Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Januari 2014

MENCINTAI SESEORANG DENGAN SEIKHLAS HATI .....

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria selalu :)

Hari Jumaat yg berakah... selamat bercuti semua... tentu ada yg balik kampung kan bila cuti panjang ni... saya pun balik rumah mak di Kuang.. ada gotong royong bersih rumah mak bila cuti panjang macam ni dan berkumpul ramai-ramai adik beradik ni....

Bila dah berkumpul di semakin erat rasa kasih sayang adik beradik tu kan... 



Khamis, 30 Januari 2014

ASAM PEDAS IKAN TERUBOK .... eemmmm Yummy ^___^

Assalamualaikum kekawan... ceria dan sihat selalu :)


Semalam petang saya tayang kari kepala ikan merah .... petang ni saya tayang pula asam pedas kepala ikan terubok pulak ehe :)
Ini kepala ikan terubok yg saya buat panggang serai tu hari lihat sinin ikan-terubok-bakar-serai. Bahagian badannya saya bakar gitu cecah dengan sambal kicap...wow dapnyaaa.. 

Tengok kepala dia tak ada.... ganti dengan bunga tu ehe :P
Dah semestinya asam pedas ni utk saya seorang jer makan... banyak tulang bahagian kepala ni... pastu saya buat kuah dia pedas kaw kaw pun... memang meleleh hingus dibuatnya tapi sedap weeiii.. Anak-anak saya masak lauk lain... takut tercekik tulang pulak budak-budak tu kan...

Jom intai resepi yg mudah bagi saya ni ...

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TERUBOK
Bahanya :-
  • Kepala ikan terubok(belah dua)
  • 1 batang serai diketuk
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 5 biji bendi
  • 11/2 sudu teh asam jawa (campur 2 cawan air)
  • 15-20 tangkai cili kering(direbus)*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawan putih*
  • 1 cm belacan dibakar*(* dikisarkan )
  • 1/2 sudu teh jintan manis (disangai dan ditumbuk dulu)
  • 1/2 sudu teh jintan putih(disangai dan ditumbuk dulu)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak utk menumis
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan yg ditumbuk sehingga wangi dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan sekata dengan bahan ditumis tadi, lepas tu baru dimasukan air asam jawa. 
  3. Selepas tu masukkan bendi, daun kesum dan serai. Masak hingga mendidih. Kemudian taburkan serbuk lada hitam dan rasakan garamnya.
  4. Apabila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

JOM SELALU PELUK ANAK KITA... ^__^

Assalamualaikum kekawan... sihat & ceria selalu ^___^

Hari ini ada yg dah mula cuti Tahun Baru China kan... Sekolah Kebangsaan Raja Muda kak Nabilah dah cuti hari ni tapi sekolah agama masih bersekolah... duduklah Nabilah di transit tu dulu, Nabil dan Najeeha masih sekolah seperti biasa, esok baru cuti... selamat bercutilah bagi kekawan yg dah mula cuti tu, tentu ada rancangan bila cuti panjang ni kan...

Artikel ni saya ambil dari FB yg dikongsi oleh kekawan... terasa bagus pula infonya jadi saya kongsi bersama dengan kekawan di blog pula...

Saya selalu memeluk anak-anak apabila mereka pergi sekolah, sebelum mereka masuk kesekolah mereka cium tangan dan pipi, kemudian saya peluk mereka dengan rasa kasih sayang kita, anugerah Allah yg di amanahkan kepada kita untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh dan solehah...

Saya tahu kekawan pun macam tu jugakan suka peluk anak-anak...:)






Rabu, 29 Januari 2014

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK....eemmmm dappp nya :)

Assalamualaikum kekawan ... ceria selalu :)

Masak kari kepala ikan mamak style ni pada hari sabtu tempohari... bila ala mamak ni tentu tak bersantan.... sekarang kena kurangkan santan sebab si kolestrol tengah bermaharaja lela didalam badan saya ni kekawan... yg jenis tepu pulak tu...

Samping tu buat lauk utk anak-anak ayam goreng berlado dan sayur kubis dan buncis goreng kunyit... ala mamak juga goreng sayur dah rasa makan kat restoran mamak pulak tengahari tu.. :)

Lepas tu kak Najeeha request pulak jus roselle yg dipetik petang semalam oleh en suami, suka sangat dengan jus roselle ni sebab rasa masam-masam macam asam boi gitu ... tak letak air batu... minum suam-suam jer sebab semua dalam rumah tu batuk termasuk saya sekali... bila batuk bersambung sahut menyahut dengan anak-anak...


