Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 31 Julai 2012

KUMPULAN TADARUS ^___^

Setiap kali ramadhan pasti ada kumpulan tadarus untuk wanita di pejabat saya.. kali ini kumpulan kami bermula dari juz 23 hingga 25. Alhamdulillah kumpulan kami telah selesai bertadarus, siap sekali dengan terjemahan...

Inilah kumpulan tadarus saya






Di pejabat kawan-kawan tentu ada kumpulan tadarus kan... seronokkan..

Khamis, 26 Julai 2012

RESEPI CENDOL DURIAN


Semalam berbuka puasa dengan cendol durian.. ini sebab tergoda blog Madiha tayang cendol durian tempohari.. suka betul anak2 dengan cendol durian ni, dengan tambahan jagung  dan durian 2 ulas seorang... lagi terangkat kata kakak Nabilah... bila dah habis minum kakak Nabilah siap cakap "My tummy was full"... haha dah tak larat nak makan mee hoon goreng yang saya buat...


Semalam saya cuti sebab jaga Nabil yang demam ni, hari ni dah pergi tadika pun.. demam sebab main hujan katanya.. bila cuti tu sempat nak buat cendol durian ni...

Budak demam yang kata sangat best tu.. bagi makan sikit
jer sebab demam belum kebah sepenuhnya..

Mangkuk KakaK Nabilah .. tu yang penuh tummy tu..

Mee Hoon goreng yang sempat dibuat... nasi makan sahur
penyudahnya sebab perut dah penuh

Marilah cuba resepi ni, sedap sangat, saya mohon share resepi ni ye MaDiHa...


Resipi Cendol Durian
Resepi : Kak Sha

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang  )
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian
1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang) 


Resepi Santan Durian
 Bahan2
1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
secubit garam

Cara2 menyediakan
1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.



Selamat berbuka semua ^___^

Selasa, 24 Julai 2012

Ihya Ramadhan Bersama DYMM Sultan Selangor

Semalam 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadhan adalah program pertama Ihya Ramadhan bersama tuanku di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Sebanyak 12 program akan diadakan di seluruh masjid negeri selangor  yang terpilih. LZS memberi sumbangan kepada 125 orang fakir dan 125 orang miskin serta 100 orang Muallaf (saudara baru).. Anak-anak yatim juga turut diraikan untuk menerima sumbangan dari MAIS yang disampaikan oleh tuanku. Tuanku yang begitu berjiwa rakyat berbuka puasa bersama, solat jemaah bersama dan sudi juga bersolat tarawikh. :D


DYMM sultan selangor baru tiba...
ambil dari jauh jer..
Sebelum itu kami urusetia LZS sibuk menyusun sampul duit didalam dulang.. majlis berlangsung pada pukul 6.00pm...
Susun elok2 ye :)

Dah siap susun bersama Aini :D
Empat dulang semuanya...

Urusetia yang tersangat BZ Aini ehe ;D

Berbaju biru itu Raja Muda Selangor ... Tengku Amir Shah
yang rajin menemani ayahanda nya ...
Selepas asar orang ramai beratur untuk mengambil
bubur lambuk..

tengok panjang betul barisan untuk mengambil bubur ni..
Selepas berbuka, saya terus pulang kerumah... teringat en suami berbuka dengan anak-anak dirumah... sampai dirumah, saya tengok mereka sedang makan... memang en suami solat maghrib dulu baru makan , berbuka ambil kurma dengan air dahulu...

Isnin, 23 Julai 2012

Iftar Ramadhan Pertama dan kedua

Assalamualaikum semua, sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa, pada ramadhan pertama dan kedua saya di rumah mak di Kuang, alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik untuk berbuka puasa dengan mak dan abah di kampung. Hari pertama tu konon nak balik awal tapi en suami pulak ada kerja, pukul 6 pm baru balik dan sampai rumah 6.35pm, en suami kata masak dulu dirumah kita lepas tu bawa balik rumah mak, so saya buat tomyam ayam dan puding roti marble coklat. En suami habis mandi dan bersiap dah pukul 6.45pm, terus gerak balik kampung, sampai rumah mak di kuang dah pukul  7.25pm, lagi 5 minit nak berbuka... jadi gambar semua tak sempat nak ambil sebab dah berbuka semua selamat dalam perut :D..

