Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Ogos 2012

Selamat Hari Merdeka ^__^






Lama cuti ni.. ada 3 hari.. apalagi saya balik ke kuang rumah mak saya... lagi pun en suami masih lagi di Sarawak... Selamat Hari Kemerdekaan buat semua warganegara MALAYSIA semua... sayang malaysia.... :D

Kawan-kawan tentu dah ada plan bercuti kan :D

Khamis, 30 Ogos 2012

Tadika Nabil Pula Sambut Raya ^__^

Hari ini giliran tadika Nabil pula buat sambutan hari raya, kek dah siap masa buat untuk kakaknya.. cuma nak tambah toping coklat diatas sahaja. Saya tabur warna warni dan coklat rice... kak jeeha siap tanya kenapa nabil punya cantik.. warna warni lagi, lepas tu sebiji kek tu... saya kata tadika nabil joint dengan mahaad tahfiz ... jadi ramai nak makan...

Suka betul dia dapat kek warna warni tu
 Lepas tu saya bekalkan juga coklat kereta dan conflake coklat walnut tu... Ehe semuanya coklatlah yang nabil bawa... tak perasan saya, bila buat entri baru perasan :D

Cikgu dia pesan terus hantar ke Mahaad Tahfiz sebab buat disana... pagi saya sampai cikgunya belum datang lagi.. budak-budak lain dah ada tapi minta saya tunggu juga.. nasib baik cikgu datang awal.. sampai cikgu nak bergambar dengan nabil sebab hari ini nabil hensem.. kata cikgunya... tersipu-sipu malu teruna saya ni :D

Rabu, 29 Ogos 2012

Sambutan Hari Di Sekolah Pula ^___^

Malam tadi bertungkus lumus saya menyediakan kek kukus coklat untuk kakak dua orang tu... ada sambutan hari raya di sekolah.. jadi kena bawa pot luck seorang sedikit ... Lepas tu kena pakai baju raya... masa hantar naik bas sekolah tu pak cik bas siap tegur.. "amboi sedondon you.." hahaha.. pak cik Farid memang suka bergurau dengan budak2 sekolah... itu hari dapat duit raya lagi dari pak cik bas ni, RM5 seorang.. tiap2 tahun raya bagi duit pakcik bas ni...

Ceria dengan pot luck masing-masing
 Malam tu juga kak Nabilah masukan kuih raya dalam bekas.. tolong masukan untuk jeeha sekali sebab kakak yang sorang ni tidur awal... Kek coklat kukus tu pulak nak letak toping coklat letak coklat rice lagi... semua barang ada saya layan jer permintaan dia orang berdua... kuih raya dia orang bawa conflace coklat walnut dan wajik yang nenek andak dia orang bagi... air saya buatkan air sirap seorang satu.. dah siap..


Kek Coklat Kukus, Wajik dan Conflake coklat walnut..
Saya kerat dua kek tu dan masukan dalam bekas plastik hehe
senang betul kerja mama ni :D
Masa dalam kereta kakak dua orang sibuk cakap esok hari rabu ada sambutan hari raya di sekolah, nabil pun keluarkan surat dari dalam beg.." cikgu bagi "katanya, rupanya hari khamis nabil pulak ada sambutan hari raya di tadika, siap ada persembahan lagi.. patut lah dalam seminggu dua ni asyik nyanyi lagu "Suasana Di Hari Raya" oleh anuar zain dan elina tu...

Dah langsung buat kek kukus kakak tu, saya buat dua adunan untuk nabil bawa ke tadika hari khamis nanti.. request juga nak toping coklat rice tu :D

Isnin, 27 Ogos 2012

Puasa Enam :-)

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya mula puasa enam, takut nak tangguh-tangguh nanti terlepas lah pulak.. rugi rasanya.. week end ramai yang buat open house.. so hari kerja ni eloklah puasa sambil kita rehatkan perut ni yang makan bermacam-macam lauk-pauk dan kuih muih tu... hari sabtu itu hari boss buat open house, kambing panggang 2 ekor tergolek-golek.. en suami lupa diri makan kambing panggang tu...

Hari ini hingga 4hb september en suami dah outstation ke Kuching, Sarawak.. ada event kat sana pulak... Oleh kerana en suami tiada di rumah, saya ambil kesempatan untuk puasa enam syawal... senang masak lauk utk anak-anak jer :D


Kelebihan puasa enam


Mari kawan-kawan kita berpuasa :D




Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal



Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@... Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:
Soalan:
Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?
Terima kasih

Jawapan:
Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)  
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:
"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.
Sumber : Google

Jumaat, 24 Ogos 2012

Raya belah sana ?? ehe ^__^

Ini adalah ahli keluarga en suami saya, tak ramai yg ada dalam gambar ni sebab ada yang tolong ambilkan gambarkan...

susah sungguh nak bergambar.. 

candid ajer lah..

