Isnin, 30 Jun 2014

BUBUR CHA CHA MUDAH .... emmmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)


Bubur chacha ni saya buat iftar semalam dirumah mak.. bila ramadan jer lah nak makan bubur bagai kan kekawan.. saya ambil resepi ni dari Blog Sinar Kehidupan.. Yatie memories yg pakar dengan kuih muih tradisional ni kan.. 
Bubur chacha ni cukup mudah nak memasaknya .. petang pukul 6 baru saya buat.. setelah memasak lauk pauk semua tu..
Jom kita intai resepi yg mudah dan sedap ni kekawan..

Petang ni nampaknya saya beli dibazar ramadan jer lah kekawan.. bila cuti jer nak masak sendiri :)

RESEPI BUBUR CHACHA


Bahannya :-
  • 2 cawan bubur cha cha
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Caranya :-
  1. Rebus bubur chacha sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  2. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  3. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  4. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  5. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.

IFTAR PERTAMA :: Berbuka di rumah mak.. MACAM-MACAM ADA.. :)

Assalamualaikum kekawan...

Alhamdulillah.. hari ini masuk hari kedua kita berpuasa kan.. semalam saya berbuka puasa dirumah mak di Kuang, 4 keluarga yg balik ajer, yg lagi 5 keluarga berbuka dirumah mertua mereka.. InsyaAllah minggu depan mereka berbuka dirumah mak.. jadi tiap minggu ada yg balik berbuka dengan mak.. abah pulak lebih suka berbuka di masjid sekarang ni.. dia kata senang terus sampai solat tarawih..


Saya sampai rumah mak lebih kurang pukul 3pm, tak lama lepas tu kak lang pulak sampai.. tanya kak lang nak masak apa.. Jom kita pergi kedai.. tengok apa kita nak masak.. akhirnya ini lah menu berbuka petang tu, Tomyam , Ayam goreng sambal, Bendi goreng berlado, Sup kerang (ini permintaan kak Nabilah) lepas tu pukul 5.30pm kak andak pulak sampai, dia kata dia bawa 4 ekor ikan untuk dibakar.. kami masak dalam pemanggang tu ajer senang..

Ini pula kuih muih.. yg masak hanya bubur chacha tu jer yg lain semua beli.. yg paling disukai ialah kuih bongkoh.. memang bulan ramadan jer kalau nak jumpa, en suami borong durian pulak.. aduh puasa2 ni makan durian.. en suami kata murah.. 4 biji RM10, besar pulak buahnya tu yg tergoda nak membeli katanya.. :)


Kami berbalas whatsapp bersama adik yg berbuka dirumah mertua.. dia kata tengah panggang kambing .. perghhh katanya menu hari ni ala-ala Arab style , dah tentu regunya dengan nasi arab tu ehe :)


Pastu saya jalan-jalan belakang rumah tu tengok buah longan mak yg berputik hari tu.. tengok dah semakin membesar, mak kata belum masak lagi tu, cina tu kata dia besar bola pingpong bila dah masak... ye ke mak.. besar tu ehe :)

Lepas solat maghrib .. kami terus balik sebab en suami nak tarawih di shah alam, saya tak ikut ke masjid, kami hanya solat isyak berjemaah dengan kakak dua orang tu.. ni kerja nabil yg ambil gambar.. tengok orang tengah nak bersedia solat dia ambil.. malam tu saya solat tarawih seorang jer sebab kakak dua orang tu penat.. nak tido awal lepas solat isyak tu..

Kekawan ada balik kampung ke iftar pertama ni.. 

Ahad, 29 Jun 2014

IKAN BILIS GORENG GARING CILI HIJAU

Assalamualaikum kekawan.. 
selamat berpuasa dan berhujung minggu ;)

Goreng ikan bilis cili hijau, salah satu menu bersahur saya pagi tadi kekawan.. saya regukan juga dgn kobid goreng kicap dan goreng ikan merah berlado..
Berselera juga pepagi hening ni kan.. mata anak2 antara buka dan pejam jer saya tengok.. dlm pada tu bertambah nasi dorang tu..

