Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 Jun 2013

Renungan # Elak dari berkawan dgn anak syaitan......





Khamis, 27 Jun 2013

Part 2 # Cerita Nabilah O Nabilah ^___^

Mari mari tuan puan baca ini cerita... lalala :P (nyanyi macam lagu P.Ramlee tu ye )

Apa lagi kalau bukan cerita anak dara saya yg sorang ni...(part 1 boleh baca kat sini cerita-nabilah-o-nabilah.). Seperti didalam kad appointment tu, belum pukul 7.30am kami empat beranak dah sampai ke DEMC hospital. Terus pergi ke tempat admition tu seperti yg diberitahu pada 24hb Jun tu hari. Lepas daftar Nabilah terus nurse tu bawa ke tempat Day Care. Lepas tu nurse tu bagi baju untuk dipakai semasa proses minor surgery Nabilah tu... saya pun salinkan baju Nabilah.. pastu tengok ada lagi satu pakaian org dewasa pulak.. tanya nurse tu... puan pun pakai baju tu ye... sarung jer....

Ok kita cerita sambil tengok gambar ye :)


 Dah bersedia utk ke OT room... sejuklah mama kakak nak selimut lah sekejap.. dalam hati risau tu :)

 Mama pun kena pakai baju ni tau hehe... Nabil kata peace no war kakak... U good girl...

 Tolak masuk ke OT room nabilah dah mula nangis... adik tu pun mula memujuk Nabilah, "tak sakit pun... abang janji memang tak sakit... nanti mama pun ikut sama... jangan nangis ye"

 Lepas tu dia bantai meraung... aduhai Nabilah... sabar, jgn takut tak ada apa-apa pun saya pula memujuk dia,  saya hantar sampai masuk OT room tu, lepas tu doktor bius tu saya pengang mask tu di hidung nya, saya baca bismillah dan berselawat banyak2 sampai dia terlena, lepas tu doktor suruh keluar..

 Pukul 8.30am bermula minor surgery buat Nabilah didalam bilik tu, saya tunggu diluar sambil berdoa agar semuanya berjalan lancar...

 Budak 2 orang ni melayan tab apa lagi, boleh tengok movie thomas lagi... kebetulan WIFI free dan excellant  line nya... nabil siap baring2 lagi atas katil nabilah di wad day care tu sementara akaknya di OT room..

Pukul 9.30am baru siap semuanya...Sebelum dia sedar nurse tu dah panggil saya, sebab dah janji mama ada dekat Nabilah, lama juga saya ditempat rest time selepas oeperation di OT room tu...

 Nurse tu suruh saya kejutkan dia... lepas tu dia sedar terus nak termuntah... keluar juga darah dari muntahnya tu... doktor kata jgn risau tu darah biasa saja bukan pendarahan....

 Bila dia dah stabil baru boleh keluar ke wad day care tadi, ni proses pertukaran katil dari OT room ke wad day care tu... kena sign borang lagi antara nurse dan petugas OT room tu...

 Setelah semua selesai, baru nabilah di tolak ke wad day care...


 Masih lagi kepenatan selepas operation tu, posing dulu dgn nabil... Jeeha masih lagi leka dengan tabnya.... rupa-rupanya sebelum Nabilah masuk ke OT room tu, jeeha sempat juga menyakat kakaknya... elok-elok tau kak, jarum kat dalam tu besar-besar, patutlah kakaknya meraung nak masuk tadi... aduhai anak mama sorang ni suka juga menyakat :P

 Biarkan dia tidur sekejap, tapi nurse tu suruh jugak monitor perjalanan nadi Nabilah tu, setiap 15 minit saya kejutkan dia.... kekadang dia marahkan saya... mama kakak nak tidurlah... penat ni... hehehe 


 Bila dia dah mula pulih sepenuhnya dari bius tu baru dia perasan tangan dia dicucuk hehehe ...
Lepas suruh ambil gambar sebab ada gambar bear cantik... kakak suka... hahaha pulak dah :P

 Suruh ambil gambar telinga pulak yg di cuci tadi, masih ada kapas yg berdarah lagi...

Tanya nurse tu bila boleh discaj, kata tunggu ubat dan doktor datang melawat baru boleh discaj, pukul 12 nurse dari farmasi hantar ubat... penuh satu beg ubat nabilah lebih kurang 8 botol tu... aduh jenuh nak makan ni, kata hati saya... 

Tunggu punya tunggu doktor datang naik melawat pukul 2 petang, perut dah berdondang saya, budak 2 orang tu dah bedal nasi kak nabilah sebab nabilah tak selera nak makan, habis semua lebih kurang pukul 2.30pm dan temujanji semula pada 9hb Julai nanti.

