Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Januari 2013

Ikan Siakap Gerang Asam :))

Ini gara-gara tergoda tengok masakan blog Mamamadiha aka kak ratna masak ikan gerang asam.. tengok kuah pekat semacam mesti sedap punya ... so ini projek masak-masak kat kampung juga lah ni.. memang sedap kekawan .... kuah pekat likat gitu ... dapat 5 bintang saya masak ni oleh abang ipar saya hahaha...


Ikan Siakap Gerang Asam
Cerita banyak pun tak guna... jom kita tengok resepi... saya mohon share resepi ye Kak Ratna... saya panjangkan resepi orang terdahulu ye... moga dihalalkan ye..

RESEPI IKAN SIAKAP GERANG ASAM


Bahannya :-
  • 175ml minyak masak
  • 0.5 liter air
  • 35 gram asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 ekor ikan Siakap (potong 4)
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 sudu teh gula
  • 1 kiub ikan bilis
Bahan kisar halus :
  • 25 tangkai cili kering
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji buah keras
  • 2cm kunyit hidup
  • 2.5cm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 1.5 sudu teh belacan
Caranya:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi
  2. Masukan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih
  3. Selepas itu masukan daun kesum dan bunga kantan dan renih selama 8 mint
  4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ikan. Biarkannya sehingga ikan masak.
  5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhu citarasa masing-masing.
  6. Siap untuk dihidang.
"SELAMAT MENCUBA"


GORENG PUCUK MERANTI :)

Minggu ni saya cerita apa aktiviti yg saya main masak2 di kampung, semua masakan yang saya masak semuanya jenis yg terkenang semasa dulu... masa saya kecik2 , apa yg kami adik beradik makan secara percuma jer nak dapat tapi sekarang semua kena beli. Contohnya macam pucuk meranti .. dulu masa saya kecik2 emak petik di kebun ajer... bila mak balik dari kebun bagi pada kak ngah suruh masak goreng pucuk meranti.. ialah adik beradik ramai 9 orang yg perlu disuap makan.. jadi kena cari sayur2 yg tidak dibeli.. emak cuma beli ikan kembung jer tu anak2 makan... abah setakat PAR jer kan... tapi rezeki berkat jer walaupun gaji sikit ... cukup mencukupi semuanya... anak2 semua sekolah.. Alhamdulillah berjaya belajar di luar negara adik saya yg ustaz tu ke Jordan.. 



Goreng Pucuk Meranti
Amboi memang terkenang semasa dulu2 betul saya ni kan... saya merasa sungguh gembira di zaman kanak2 saya.. memori yg terindah :D..

Jom kita tengok cam mana rupa pokok pucuk meranti ni... cantik menghijaukan... 


Sekarang kita tengok resepi nak masak pucuk meranti ni yg semua orang boleh masakan hehehe :D

GORENG PUCUK MERANTI










Bahannya :

  • 1 ikat pucuk meranti
  • 1 gengam ikan bilis(ditumbuk sedikit)
  • 3 biji bawang merah * hiris
  • 5 biji cili api * hiris
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
Caranya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng sebentar ikan bilis, apabila sedikit garing, masukan bahan hiris, goreng sehingga bau wangi.
  2. Kemudian masukan pucuk meranti , sedikit air dan garam, goreng hingga masak.
  3. Setelah masak bolehlah di hidangkan.
"SELAMAT MENCUBA"

Rabu, 30 Januari 2013

LEPAT NAGASARI

Masa emak sibuk memilih pisang untuk membuat lepat pisang ... ada seorang pelanggan bertanya "ada pisang raja tak dik?"... Budak tu keluarkan pisang tu... cantik pulak saya tengok.. dah teringin pulak nak buat  lepat Nagasari.. dah lama saya tak buat... saya sambar satu sisir, emak pulak sambar dua bakul pisang emas untuk buat lepat pisang kegemaran emak tu..



Bila di kampung ni yang senang bila bahan cari ajer di belakang rumah seperti daun pisang ni ... tak payah beli sampai RM2.00 untuk dua tiga keping daun pisang seperti kat Shah Alam ni... senang nak buat projek :D

Ni tepung untuk salut pisang raja tu.. selepas kejadian dinamakan Lepat Nagasari....

Kacau sampai likat macam ni ye...
 Mula letak tepung dan kemudian letak pisang diatasnya...

