Selamat petang semua... minum petang kami adalah Roti Goreng Sardin. Ini gara-gara roti nak expired.... nak buat puding roti, malas lah pulak nak mengukus bagai, jadi cara yang mudah saya buatlah cara ni hehehe.... Untung dpt mama yang rajin macam saya ni ehe :D
"Sedaplah mama" kata Jeeha sambil menambah kali kedua...
"Mama nak lagi" kata Nabil sambil menghulur piringnya...
"Mana mama dpt idea buat masak macam ini" inspektor polis Nabilah bertanya pulak hihihi
Sesungguhnya resepi dtg dgn sendiri, bila hati saya berkata cuba buat mcm ni, sedap jugak kot... Air teh pulak hasil Nabilah... hemmm sedap jugak air teh ni kata hati saya.. dah boleh diharaplah anak saya sorang ni ... ada sesiapa nak buat menantu hihihi ( gurau senda aje tau)
Jomlah kita tengok resepi yang amat mudah sekali ;-)
RESEPI ROTI GORENG SARDIN
Bahannya :-
8 keping roti(bakar dahulu di pembakar roti, kemudian dipotong enam bagi setiap keping roti)
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar (dimayang bulat)
1 sudu kecil asam jawa(saya guna asam jawa adabi yg dlm cup tu.. bancuh dgn setengah cawan air)
5 sudu besar cili merah kisar
Minyak masak utk menumis.
garam secukup rasa.
Caranya:-
1. Panaskan minyak utk menumis bawang besar yg dimayang, masak sederhana, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan pula cili kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukan sardin dan hancur-hancir ikan tersebut. kacau hingga sebati, selepas itu masukan air asam jawa, kacau sebentar kemudian masukan garam, rasa masinnya.
4. Selepas itu masukan bawang besar yg ditumis tadi, kacau sebati, kemudian masukan roti potong tadi, gaul hingga mesra.
5. Angkat, siap utk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ;-)
ehm2...sedapnya...buat makan petang2 ngan kopi panas2 memang layan la....sedap2.....
BalasPadamPerghh Layan dgn kopi memang Sedap Yan, kat rumah akak tak de stok kopi, kalau balik kuang ADA sbb mak akak minum kopi ;-)
Padamkalau anak2 suka..memang kita rajin nak buatkan yatie
BalasPadamBetul tu acik erna, hendaknya habis lagi suka ;)
Padamsedaaap tu k.yatie mkn panas2...
BalasPadamKat sana dah minum ptg, kami baru lepas breakfast :)
Ye LL, tadi mkn tghri awal dlm kul 12, Nak pukul tiga dah lapar balik hehehe
Padamsalam..
BalasPadambagus jugak buat macam ni kan..kreatiflah.
Kerja senang bagi akak yg rajin ni bbwana ehe :D
PadamWow! sedap tuh..
BalasPadamMemang Sedap Gee ;-)
Padammmg kreatif, mesti kenyang...
BalasPadamuntung ada anak dara besar, dah boleh harapkan buat air :)
Harap-harap lepas ni boleh tolong masak pulak Nur :)
Padamassam,
BalasPadammemang sedap tu...tak membazirkan..
sedapnya ...kawannya dengan teh o..ump..
BalasPadamKreatif
BalasPadamsedap nya Kak..
BalasPadamdah lama tak makan ni...:)
sedapnya..lbh2 lagi kalau ada sardin.. :P
BalasPadam