu untuk di gosok :)))... rasanya ini untuk projek menggosok tahun baru lah nampaknya.... marathon menggosok pulak saya lepas ni :D

Saya buatkan 3 pasang seorang untuk kakak berdua ni... sebab kena basuh tiap2 hari... budak sekarang baju cepat sangat kotor tak kiralah budak perempuan ke lelaki sama jer kan :D

Anak dah 3 orang bersekolah ni memang kena berjimat sangat tak mampu saya nak membeli baju sekolah CANGGIH tu... tak tercanggihkan saya utk menyediakan duitnya huhuhu...



Harga sepasang baju kurung Canggih tu pun dah RM51.80 huhuhu memang tak mampu saya... 
Saya beli semeter kain di Jakel baru RM4.90 apabila diskaun dari harga sebenar RM9.90... kain tebal sama macam Canggih tu juga... utk kakak 2 orang ni saya perlu 6 meter baju dan 5 meter kain... dapat tiga pasang seorang... baru RM53.90 modal saya hehehe. Tudung pun saya beli kain Lycra di Jakel juga semeter RM7.00 bidang 60" ... saya beli 3 meter... dapat 6 helai tudung dia orang .... baru RM21.00 hehhehe .... Kalau di Canggih awak... sehelai RM15.90 size XL...lololo... semput sekejap tengok harganya kan... 



Ahad, 30 Disember 2012

Jom bayar zakat....


Hari saya bertugas di Kaunter Masjid Shah Alam... esok pun saya kerja di sini... jom kawan-kawan kita bayar zakat... pada tahun lepas saya ada menerima bayaran zakat dari seorang blogger tapi saya tak kenal.. masa tu saya tak ada blog lagi.. cuma jadi silent reader ajer... tapi apabila saya lihat hasil berblog dan jualan online pembayar itu sungguh menguja saya utk berblog... :D

Boleh kawan-kawan bayar zakat dgn saya di Masjid Negeri ye....


Jumaat, 28 Disember 2012

Renungan Bergambar... hayati bersama :-))






Suka dengar ceramah Dato` Ustaz Ismail Kamus ni dalam lawak ada benar :D
Dikongsi oleh kawan di FB...
Saya kongsi pula disini ....

Khamis, 27 Disember 2012

Majlis Pertunangan Nurul.... ^__^

Bermula pada hari Jumaat 21/12/2012 saya memang bz sikit ke banyak hahaha kerana saya kena menyediakan tempahan 3 kek coklat moist dan saya juga kena buat sirih junjung untuk pertunangan Nurul ni pada hari sabtu 22/12. Pada malam jumaat tu mak ngah buat bacaan doa selamat dan tahlil utk arwah pak ngah juga. Jadi saya buatkan apam polkadot utk kenduri tu......


Comel mak su nurul ni kan :D
Pada 9 Januari 2013 nanti Nurul akan melanjutkan pelajarannya ke Manchester untuk ambil Master dalam bidang kejuruteraan tak salah selama 1 tahun setengah... jadi mereka bertunang dalam tempoh 2 tahun gitu...

Bakal mak mertua sedang menyarung cincin...

Asraf tunang Nurul , yg pakai baju biru belah kanan nurul..
Asraf baru tamat balik belajar dari oversea juga ...


Mak ngah bersama 4 orang anaknya :D
Hantaran dari Nurul warna biru dan warna coklat dari Asraf..
Nilah sirih junjung saya.. gambar blur sikit

Apam palkodat yg saya sediakan 100 biji...
3 bekas kek coklat moist, 2 biji mak mak ngah suruh potong
siap-siap senang nak hidang... dan satu lagi untuk beri
pada bakal besannya :D
Selamat bertunang Nurul Salmie Suraya dan Asraf moga sampai ke jinjang pelamin hendaknya :D

Rabu, 26 Disember 2012

Putih bak kapas.... cantek halus mulusnya ;-)

 Subahanallah memang cantek ciptaan Allah... walaupun yg tak real sangat... jeles tengok Nadiah tunjuk snow memutih... saya pun nak ... hehehe :D

Canteekkk jer yg diatas ranting tu...

Beruang yg comel sangat...

Pandangan sisi

Rumah Iglo tu... rasa nak masuk jer...

Burung ni pun comel

Putih macam kapaskan :D

Close up sikit... bila saya sentuh... lembut ajer..

disudut yg gelap... macam malam hari pula


Snowman yg comel... Nabil geram tengok...

Suka sangat yg diranting tu

Selasa, 25 Disember 2012

MATA KECILKU....