Ateh sibuk suruh zaara pandang kamera..

Cari kasut masing2 dah nak balik..

Balik pagi sebab takut jem...

Khamis, 23 Ogos 2012

Satu hari di hari raya ;-)

Candid di pagi raya :-D

susah betul nak suruh nabil 
duduk diam

bersama mak dan abah saya


bersama dua org kakak saya

dah dapat duduk diam nabil tapi gambar candid pulak ;-)
Masih mood raya... ni pun update guna handphone, gambar ni pun ambil dlm galeri handphone, skrg berada di kg en suami pula :-)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Daun ketupat...

Mak saya tanya "nak buat ketupat tak".. belum sempat saya jawap, mak saya jawap tak payahlah nanti masak nasi impit sajer.. tapi saya tahu niat dihatinya nak buat ketupat.. jadi pagi tadi sebelum pergi kerja saya singgah pasar seksyen 16 cari daun ketupat... aduh dah naik harga, tak sampai 50 helai daun RM6, dulu 100 helai daun baru RM8.. dah susah agaknya nak cari daun kot..




sempat anyam dua masa pagi tu
Pada mulanya saya nak beli 2 ikat jer tapi bila tengok daunnya tak berapa cantik saya beli 4 ikat. Lepas tu saya telefon mak kata dah beli daun kelapa.. mak tanya berapa seikat .. saya jawab rm6 ... mahal tu .. tak pe lah kan mak saya nak makan .. sayang mak...

Ketupat satay

Ketupat bawang

Ketupat pasar

Malam ni nak pulun anyam kasi habis, esok balik rumah mak tinggal rebus sahaja. :D

Kawan-kawan tahu anyam ketupat tak...


Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya ^__^

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua blogger , mohon kemaafan jika ada salah dan silap semasa meninggalkan komen di blog yang saya lawati...


Tart Tiga Rasa ^__^


Tajuk entri macam masak ikan tiga rasa.. :p sebenarnya nak cerita pasal kuih tart bunga kelopak yang saya buat malam tadi... Macam mana boleh kejadian tart tiga rasa... meh meh saya cerita .. sebelum tu tengok gambar dulu

Rasa strawberry, nenas dan blueberry :)
Kakak saya dah bagi tahu saya sukatan adunan kuih tart yang di beri banyak tau... ye ke , fikir saya kembali bila tengok gram yang diberi.. pastu nafsu jahat yg masih ada didalam hati pun.. hasut-hasut kata tak banyak.. kakak saya buat setengah adunan saja.. tapi saya derhaka terus buat satu adunan dan merasakan jem nenas yang saya buat cukup.. rupanya tak cukup... jadinya terpaksa lah saya guna jem yang sedia ada.. 

Tart nenas kelopak 

Tart straberry kelopak ehe :D

Tart beluberry kelopak hahaha
Kebetulan jem strawberry dan bluebery tinggal cukup-cukup jer untuk semua adunan tu... jenuh juga saya nak habiskan adunan itu, dah buat seorang diri, pembantu saya dah hantar balik kg dulu sebab budak sekolah cuti hari khamis.. saya jumaat masih kerja lagi.. :-))

Begitulah ceritanya yang menjadikan tart tiga rasa hahahah :D

Khamis, 16 Ogos 2012

Biskut Dahlia @ Mekar Setaman ^___^

Malam semalam buat projek kuih raya ke2 dengan kak Nabilah. Dengan penuh semangat dua beranak membuat adunan biskut dahlia mengikut resipi di blog Ladylavender disini, saya yang tergoda sebenarnya melihat kecantikan biskut dahlia LL, itu yang semangat sangat.  Selepas siap adunan , saya pun cari acuan kuih dahlia ni yang saya simpan dalam satu bekas tupperware... cari punya cari .. tak jumpa.. rasanya ada dimana ye... atau yang saya pandang tempoh hari adalah dirumah sebab hari ahad itu ada juga nak projek kuih raya sama adik tapi tak jadi.. Macam mana adunan dah siap hendak tak hendak kena teruskan...

Maka jadi lah ia seperti bunga ini... akak Nabilah nak juga bentuk yang boleh letak manik tu

Mekar setaman hahaha nama baru
Ini lah penyelamat saya pada malam itu......



Kami jaya kan juga berdua beranak... saya tukang terap dan kak nabilah tukang letakan maniknya

Saya sedang terap
Gambar tiada sebab Nabilah yang
ambilkan
                         

Mekar setaman saya... ehe :D

Kawan-kawan mesti dah banyak buat biskut raya kan :))

Rabu, 15 Ogos 2012

Sudah tiba malam 27...