Model mama yg tak pernah jemu... puas hati makan buat sendiri ni kan kekawan.. makanlah banyak mana pun... sekarang ni restoran mamak dah mahal harganya... Saya pernah kena RM15 sepinggan, ambil kari dengan sayur macam tu jer ....

Resepinya saya ambil dari blog Madiha.... akak mohon copy paste resepi ye Madihah.... tengok nampak betul copy paste nya... background blog Madiha lagi :)




KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Resepi : Ana Elianas FP (TQ Ana!)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Kepala ikan merah yg siap dipotong (MaDiHaA guna kepala ikan jenahak & sekeping ekornya (jd bahan2 lain MaDiHaA dah lebihkan sikit dari resepi yg dulu sebab dah lebihkan ikannya) 
5 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHaA guna kari ikan Baba's)
3 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh (MaDiHaA guna serbuk cili)

Bahan2 Kisar 
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (MaDiHaA guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
air secukupnya utk kuah

Bahan Rampai 
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je)
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA PULA KEKAWAN ^___^

WW # GOSOK JANGAN TAK GOSOK ~ ^___^

Assalamualaikum kekawan .. moga sihat dan ceria :)

Aktiviti cuti sekolah... basuh kasut.. dah lah warna hitam tapi 
penuh lumpur tu yg beriye menggosok ehe :P

Selasa, 28 Januari 2014

TERCAPAI HAJAT DIHATI ..... YG KEDUA PULAK :)

Assalamualaikum kekawan... semoga ceria & sihat selalu ^___^

Hari jumaat yg lepas pergi sekolah Nabilah... ambil duit RM100 tu...

Lepas ambil duit sempat lagi suruh belanja Hot & Roll tu ... layan jer apa selera tekak dorang ni kan, mama pun sama juga mencuba hehehe .. Nabilah ambil Capati Sosej Roll dan saya pula ambil Ayam cheese roll tu... sedap juga tu.. harga dua set ni termasuk air RM11.00, ok lah tu kenyang jugak :)

Apa hajat kedua selepas yang pertama tercapai.. boleh klik disini tercapai-hajat-di-hati. yang pertama...

 Hah ini lah hajat dihati kedua budak berdua tu... kerusi untuk menulis, masa dapat duit RM100 yg tahun lepas saya belikan mereka meja tulis siap dengan tempat bukunya.. kali ni dapat duit tu saya belikan kerusi pulak, selama ni mereka gunakan kerusi makan tu jer , jadi belikan kerusi yg boleh di adjust ni kan... Najeeha pilih warna biru....

Nabilah pulak pilih warna hijau ni... cantik pulak saya tengok warna ni kan... cash n carry kekawah, harga sebuah RM110, ni tak tau kedai keberapa kami masuk... majoriti harga yg kami tengok antara RM150-RM200.. yg ini lah kami rasa okey dan murah....


Hah budak sorang ni beli apa pulak... beli Arnab beroda ni ke.... hehehe tak lah.. tapi sepanjang kami disitu, itulah kerja nabil keliling satu show room tu dengan Arnab tu... dia sebenar nak meja tulis Upin Ipin.. tapi stok dah habis, kalau nak kena tunggu lepas raya china kata taukeh tu... yg kerusi tu pun lucky kakak dua orang, kebetulan tinggal dua jer stok kerusi tu... Nanti ye nabil kita cari kedai lain pulak... Alhamdulillah dia okey jer... lebih kurang macam hainom okje ehe :)


SOSEJ ROLL ~ eemmmm dappppp nya ^___^


Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria :)

Petang semalam semasa mengambil mereka dari sekolah, najeeha berkata "mama, dah lama mama tak buat sosej roll yg goreng dengan telur tu".... "ye la mama" Nabil pula menyokong saranan kak jeeha nya... maka saya singgahlah di Mydeen bila sosej ayam dan roti...