Bila saya baca puisi ini... meronta-ronta hati hendak ke sana... teringin sangat melihat didepan mata... hanya doa yg mampu di iringi :D
Allahu akbar! Ini puisi yang disampaikan sebentar tadi oleh Bro Afdlin Shauki. dimulakan dengan ta'awuz.

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!
Unlike ·  ·  · 5 hours ago ·

Isnin, 24 Disember 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Saya suka makan sambal tumis petai ni... ulam pun saya suka... nasib baik en suami saya juga suka petai... jadi bolehlah masak sambal petai ni dan makan berjemaah..hehehe.. tapi ada orang tak suka petai sebab bau mulut dan bau di bilik air yang tak boleh tahan hahha.. sebenarnya ada hilangkan baunya.. untuk menghilangkan bau penafasan, lepas makan petai kunyah beras lepas tu buang apabila dah lumat di mulut.. dan untuk menghilangkan bau di bilik air.. minum air berasaskan kopi seperti kopi radix ke...apa-apa kopi 3 in 1... In sha Allah.. itu yang saya amalkan lah :D



KHASIAT PETAI

Biji, Daun dan Akar petai semuanya boleh dijadikan ubat..
Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.


Tapi..tahukan korang antara khasiat petai yan dibuktikan melalui pelbagai kajian adalah seperti :


Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok 
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.

Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN PETAI












BAHAN-BAHANNYA :

1 mangkukkecil ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
1 cawan cili kisar
5 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
Garam  secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA-CARANYA :-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum.
  2. Kemudian masuk cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukan jus asam jawa, garam secukup rasa, kacau dan masak hingga pekat.
  4. Masukan petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  5. Hidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman. Sedap juga dimakan bersama lempeng  dan ubi rebus


Info khasiat petai dari google...

p/s terima kasih yang wish anniversary saya pada hari Jumaat lalu... ceritanya nanti ye... jumaat tu saya cuti.. entri tu pun publish auto :D

Jumaat, 21 Disember 2012

YA ALLAH ENGKAU TERUS SATUKAN HATI KAMI ....





DOA SEORANG ISTERI BUAT SUAMI....
(ULANG TAHUN KE 11)

Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya ALLAH…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Surga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu’ akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi



Ya ALLAH…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengarungi segala kehendak Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya ALLAH…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kehilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku Ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya ALLAH…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya ALLAH…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,


Ya ALLAH…
Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku lena dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu



Ya ALLAH Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal’alamin…

p/s Hari ini genap ulang tahun perkahwinan saya yang ke 11 tahun... kebetulan sama hari jumaat... masih ingat lagi pada pagi Jumaat pukul 10.00 pagi saya selamat  di ijabkabulkan oleh bapa saya di Masjid Jamek Al Islah Kuang, Selangor. Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga dan ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati oleh Ilahi.. Ameen...


Khamis, 20 Disember 2012

JEMPUT-JEMPUT NASI + AYAM = CEKODOK NASI AYAM

Hahaha... mesti pening kepala baca tajuk entri tu kan... hehehe dah semakin tak tahu nak letak tajuk saya ni kan.. sebenarnya nak cerita yang jemput-jemput saya tu, saya letak ayam... kalau saya letak tajuk jemput-jemput nasi ayam... keliru pula orang membacanya... biar betul nasi ayam boleh buat jemput-jemput ... kalau ye pun tak nak membazir nasi ayam tu.. tak kan nak buat jemput-jemput kan... hehehe..


 Ini cerita pagi semalam lah saya buat jemput-jemput apabila melihat nasi tu ada tinggal 2 cawan jer.. kalau nak buat nasi goreng tak berbaloi.. ada yang makan 2 sudu sorang.. mau meraung Nabil tak cukup.. jadi saya buatkan jemput-jemput nasi bersama daging ayam yang bahagian dada... bahagian yang banyak isi ni budak2 tiga orang ni bukan suka makan sangat bila di goreng... oleh kerana nak dia orang makan saya buat jemput-jemput ni maka habislah dia dengan jayanya...

Sejak akhir-akhir ni saya suka buat jemput-jemput nasi sebab kejadian yang sangat sedap... lembut jer masuk ke mulut tak sedar dah lima biji masuk mulut tu.. cecah pulak dengan cili sos... mau bertambah sepiring lagi...