Letak pisang atas tepung

Lepas tu letak tepung diatas pisang tu semula..lepas tu bungkus.. senang kan..buat sampai habis lepas tu kukus ye...
Letak tepung atas pisang balik 
Selepas di kukus selama 1 jam .. maka jadi lah ia Lepat Nagasari....


Jom kita tengok resepi lepat nagasari yang sedap... dan mudah di buat nya :D

RESEPI LEPAT NAGASARI 


Bahannya :-
  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan 
  • 3 sudu besar penuh tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • pisang satu sisir (secukupnya... satu biji belah 4)
  • Daun pisang secukupnya
Caranya :-
  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garan dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga sebati. 
  2. Kemudian tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederha hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar sehingga sejuk suam..
  3. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 sudu besar adunan tepung, ratakan. Letak tiga potong pisang raja yang dibelah 4 tu. Lepas tu letak 1/2 sudu besar lagi tepung keatas pisang tu dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat sehingga habis seperti step diatas.
  4. Kukus atas air yang telah di gelegak kan selama 30 minit atau hingga masak. 
  5. Tunggu sejuk dahulu, baru boleh dimakan.
"SELAMAT MENCUBA"

Bubur Jagung Durian ... yummy ^___^

Bila balik rumah emak... semua orang pakat teringin nak makan itu ini... hehehe... bubur jagung durian ni abang ngah yg teringin iaitu suami kak ngah saya... hari sabtu petang sampai rumah.. membawa sebungkus jagung adalah lebih kurang 12 tongkol jagung... masa tu saya tengah berborak dengan emak didapur.. Bang ngah siap cakap ...

"Macam dah terasa di tekak saya ni mak bubur jagung durian... tapi durian tak ada pulak tu... nanti nak cari"
Mak tersenyum jer ... sambil kata "ramai pulak yg mengidam sekarang ... nak makan "... tergelak besar abang ipar saya mendengarnya...Saya menyampuk pula "esok pagi lah nanti cari durian di pasar tani Paya Jaras, selalu ada durian"..

Pagi tu saya pergi bersama emak ke pasar tani Paya Jaras tu... melilau mata emak mencari durian.. sambil kata "selalunya kat sini orang jual durian tu".. 

saya pun perasan memang disitu tempat org jual durian tu... "pagi lagi kot mak... dia belum sampai lagi" kata saya. Kami sampai pukul 7.30 pagi memang lah awal... sampai kami balik pukul 9.00 am ... sipenjual itu tak sampai lagi.. Bila cerita dgn abang ipar saya.. dia pun kata tak pe ... tengahari sikit dia pergi tengok...

Alhamdulillah bila abang ipar saya pergi pukul 11.00am kepasar tu lagi berjumpalah dia dengan durian yang menjadi bahan kedua utama hahaha...


Bubur Jagung Durian
Maka dengan itu tecapai lah hajat abang ipar saya yg teringin nak makan bubur jagung durian ini... memang sangat sedap.. saya juga bertambah-tambah makan ... bukan setakat abang ipar saya jer...


Separuh corning ware ni juga lah bubur jagung ni... sekali hadap jer oleh anak menantu cucu cicit semua hahaha... seronok betul main masak-masak rumah mak ni kan..

Jom tengok resepi yang mudah ini...oleh kerana jumlah tongkol jagung ni banyak.. ianya boleh dimakan lebih kurang 30 orang ye kekawan...

RESEPI BUBUR JAGUNG DURIAN


Bahannya :-

  • 12 tongkol jagung
  • Santan dari sebiji kelapa
  • 1 biji isi durian
  • 3 cawan gula (ikut manis yg disukai)
  • sedikit garam


Caranya
  1. Parut/Hiris jagung (seperti gambar diatas) sekarang ada jagung bungkus yang dah siap asing kan(tapi saya suka yang dihiris sendiri.. lemak rasanya)
  2. Masukan santan,gula dan durian dalam bekas corning ware(periuk)... kacau perlahan  hingga mendidih. Lepas tu letak garam secubit.. rasa lemak masin manisnya... 
  3. Jika jagung dah masak boleh ditutup apinya.
  4. Siap utk dihidang.. sesuai dimakan semasa suam atau sejuk... keluar dari peti ais lagi terangkat hehe...
SELAMAT MENCUBA






Selasa, 29 Januari 2013

PAIS IKAN BILIS PUTIH ^___^

Bila balik rumah mak ini selalu teringin makan yg dah lama tak masak. Pagi tu pergi pasar tani di Paya Jaras... macam2 sayuran kampung yang saya jumpa.. pastu pergi pulak kat tempat orang jual ikan, ternampaklah pulak ikan bilis putih ni... apa lagi dalam hati kata nak buat pais ikan lah dah lama tak buat dan makan.... kecur dah masa tu air liur hehehe..