Pagi-pagi tadi selepas subuh bermulalah operasi mamanya ini membuat sarapan sosej roll yg di kehendaki... Alhamdulillah minta sarapan yg senang ni jer ehe :)
Beriye mereka bertiga sarapan pagi tu... memang agak lama saya tak membuat sosej roll ni buat mereka, mereka siap tapau pulak kesekolah, makan dirumah tiga seorang pastu bawa ke sekolah pun tiga seorang apabila saya buat kerat dua, dapat semuanya dua puluh... rasa puas hati sangat tengok muka mereka dapat makan apa yg dihajati :)

Resepinya memang mudah jer kekawan.... jom intai ;)

SOSEJ ROLL

Bahannya :-
  • 1 peket sosej dipotong dua
  • 10 keping roti dipotong dua juga
  • 2 biji telur
  • minyak utk menggoreng
Caranya :-
  1. Rebus sosej didalam periuk, apabila dah masak, toskan .
  2. Kemudian ambil roti dan letak kan sosej ditengahnya lepas tu gulungkan. Buat seterus yg sama sehingga roti habis.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng, sementara tu pukul telur bersama sedikit garam.
  4. Kemudian celupkan roti yg telah digulung bersama sosej hingga sekata, lepas tu goreng sehingga kekuningan dan angkat.
  5. Siap utk dihidangkan bersama sos cili


Isnin, 27 Januari 2014

BELANSUNGKAWA SAHABAT DIKASIHI ALLAHYARHAMAH SANISAH BINTI SUJA 1972 - 2014 ~ ALFATIHAH

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat & ceria selalu...


Pada pagi ahah 26 Januari 2014 bersamaan 24 Rabiulawal 1435H, saya dikejutkan dengan panggilan telefon sahabat saya Nadrah, pada mulanya saya tak tahu kerana pada hari Jumaat saya ada terima mesej dari suami almarhumah Sanisah mengatakan beliau tengah kritikal dan mohon doa sahabat semua, saya pun mesej kpd semua sahabat dan pada malam sabtu saya ada mesej suaminya lagi, mesej dibalas dengan mengatakan arwah semakin stabil namun lemah.. saya berkira utk menziarahi arwah bersama kekawan lagi, namun begitu pada hari ahad itu lah terakhirnya saya menziarahinya dan mengucupi pipinya buat kali terakhir... sewaktu saya tiba jenazah tengah dikafankan dan telah ditutup muka, atas belas suaminya mengizinkan saya mengucup sahabat saya ini buat kali terakhir... sungguh tenang dan damai wajah arwah... damai rohmu disana wahai sahabatku...

Gambar hari dirumah arwah pada 2011
Saya mengenali arwah semasa belajar di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) pada tahun 1993-1994 mengambil kos yang sama iaitu Diploma of Accounting And Finance... Arwah seorang yg baik dan suka menggembirakan hati semua orang... Kami terus mengekalkan ukhuwah ini sehingga masing-masing bekeluarga. 
Arwah mula menghidap kanser ini bermula pada tahun 2010, pada awalnya beliau menghidapapi kanser usus, kemudian merebak keparu-paru, kemudian ke tonser dan akhirnya diperut ketumbuhanya... saya ada menukilan kisahnya disini. beraya-sambil-menziarahi-sahabat.html .,mohon-sedekah-zikir-untuk-sahabat-saya
Terakhir saya menziarahi pada 30 November 2013 disini menziarahi-sahabat-tersayang-lagi.html, keadaan pada ketika itu sangat lemah dan kurus, suaranya terlalu perlahan untuk didengar, arwah meminta saya memujuk anak sulongnya menerima untuk melanjutkan pelajaran keluar negara dan tak perlu risau akan keadaan dirinya... cukup katanya anaknya itu berkorban lima tahun menjaganya... 
Arwah meninggalkan sepasang anak, yang sulong perempuan berusia 18 tahun yg sedang menunggu keputusan SPM, pada percubaan SPM Najihah ni mendapat 9A, yang lelaki berusia 12 tahun, sebaya dengan anak sulong saya, pada tahun ini akan menduduki UPSR.. semoga anak2 arwah akan beroleh kejayaan didunia dan akhirat..


Arwah sangat gembira bila dapat menjadi tetamu Allah pada penghujung 2011 menunaikan umrah
Sekarang hanya doa penghubung antara saya dan arwah... semoga roh sahabat saya ini dirahmati Ilahi  dan ditempatkan bersama insan yg solehah dan bertaqwa hendaknya.. Amin ya Rabbal Alamin...


DOA UNTUK PEREMPUAN



Ahad, 26 Januari 2014

JOM BISIK KAT SUAMI ^___^



Assalamualaikum kekawan .... ceria & sihat selalu :)

Selamat berhujung minggu kekawan... jom pagi ni kita main bisik-bisik dengan en suami kita nak :)
Pesanan dari Dato` Dr Fadilah Kamsah yg sangat terkesan...





PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

P/S Sumber FB

Sabtu, 25 Januari 2014

JOM BINA HUBUNGAN DENGAN SOLAT.... ^___^

Assalamulaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)

Jom kita solat untuk membina hubungan dengan Allah ^___^


p/s dari FB

Jumaat, 24 Januari 2014

ASAM PEDAS PORTUGIS IKAN SENANGIN ..... eemmm dappppp berlemak

Assalamualaikum kekawan...ceria selalu :)




Masak asam pedas portugis ni memang sedap ... rasa lemak-lemak gitew sebabnya dia letak buah keras kekawan... sebenar saya ambil resepi dari ikan bakar portugis tapi saya olah jadi asam pedas... dah kahwin dengan orang Melaka ni... asam pedaslah jadi kesukaannya.. Semua anak-anak suka asam pedas ni... bila saya buat asam pedas portugis yg lemak ni , kak Nabilah hingga menjilat jari suka kuahnya tu...

Jom kita tengok resepinya kekawan ... senang dan mudah jer.

RESEPI ASAM PEDAS PORTUGIS IKAN SENANGIN 
Bahannya :-
  • 3 ekor ikan senangin ( bersaiz 8 inci seekor tu)
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 kumtum bunga kantan
  • 4 Bendi
  • Sedikit daun kesum
  • 2 sudu kecil asam jawa dengan secawan air (saya guna adabi)
  • garam
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 1/2cm lengkuas*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar, hiris dulu bahan2 tu ye)
Caranya :-
  1. Panaskan minyak masak didalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan mesra, lepas tu masukan jus asam jawa tu.
  3. Kacau sebati, kemudian masuk daun kesum, bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bahan masak dan mendidih, rasa garamnya.

JOM BACA DOA UNTUK DIRI DAN ANAK-ANAK ^___^

Assalamualaikum kekawan dan ceria serta sihat selalu ^__^





Bacakan doa ini dan ajarkan anak-anak. Baca juga ketika bagi mengelakkan anak kecil diganggu waktu pagi dan petang. Juga untuk diri sendiri. Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam melindungi cucu baginda Hasan dan Hussain dengan bacaan ini dan baginda nabi turut menyebut ia juga amalan nabi Ibrahim a.s yang dibacakan kepada Nabi Ismail a.s & Nabi Ishak a.s. Apa bacaannya? ini dia

أَعُوذُ بِكلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ
Ertinya : Aku berlindung dengan (berkat) kalimah Allah yang sempurna (dan melindungi serta menyembuh) dari segala Syaitan dan yang beracun (memudaratkan) dan dari segala jenis 'Ayn (penyakit & kecacatan fizikal & aqal disebabkan dari manusia & jin) dan Lammah (sejenis gangguan pada aqal). (Riwayat Al-Bukhari, terjemahan berdasarkan penjelasan Ibn Hajar dan al-Khattabi)

Khamis, 23 Januari 2014

SUP AYAM BEREMPAH....eeemmm dappp :)

Assalamualaikum kekawan dan ceria selalu...

Bila weekdays saya selalu masak yg mudah saja, cepat sikit anak tiga orang ni nak makan kan.... pastu kena cari lauk tu yg kegemaran mereka juga .... jadi bila tengok ada ayam dalam peti ais, terus on jer sup ayam berempah ni...

Dah semestinya yg suka sup ni si Nabil lah kan... lepas tu boleh pulak nak makan dengan nasi goreng... penuhi juga permintaannya janji dia nak makan... layan jer kehendaknya... habis satu pinggan tu dia layan nasi goreng dengan sup ayam tu.... blurrppp kemain kuat sendawanya... Alhamdulillah katanya.. semalam nabil buat lawak, masa baca doa makan tu dia terbaca doa nak belajar hahaha semua orang tergelakkan dia... hiazz masih teringat disekolah Nabil tu...