Nabil pun turut bangun sahur.. mula2  minta susu sebotol lepas tu baru nak makan.. 
Bertahannya smpi pukul 10 am je.. pastu cakap" Mama kita tak breakfast ke.. " tergelak kita orang dibuatnya.. 
"lupa ke nabil hari ni kan dah puasa" jawab kak jeha
"tapi nabil dah tak boleh tahan lah mama, tolong masak telur goreng kicap" ujarnya.. kesian pulak saya tengok, dah lah kurus anak mama ni.. jadi saya masakan juga.. lagi pun mak saya dah pesan "jangan ko paksa nabil tu puasa, kesian dia, cuaca panas skrg" tu yg saya tak paksa sgt dia, saya paksa dia solat ajer.. itu yg lebih pentingkan kekawan utk peringkat umur 7 tahun ni.
Petang ni nak balik rumah mak di kuang, buka puasa disana, ada yg dah balik semalam kat rumah mak..
Nak masak apa lah nak bawak rumah ni.. kekawan dah mula masak ke ;)

Jom intai resepi yg termudah didunia ini :)


RESEPI IKAN BILIS GORENG GARING CILI HIJAU



Bahannya :-
  • 200 grm ikan bilis
  • 1 labu bawang besar dipotong serong
  • 4 biji cili hijau dibelah empat
  • Minyak 
Caranya :-
  1. Untuk mendapat gorengan ikan yg garing, panaskan minyak yg banyak dalam kuali, kemudian baru dibasuh ikan bilis dan cepat masukan dalam kuali. Kacau selalu bila tiada bunyi melentik tu , tanda ikan bilis dah garing, angkat dengan sudip yg berlubang dan toskan didalam bekas.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, lepas tu baru di goreng bawang dan cili hijau sekejap sahaja, lepas tu baru digaulkan dan ikan bilis yg telah toskan tadi
  3. Siap utk dihidang..


Sabtu, 28 Jun 2014

DOA AKHIR SYAABAN DAN DOA AWAL RAMADHAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Umat Islam bakal meninggalkan bulan Syaaban petang ini dan akan menjelang pula Bulan Ramadhan al-Mubarak pada Maghrib nanti. Maka eloklah dibaca ‘Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan’ berikut bagi memantapkan keimanan kita sewaktu ‘Meninggalkan Hari Terakhir Bulan Syaaban’ ini;

Doa Menyambut Bulan Ramadhan

“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.

Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”
.
(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)
SELAMAT BERPUASA KEKAWAN

KUALITIKAN PUASA MU.... baiki Ramadanmu DI TAHUN INI

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga sihat dan ceria serta selamat hujung minggu..

Pagi jumaat semalam diofis saya diadakan majlis Bacaan Yasin,Tahlil dan Tazkirah menyambut Ramadhan. Penceramah jemputan adalah Ustaz Uda Kasim, dah lama saya tak jumpa ustaz ni selepas dia berhenti Lembaga Zakat Selangor untuk menyambung pengajiannya. Begitulah alim ulamak kan.. tak berhenti menuntut ilmu..

Tazkirah Ustaz Uda Kasim memang meninggalkan kesan dalam jiwa saya, bila beliau menyentuh tentang kualiti ramadan. 4 saranan yg beliau menyentuh kualiti ramadan ni.. Ustaz menyuruh kita muhasabah tentang ramadan kita yg lalu.. apa yg kita rasa rugi dan perlu kita baiki tahun ini. Antara yg dapat saya catatan ialah :-

1. Lawan nafsu makan ~ makna dalam diri kita dimasa bulan ramadan yg perlu kita lawan adalah nafsu kita sendiri sebab syaitan telah dibelengu.. jadi kebanyakan kita banyakkan membazir bila berbelanja di bazar ramadan. Ustaz sendiri pun kata dia tewas juga sebab selalu dihidangkan dengan makanan sedap bila buka puasa, ustaz kata tahun ni dia akan mengikut yg sunnah aje.