Terus memburu dan memburu Lailatul qadar...


Jadi iftar kami petang ni, saya akan buatkan mee hailam dan air vitagen mangga... cukup untuk mengalas perut...



Mangkuk mama :)) 

Air  Vitagen Mangga
Jom kita terus memburu Lailatul Qadar... ianya belum berakhir...

Selasa, 14 Ogos 2012

Bila dah penghujung...

Penghujung ramadan ini semuanya mengejar 10 malam terakhir.. surau di tempat saya dah mula buat solat malam (qiamulail) berjemaah.. sungguh indah bila buat ibadat ni berjemaah ni bersama-sama.. bertambah erat siratul rahim...

Jadi juadah untuk iftar semakin mudah nak disediakan hehhee... inilah iftar kami sekeluarga hari ini... lepas tu terus ke surau utk solat isyak dan tarawikh lepas tu terus marathon utk qiamulail pula..

ABC special ni jer buat...

Yang lain semua beli.. Nasi Lemak Kukus..
Pau Coklat

Pizza ni pun beli di bazaar ramadhan. :P

ABC kak Nabilah
Nak cepatkan bila jer yang tunujk.. lepas tunjuk kena lah keluarkan duit :D

Biskut raya pertama

Hari sabtu baru ni bermula lah buat projek biskut raya. Buat yang paling senang sekali hahaha... tak perlu dibakar dalam oven bagai... :) tersangat lah rajin mama ni kan..

Apa lagi projek ini dijayakan bersama dua orang anak gadis kecil molek tu... dah memang mereka berdua nak buat kuih raya kan... oleh kerana tiga beranak ni bertungkus lumus membuat nya so gambar tak sempat nak ambil hehehe :-P

Choklat with almond and walnut
nama kuih bagi sendiri hehhe

Ni lah hasilnya...



Bila diisi dalam balang dapat banyak ni pula
yang balang gula-gula tu bagi pada mak,
dalam tupperware tu saya punya...
:)
Tupperware yang kecil tu dah habis sekarang... budak 3 orang tu makan bila buka puasa hehehe...

Kawan2 mesti dah banyak buat biskut raya kan...:-))

Jumaat, 10 Ogos 2012

IFTAR DI RUMAH SAYA PULA ^__^

Hari sabtu minggu kedua saya buat iftar dirumah saya, jemput adik beradik en suami kerana semuanya tinggal di sekitar shah alam. Dari pagi saya dah mula memasak lauk pauk dan kuih muih. Tambahan saya seorang jer yang masak sebab en suami kerja hari itu..

Bila dah siap hidang, tak sangka banyak yang saya masak dari pagi, tomyam ayam, sup tulang, kari kepala ikan merah, sayur kailan ikan masin, sayur pak choy,  ayam goreng berlada dan tauhu sumbat. Kuihnya pula saya buat puding keremal, puding roti marble coklat dan pavlova... buah-buahan pula anggur dan tembikai.. air yang di sediakan jus anggur...

Bila en suami tengok... banyaknya awak masak.. macam-macam jenis... ehe saya senyum ajer.. tak sangka itu hasil saya dari pagi...

Puding roti marble coklat.. buah pula anggur ..

Puding karemal yang kecik aje sebab kuning telur buat pavlova 

Kari kepala ikan merah, tauhu sumbat, ayam goreng berlada,
tomyam ayam dan sup tulang

Pavlova saya si jantung hati..
saya bubuh sikit jer buah takut runtuh lagi
bila nak makan bau tambah buah banyak2 :))
Adik ipar saya bawa puding jagung dan air asam boi.. solat jemaah maghrib dulu baru lah menjamu selera...

Main bunga api rumah atuk

Main bunga api ini pada hari ahad di rumah atuk, semalam sampai rumah abah di Bukit Jalor pukul 12 malam semua orang dah tidur dalam kereta.. tapi sempat juga main rumah nenek andaknya semalam... Biasalah gambar ni Kak Nabilah juga yang ambil... mama didalam tengah layan facebook hehe :))


Bunga api gasing

Abah yang layan budak2 ni main bunga api

Seronok nya kak Jeeha

Nabil sebenarnya takut-takut nak pegang bunga api ni..
dia suruh orang yang main, dia tengok saje :))

Senyuman yg menawan haha :))

Peace no war... akak Nabilah ni...


habis di cucuh di pagar atuknya... habis berjelaga..
cucu punya pasal senyum ajer..


Nak juga peace tu kak jeeha
 Bila tengok budak-budak main bunga api.. teringatlah saya masa kecil2.. macam2 bunga api yang ada..