Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 27 September 2012

Gulai Terung Ikan Masin


Masak gulai ikan masin adalah kegemaran kami sekeluarga.. tak kiralah ikan masin itu masak dengan nenas ke, terung telunjuk ke... janji ada ikan masin... makin berseleralah makan kami sekeluarga..

Masak gulai ikan masin ni pun permintaa kak Nabilah.. jadi nak tengok anak dara ni makan bertambah, masakanlah lauk kegemarannya.. pasti bertambah makannya.. jadi nasi kena masak lebih sikit.. takut tergantung selera nak makan kan :D



Mudah aje masak gulai ikan masin ni.. saya guna ikan duri masin , ikan talang masin pun sedap juga.. mari kita tengok apa bahan dan caranya ... ehe

RESEPI GULAI TERUNG IKAN MASIN 










Bahan-bahannya :-

4 batang terung panjang (potong ikut suka puan-puan ye.. saya belah 4 je)
Ikan Duri masin secukupnya
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 asam keping
15 biji cili padi*
1 biji cili merah*
3 biji bawang merah kecil*
3 cm kunyit hidup*
garam secukup rasa

Cara-caranya :-

1. Masukan santan cair bersama bahan yang dikisar (* ) dan ikan masin
2. Bila sudah mendidih masukan terung terung tadi.
3. Bila terung sudah sedikit empuk masuk kan santan pekat dan asam keping. (sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan)
4. Rasa masinnya.. jika tidak cukup masin bolehlah ditambah sedikit garam.
5. Siap untuk dihidang

Senangkan.. Selamat mencuba ^__^

Selasa, 25 September 2012

Resepi Mee Hailam

Semalam saya buka puasa dengan mee hailam saja... bila lihat di peti ais mee kuning tu ada lagi, tu yang saya buat mee hailam takut expire pula mee kuning. Mee hailam ni kegemaran kami sekeluarga.. tak hairan kalau nabil dan kakaknya bertambah dua kali :-D...

Sekarang tengah memulakan projek ganti puasa pulak :)) InsyaAllah tinggal sehari jer lagi nak diganti.. senangkan kalau dah ganti awal-awal.. ini kerana saya dah serik disebabkan kes 2 tahun sudah dimana saya jatuh sakit iaitu mengalami migrain yang teruk.. masa tu dah dekat ramadhan.. saya cuba ganti puasa, apabila petang saya dah kolaps, nak berbuka saya terpaksa merangkak kerana tak daya nak bangun.. seksa sungguh saya rasa ketika itu :(

Saya regu dengan jus jambu batu merah Yummy :))

RESEPI MEE HAILAM










Bahan-bahannya :-

250gram Daging ( campur dengan tulang pun sedap:p) direbus
2 mangkuk air rebusan air
10 ekor udang
1/2 batang lobak merah
250gram bunga kobis
5 batang jagung muda
2 ulas bawang putih (ditumbuk jangan sampai lumat tau)
1 inci halia (ditumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1) Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan bau wangi
2) Kemudian masukan kicap pekat, kicap cair, kicap manis,sos cili dan sos tiram. goreng sekejap.
3) Selepas tu masukan air rebusan daging dan daging yang telah dihiris nipis. Biarkan mendidih
4) Kemudian masukan pula sayur-sayur dan udang. Masakan hingga empuk.
5) Bancuh tepung jagung dengan sedekit air, kemudian masukan kedalam masakan tadi
6) Akhir sekali letak sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. (kalau nak pedas boleh letak lada hitam lebih sikit)
7) Siap untuk dihidang

Selamat mencuba :))

Isnin, 24 September 2012

Resipi Paprik

Semalam lunch kami adalah nasi paprik.. punyalah senang mama nak buat satu lauk dan cepat siap. Lepas tu goreng telur dadar serta bendi goreng ikan bilis.. bertambah anak beranak makan :D


RESIPI PAPRIK 

Bahan-bahannya:-
250 gram daging (rebus)
250 gram udang
1/2 batang lobak merah
200 gram bunga kobis
1/2 peket jagung muda
2 biji tomato
5 batang kacang panjang
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 halia (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 helai daun limau purut
1 batang serai
Garam secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung

Cara-caranya :-
1) Tumis bahan tumbuk dan dihiris sehingga kekuningan.
2) Kemudian masuk kan cili kisar masak sehingga bau wangi .
3) Selepas itu masukan kicap pekat, kicap cair, sos tiram sos tomato,kicap manis dan biarkan sebentar.
4) Kemudian tuang sedikit air rebusan daging tadi bersama daging dan udang, masukan pula sayuran bunga kobis, lobak, jagung muda, kacang panjang dan tomato.
5) Selepas itu masukan serai yang dititik dan daun limau yang dihiris serta masuk garam secukup rasa.
6) Akhir sekali bancuh tepung jagung bersama sedikit air kemudian masukan kedalam masakan tadi untuk memekat kuahnya. Biarkan mendidih sekejap.
7) Siap untuk dihidang

Jumaat, 21 September 2012

Resipi Ikan Kerapu Kukus

Hahaha bila kolesterol dah tinggi baru lah nak makan yang kukus ye Yatie... :D Jadi semalam dinner kami sekeluarga dengan makanan yang sihat hehehe.. selama ni main makan ye Yatie ikut selera tekak kan.. sekarang kena lah ikut selera umur yang dah four series ni.

Anak-anak saya pun suka juga ikan masak kukus ni, hendak ikan baru lagilah manis kan :D



RESIPI IKAN KERAPU KUKUS

Bahan-bahannya :-

2 ekor ikan kerapu kecil
1 inci  halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos tiram
1/2 batang lobak merah
miyak bijan
garam
daun bawang dan daun sup

Cara-caranya :-

1) Cuci ikan sehingga bersih( sebaiknya cuci dengan limau nipis)
2) Tumbuk bawang putih dan halia
3) Masukan ikan kedalam manggkuk kukus gaulkan bersama bahan tumbuk dan sedikit garam.
4) Masukan Lobak merah yang di potong memanjang dan letakan sos tiram diatas ikan tadi
5) Kemudian kukus selama 15 minit
6) Selepas 15 minit perah limau nipis, masukan daun bawang serta sup dan titikan minyak bijan.
7) Kemudian kukus lagi selama 10 minit.
8) Siap untuk dihidangkan

Mudahkan masak makanan sihat ni.. cuma hendak dengan tak nak jer nak masak dan ikut selera aje. Itu saya lah tu.. lepas ni rajin-rajin masak makanan sihat yer Puan Yatie :D 

Khamis, 20 September 2012

Keputusan Darah :P

"Keputusan darah yang di terima, Alhamdulillah semuanya baik cuma satu jer puan kena kawal ye " kata Dr Hamidah kepada akak...

"Apa ye doktor" tanya akak

" Tengok ni.. keputusan kolesterol puan dah border" kata doktor pada akak..

Huhuhu kolesterol yang tak baik pula yang dah bordernya.. secara keseluruhan kolesterol akak 5.1 walaupun masih bawah <5.2, dan Kolestorel LDL akak adalah 2.5 dah border walau pun masih dibawah <2.6. Doktor pesan pada akak, jangan makan yang berminyak dan bersantan... yang goreng-goreng dan masak lemak kurang kan ye ... huhuhu makanan bersantan tulah kegemaran akak...


Liver akak Alhamdulillah normal begitu juga dengan gula juga normal
Cuma kolesterol  jer yang border.. kena kawal :(



Yang ni pula keputusan thyroid akak Alhamdulillah Normal





Urine test tak berapa baik.. doktor kata akak kencing kotor jadi kena makan antibiotik ye :)



Darah merah dan darah putih Alhamdulillah Normal... keputusan 6 bulan lepas jer
haemoglobin akak rendah. Sekarang dah naik sikit.. itu hari cuma 10 g/dL jer
Semoga akak dapat mengawal kolesterol akak dengan baik... Nampaknya lepas ni akak kena sarapan dengan Quaker Oats...bukan nasi lemak huhuhu...