Hari kedua baru ada sikit gambar, itu pun tak semua nak ambil, sibuk berbuka puasa.. hari tu kami buat mee kari, ayam percik bakar, bubur jagung dan kuih koci labu... gambar ni pun diambil oleh kak Nabilah.. saya sibuk di dapur menyiapkan lagi juadah petang tu..

Bubur Jagung

Mee Kari

Ikan Terubok Bakar

Kuih Koci Labu... Nabil sibuk jer org nak ambil gambar..
bebel kak nabilah...
Gambar tengah makan tak ada... sebab semua orang tengah kusyuk makan... Alhamdulillah Kak Nabilah dan Kak jeeha, habis puasa 2 hari tu... semoga penuh sebulan seperti tahun lalu... Ameen

Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN KAREEM

Esok kita semua akan mula berpuasa, di kesempatan ini saya mengucpakan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat semua, saya juga memohon maaf kepada semua sekiranya sepanjang saya menulis ada yang menyinggung perasaan sahabat semua, begitu juga jika komen yang saya berikan mengguris perasaan sahabat semua ...


Sedikit info mengenai puasa yang perlu kita ketahui, semoga puasa yang dilaksanakan di terima oleh Allah s.w.t :-

Puasa Umum


Puasa umum atau Shaum al Umum adalah puasa yang hanya menahan diri daripada makan dan minum dan keinginan syahwat. Selain daripada itu, mereka tidak menahan diri daripadanya seperti mengumpat, bercakap bohong, melihat maksiat, mendengar nyanyian melalaikan dan sebagainya. 



Puasa Khusus


Puasa khusus atau Shaum al Khusus ni up sikit dari puasa umum.Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa; dan ditambah pula dengan menahan lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Misalnya, tidak mengumpat, mencela, memaki, membebel tak tentu pasal, mencarut, melihat maksiat atau perkara yang sia-sia seperti program tv atau drama yang tidak bermanfaat, melihat aurat orang, mendengar umpatan, mendengar lagu yang lagha, dan sebagainya. 

Selain daripada itu tidak tidur berlebihan di siang hari, tidak boros berbelanja, tidak melakukan maksiat dan tidak makan berlebihan.



Puasa Khususul Khusus

Puasa Khususul Khusus atau Shaum Khusus alKhusus bermaksud berpuasa dengan menyertakan semua perbuatan di atas dan disertai dengan berpuasanya hati. Iaitu berpuasa daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Puasa ini adalah puasa tahap Anbiya', Siddiqin dan Muqarrabin.. 




Cara untuk mencapai 3 tahap puasa adalah:


1. Menundukkan pandangan dan menahan diri kita daripada melihat perkara yang dilarang oleh syariat.

2. Lebih baik diam atau berzikir dan membaca Al-Quran daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah, mengumpat dan sebagainya.

3. Menahan diri dari mendengar perkara yang dibenci oleh syarak.

4. Menahan anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang dan menahan perut daripada berbuka dengan makanan yang haram.

5. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa.

6. Hendaklah timbul dalam hati rasa takut kepada Allah kerana kita tidak tahu samaada puasa kita diterima ataupun tidak.
7. Perbanyakkan ibadah sunnat seperti mengaji alquran, tadarus alquran, berzikir, memperbanyakkan bacaan agama, solat sunat isyraq, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat taubat, tahajjud, tasbih, hajat, witir dan sebagainya...

Niat berpuasa dan doa buka puasa


Jadual berbuka puasa bagi Zon 1 Selangor


Sumber info : Google.com

Khamis, 19 Julai 2012

Tertunai sudah impian Nabil ^___^

"Nabil sungguh 'bergembira' jika boleh naik lorikan", kata Nabil kepada saya... tersenyum saya bila disebut perkataan bergembira tu... nampak suka sangat lah tu. Entah macamana malam tu en suami bawa balik lori .. tapi semua orang tak tahu kerana dah lena tidur. Pagi tu en suami bagi tahu yang bos dia minta tolong bawa lori itu untuk inspection PUSPAKOM kerana derebar bercuti ... kebetulan tempat tu dekat ajer dengan rumah so en suami pun bersedialah untuk membantu...

Bila mendengar ada lori... sungguh teruja lah si Nabil ni, maka minta bawa jalan-jalan sekejap, abah dia kata tunggu abah balik dari inspection lori baru boleh bawa jalan-jalan..

Pusing-pusing di taman perumahan sahaja...