Pais Ikan Bilis Putih..
Mula-mula tu kita tumbuk bahan-bahan yang hendak di panggang bersama ikan bilis tu. Saya buat pedas sikit baru... sedap ..:P

Lepas tu gaul ikan bilis tu tadi bersama bahan yg siap di tumbuk tu... 

Kemudian bungkus dengan daun pisang  sepeti di bawah ni...

Siap di bungkus tunggu untuk dipanggang jer... saya panggang diatas kuali jer... senangkan.. 

Saya buat semua tu dari A sampai Z... kakak saya kata "ko yg teringin kan , jadi ko buat lah dari mula sampai habis ye"... Bila dah masak bukan saya jer yg teringin... semua orang pun teringin... sekali hadap jer 6 bungkus pais saya ni... ini tidak adil hahhaha... bila dah ramai cam tu lah kan... masing2 ada part masing2 kena buat.. pastu makan reramai .. memang seronok lah kan... banyak mana yg dihidangkan pasti habis hehehe... saya suka saya suka... kata Mei Mei... apa lak kena mengena dgn Mei Mei ni :D

Jom kita tengok resepi yg mudah ni ... hahaha "pejam mata pun boleh buat... "kata emak saya... :P

RESEPI PAIS IKAN











Bahannya :-
  • 500 grm ikan bilis putih (ikut suka ikan mana yang anda suka ye)
  • 3 biji bawang merah*
  • 15 biji cili api *
  • 1 inci kunyit hidup* (*ditumbuk lumat)
  • 2 helai daun kunyit dihiris-hiris
  • 2 batang serai dihiris-hiris bulat nipis
  • 1 mangkuk kelapa parut ambil putih sahaja
  • Garam secukup rasa
  • Daun Pisang untuk membungkus 
Caranya :-
  1. Siang ikan dan cuci hingga bersih ..ketepikan
  2. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat. bersama garam. bila dah lumat masukan kelapa lepas tu tumbuk sehingga mesra kelapa dengan bahan tumbuk tu.
  3. Kemudian gaulkan ikan dengan kelapa yg telah ditumbuk dan masukan daun kunyit serta serai yg telah di hiris tadi... rasa garamnya kemudian perap sekejap.
  4. Lepas tu bungkus didalam daun pisang sehingga selesai
  5. Kemudian panggangkan diatas kuali leper dengan api yg perlahan lebih kurang 15 minit lepas tu terbalikan dan panggang lagi selama 15 minit lagi..
  6. Bila siap di masak bolehlah dihidang... 
Senangkan kekawan hehhe... SELAMAT MENCUBA




Mee Hoon Goreng Tomyam

Assalamualaikum semua.. kembali bersiaran setelah tiga hari balik kg saya di Kuang Rawang, seronok anak2 bila balik kg kuang ni sebab sepupu ramai.. adik beradik saya pun ramai 9 orang dengan cucu emak seramai 35 orang dan 1 orang cicit memanglah riuh rendah rumah emak dibuatnya..

Pagi tu kami masak mee hoon tomyam sebelum balik rumah emak petang sabtu tu sebab nak tunggu baju  dan kasut sekolah kering baru senang hati balik kg kan... :D

Dah sarapan pagi ke semua.. kalau belum jom cuba buat mee goreng tomyam ni memang sedap.. 


Resepi saya ambil di Blog Cute Oven, Small Kitchen.. si cantik manis Nazd tu.. menggoda tengok mee hoon tomyam nazd tempohari tu yg teringin nak cuba.. :D Akak mohon share resepi ye Nazd.. :))

RESEPI MEE HOON GORENG TOM YAM











Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus bihun (200 gm)- rendam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering - direndam seketika dan toskan* (* ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini) - ditumbuk atau diketuk sahaja*
  • Sedikit isi ayam yang dipotong dadu atau daging lembu yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar tom yam paste ATAU 1 kiub tom yam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - dicarik
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang dan nipis
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan daging atau isi ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, lobak merah dan daun limau putut. Kacau rata.
  4. Masukkan air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati.
  5. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan.