Resepi ni sebenarnya dari cekodok nasi ikan bilis Yatiememories Sinar Kehidupan ku.. saya oleh jadi cekodok ayam... sedap sungguh makan petang hari ni... Jom kita tengok resepi :)

RESEPI JEMPUT NASI + AYAM SEDAP










Bahan-Bahan

·                     2 cwn nasi
·                     2 cwn air
·                     1 biji bwg besar
·                     2 bahagian dada ayam di potong dadu.. agak-agak besarnya ye
·                     2 1/2 cwn tepung gandum
·                     1 mangkuk kobis di hiris (jika suka)
·                     Daun sup/bawang (di hiris halus- jika suka)
·                     sedikit garam
·                     Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya

1.            Blend nasi bersama air, masukkan sekali  bwg besar...kisar sebati.
2.            Masukkan tepung gandum ke dlm bekas bahan2 kisar tadi...blend sebati. 
3.            Tuang dalam bekas dan campurkan semua bahan2 hirisan dan potongan ayam, garam dan gaul sebati.
4.            Panaskan minyak dan goreng adunan jemput-jemput  hingga masak.
5.            Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Amanah menjaga Agama kita sendiri...

Saya terperanjat juga apabila Ustaz Amin menerima respon yang berbagai tentang entri yang dipost oleh Ustaz Amin... saya juga ada membuat entri mengenainya di sini renungan-apa-agenda-kamu-sebenarnya, kita sebagai seorang Muslim perlu bertanggungjawab dengan Agama kita dan perlu bertanggungjawab apabila agama lain cuba membuat sesuatu pada Agama dan negara yg kita cintai.. seperti kata Ustaz Azmin dalam blognya ....


Apa yang saya ingin tekankan ialah, apa yang saya kongsikan bukan rekaan, saya tidak punyai kepentingan apa-apa atas pendedahan ini, saya bukan ahli politik yang inginkan kisah popular, saya adalah seorang muslim yang punyai tanggungjawab ke atas agama yang saya cintai ini, dan saya tidak akan berkompromi dengan perkara macam ini.

Kenapa saya berbuat perkara yang saya tidak punyai kepentingan apa-apa? Ya, bukan untuk popular, tapi untuk tidak kelu di hadapan ilahi apabila saya ditanya mengenai, “apa yang kamu buat ketika saudara seIslam duduk di gereja?”

Pada ketika itu saya menerima berbagai respons, ada yang kata saya penipu, ada yang kata ini agenda untuk menjatuhkan parti itu dan ini, tapi apa yang mereka buat? Apa orang yang kata itu buat untuk agamanya?.

Saya bersumpah atas nama Allah agar Allah ajar orang seperti ini.kerana mereka kurang ajar dengan Allah dan Rasul.

Kawan-kawan boleh membaca selanjutnya disini Rahsia kristian terbongkar di Juruselam dan mengenai responnya disini... respons tentang pembongkaran itu..


Rabu, 19 Disember 2012

Motivasi : APA .... LIDAH BIAWAK ????

Telah banyak saya terima email dari Dr Azizan Osman sebagai motivasi diri saya... Ya Allah semoga hambaMu ni akan terus beroleh kejayaan hendaknya. Ameen....

Norhayati Bt Mohd Isa, Buang 'Biawak-biawak' Hidup Sekarang

Norhayati Bt Mohd Isa.

 
Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
 
Jika Norhayati Bt Mohd Isa masih lagi dibelenggu dengan golongan
biawak.
 
Apa yang saya maksudkan dengan golongan ini?
 
========================
Golongan Biawak? Apakah?
========================
 
Mereka adalah golongan yang suka untuk:
 
1) Merendahkan motivasi diri Norhayati Bt Mohd Isa untuk berubah.
 
2) Mengeji Norhayati Bt Mohd Isa.
 
3) Mencaci apa sahaja yang Norhayati Bt Mohd Isa, lebih-lebih lagi
jika ia berkaitan dengan benda yang baik.
 
Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.
 
Jika Norhayati Bt Mohd Isa mahu berjaya, langkah terbaik adalah
menjauhkan diri daripada golongan ini.
 
BERANI untuk BERUBAH.
 
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan
biawak ini.
 
Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas
meninggalkan mereka.
 
Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk
berjaya.
 
Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka
yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang
luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.
 
Norhayati Bt Mohd Isa, tinggalkan golongan biawak sekarang.
 
Kemudian jumpa kita di puncak kejayaan.
 
Iaitu di program BERANI 2013.
 
Pendaftaran adalah 100% PERCUMA.
 
Dalam seminar ini, saya jamin semuanya bukan golongan
biawak.
 
Norhayati Bt Mohd Isa tidak perlu percaya. Daftar sekarang sebelum
MELEPAS.
 

Wisma Richworks, No 77 Jalan Badminton 13 29, Tadisma Business Park Seksyen 13, Shah Alam, Selangor 40100, MALAYSIA
Unsubscribe | Change Subscriber Options