"Dah sudah ke abah"? tanya Nabil.. macam tak puas je jejalan :)

Dah turun, abah nak hantar balik ofis...

Muka "bergembira" :D

Best sangat :))

Seronok :D
Lepas tu dia boleh cakap "Nabil nak naik bas pulak lepas ni"... aduhai, mana pulak abah dia nak pinjam bas ni.. hahaha

Selasa, 17 Julai 2012

MEE GORENG MAMAK... mudahnya nak buat :)

Hari tu saya buat mee rebus tapi ada pula yang minta mee goreng mamak.. siapa lagi kalau bukan kak Nabilah, penggemar mee kuning dia ni, berbeza dengan budak 2 orang tu, suka mee hoon sama macam abah mereka. Semalam kami dinner dengan mee goreng mamak atas permintaan kakak Nabilah.. semua orang bersetuju nak makan mee goreng... lalala.. senang hati mama tak perlu nak masak lauk berbagaikan..
"Mee Goreng Mama hehehe.. bukan mamak sebab mama
yang masak" kata Nabil
Bila buat mee goreng ni walaupun nabil tak minat sangat mee kuning tapi bila masak mee goreng mamak bertambah dia makan... best katanya.. sebabnya dah lama saya tak masak mee goreng ni.. Kakak Nabilah apa lagi penggemar mee kuning ni... bertambah-tambahlah dia makan .. yummy katanya.. nanti buat lagi.. cuba tanya kak Jeeha pula... "Hemmm boleh lah".. hahhaha orang yang tak minat mee kuning.. lepas tu dia boleh makan roti pula dengan jem nuttela... "Hah lagi best", kata Jeeha :D Macam-macam ragam anak kan..

Mari kita tengok resepinya yang saya ambil dari Chef Hanilieza...


Resepi Mee Goreng Mamak 
( Sumber: Chef Hanilieza )





Bahan-bahannya :-
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis  ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )
  • 100 gm fish cake – saya ganti dgn 3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)
  • 4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato/cili – saya tambah
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur – saya letak 2 biji telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]
  • 1 kiub ayam/daging – saya tambah
Cara penyediaan:-
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.
Jom kita cuba masak pulak :D


Isnin, 16 Julai 2012

Respon Pemenang Nobel Keamanan Terhadap Hijab

Bila saya membaca blog Love Islam, saya sungguh bangga dengan jawapan Tawakkul Karman... saya kongsikan bersama untuk renungan bersama...


TAWAKKUL Karman ialah seorang wanita yang memenangi Anugerah Nobel (Noble Laureate) Keamanan berasal dari Yaman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Ibu Revolusi Yaman.
Apabila wartawan bertanya kepada beliau mengenai pakaiannya yang menutup aurat, Hijab (tudung kepala) yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk tahap intelektual dan pendidikan beliau, Tawakkul Karman telah menerangkan dengan cukup jelas untuk kita semua renungi dan ambil iktibar.

Apa jawapan Tawakkul Karman?
“Manusia di zaman awal peradaban hampir telanjang, seiring dengan pencapaian ilmu dan tamaddun manusia, mereka mula mengenakan pakaian. Makin lama makin banyak untuk menutupi tubuh badan mereka. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan pencapaian tertinggi peradaban manusia dan ianya bukan satu langkah kebelakang. Malah, manusia yang mula meninggalkan pakaianlah orang yang ingin mundur dan kembali ke zaman purba.”
Sumber: http://farhan-albanna.blogspot.com/

GULAI BIJI CEMPEDAK PUCUK UBI

Entri saya yang lalu saya ada buat Jemput-jemput Cempedak disini dan sebelah jemput tu ada semangkuk rebus biji cempedak. Bila nampak rebus biji cempedak tu, en suami pun kata "biji cempedak ni masak gulai dengan pucuk ubi ni sedap ni". Oleh kerana en suami mendapat seorang isteri yang mithali hihihi :)) maka saya masakan gulai biji cempedak ni, sebenarnya saya tak pernah pun masak dan makan gulai biji cempedak. Ini lah kali pertama saya memakannya... ternyata memang sedap sekali...