Jom cuba kekawan ... :D







Sabtu, 26 Januari 2013

PUDING JAGUNG BERKUAH KASTAD MUDAH :)


Puding jagung ni pun saya buat pada hari sabtu lepas... nak habiskan baki jagung yang ada masa buat Nasi Jagung tu... dah lama saya tak buat puding jagung berkuah kastad ni... ini kerana anak2 saya suka sangat.. mama budak ni pun suka ehe..
Puding Jagung berkuah kastad
Berulang-ulang si hero dan 2 heroin saya makan puding jagung ni.. makan pulak masa dah sejuk keluar dari peti ais lagi lah laju jer mereka meyudu...


Clouseup sikit :D

Cepat mama makan pula akak ambil gambar kata nabilah...

Tengok seperiuk penuh saya masak ... boleh habis satu hari :D

Kuahnya pula.. saya kurangkan letak tepung kastad
tu nampak putih susu jer :D
Jom kita semak resepi yg mudah ni... senang ajer nak buat kawan-kawan... lagi satu saya nak habiskan tepung kastad saya ni... takut expire rugi pulak hehhehe :P

RESEPI PUDING JAGUNG BERKUAH KASTAD




Bahan utk puding


  • 1/2 tin jagung (diblend sedikit jer tau)
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 6 cawan air
Caranya
  1. Masukan kan bahan dalam bekas kacau tepung kastad, gula dan air sehingga sebati.
  2. Kemudian baru masakan diatas api.. tunggu sehingga masak melekat dan berkilat.
  3. Tuang kedalam mangkuk atau bekas yg sesuai .. atau ikut suka hati sendiri jer :D
  4. Masukan dalam peti ais..hingga puding keras
Bahan untuk Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastad (rata)
  • 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis ye )
Caranya
  1. Masukan bahan dalam bekas, susu, air, tepung kastad dan gula. kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masakan diatas api hingga mendidih.. hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
  3. Tuangkan kedalam bekas (saya masukan dalam bekas tupperware yg selalu buat minum)
  4. Tunggu sejuk sedikit baru masukan dalam peti ais.
  5. Apabila sejuk dan rasa sedap jer masuk tekak.. bolehlah dihidangkan :D
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN :))


Jumaat, 25 Januari 2013

AYAM UNGKEP

Sesungguhnya saya tak pernah makan ayam ungkep ni .. apatah lagi membuatnya.. Apabila saya terpandang Ayam Ungkep di Blog Mamamadiha aka Kak Ratna.. saya terus tergoda untuk mencubanya... melihatkan resepinya yang cukup mudah.. lagi lah saya bersemangat nak cuba kan :D

Semasa saya buat Nasi Jagung tu saya regukan lah makannya dengan Ayam Ungkep ni... sungguh tidak mengecewakan memang sedap... masa makan tu anak2 ingat saya masak rendang ayam.. tapi bukan... en suami juga tertipu sudah... tak kan masak rendang 1/2 jam dah siapkan :D  


Ayam Ungkep
Saya masak dua versi ayam ungkep ini .. satu pedas lagi satu tak pedas... yang tak pedas ni mesti untuk anak2 kan... yang pedas untuk abah dan mama budak hehehe :D Memula saya buat yang tak pedas tapi masuk semua ayam dalam kuali tu...

Yang tak pedas
 Bila semua dah elok kering saya asingkan dan saya tambah cili api yg di tumbuk bersama sedikit air.. jadi saya keringkan kuah tu dan sehingga rasanya sebati dengan cili tu... perghhh memang pedas ko.. berasap telingga makan tapi itu lah yang menaikan selera makan kan :D

Yang pedas bangat... hehehe
Jom kita tengok resepinya... saya mohon share ye Kak Ratna... lagi pun senang saya nak semak resepi bila nak buat lagi.. tak payah saya sibuk selongkar dapur  blog kak ratna lagi hehehe... kalau kak ratna dengar bunyi krak kruk kat dapur tu jangan hambat dengan penyapu tau.. itu saya tengah cari resepi hehe :D

RESEPI AYAM UNGKEP















Bahan2 nya

500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat

1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.