Sebelum balik kerumah singgah dulu di restoran Soto ss8, beli lauk dan nasi siap-siap, sampai dirumah terus solat zohor dan makan... Alhamdulillah lega betul perut dah diisi ni... apalagi bila dah kenyang dan badan kepenatan kami empat beranak pun tidurr..zzzzzz


Ekon dibilik saya kehabisan gas, jadi en suami beli ekon baru untuk bilik kakak 2 orang pada hari selasa tu, maka kami pun tidurlah berjemaah didalam bilik tu. Rasanya mula tidur pukul 3.30pm... sedar2 dari tidur tengok jam dah pukul 6.25pm... kelam kabut bangun utk solat asar... aduh lena betul kami tidur.....

Sekian itulah cerita Nabilah OOO Nabilah... :D

Selasa, 25 Jun 2013

Ada juga yg cuba hingga dua kali :D

Tak sangka resepi mee rebus mudah saya tu ada juga yg mencuba... bila di komen dah dua kali menmbuatnya lagi lah .... mudah rupanya hehe


Jadinya petang semalam untuk berbuka puasa saya buat mee rebus mudah ni ajer... malas rasanya nak masak lauk berbagai tu... lagi pun budak tiga orang tu pun suka...

Belum saya berbuka puasa budak 3 orang ni dah makan dulu...ni terus merangkap dinner lah ye... malam karang tak de nak makan nasi tau... 3 kali tambah dorang makan hehehe :D

 Lebih kurang pukul 6.45 pm, jiran sebelah rumah saya dok panggil Nabilah... Nabilah...masa tu saya didapur, rupanya dia bagi otak-otak ni, rezeki lagi, bolehlah buat berbuka puasa saya nanti, tapi biasalah mesti budak 3 orang tu yg merasmikan dulu....

 Inilah menu berbuka puasa saya semalam Otak-otak, Mee Rebus Mudah dan Air Teh 0 panas... sedap jer lalu ditekak ni.... Insha Allah hari ni saya puasa lagi... Hari ni selasa ada pasar malam... jadi beli disana jer nanti hehehe :D

Jika kekawan nak resepi Mee Rebus Mudah tu boleh klikdisini  resepi-mee-rebus-mudah. :D

Isnin, 24 Jun 2013

Cerita Nabilah O Nabilah ;-)

Aduhai Nabilah..... terpaksa kena admit halfday pada 26hb jun ni. kalau dia tak takut hari  ni dah boleh selesai...
Pagi tadi bawa Nabilah pergi DEMC hospital utk jumpa doktor pakar ENT Dr Razak, Nabilah ni ada masalah telinga dan hidung, pd hari khamis tu hari mengadu sakit telinga, kata nya jalan tak boleh nak balance, bawa klinik ajwa, doktor kata tahi telinga dah keras pastu dak blok gegendang telinga, so susah sikit nak tahu keadaan dlm telinga...

Mula2 smpi DEMC eloklah pulak berposing kakak nabilah ni..


Boleh lagi layan games di tabnya, sementara menunggu nombor dipanggil, ceria aje..

Tapi apabila nama dipanggil omasuk dlm jumpa doktor, dia dah mula gabra dan takut, bila suruh duduk dikerusi utk diperiksa, dia dah mula nangis, doktor pun hairan belum buat apa2 dah nangis, doktor kata susah mcm ni, takut dia bergerak aktif masa proses utk disedut tahi telinga, so doktor cadangkan suruh admit day care utk dibius, doktor kata dah alang2 tu kita buat hidungnya kerap berhingus tu...
Memang penakut sungguh nabilah... kena lah mama cuti lagi rabu ni, nasib baik ada pesakit lain dah tolak rabu ni, kalau tidak tunggulah julai baru ada kosong doktor ni..


Kad appointment.. tu dia pukul 7.30am dah kena di hospital...
 Jerebu semakin ok di Shah Alam ni, esok dah boleh sekolah lah ye, saya hari ni terpaksa EL ptg, ambil cuti halfday pagi jer..

Jumaat, 21 Jun 2013

Renungan # Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke Syurga

Saya terima renungan ini melalui email yang dikirimkan oleh bekas Pengurus Besar saya, beliau seorang sangat prihatin terhadap semua stafnya... hubungan dengan staf ibarat saudara... masih saya ingat waktu saya hendak pergi menunaikan haji... pada ketika itu beliau sakit gaout, dan cuti sakit, beliau bersungguh datang mencari saya di Kelana Jaya pada malam saya nak berangkat pergi, dgn kaki terhencut-hencut beliau mencari saya sambil ditemani isterinya... sungguh terharu saya pada waktu itu... walaupun beliau cuti belajar tapi siratulrahim tidak terputus... setiap Jumaat jika ada kelapangan beliau pasti menghantar renungan Jumaat... Jadi saya kongsikan bersama utk renungan :)

HAYATILAH KERANA IA SEMATA-MATA UNTUK KEBAIKAN...

Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku  serta menunjukkan keadaan di surga. 

Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat. Malaikat yang mengantarku berhenti di depan ruang kerja pertama dan   berkata," 

Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima".

Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.

Kemudian,.... aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui  koridor yang panjang.   lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua

Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya".

Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu.Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi

kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada  hujung terjauh koridor   panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu  ruang kerja yang sangat kecil. 

Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun.

"Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih", kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu.

"Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?", tanyaku.


"Menyedihkan", Malaikat-ku menghela nafas. "Setelah manusia menerima rahmat  yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih".

"Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?", tanyaku

"Sederhana sekali", 

jawab Malaikat.
"Cukup berkata,'ALHAMDULILLAHI  RABBIL AALAMIIN, Terima kasih, ALLAH' ".
"Lalu,
rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku.


Malaikat-ku menjawab,
"Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, Pakaian yang menutup tubuhmu,
atap di atas kepalamu dan   tempat untuk tidur,
Maka  engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.


"Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu,dan wang baki,
maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia


"Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di komputermu,
engkau adalah bahagian   dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu


Juga....
"Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan ...
engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.


"Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam  perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan   yang amat sangat ....Maka,  engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di  dunia".

"Jika,........
 engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian ...  

M a k a,.... engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.

"Jika,....
 orangtuamu masih hidup dan masih berada dalam katan pernikahan ...
Maka,.....
engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.


"Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka,..engkau bukanlah seperti orang kebanyakan,
engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada  dalam keraguan dan keputusasaan.


"Jika,...engkau dapat membaca pesan ini,
maka engkau menerima rahmat ganda
iaitu
bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa,engkau lebih dirahmatidaripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali".


Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat
yang telah Allah anugerahkan kepadamu.
Dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua.


"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu
menyatakan bahwa,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak  nikmat kepadamu' ". (QS:Ibrahim (14) :7 )



Khamis, 20 Jun 2013

TRIFLE PANDAN KOKTAIL .... YUMMY ^___^

 Buat trifle ni masa kakak dua orang tu nak sambut hari guru dan cuti penggal kedua bulan Mei itu hari.... lama betul duduk dalam draft, sekarang baru nak siarkan hehehe...

Trifle yg simple jer saya buat... mana bahan yg ada dalam simpanan jer... dah malamnya baru nak cakap ini lah penyudahnya...


Trifle Pandan Koktail


Mula-mula susun kek swiss roll dalam bekas...

Kemudian buat kuah kastard nya...


Lepas tu tuang dalam kek yg di susun tadi


Kemudian tabur buah-buah koktail diatasnya...

Akhir sekali baru tuang jelly tu
(separuh orang buat tuang jelly tu atas kek, bila dah keras
baru tuang kastad tapi saya nak jelly tu mengeras diatas senang bawa)
Mari kita tengok resepi yg cukup mudah untuk buat... lebih-lebih lagi waktu terdesak macam saya ni hehehe.. :P

TRIFLE PANDAN KOKTAIL


Bahannya :-


  • 1 gulung kek swiss roll
  • 1 tin buah koktail
  • 1 tin susu cair
  • 3 s/b tepung kastard
  • 3 s/b gula
  • 3 s/b air buah koktail 
  • 1 kotak serbuk jelly perisa pandan (apa2 pun boleh, masa ni jer yg ada dlm stok :p)
Caranya :-
  1. Potong kek kecil2 dan susun dalam bekas.
  2. Buat lapisan kastad.. campur tepung kastard, gula, susu cair, air koktail dan  kacau bagi sekata, kemudian tapis didalam periuk dan masak dgn api sederhana, kacau selalu hingga likat dan berkilat.
  3. Kemudian tuang atas bekas yg disusun kek tadi
  4. Lepas tu susun buah-buahan koktail diatas kastard tadi
  5. Untuk jelly, tuang air mendidih kedalam sebuk jelly dan kacau supaya tidak berketul.
  6. Selepas itu tuang keatas bekas tadi dan simpan didalam peti ais.
  7. Bila dah keras ... bolehlah dihidangkan :D

Rabu, 19 Jun 2013

WW : Jangan datang dekat ... GELIIIII ^___^






p/s Bila di suakan pada Nabil... lari... geliiiii pada anak kucing baru lahir..hehhee.. suka sakat dia...