Gulai Biji Cempedak Pucuk Ubi... yummy..:))
Tapi ini selera orang tua lah, anak-anak tak berkenan langsung hehehe cuma kak nabilah yang suka pucuk ubi tu jer yang dia makan.. saya tahu en suami masih lagi terkenang arwah mak nya.. tu lah apa yang di masak oleh arwah maknya pasti terasa di tekak dan teringat-ingatkan. Ini tahun kedua berpuasa dan beraya tanpa mak tentu sedihkan... :(

Okey lah sesiapa yang ingin mencuba masakannya, saya tempek resepinya disini... iyelah harga sekilo cempedak pun dah RM7.00/kilo, jadi kita guna segalanya yang boleh dimakan hehehe :D

RESEPI GULAI BIJI CEMPEDAK PUCUK UBI














Bahan-bahannya

1.1 mangkuk biji cempedak yang telah direbus
2. 3 biji bawang merah kecil
3. 1 biji cili merah
4. 10 biji cili api
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. 250gm santan
7. Sehelai daun kunyit
8. 1 batang serai
9. 1 ikat pucuk ubi
10. 1/2 mangkuk kecil ikan tamban kering
11. Garam secukup rasa

Cara-caranya.

1. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit hidup
2. Celur pucuk ubi dahulu selama 15 minit
3. Kemudia masukan separuh  santan dalam periuk bersama bahan kisar,ikan tamban dan sedikit garam.
4. Masuk kan biji cempedak yang dipotong 2 kedalam periuk tunggu ia menggelegak baru masuk daun kunyit, serai dan sekerat asam keping.
5. Selepas tu baru masuk pucuk ubi yang telah dicelur, masakan lagi selama 10 minit. Rasa garam, jika perlu ditambah, tambahkan sedikit.
6. Boleh lah dihidang :))




Jumaat, 13 Julai 2012

Hidup dalam kursus ^__^

Kadang-kadang ada orang suka pergi kursus dan selalunya banyak yang tidak pergi kursus, hendaklah lagi kita yang dah berkeluarga.. aduh kursus itu macam dah jadi satu beban lah pulak.. walaupun saya mengambil berfikiran positif iaitu untuk mendapatkan ilmu , maka saya dayakan juga.. huhu.. Bermula dari 12-14 Julai 2012 saya berkursus "Dynamic Presentation Skills" di Carlton Hotel Shah Alam. Saya ni dah kelu lidah bila bercakap di khalayak ramai. Mulalah penyakit menggigil, keluh kesah dan berpeluh , kadang-kadang boleh blank otak sekejap tak tau apa yang hendak dikata hihihi...

Hahaha tengah fikir apa lagi saya nak cakap...

cukup tak encik tanya saya.. bila lah nak habis
1 minit setengah ni :))
Kawan-kawan sama berkursus

Menunggu turn utk bercakap pula.. macam ragam ada :))
You all suka tak pergi kursus hehehe ^__^

Khamis, 12 Julai 2012

Resepi Jemput-Jemput Cempedak

Hari sabtu baru ni pergi pasar pagi asnaf di ss3 Shah Alam, Nabil ternampaklah buah cempedak ni.. Nabil dengan kak Jeeha memang suka sangat dengan buah cempedak ni. Kak Jeha siap cakap lagi "Mama beli lah dua biji, satu biji goreng satu biji makan tak payah goreng makan macam tu jer hehehe" Suka sangat makan cempedak yang mentah camtu. Saya jawab " beli aje sebiji cukup nanti goreng separuh makan camtu jer separuh.." 

Minum petang ahad
Mahal juga harga sebiji cempedak ni sekilo RM7.00, kalau yang dah siap goreng 4 ulas tu RM2.00, amboi jatuh satu ulas 50 sen gitukan...
Inilah besar cempedaknya.. nak dekat 2 kilo ni RM13.00
Saya beli hari sabtu lepas tu nak goreng hari ahad, penyudahnya cempedak itu terlebih masak tak sesuai nak goreng gitu jer, kena buat jemput-jemputlah nampaknya...

Banyak ni dapatnya.. itu pun budak2 dah makan mentah jer..

close up... nampak terlebih masak kan
Jadinya saya buatlah jemput-jemput petang tu,

RESEPI JEMPUT CEMPEDAK











Bahan-bahannya :
1 biji cempedak ( 20 ulas)
1 sk garam
½ cawan tepung kek (naik sendiri)
½ tepung gandum
3 sudu tepung beras
½ cawan air (agak-agak tengok kelembutannya.)

