Isnin, 17 Disember 2012

Majlis Ihtifal Mahad Tahfiz Al Tazkar Kali Ke 7

Pagi-pagi lagi Nabil dah bangun.. sungguh bersemangat teruna saya yang seorang ni untuk pergi ke Majlis Ihtifal Mahaad Tahfiz Al Tazkar di Sekolah Rendah Agama SS3 Shah Alam... Semalam petang dah pesan .. nabil buat persembahan tau mama ... kena pakai baju melayu ustazah kata... 

Orang pertama yang sampai.. jadi sempatlah bergambar
diatas pentas ni ... :D

Inilah pengetua sekolah Uztaz Syahrani sedang memberi
kata-kata aluan pembukaan majlis

Majlis di mulai dengan majlis khatam Al Quran...

Nabil dan kawan2 mulai persembahan dengan nasyid
"HambaMu"
Ini video untuk persembahan kawannya.. persembahan nabil saya rakam guna handphone sebab kamera dah kehabisan bateri.. nanti saya cuba upload dari handphone tu ye kawan... Seronok betul tengok keletah dia orang berlakun ni :D

Suka sangat tengok ketua persembahan ini :D

Gambar tak terang sangat ... 

Dah habis persembahan apa lagi ..main jer lah budak seorang ni
Acara pada hari tu tamat pada pukul 11.30 pagi.. sepatutnya habis pukul 1.00 pm... bagus juga habis awal boleh mama menyidai kain yg tak sempat di sidai tu :D

13 ulasan:

  1. Comel lah Nabil ni...
    semangat dia kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang semangat Atie.. cepat sungguh solat subuh... cam ne tak sampai awal :D

      Padam
    2. Alhamdulillah..InsyaAllah anak sy Pa'e pun nk antar sekolah agama... harap2 boleh jd mcm Nabil :)

      Padam
  2. salam kak yati...
    yan suka tengok budak2 buat persembahan....kadang nampak lucu sangat kan...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun suka yan.. seronok tu yg akak rakam..banyak akak rakam ni.. nanti sikit2 akak upload..

      Padam
  3. semangat Nabil..aktiviti ini akan memberi pengalaman yg bermakna dlm hidupnya sebagai seorg pelajar..insya-Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aktiviti begini lah yg meningkatkan lagi semangat mereka kan Sal.. semoga Nabil menjadi anak yg cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen

      Padam
  4. segak la Nabil lengkap berbaju Melayu siap bersampin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam hari sudah mintakan akak gosok baju melayu tu PM... semangat tengah berkobar-kobar tu :D

      Padam
  5. Boleh saya tahu, SRA Seksyen ni bawah kerajaan negeri ke atau macammana? sebab anak saya akan masuk darjah satu sekolah raja muda. saya nak hantar utk kafa tapi saya tak tahu SRA seksyen ni terima untuk kafa saja atau tak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)