2. Semak Diri Bersama Allah ~ maknanya bagaimana waktu 24jam yg kita gunakan utk kita bersama Allah... ujur beliau banyakan amalan yg mendekati diri kita kepada Allah jangan lalai nak buat kuih jer ehe.. tengok TV jer..
3. Cinta Pada Allah Dihati Kita ~ ustaz menceritakan tentang darimana datangnya zikir "Hasbi Rabbi Jalallah, Mafi Kalbi Rallullah" Mengisahkan seorang lelaki yg amat mencintai isterinya tapi pada suatu hari ia mendapati isterinya curang.. lalu dia menceraikan isterinya.. kemudian dia berjumpa seorang perempuan lagi tetapi tetap juga curang.. Lepas tu lelaki tu berjalan2 dan kemudian duduk diberanda masjid dengan keadaan yg tidak terurus.. Kemudian bilal di masjid itu bertanya kepada lelaki tersebut mengapa beliau jadi sedemikian rupa.. lelaki tu pun berceritalah pada bilal tersebut.. Kemudian bilal tu berkata.. saya mempunyai kekasih hati yg setia, jika tuan hendak berjumpa dengan nya tunggu saya di masjid ini pada pukul 3 pagi.. sebelum itu tuan hendaklah membersihkan diri tuan ye.. seperti yg dijanjikan bilal tu datang dan meminta lelaki itu mengambilwuduk, setelah itu bilal mengajak lelaki itu solat Tahjud, kemudian taubat, selepasnya hajat, solat tasbih dan terus mengalunkan zikirullah.. lelaki itu merasa amat tenang dan gembira.. lalu ia berkata kepada bilal itu "jika kekasih yg hendak tuan tunjuk itu datang, suruhlah dia balik, kerana saya telah menemui ketenangan dan cinta yg hakiki" kata bilal tu inilah cinta dan kekasih yg hendak saya tunjuk pada tuan.. dengan itu lelaki itu berkata "cukuplah bagiku hanyalah Allah dan tiada dihatiku melainkan Allah" maka jadilah zikirullah kepadanya..

4. Iktikaf 10 malam terakhir ~ ustaz dia cukup kagum dengan seorang kawannya yg mengamalkan iktikaf di masjid dimalam terakhir.. dan hanya balik kampung bila setelah selesai solat raya.. beliau mengambil cuti dan menghabiskan waktunya dimasjid. Kata ustaz.. kita cuba buat sehari dan kita niat kan nazar.. bila kita bernazar dah jadi wajib jadi kita akan lakukan.. bagi yg perempuan cukuplah beriktikaf didalam bilik sebab Siti Aisyah r.a pun beriktikaf didalam biliknya..

Itulah tazkirah yg diberikan yg saya catatkan dan saya kongsikan bersama kekawan..


Sebahagian staff perempuan.. penuh surau ni..

Staff lelaki dihadapan..

Inilah sarapan pagi yg disediakan nasi lemak dan kuih muih ada juga dibawa secara potluck.. saya bawa serimuka dan kuih talam.. (saya beli jer tak sempat nak buat) di makanan sayalah...


Lepas tu setiap orang akan diberi sekotak kurma sebagai door gift.

Selamat berpuasa kekawan...


Jumaat, 27 Jun 2014

RESTOK untuk RAMADAN dan Senarai semak AMALAN...

Assalamualaikum kekawan ..
Salam petang yang ceria :)
Jom tengok apa senarai restok saya untuk menyambut ramadan ni..

Telur ayam, saya beli sepapan selalunya saya beli 10 biji jer.. bila ramadan ni.. telur memang lauk harian bersahur..


Gas saya dah beli ganti yang kosong tu, saya ada dua tong gas ni kekawan, satu saya punya waktu bujang, satu lagi en suami punya waktu bujang.. ni penting kekawan.. nanti dibuat kehabisan gas waktu sahur mahu haru biru di buatnya..

Ikan bilis yg dah siap belah.. saya beli 1 kg, satu tu nak bagi mak kat kampung.. goreng ikan bilis sambal pun jadi harian bersahur saya kekawan..