Mudah jer resepi saya weekdays ni kekawan... cepat dimasak cepat dimakan hehehhee

RESEPI SUP AYAM BEREMPAH
Bahannya :-
  • 300 grm ayam (saya pilih bhgn yg bertulang)
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 3 biji bawang merah kecil *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (*dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk sup
  • 2 biji kentang
  • 1 sup bunjut
  • 4 cawan air
  • Daun Sup
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris dan bahan rempah hingga wangi, lepas tu masuk serbuk sup, kacau hingga wangi.
  2. Kemudian masukan ayam, kacau sekejap, lepas tu masuk air dan kentang yg dibelah empat.
  3. Masak hingga kentang empuk dan rasa garamnya.
  4. Lepas tu masukan daun sup yg dihiris. Kacau sekejap tutup apinya.
  5. Siap utk dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng macam Nabil hehehe



Rabu, 22 Januari 2014

IKAN KERAPU TIGA RASA.... eemmm mudahnya

Assalamualaikum kekawan ;)
Belajar rajinkan diri buat entri dua kali sehari ehe ;)

Saya masak ikan kerapu ni semalam, memenuhi kehendak anak2, asalkan mereka makan bertambah, hilang penat memasakan, kak nabilah smpi tiga kali menambah, nabil pun sama smpi en suami nak gi surau dia tak habis makan tapi nak ikut, kena tunggu sekejap.
Resepi ni saya ambil dari buku masakan Chef Hanieliza... jom intai resepi yg mudah ni ;)


RESEPI IKAN KERAPU TIGA RASA
Bahannya :-
  • 1 ekor ikan kerapu (ikan saya yg sedang tu yg dua ekor ;))
  • 1 sudu besar tepung jagung(salut ikan)
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 cm halia*(*dihiris)
  • 3sudu besar sos tomato,sos cili,sos tiram.
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu teh gula pasir
  • garam
  • minyak utk menggoreng
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 1 pokok daun bawang dan sup.
Caranya :-
  1. Sapu garam, kunyit dan tepung jagung di sekeliling ikan.
  2. Goreng ikan sehingga masak kekuningan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan hiris sehingga wangi.
  4. Masukan bahan sos dan biarkan mendididh. Kacau sekata.
  5. Masukan tomata yg dipotong empat bersama daun bawang sup yg dipotong sedang.
  6. Curah kuah sos di atas ikan. Siap utk dihidang .

BAGAIMANA IA TERTANGKAP... ITU PERSOALANNYA ?... RABBI YASSIR WALATU`ASIR...



Assalamualaikum kekawan dan ceria serta sihat selalu :)

Kisah atas sebab apa pasangan ini tertangkap, saya ambil dari FB juga, apabila kawan post kan di wall FBnya, atas kerana bisnes orang Sweden dan untuk memperolehi keuntungan, pasangan ini menjadi mangsa... Semoga Allah mempermudahkan segala mehnah yg melanda keluarga ini... 



Salam,

Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya.
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sabuah kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidy kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kpd bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil.

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.

University of the Pacific,
Stockton. California. USA.

Selasa, 21 Januari 2014

GORENG TAUGEH KACANG SOYA ~ eemmm Yummy ^___^

Assalamualaikum kekawan.... :)

Tengah rajin pulak hari ni buat entri ke 2... nak cerita masak Goreng Taugeh Kacang Soya ni sebenarnya ehe... hari tu jalan2 kat pasar tani ... ternampaklah taugeh kacang soya ni... dalam hati .. dah lama tak masak taugeh ni... tengok cantik jer memutih taugeh ini... dan dan tu cakap kat pak cik tu " taugeh ni 50sen" cukuplah tu kata saya... tengok pak cik tu letak setengah plastik merah tu... laaa byk rupanya 50sen tu..

Nak kena sabar banyak utk membuang kaki taugeh ni... nak masak camtu jer memang lah teruk sangat tak cantek rupenya ehe... saya suka makan taugeh kacang soya ni sedap rangup krap krup bila di kunyah....

Oleh kerana suka sangat taugeh habis saya ratah semangkuk ni.... kongsi pulak dgn kak Nabilah yg kuat meratah tu kan hehhe...
Elok naik dua beranak ni kalau bab meratah...

Ehhh nak resepi ke goreng taugeh kacang soya saya ni... ada yg berkenan... Jom intai resepi yg sempoi ni... :)

RESIPI GORENG TAUGEH KACANG SOYA











Bahannya :-

  • 50sen Taugeh Kacang Soya (haha banyak tu yg dibeli ^__^)
  • Semangkuk kecil udang sayur
  • 4 biji cili merah *
  • 3 ulas bawang merah kecil *(*dikisar)
  • garam
  • minyak utk menumis
Caranya :-
  1. Bersihkan taugeh, basuh dan toskan, letak ketepi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang yg digaramkan sedikit separuh masak. Angkat , letak ketepi.
  3. Lepas tu tumiskan cili kisar sehingga wangi, kemudian masukan taugeh dan udang tadi. Gaul hingga mesra.
  4. Kemudian letakan garam secukupnya, tunggu sehingga taugeh masak.
  5. Siap utk dihidang.
p/s kekawan suka ke makan taugeh ni... ada separuh orang tak sukakan..