Caranya:-
1 . Buang biji cempedak dan lenyek-lenyekkan, ketpikan
2.Campurkan semua tepung bersama garam
3.Bancuhkan bersama air tidak terlalu cair dan terlalu pekat.
4. Kemudian masukan isi cempedak dan gaul sebati.
5. Panaskan minyak, goreng cempedak macam kita buat jemput-jemput pisang , guna tangan atau sudu.


Akhirnya ceritanya saya rebus biji cempedak tu, sedap juga buat kudapan hehehe...




Rabu, 11 Julai 2012

Berita : Teguhnya cinta Azah pada budaya

Saya amat mengkaguminya, beliau yang sentiasa berbaju kurung walau apa jua majlis dan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir nya itu, sungguh manis menawan ..

Belasungkawa Azah Aziz...



DIA seorang yang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya penuh kelembutan.


Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan masa, di mata kebanyakan orang beliau adalah seorang wanita yang sempurna.



Namun, di sebalik kesantunan wanita berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab itu tersemat kekuatan dan keteguhan dalam dirinya yang sukar digugat oleh sesiapa.


Sharifah Azah Mohamed Alsagoff bukan hanya figura yang disegani dalam bidang budayawan, malah sejarah panjang hidupnya memberikan impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara.


Kehebatan itulah membuatkan permaisuri dalam hidup tokoh akademik tersohor negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, itu sentiasa memukau ramai bak sebutir permata yang bersinar.


Namun semalam, wanita yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun. Beliau yang meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
HASIL perkongsian hidup bersama Azah dan Ungku Aziz, 
mereka dikurniakan seorang cahaya mata Zeti Akhtar (kiri) 
yang kini menjadi Gabenor Bank Negara. 


Pemergiaan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu bukan sahaja mengejutkan, bahkan ditangisi ramai. Negara kehilangan wanita yang selama ini begitu teguh mempertahankan nilai budaya agar tidak dimamah zaman. Cerita seterusnya boleh baca disini Rencana utama Azah Aziz

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solehah. Al fatehah.

Selasa, 10 Julai 2012

MR MAMA ^___^

Heemmm Mr mama sementara saya... hari tu di stadium shah alam ada jualan gudang metrojaya, jadi en suami ajak saya pergi sama tengok apa yang ada dijual. Biasalah bawa anak-anak ni jadi terpaksalah berpisah mencari barang. Saya pun leka melihat kasut dan baju anak-anak, boleh jugak utk buat rayakan. Dalam pada tu Nabil dah sibuk nak balik, penat kot.. lagipun permainan yang dia hendak dah dapat, apa lagi beriye ajak balik. Bila call en suami , masih sibuk memilih barangan yang en suami perluka, saya pun dah penat pergi bayar barang yang saya beli dan tunggu di kereta, kebetulan kunci kereta ada pada saya.

Tengah duduk rilek dalam kereta, tengok en suami penuh kiri kanan bawa barang, amboi beriye shoping en suami ni.. dan salah satu dari tangan yang di pegang adalah benda ini...

Magic Mop..
Ini suruh isteri rajin mengemop lah ni... tak tahu ke en suami bahawa isterinya ni mengalami slip disc.. kalau saya mengemop, mesti 2 3 hari sakit belakang, kenapa tak dibeli mesin yang boleh mop lantai kan senang.. saya tanya apa yang magicnya bang kalau kena menunduk-nunduk untuk mengemop ingatkan magic kalau petik suis jalan sendiri bekerja... ohhh alangkah bahagianya saya kan..


warna pink.. i like u :P
 So petang tu en suami menjadi mr mama... dah tahan kot rasa lantai melekit...


mula-mula mop dapur

pas tu tunjuk dgn saya macam mana nak guna

abang buat terus boleh hehehe

close up sikit

Akhirnya mr mama saya buat satu rumah
sayang mr mama..
Terima kasih en suami kerana bantu saya... ni lah bila en suami ada rumah banyak tolong saya buat kerja rumah, tolong saya basuh kain, kemas rumah dan mengemop nilah :))

Kadang-kadang saya tak dapat nak kemas rumah sepenuhnya, ye lah nak urus anak-anak lagi, dengan kerja lagi... aduh letih sungguh...

Teringatlah luah rasa Nadiah disini good-moms.
Kadang-kadang saya kena bebel juga dengan en suami bila tengok rumah bersepah tapi nak buat macam mana, masa kita masak didapur, anak-anak bersepah di depan rumah... masa tu pulak en suami balik... tadah jer lah telinga...