Kawan dengan pak cik ni pulak saya  hehehhe  :P

Makanan ni ye Puan Yatie ..huhuhu

Rabu, 19 September 2012

ALHAMDULILLAH BARU SELESAI :-))

Dari  pukul 8.30am baru sekarang selesai... pukul 12.30. Tunggu ambil ubat pula.. nombor saya 0388, nombor sedang tunggu 0376....  Sabar lagi lah yati..

SABAR UTK MENUNGGU :-)

Hampir satu jam menunggu di KPJ HOSPITAL Shah Alam ss 20 utk temujanji dgn Dr Hamidah bagi followup migrain saya ni. Nombor dah dapat yg pertama tapi no tu tak panggil juga... Sabar jer lah..

Selasa, 18 September 2012

Last cerita ye ^__^

Nak juga buat entri pasal raya walaupun raya dah habis.. cuti tiga hari tak sempat nak buat entri sebab sibuk beraya hehehe...

Pada hari jumaat 14/9/2012 adalah jamuan raya di ibu pejabat LZS.. Alhamdulillah pejabat agihan dapat tempat ke 3 bagi kategori gerai yang ceria walaupun hanya menghidangkan buah-buahan dan kuih muih...


Yang menjaganya adalah gadis dan bunga.. tu yang ceria dan meriah hehehe



Tempat pertama adalah jabatan kutipan.. ceria dengan pink calour you...

Sedap betul laksa dia orang ni :D
Pada hari Ahad pula 16/9/2012 pukul 10am-12tghr adalah jamuan raya di taman saya Desa Alam Seksyen U12 Shah Alam

Nabil layan aiskrim..:)

En Suami memberi hadiah cabutan hadiah raya
Orang kuat katakan Asst. Setiausaha penduduk

Nabilah layan nasi arab

Najeeha layan satay..

Orang belum ramai lagi masa kami
sampai.. ialah pukul 10.15am kami
sampai :D
Gambar mama  raya di taman desa alam tak de sebab jadi camera vomen  :D

Lepas pada tu kami pergi ke jamuan raya di Baitul hasanah dari pukul 12tghr - 3pm.. meriah kat sini ada kambing panggang tu yang tergoda nak pergi...

Bergambar bersama kawan saya yang lama tak jumpa..
Sanisah.. semoga tabah melawan sakitnya
Licin pinggan....
 layan kambing panggang

Nabil makan nasi tomato..
tak sempat nak ambil gambar
Pukul 3pm - 5pm, kami sekeluarga pergi ke Kota Kemuning Jalan Kebun Klang, kawan en suami akan pergi menunaikan haji pada 20hb September ni.. perut masih lagi kekenyangan.. jadi kami layan kuih-muih, buah dan pecal yang sgt yummy...

Layan buah tembikai dan
kerepek ubi.. tengok tutup atas
meja ...balangnya ditangannya..

Layan talam durian yang sangat yummy

Umphh sedapnya mama kuih ni rasa durian.. lepas tu di suakan
pula kemulut saya.. memang sedap..
Akhir sekali pada pukul 6pm saya kerumah adik bungsu saya pula buat open house.. en suami tak ikut sebab malam pukul 8 kena kerja.. jadi kami pergi empat beranak jer.. gambar tak ade sebab dah penat, dari pagi dah keluar raya... :D

Khamis, 13 September 2012

Pelajar Kita Maut Nahas Di Jordan

Al Fatihah kepada Saiful Asyraf bin Saifudin pelajar tahun 2 penuntut di Universiti Muktah Jordan yang telah mengalami kemalangan maut pada 10 September 2012. Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan Qatar Airways dan akan tiba jam 2.10 petang 13 Sept 2012. Allahyarham adalah penerima bantuan umum pelajaran (BUP) Lembaga Zakat Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah....

Saiful Asyraf Saifudin, 22, pelajar tahun dua di Universiti Mutah, Jordan 
yang maut dalam kemalangan pada 10 September 2012  


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Seorang penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di Universiti Mutah, Jordan maut dalam kemalangan ketika menjemput dua rakan pengajian yang baru tiba selepas bercuti di negara ini awal pagi ini.