Bawang merah dan putih .. up bagi penuh bekas

Begitu juga bawang besar..

Kentang pun sama .. sahur dengan goreng kentang berlada dengan ikan bilis..

Beras dah beli sekampit lagi.. dalam bekas beras tu dah tinggal setengah .. penting ni nanti keruk-keruk beras dah habiskan..


Last sekali cheklist untuk amalan kita di bulan ramadan ni.. ada tiga ni pilihlah mana yg kekawan suka.. saya suka yg nombor 2 tu ehe..semua lah hehhee.. (kredit dari en google )
Nombor 1

Nombor 2

Nombor 3





SALAM RAMADHAN.... Kedatanganmu dinanti... Pemergianmu ditangisi...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria semua :)

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak.. semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Begitu juga, saya menyusun kata memohon maaf kepada semua kekawan blogger saya, samada ada yg follower atau pun yg silent reader.. Sekiranya sepanjang saya menulis entri mahupun meninggalkan komen di blog kekawan.. ada tulisan saya yg mengguris perasaan kekawan saya memohon maaf kepada kekawan.. semoga kekawan semua memaafkan saya ye..
Saya juga memberi kemaafan kepada kekawan semua...





Klik di sini nak tengok ye..Gunakan Waktu Ramadan ini sebaik mungkin


Khamis, 26 Jun 2014

PAPRIK SEAFOOD... Ala Thai yg Mudah... emmmm sedapnyaa :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)

Aduh kepenatan tak hilang lagi ni.. baru balik Health Screening Test.. nanti 11/8/2014 appointment kedua utk keputusannya..
Sebenarnya nak cerita masak Paprik seafood yg dimasak pada hari isnin lalu.. dah lama tak makan tu yg buat..


Peminat tegar makanan seafood ni dah semestinya hero gambar diatas tu.. tapi badan tak naik2 lagi.. sampai ustaznya pesan suruh ambil ubat cacing..hehhehe.. balik sekolah terus cakap dengan saya " mama kena ambil ubat cacing lah.. ustaz kata makanan yg nabil makan tu, kebanyakan cacing yg makan, tu yg tak gemuk" hahaha ada2 jer ko Nabil.. okeylah kamu ni pun dah 7 tahun patut kena ambil dan ambil injection utk umur 7 tahun ni..

Jom intai resepi kekawan..

RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI


Bahannya :-
  • 300 gram campuran udang dan sotong
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 1 biji hollad di potong
  • 1/2 lobak merah dipotong
  • sedikit bunga kobis
  • 4 batang kacang panjang dipotong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 2 sb sos tiram
  • 2 s/b kicap manis
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • sedikit minyak bijan
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris dan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, masak hingga minyak pecah
  2. Masukan bahan sos dan letak sedikit air, kemudian masukan lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga.  Biar sayur masak sedikit
  3. Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
  4. Rasa masinnya, masukan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
  5. Kacau sebentar dan semua dah masak siap dihidang.



KUEYTEOW SUP BEBOLA DAGING DAN IKAN... emmm Dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah .. semoga sihat dan ceria...
Kata orang tu.. mood demam tu masih ada, so selera tekak ni masih nak makanan bersup tu.. jadi saya buat lah sup bebola daging dan ikan ini.. alhamdulillah dalam rumah ni penggemar sup..


Saya rasa penyediaan sup yg paling mudahkan kekawan, pada masa tu saya masak juga nasi, lepas tu saya buat sambal kicap dan goreng ikan bilis dengan kentang.. cukuplah malam tu punya dinner..

Penggemar sup ni semestinya hero saya Nabil, bertambah makan dengan kueyteow, pastu bebola ikan tu lagi kegemarannya.. sampai lima biji dia makan bebola ikan tu..

Alhamdulillah dashboard saya dah pulih seperti biasa.. macam mana dengan kekawan.. dah ok juga ke..

Jom intai resepi saya yg mudah ni kekawan..