NASI JAGUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan.. mesti seronok bercutikan.. kalau yg menyambung cuti hari ini lagi lah seronok... 5 hari direct bercutikan... Nasi Jagung ini saya bukan buat semalam tetapi pada hari sabtu lepas.. memenuhi permintaan hero saya yang seorang tu...

Bila dia mula bertanya "Mama bila nak makan nasi mentega ?"

"hehehe.. tahu lah mama tu.. ni mesti nasi minyakkan" tanya saya balik..dan saya  nak tengok dia makan banyak buat lah apa yang di pinta...

Maka jadilah nasi jagung yang sungguh sedap pada tekak Nabil dan 2 orang kakaknya.. maka bertambah-tambahlah makan dia orang...


Nasi Jagung

Nasi jagung ni saya regukan dengan ayam ungkep, sayur campur dan rendang kerang... aduh bukan anak jer yg bertambah makan, mama dia pun sama bertambah-tambah makannya hehehe :D


Ada yg tergoda dan terliur tengok makanan diatas... hehehe "iye ke ada yang tergoda?"... biasa jer kan.. tapi kawan saya komen di FB " Ni kenduri ke lunch?" hahaha


Jom kita tengok resepi nasi jagung yang sangat mudah disediakan... boleh lah nak cuba cuti 3 hari ni nanti.. tapi cuti 3 hari ni saya pun ada jemputan kenduri kahwin... makan rumah orang kendurilah nampaknya :D

RESIPI NASI JAGUNG







Bahannya
  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air jagung (tapi air jagung dari tin tu)
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tin jagung manis
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 incin kayu manis
  • 1 kiub  perasa ayam
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Selepas itu masukan air, air jagung,susu,kiub perasa ayam, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.Kemudian masukkan nasi kacau sedikit dan alihkan kedalam rice cooker.
  3. Apabila nasi hampir masak masukkan jagung kedalamnya dan kacau bagi sebati sedikit, kemudin tunggu nasi masak.
  4. Bila nasi sudah masak barulah nasi digemburkan sedikit.
  5. Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :))

Senangkan ... Selamat Mencuba :D

Khamis, 24 Januari 2013

Selamat menyambut Mauludur Rasul... Jom selawat :))

Selamat menyambut Mauludur Rasul buat semua kawan blog... Jom kita berselawat untuk Rasulullah S.A.W yang amat kita cintai :D








Selasa, 22 Januari 2013

Alfatihah buat Allayarhamah Mak Uda Azizah..

semalam ptg terima masej dr en suami " mak uda kritikal di hospital Jasin" pd pukul 1.50pm.... lepas tu terima masej ke 2 pd pukul 2 .05pm "mak uda dah meninggal".... saya hanya mampu berkata "innalillah wa innalillahirojiun"  drpd Nya kita dtg dan kpd Nya jua kita kembali...

En suami call suruh ambil anak2 di sekolah dan tunggu dia dirumah. pukul 3.30pm kami bergegas balik kg.  Berhenti solat asar di Air Keroh pukul 5.30pm ptg... smpi di kg dah pukul 6.30pm.. jenazah dah siap disolatkan.. kami tak sempat menatap wajahnya kali terakhir... anaknya hakim sempat tengok di kubur sebelum dikebumikan...

 Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin... Amin.. alfatihah...

Isnin, 21 Januari 2013

Kemana hari minggu :D

Assalamualaikum semua... semoga sihat sejahtera hendaknya.... semalam kami mengisi hari minggu ke Pesta Buku Shah Alam 2013 di Kompleks PKNS Shah Alam... bermula pada 18 - 20 Jan 2013.. 10am-9pm..saya sengaja pergi waktu pagi kerana waktu pagi orang tak ramai lagi kan...pukul 10.30am kami sampai di kompleks PKNS... seronok ajer nak memilih buku.. tak lah berasak-asak dengan orang ramai...

Ibu bapa tengah buat pendaftaran untuk pertandingan mewarna untuk kanak2 bawah 12 tahun... saya tak daftar pun utk anak2 sebab peralatan mewarna kena bawa sendiri...