Saiful Asyraf Saifudin, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah di universiti berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).



Allahyarham yang dikenali sebagai 'Oyak Kayo' maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Menurut Presiden Pelajar Universiti Mutah, Kailani Azhari, Allahyarham bersama seorang rakan lelaki yang memandu kereta sewa itu dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang selepas menjemput dua penuntut perempuan yang baru pulang bercuti di Malaysia.

"Kesemua mangsa merupakan penuntut tahun kedua di Universiti Mutah. Kereta yang dipandu rakan arwah terbabas ketika membuat pusingan U.

"Tiga rakan arwah yang cedera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Hissi sebelum dipindahkan ke Hospital Tentera Karak. Arwah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jordan, Karak.
"Setibanya di Hospital Kerajaan Jordan, jenazah dalam keadaan yang baik kecuali pada bahagian kepala yang mengalami luka dan pendarahan.

"Jenazah arwah dibawa ke Mustasyfa Bashir di Amman untuk diuruskan dan akan diterbangkan ke Malaysia malam ini (awal pagi esok)," katanya menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Kailani, Allahyarham sangat dikenali khususnya di Universiti Mutah kerana personaliti yang cukup ceria dan ramah dalam berbicara membuatkan sesiapa yang mengenali beliau sangat senang bersamanya.

"Allahyarham sangat komited dalam menguruskan urusan berkaitan persatuan di Mutah dan mandat terkini beliau ialah Ahli Jawatankuasa Sambutan Pelajar Baru bagi Unit Logistik," katanya.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Saifudin Jaafar, 49, ketika dihubungi malam ini memberitahu, arwah merupakan anak sulung daripada empat beradik mula melanjutkan pengajian pada tahun 2010.
"Saya reda dengan kehilangan anak saya ini walaupun perit untuk kami sekeluarga terima," katanya yang berniaga sendiri dan menetap di Beranang, Selangor.

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, 12 September 2012

Gulai Kemumu Dengan Udang

Pernah dengar nama kemumu ni tak? Saya tak tahu lah di tempat anda panggil apa?

Gulai Kemumu Dengan Udang
Siap di masak :D


Close up sikit :))

Inilah pokoknya seperti batang keladi  kan

Rendam dengan air garam dulu *__^

Masukan didalam periuk
 Lepas raya ni jamu dengan hidangan macam ni memang membuat saya bertambah lah makan.. hahaha.. elok-elok puasa turun 5 kg , sekarang raya sudah naik balik 5 kg.. aduh kena diet balik ni :D

RESIPI GULAI KEMUMU DENGAN UDANG


Bahan-bahanya :

1/2 kilo udang
3 batang kemumu
10 biji cili api ditumbuk

3 biji cili merah ditumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
Santan dari sebiji kelapa (asingkan patinya)
Garam secukup rasa
Asam Keping
Daun Kunyit

Cara-caranya:
1) Buang kulit nipisnya.Potong batang kemumu lebih kuran 11/2 inci kemudian rendam dengan air garam. Ketepikan
2) Masukan bahan tumbuk dengan santan cair tadi. Masak hingga mendidih
3) Kemudian ramas-ramaskan batang kemumu tadi , lepas tu cuci dan toskan.
4) Masukan udang, sedikit asam keping,garam dan batang kemumu, kacau hingga mendidih.
5. Kemudian masukan pati santan dan daun kunyit, kacau sentiasa nanti pecah santan, lepas mendidih sekejap. Bolehlah dihidang.

Saya ambil batang kemumu di rumah kak Sah.. belakang rumah kak lang di kundang.. masak dirumah kak lang juga dengan mak.. Berselera sungguh mak makan gulai kemumu ni.. En suami pun suka dan ini lah kali pertama dia makan gulai kemumu ni.. selalu dia makan batang keladi..

Mesti di tempat kawan-kawan panggil batang kemumu ni dengan nama lain kan...

Isnin, 10 September 2012

Perjalanan terakhir..