KUEYTEOW SUP BEBOLA DAGING DAN IKAN

Bahannya :-

  • 1 peket kueyteow
  • 1 bungkus kecil bebola ikan
  • 7 biji bebola daging
  • 3biji bunga lawang dan buah pelaga 
  • 1/2  inci kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 2 biji bawang besar ditumbuk
  • 2 labu bawang putih ditumbuk
  • 1 sup bunjut 
  • daun sup
Caranya :-
  1. Tumiskan bahan tumbuk dan rempah sekawan hingga wangi .
  2. Kemudian masukan air secukupnya, lepas tu masukan bebola daging dan ikan, masukan juga sup bunjut.
  3. Bila bebola daging dan ikan tu timbul maknanya dah masak, perasa garamnya.
  4. Kemudian masuk daun sup, tutup api.
  5. Panaskan air untuk celur kueyteow. Sekejap jer celurnya nanti lembik pulak.
  6. Siap dihidang

Rabu, 25 Jun 2014

Petua Agar ANAK Ikut Cakap IBUBAPA

Assalamualaikum kekawan ..
Salam petang yg ceria :)
Saya ambil dari wall FB saya.. untuk kita kongsi bersama di sini... semoga memberi manfaat buat semua :D






Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa 

1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.





4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Silakan SHARE untuk MANFAAT Bersama

SUP AYAM KAMPUNG... emmmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah .. semoga sihat dan ceria :)

Terima kasih kepada kekawan yg mendoakan supaya saya cepat sembuh.. Alhamdulillah sekarang saya semakin sihat.. tapi perlu continue makan ubat tu sehingga habis kata doktor.. "kena jaga kesihatan baik-baik.. ni nak Ramadan " nasihat doktor Leny Marlina tu yg sangat baik.. masa saya masuk jer doktor tu dah tersenyum.. "tak sihat ke mama Nabil" popular sungguh Nabil ni.. Anak doktor ni sama sekolah dengan Nabil.. namanya Husna.. yg nabil rajin suka menyakat Husna ni.. kekadang hingga merajuk menangis.. tak tahulah saya dengan hero seorang ni..

Jadi petang semalam saya buat sup ayam kampung.. aduhh sesekali pekena sup ayam kampung waktu tak sihat ni memang berseleralah makan , ye kekawan.. budak2 pun gembira.. Semalam en suami menjemput mereka pulang dari sekolah.. 

Saya regukan dengan goreng ikan bilis dengan terung,(resepi disini terung-goreng-sambal ) bertambah lagi selera mereka makan, jadi kami makan malam pukul 6.00pm, Kak Nabilah boleh cakap "bestlah mama cuti, boleh makan cepat" lepas tu Najeeha menyampuk "kalau macam tu mama, tak payah kerja lah, best mama tak payah kerja tau, boleh buat kerja sekolah cepat, semua kerja tak terkejar-kejar".. en suami yg mendengar pun menyampuk "tunggu abah jadi jutawan baru mama tak payah kerja"
Hehehe bila lah en suami nak jadi jutawan ni... 

Ye lah bila saya cuti memang budak2 bertiga memang suka, sebab semuanya siap dan mood terkejar-kejar tu tak ada.. saya ambil mereka disekolah cepat, pastu boleh buat kerja sekolah cepat, makan malam cepat ehe.. kalau saya kerja tu, balik terus letak beg, terus bersilat didapur .. lepas magrib baru makan.. pastu  baru nak buat homework.. Okey dah banyak pulak cerita nya..

Jom semak resepi saya yg mudah ini :)

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG

Bahannya :-
  • 1 ekor ayam kampung (ayam kg ni kecik jer kan)
  • 4 biji kentang
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 inci kayu manis
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 3 sudu besar serbuk rempah sup (dibancuh bersama air)
  • daun sup
  • 1 batang serai diketuk
  • Garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris bersama herba tiga sekawan tu, kemudian baru dimasukan serbuk sup yg telah dibancuh dengan air, bila dah wangi, masukan air secukupnya.
  2. Kemudian masuk ayam dan kentang, tunggu sehingga kentang empuk dan ayam masak.
  3. Lepas tu masukkan serai dan rasa garamnya, bila dah okey baru masukkan daun sup.
  4. Siap untuk dihidang.