YA ALLAH SELAMATKANLAH ANAK-ANAK INI....

Assalamualaikum kekawan semua :)

Sekarang ni viral di FB kisah pasangan ditangkap di Sweden kerana pukul anak tak solat.... kesian saya membaca kisahnya... Saya copy dari FB kawan saya mengenai status terkini anak-anak tersebut...

Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak ni terpelihara akidahnya, nilah undang-undang dunia negara luar... jadinya Muslim itu tertindas...

Gambar from Google..



Pasangan suami isteri rakyat malaysia yg bekerja di swedan di penjara kerana pukul anak yg berumur 12 tahun kerana tak solat. So semua 4 org anak pasangan ini telah disetahkan oleh mahkamah swedan kpd keluarga angkat rakyat swedan beragama kristian. Anak anak ini mengadu tidak selesa kerana ada anjing di rumah itu walaupun di hidangkan makanan halal ttpi pinggan mangkok bercampur. So anak ak ini minta di serahkan kpd keluarga muslim.

Jawapan dari Yb Dr Syed Azman
1. Not as easy as seen
2. kita dah berhubung sahabat2 di Sweden termasuk MP n NGO di sana
3. Sweden ada law yg so-called child protection act.
4. Dah ada 4 case involves Muslim family yg semuanya kena penjara
5. Right or wrong seen by us - they r very strict in implementing the law
6. Latest - even family members n Wisma putera not allowed to meet the parents; anak2 dah dipindah kpd temporary protection dgn Muslim family
7. sahabat2 kita dari Islamic Community of Sweden Dr. Abdel Rizk n Dr. Yusuf are working on the issue base on 'cultural differences' arguement.
8. Insyallah willl update any latest.
9. We will try to meet Swedish 1st Secretary at the embassy today at 2pm to get an update.

From YB Dr Syed Azman, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

Isnin, 20 Januari 2014

APAM GORENG ...emmm dapnya ;)


Assalamualaikum kekawan... ceria & sihat selalu :)

Saya nak buat entry pada hari sabtu baru ni masa buat breakfast pagi tu, tapi bila nak upload gambar tak lepas-lepas juga, tu yg tak gemar sgt guna handphone ... payah bebenor nak upload gambar...

Dah lama saya teringin nak makan apam goreng sambal ni bila adik saya upload gambar di FB yg dia beli disekolah rendah anaknya tapi guna roti arab... tak original bagi saya... nostalgia sungguh dengan apam goreng ni masa saya sekolah rendah darjah 1 pada tahun 1976, apam goreng nenek ni memang terkenal, dengan harga 10sen jer satu apam tu lepas tu letak ikan bilis di atasnya... kekadang bila sampai turn saya apam goreng ni dah habis huhuhu ...


Saya buat dua versi sambal, satu sambal ikan bilis dan satu lagi sambal sardin... en suami tak makan, makanan dalam tin, dia kata dah jemu masa belayar dulu.. tekak dah tak terima katanya hehehe... semestinya sambal ni utk saya empat beranak...


Tak sangka semua orang suka apam goreng sambal ni... nabil habis 2 keping, kak Najeeha 1 1/2 keping, kak Nabilah pun 1 1/2 keping juga... en suami yg beriya makan habis sampai 3 keping pergghhh sedap katanya... memang mengenyangkan katanya... konon nak suruh saya buat nasi goreng takut tak kenyang, lepas tu cancel hahaha...



Masih lagi saya menggunakan pemanggang ajaib yg seberba guna ni.. sekejap jer masak apam ni tau... pukul 8am semua dah terhidang diatas meja...

Jom cuba kekawan, saya ambil resepi ni dari sini apam-goreng-sweet-memories terima kasih banyak ye Sweet Memories..
Biasalah saya ni kan ada jer yg diubah sikit untuk memenuhi tekak kami sekeluarga...