Pukul 4 pagi saya dikejutkan dgn panggilan telefon dari adik saya memberitahu abang ipar saya telah meninggal dunia. Hampir 5 tahun tabah melawan kanser tulang. Pada hari raya ke 8 saya sempat menziarah arwah di rumahnya. Pada masa tu arwah ramah berbual, tiada pun menunjukan kesakitan, kak long kata arwah pergi dgn tenang dan mudah sekali. Cuma dlm dua hari ni setiap kak long dan anak-anak datang, arwah minta peluk dia, nanti rindu kat dia. Cuma anak arwah yg berada di London tidak melihat kali terakhir.

Semasa saya melihat wajahnya kali terakhir, wajahnya tenang sekali, seolah-olah tidur yg mendamaikan. Saya mendoakan rohnya ditempatkan bersama para solehin dan di berkati Ilahi. Alfatihah.

Khamis, 6 September 2012

Terasa Nikmatnya ^___^

Bila dah terlalu lama tekak ini dihidangkan dengan menu raya.. tapi bila dapat menikmati menu biasa yang dimakan.. terasa nikmatnya... hendaknya ikan :)). Dalam minggu ni saya masak berasaskan ikan dan sayur-sayuran. Anak-anak pun boleh makan bertambah. Selalu dinner, ada juga nasi yang tinggal utk dibuat nasi goreng utk sarapan pagi esok.. tetapi malam ni licin... :D

Sweet sour ikan kerapu 

Ikan Kerapu Kukus 

Sayur kacang panjang dan peria goreng hijau..
Alhamdulillah sungguh nikmat dinner kami malam ni...
Kawan-kawan punya dinner lagi best, tengok tayang kat blog tu :D

Rabu, 5 September 2012

3 in 1 ~ Merdeka, Raya dan Hari Jadi ^___^

Pada malam 31 Ogos, kak lang saya buat open house di rumahnya.. riuh rendah semuanya bila berkumpul 6 anak perempuan emak di rumah kak lang.. saya sampai rumah kak lang pukul 12.30 tghr, kak ngah , kak andak dan Uda pukul 11 pagi dah ada... cuma kak ateh lewat sikit pukul 3 petang baru sampai.. tunggu anaknya kena kerja pulak merdeka day...

Bertungkus-lumus kami sekeluarga menyediakan makanan utk malam itu, hilang penat bila semua makanan habis dan mencukupi untuk semua undangan. Gambar-gambar ini diambil oleh kak nabilah.. saya sibuk tolong menghidang dan melihat makanan yang dah hampir habis untuk ditambah...

Selepas solat maghrib berjemaah .. majlis dimulai dengan bacaan yasin dan doa selamat yang di ketuai oleh adik saya Ustaz Azharudin :D... beriya nabil dengan kopiahnya tu... :))



Inilah sebahagian menu yang dihidangkan pada malam tu.. satay, nasi impit kuah kacang, rendang minang, mee hoon goreng, gulai nangka ikan masin, sayur campur dan bermacam-macam.. ada yang tak diambil oleh nabilah... tapi  kek coklat yang saya buat... itu yang habis dulu :D

                        

Sebahagian para tetamu yang hadir pada malam itu selain dari kaum keluarga...


Bermacam-macam gambar candid yang kakak Nabilah ambil.. puas lah dia klik sana sini sampai terlewat nak makan....

Selepas tu acara memotong kek pulak bagi mereka yang menyambut hari lahir.. oleh kerana lahir pada jun, julai dan ogos sikit saja.. maka mereka di rangkumkan dalam bulan ogos ni.. :D
Abang ipar saya siap baca nama atas kek tu... "Siapa yang tiada nama atas kek ni, sila ketepi ye" hahaha


Selepas tu saya ada bagi hadiah harijadi.. tak besar mana pun cuma mug hari jadi jer buat besday boy and girl :D.

Danial adalah besday boy yg paling kecil... iaitu cucu sulung kakak saya a.k.a cucu pertama buat kami mak cik-mak ciknya.. dan cicit emak yang pertama juga...


Majlis malam itu di akhiri dengan sesi bergambar sekeluarga....

Anak-anak Emak n Abah :D
Sebahagian daripada cucu-cucu .. cucu2 semua ada 31 orang :D