 Nabil ni suka betul kalau buku tu ada cerita mengenai binatang.. tak lepas tangan untuk mencari apa buku yg hendak di beli... nanti saya juga yg kena bacakan sebab Nabil belum lagi tau baca sendiri...

 Bila nampak saja saya nak ambil gambar... cepat-cepat buat peace :)

 Kakak 2 orang ni pun dah rambang mata .. mata buku yg hendak dibeli... dia orang kata mereka boleh buku apa saja sebab guna duit simpanan mereka sendiri.. tapi saya pantau juga...kena beli buku yg berfaedah :)

 Suka betul dia dapat majalah Aulad ni... saya beli yg dah lama punya .. RM1 jer pun ... dalam tu banyak bahan ilmiah yg Nabil boleh pratikan :D

 Kakak dua orang ni, yg ini pula yg mereka berkenan.. lawak kampus dan ice cream baby...

 Pukul 11am pertandingan mewarna pun bermula... ramai juga yang masuk bertanding... semua tengah leka mewarna... ada warna gambar spiderman  dan utk kanak2 bawah 6 tahun gambar lain saya tengok.. tak sempat nak snap... pada sebelah petang pula ada pertandingan pakaian beragam pula :)

 Ini budak merajuk nak balik cepat.. ini gara-gara apabila semua buku yg dikehandaki dah dapat.. jadi sibuk nak balik.. penatlah... orang ramai lah.. laparlah... macam2 alasan yg diberi.. boleh dia masuk bawah meja tu merajuk... geram juga saya tengok perangai dia >..< tekan butang pause jer lah dan beristighfar...


 Ini lah hadiah yang akan menanti mereka yg memenangi pertanding mewarna tu nanti... terliur kakak 2 orang tu... habis nak buat macamana peralatan tak dibawa... tengok ajerlah  :P

Disebabkan Nabil dah mula buat perangai merajuk2 tu... kami terpaksa lah balik cepat... pukul 12 dah sampai rumah.. adalah satu jam setengah kami di sana.. konon nak tunggu booth yg jual buka sekolah tu buka tapi lewat lah bukanya.. mungkin petang kot... kakak nak cari buku penulisan karangan dan surat-menyurat... kena cari tempat lain lah nampaknya ...

 Sampai dirumah semua membuka dan membaca buku yg dibeli.. beriye kak jeeha membaca buku tu.. bermacam-macam yg difikirkan agaknya :)
 Kakak Nabilah enjoy jer baca buku..mesti ada yg mencuit hati sehingga membaca sambil tersenyum tu...




Hero seorang ni sibuk nak beli buku mewarna Ipin dan Upin... sampai rumah sibuk cari pensil warna.. sebab dah teruja nak mewarna gambar kawan-kawan si Ipin Upin niii :) 



Kain tuala atas kepala dia ni adalah tuala busuk dia.. bila nak minum susu dan tido mesti ada tuala busuk dia ni... sampai di rumah tadi terus minta susu sebotol ... lepas tu baru dia sibuk nak mewarna... :D

 Ini buku kakak Nabilah Lawak Kampus dan Komik Upin Ipin... ada diskaun semua ni... satu lagi konon nak beli buku penulisan karangan tu... tapi tak tunggu pun booth tu buka .. 

 Yang ini Nabil punya Buku mewarna Ipin Upin, majalah Aulad dan komik Upin Ipin tu... saya juga lah yg kena baca komik tu utk dia... saya bagi galakan juga pada Nabil... saya kata " Nabil kena cepat pandai membaca sebab kalau baca sendiri lagi seronok.. tengok kakak happy jer baca buku"..

 Yang ni kak jeeha punya.. Lawak Kampus, Majalah Komik Upin Ipin dan Ice Cream Baby.. padan lah saya tengok budak2 sekarang kat tangan mereka ada saja buku lawak kampus tu.. 

Yang ini pula .. mama yg punya ... :) Novel yg dah lama saya nak tapi tek berkesempatan nak beli ... bila ada potongan 50% cepat2 lah saya ambil.. tebal juga 800 lebih halaman muka suratnya... mahu 3 bulan baru saya tamat membacanya nanti... saya tengok novel ni dah cetakan kedua pada tahun 2012.. laris juga novel ni kan :))

Inilah aktiviti kami di hari minggu semalam :D... kawan2 pergi mana pulak ye :))

Masa nak balik muka bed mood nabil :P