Selasa, 24 Jun 2014

KIFARAH ... gugurlah dosa-dosa KECIL..

Assalamualaikum kekawan..


Hari ini saya tak sihat demam dan cirit birit... pastu kepala pening sangat.. balik jer dari klinik terus makan ubat.. pukul 1.30pm baru tersedar dari tido.. terus solat zohor.. nasib sebelum tido saya dah masak nasi.. jadi boleh lah makan dgn lauk yg ada ni.. doktor kata sekarang musim panas kena minum air kosong banyak2 nanti rehydrasi.. Alhamdulillah bangun tido ni lega sikit badan dan kepala saya..

 Terima kasih kekawan yg tolong saya semalam dgn komen yg ditinggalkan.. rupanya bukan saya sorang yg mengalaminya.. masalah dari blogspot rupanya.. moga cepatlah selesai masalah ni..

Ini pun saya taip entri guna handphone jer.. tak boleh nak cerita panjang.. nanti pelan2 saya BW kekawan ye ;)

Isnin, 23 Jun 2014

TOLONG saya KEKAWAN.... camne NAK BUAT ni... huhuhu..

Assalamualaikum kekawan..


Saya nak minta tolong kekawan .. macamana saya nak selesaikan masalah Papan Pemuka saya...



Tengok ni dia keluar satu jer senarai pembacaan tu.. bila saya tekan lihat lagi.. tak boleh dan tak keluar pun lagi entri dari blogger yg lain.. Adoiii.. saya selalu BW melalui ni jer.. sebab senarai bloglist saya tu ada 125 jer sedangkan yg saya ikut ada 338..

Tolong ye kekawan macam mana saya nak buat ni..

Sambutan HARI KELAHIRAN dan Kurma oh KURMA....

Assalamualaikum kekawan.. 
Alhamdulillah .. Moga Sihat dan Ceria :)

Petang sabtu tu terima whatsapp dari adik ipar jemput malam ni kerumah adiknya khairul.. rumah mereka selang sebuah rumah jer.. ada jamuan makan sambut hari kelahiran khairul.. Konon malam tu en suami nak ajak gi Floria tengok bunga api.. lagi pun saya tak sihat.. deman sikit.. jadi pergi kerumah khairul lah kami malam tu..


Jemputan hanya ahli keluarga jer.. meriah juga lah malam tu dengan gelagat budak2 tu semua..


Selamat hari lahir Khairul Anuar.. semoga usia dirahmati Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..

Pagi ahad tu pulak, selepas membeli keperluan basah di pasar tani.. en suami mengajak terus ke Mahnaz Food untuk membeli kurma.. Kami sampai disitu pukul 10.30am, itu pun orang dah ramai dalam kedai tu..
Adoiiii dah semakin naik harga kurma sekarang.. Kurma Ajwa pun RM100/kg.. tahun lepas baru RM80/kg.. Kurma Mariami pulak dah naik RM144/5kg dulu baru RM95/5kg tak salah saya .. jadi kami mengambil kurma Nouri Tunisia RM75/5kg.. Balik rumah en suami terus packing utk disedekahkan kepada jiran tetangga dan adik beradik nanti. InsyaAllah 29hb Jun kita berpuasa kan kekawan..
Itulah aktiviti saya hujung minggu kekawan :)



Ahad, 22 Jun 2014

KEAJAIBAN seorang ISTERI dengan PENGEMIS

Assalamualaikum kekawan..

Alhamdulillah .. semoga sihat dan ceria :)





KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTRI dan PENGEMIS

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang naas, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."

Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.

Renungan :
"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, tebarkan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya" Silahkan LIKE and SHARE jika anda setuju..


Sumber : FB

Sabtu, 21 Jun 2014

15 kesilapan IBU BAPA dalam mendidik ANAK-ANAK

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria..

Selamat berhujung minggu.. tengah buat apa tu.. jom kita muhasabah diri kita menjadi ibubapa dalam mendidik amanah yg di beri oleh Allah kepada kita ni.. 





15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : Darulharis