Selasa, 18 Jun 2013

KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Masa saya pergi pasar malam SS6 Shah Alam, saya tengok kakak yg selalu jual berbagai jenis kek tu ada jual Krunchy Karamel Almond... teringin juga nak rasa, orang kata sedap sehingga leka memakannya... Jadi saya pun bertanya berapa harganya, kakak tu kata RM25 sebalang ni... ok juga harganya... jadi saya pun membelinya... Sampai rumah terus ajer cuba memakannya... memang sedap dan boleh leka bila memakannya...


Tengok muka Nabil yg begitu teruja untuk memakannya... :D
Apabila habis satu... hendak pulak satu... dannnnn satu seterusnya hahaha :P
Inilah besar balang yg dijual tu, kecik ajer pun , saya tanya ada berapa isi didalamnya... kakak tu kata isi sampai penuh aje... akak pun tolong jual jer, ini kawan akak yg buat....


Ini besar balang nya RM 25

Close up isi dalamnya... dia potong 4 segi... cantik jer
Sebenarnya saya teringin nak buat sendiri... jadi ambil resepi Blog Masam Manis krunchy karamel. Saya tempekan disini supaya senang nak buat rujukan bila nak buat nanti. Nak buatnya senang tapi bahan-bahan nya mahal mengikut kata Azila Masam Manis tu...


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND














Gambar Blog : Masam Manis
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.



Isnin, 17 Jun 2013

SELAMAT HARI BAPA.... ABAH TERSAYANG ;-)

Abah...
Terima kasih kerana mendidik ku sehingga berjaya
Terima kasih atas kasih sayang di curahkan
Terima kasih atas nasihat yg diberikan..
Terima kasih kerana melindungi ku
Terima kasih kerana memimpin ku
Terima kasih diatas jasa dan pengorbanan mu Abah...

Abah semakin dimamah usia..
Tenaga mu kian terbatas...
Kini tiba masanya pula..
Giiliran ku memberi pada mu Abah...
Memberi kasih sayangku sbgimn Abah mengasihi ku sewaktu kecil..
Melindungi mu sbgimn Abah melindungi ku..

Namun pengorbanan sungguh besar...
Yg tidak mampu untuk kubalas Abah...

SELAMAT HARI BAPA ku ucapkan buat abah tersayang ;)

Ahad, 16 Jun 2013

Yeahhh ... Hadiah dah sampai ;-)

 Actually hadiah ni sampai hari sabtu  semalam, masa saya sedang menyapu di tgkt atas, tiba2 bunyi bell, saya jenguk drpd tingkat bilik saya, tengok van pos laju. teringat email Ayu kata "dah pos hadiah pada khamis,akak tunggu ye"

Nampak jari Nabil tu, sibuk nak buka yg mama sibuk nak ambil gambar ;-)

Inilah hadiah yg akak pilih dan berkenan dihati kerana pearl yg cantik warna keemasan. Terima kasih Ayu, sudi bagi akak kerongsang yg cantik ini... Rasa nak pakai raya nanti tapi kalau tak sabar, pakai nanti ke ofis ehe :D

Brooch pearl yg cantik ;-)
Apalah agaknya pilihan 7 org pemenang yg lain ye, masa tu Ayu ada tunjuk rantai tangan kristal dan butang baju melayu..

Jumaat, 14 Jun 2013

Apa dia salam semut tu.... Jom baca :)

 Ada yang bertanya salam semut apa kak... hehehe mula2 akak pun tak tahu... apabila akak pergi kursus ESQ tu ari baru akak tahu apa dia...

Kata Pak Andy " Biasakan diri dengan 3 S"

1) Senyum simetris... 2 cm kanan 2 cm kiri
2) Salam semut
3) Sahabat sejati

Jadi apa macam mana ye salam semu tu....

Tengok semut buat macam mana bila jumpa kawan dia :)

Bila jumpa kawan salam dan peluk buat macam semut gambar
diatas tu... (ini gambar dari google ye)

Bila tengok semua mcm dah down ke bangun dan nyanyi lagu ESQ 165... dah lupa pulak liriknya hehehe

ini saya tengah tunjuk jari 5, tengok mala kawan saya buat macam tu pulak hehehe

Ni masa games kena buat bentuk 3 segi dengan tali tu, tapi mata kena tutup macam mana nak jadi...
so moral the story.... kita perlu ada pemimpin yg satu untuk mengarah kehidupan kita...

Ini berjanji dan berikrar untuk diri...



Last kali bila habis program mesti bergambar beramai-ramai tandan kenangan...

InsyaAllah pada 21hb - 23hb Jun 2013 ini ada lagi program ESQ ini, siapa yg alumni boleh pergi, utk recharge balik iman kita tu...

Inilah kad alumni saya ... yang valid seluruh dunia... jika saya ke indonesia boleh turut serta program ESQ ini :)