RESEPI APAM GORENG
Bahannya :-


  • 500 grm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 peket yis mauripan
  • secubit garam halus
Caranya:-
  1. Masuk semua bahan diatas, gaulkan sekata, kemudian baru dituang air sedikit-sedikit kacau bahan tersebut sehingga tidak berketul.
  2. Perap adunan tadi selama 1 jam.
  3. Apabila adunan dah elok naik kembang, panaskan pemanggang, layerkan  dgn sedikit minyak.
  4. Kemudian sendukan adunan kedalam pemanggang dan tutup
  5. Apabila dah lima minit, terbalikan apam tadi, tutup semula.
  6. Ulang sehingga bahan habis.
  7. Siap dimakan bersama sambal ikan bilis @ sambal sardin.

Jumaat, 17 Januari 2014

PESANAN ROH KEPADA MANUASIA


  1. Assalamualaikum kekawan.. Salam jumaat yg berakah...
  2. Hari ini selangor cuti.. ada juga beberapa negeri yg cuti Thaipusam ni kan... en suami dan kak nabilah pun cuti, cuma sekolah nabil dan najeeha yg bersekolah... saya hantar dia lewat sikit sebab jalan tak jemm kan...
  3. Sebagai peringatan kepada diri saya yg sering alpa dan lalai...

PESANAN ROH PADA MANUSIA.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. 

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". 

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.

Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as.

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

" Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akant berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wallahu'alam

Khamis, 16 Januari 2014

CERITA BERGAMBAR # NABIL DAN GAJAH ~ WAKEUP WAKEUP.... ^___^


Assalamualaikum kekawan... semoga ceria dan sihat selalu :)

Kita sambung balik cerita bercuti di Afamosa itu hari ye kekawan... kali ni nak cerita "Elephant Show"..... Nabil punyalah suka tengok... duduk bahagian depan sekali tu... Jom tengok gambar sambil bercerita...

Ceritanya mengenai gajah bagaimana dia duduk , kemudian gajah tu baring...

Cerdik sungguh gajah ni, mendengar arahan sungguh baring mereka satu persatu, mula-mula bengkokkan kaki, lepas tu dia turun kan kaki belakang utng terbaring.... 

Lepas tu semua gajah dah tergolek ehe :) 
Umpama gajah tu sedang tido....

Apabila semua dah bangun dari tido, ada seekor gajah tak nak bangun dari tido....

Datang seekor gajah tu, tolong bangunkan gajah tu 
"wakeup wakeup... sambil memukul punggung kawanya tu dengan belalai... masa ni Nabil punyalah ketawa berdekah dekah... suka sangat dia tu...

Tapi gajah tu tak bangun juga.... gajah yg bangunkan dia tu menjerit sambil mengangkat kaki.....


Rupanya, gajah tu panggil mak gajah, mak gajah tu bawa sebaldi air.... 


Lalu menyembur gajah yg tido tu dengan air yang dibawa tu.... banyak juga yg disiram tu.... lagi sekali Nabil ketawa berdekah-dekah :P, lawak sungguh bagi Nabil tu :)


Selepas disembur beberapa kali dengan air tu, maka gajah yg tido itu bangun ..... akhirnyaaaa

Setelah anaknya bangun, mak gajah tu bawa balik baldi air tu kebelakang....



Menjerit gajah yg tido tu depan Nabil.....



Tak sangka Nabil gajah tu datang dekat padanya, beriye suruh en suami dukung sebab nak rasa belalai gajah tu.... yg gajah tu pulak letak belalainya diatas bahu en suami.... menjerit suami kata beratnyaaaa...

Elok pulak dia menggeselkan pipinya kebadan kita... manja sangat gajah ni...
Kakak Najeeha pulak nak merasa gajah ni pulak....




Konon nak bagi gajah makan saya ni.... tapi penakut yg lebih... sama menjerit macam gajah pulak hahahhaha :P

Kakak Nabilah ambil gambar dgn gajah dari jauh jer.... penakut dia ni hehehe

Ni pertunjukan gajah bawa kayu balak pulak....

Gajah melukis pulak... gajah tu lukis gambar pokok... pandai gajah tu melakarkannya... Lukisan gajah tu dijual dengan harga RM10...

Pertunjukan gajah menari masa ni.... lagu gangnam style tu.... tak pasal-pasal Nabil pun menari sama kihkihkih...

Diakhir pertunjukan tu, gajah itu akan mengambil air didalam takungan itu dan menyembur kearah penonton.... bersepah semua orang lari... tu yg tak ambil gambar sebab lari sama hahaha...

Sekian lah cerita Nabil dan Gajah hehehe