Rabu, 17 September 2014

RESEPI NASI DAGANG TRENGGANU

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi dan sihat serta ceria selalu :)

Saya suka makan nasi dagang, kalau kepasar malam, selalu juga membelinya.. dulu masa raya selalu makan nasi dagang yg dibuat jiran depan rumah.. memang sedap masakannya.. sekarang telah 3 tahun arwah Kak Rozie pergi meninggalkan keluarganya.. meninggal sebab sakit kanser payu dara.. masa tu dah stage 4.. sedih kami satu taman kehilangan arwah kerana ianya seorang yg baik dan ramah, rajin menjamu kekawan makan.. arwah juga ada menerima tempahan, jika ada tempahan dia masak lebih dan hulur pada jiran2 berdekat.. dulu Nabil masa kecil rajin hilang ke rumah arwah.. masa saya tercari-cari Nabil, arwah akan kata "Yati, Nabil ada rumah akak ni" itulah Nabil yg tak kisah dengan sesiapa aje..
Resepi nasi dagang ni adalah post dari kekawan di FB.. jadi saya simpan sini dulu.. kalau rajin nanti hari raya haji kita cuba buat pula :)






Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan





Resepi Gulai Ikan Aya

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!




Resepi Acar Timun
Bahanya :-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka

Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.




19 ulasan:

  1. Salam Kak..
    wahh....peberet sy ni nasi dagang Ganu.. suka sgt makan sbb pernah gi Terengganu dan makan nasi dagang yg famous kat sana.. teringat2 kesedapannya..haha..
    nak kena belajar masak jugo ni..:)

    BalasPadam
  2. Emmmm...sedap tu kak..nasi dagang ganu ni rasa xmuak sgt

    BalasPadam
  3. saya suke makan nasi dagang..tapi nak buat tak tau..hahahha...tak da keyakinan

    BalasPadam
  4. hihiks.. CT dulu duduk kat terengganu dua tahun before pindah ke penang. tapi tak boleh nak masuk nasi dagang ni kekeke.. mak ayah suka makan tapi CT takleh. iyeelah kan selera orang lelain :D

    Jemput Singgah :D
    Komen Sikit Wajah Baru Blog CT

    BalasPadam
  5. saya suka makan nasi dagang.. tapi malas nak buat wpun resepi dah ada depan mata hehe.. selalu makan kat kedai je :p

    BalasPadam
  6. nasi dagang terenganu ke..kelantan ke...peberet saya...pantang jumpa...

    BalasPadam
  7. Pasar tani tempat kakak ada jual beras yg khas utk nasi dagang tau Yati. Beras dia dah campur dgn pulut dan ada warna cokalat-coklat sikit. Bila kukus macam yg Yati ajar di atas tu rasanya memang sedap. Kakak suka:)

    Yati dah plan nak masak nasi dagang utk Raya Haji ye:)

    BalasPadam
  8. Sedap ni T..AKu suka T makan nasik dagang ni..nak2 kuah ikan dia tu...Mak long aku dari pantai timur T...mmg sedap masak nasik dagang ni..aku pandai makan jer..pulak tu aku tgk byk bahan2 dah tu mcm susah jer nak masak...aku surender awal2 dah ni...

    BalasPadam
  9. masak lauk tu boleh..tapi msk nasi tk pandai lagi..dh ada resepi in sha Alah akan di usahakan nti..tqvm ye..

    p/s tq ucapan tu..amin

    BalasPadam
  10. Pelik juga saya ni. Tak pernah pekena nasi dagang yang famous ni. Nak buat memang tidaklah dalam masa terdekat ni tapi teringin pulak nak mencubanya.

    BalasPadam
  11. nasi dgn kelntan biasa guna beras perngkan..

    BalasPadam
  12. macam mudah je buat nasi dagang ni ,kalau ada masa nanti kakak nk buatlah ikut resepi yatie ni....

    BalasPadam
  13. sy tak berapa pandai sgt makan nasi dagang..nasi kerabu sukalah.hehe

    BalasPadam
  14. nampak menarik jer nasi dagang tu... walau pun idah tak pandai makan :)

    BalasPadam
  15. saya suka makan nasi dagang terengganu kat area AU3. memang terbaek rasanya. mesti siap suh makcik tu buh nasik lebih.....RM7 makkkk

    BalasPadam
  16. sedapnye..saya suka nasi dagang tp dlm kuantiti sedikit..makan bersama gulai ikan..sedapnyer,....

    BalasPadam
  17. OKje suka gulai ikan tongkol tu ...nasi dia bolehlah jugak layan....
    Nampak menarik jugak ni CH...... mcm teringin nak buat tapi bila tengok kena kukus angkat kukus angkat jadi malaslah pulak huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)