Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Oktober 2014

KELEBIHAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.... :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..

Saya kongsikan bersama dari whatapps group yg saya terima utk amalan kita bersama... semoga bermanfaat 





Whatsapp dari group lain: Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.
Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.


Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah 

Khamis, 30 Oktober 2014

JOM PUASA SUNAT 9 - 10 MUHARRAM ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik...

Pada 3 November 2014 adalah 10 Muharram .. jom kita berpuasa sunat 9 dan 10 Muharram.. 






Wassalam.. semoga bertemu lagi.. InshaAllah..




Isnin, 27 Oktober 2014

BIG DAY ~ KHAIRIL ANUAR & HAMIDA ~ 24-25 OKTOBER 2014

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Pada 24-25 Oktober 2014 yg lalu kakak Ateh saya menghantar perkhawinan anaknya di Taman Perumahan Lima Kedai di Johor Baharu, Johor, beriye lah saya merancang utk menghantar bersama tapi apakan daya, saya hanya mampu merancang dan Allah jua merancang, oleh kerana kesihatan saya tidak mengizinkan maka saya tak dapat mengikut sama meraikan majlis perkahwinan ini. Sedih juga saya, gambar-gambar ini dari whatsapps yg adik beradik kirimkan..

Menunggu utk majlis pernikahan pada hari Jumaat selepas asar..



Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan lancar, pernikahan di buat dirumah pengantin perempuan..

Acara berinai pulak.. rupanya mereka menginaikan semua yg hadir dari keluarga lelaki juga.. beriye kakak saya dan anak buah perempuan berinai..

Hari Sabtu 25 Oktober 2014 pulak majlis persandingan yg diadakan didewan berdekatan dengan rumah pengantin perempuan tu..


Ceria dan gembira dimajlis persandingan itu.. :)

Kaum keluarga belah lelaki merenjis pengantin pula.. emak pun turut sama kesana..


Kakak Nabilah yg mewakili saya untuk menghantar abang Anuar nya kahwin di Johor tu.. balik rumah sakan bercerita dengan saya . 

Home stay yg disewa oleh Kak Ateh saya di sana, luas kata Nabilah, kak Ateh ambil dua buah rumah, pergi sana 6 buah kereta..


Malam tu selepas kenduri mereka pergi makan Sup Gear Box di restoran ZZ kata Nabilah.. sedap mama...

Hari Ahad tu sempat pula mereka singgah di Legoland.. Saya dulu merancang, kalau pergi menghantar kesini boleh hubungi blogger Kakzakie sebab rumah kakzakie dah dekat sini, tapi apakan daya belum rezeki nak berjumpa dengan kakzakie kan..

Itulah entri saya hari ini...






Jumaat, 24 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H ^___^

Assalamualaikum kekawan....
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan keredhaan Ilahi hendaknya...


Hari ni dah 29 Zulhijjah 1435.. esok dah menyambut Awal Muharam... Semoga kita semua lebih baik daripada tahun sebelumnya..


Doa yang sinonim bila sampai penghujung tahun hijrah.. yg sunnah nabi ialah berpuasa sunnat kata ustaz tapi boleh juga membaca doa ini kerana kita mendoakan yg baik-baik sahaja..

"SALAM MAAL HIJRAH SEMUA"


Khamis, 23 Oktober 2014

RESEPI OTAK-OTAK IKAN TINGGIRI

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Kawan saya kat FB tu suka tayang resepi yg membuat saya terliur untuk membuatnya.. tapi saya dah lama tak kedapur.. kesihatan masih belum mengizinkan utk kedapur.. jadi saya save dulu resepi yg kawan saya tayang kan ni di blog saya ni dulu... esok2 bila dah sihat saya akan mencuba utk membuatnya..
Terima kasih pada penyumbang resepi ni dan gambar ni sekali..









RESEPI OTAK-OTAK IKAN TINGGIRI
Bahan2 nya
1 ekor ikan tenggiri segar (sederhana), boleh dipotong hiris atau di ambil isi nya.
Daun pisang secukup di potong 'rectangular' boleh gunakan aluminium foil sedikit.
Rempah2 kisar nya
10 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar (10 cili kering dan 4 cili api) ikut citarasa
1 inch lengkuas
1 inch kunyit hidup
2 batang serai
2 sudu besar udang kering di sanggai dahulu
Bahan2 di atas di kisar halus
Kastad nya
3 biji telur
3 sudu tepung beras
3 helai daun limau purut dipotong halus
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
200ml santan pekat (1 cawan)
Kelapa goreng (1 cawan)
Cara2nya
Sesudah dibersihkan ikannya, potong kepingan2 fillet atau di ambil isi2 nya, kerik dengan sudu kecil. Gaulkan ikan nya dengan rempah2 yang dikisar. Kemudian sediakan kastad nya dalam mangkuk, campurkan kelapa goreng, santan, tepung beras dan telur, gaulkan supaya sebati letakan garam dan gula secukup rasa. Kemudian gaulkan keduanya. Sediakan daun pisang dan aluminium foil. Letakan kepingan ikan nya di tengah2 daunnya dan letakan taburan daun kunyit diatasnya. Bungkus ikannya rapi2, balut dengan aluminium foil kalau boleh. Otak2 nya boleh di bakar dalam oven atau di kukus, ikut cita rasa masing2, sajikan dengan nasi panas2.

Selasa, 21 Oktober 2014

RESEPI CREAM PUFF ... emm dapnya..

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi hendaknya...
Saya dah lama teringin nak buat cream puff ni tapi belum kesampaian lagi.. tadi di FB kawan ada post kan resepi cream puff.. seperti biasa save dulu kat sini.. nanti bila ada masa boleh buat dan rujuk aje di blog sendiri kan ehe :)
Terima kasih pada yg mengirimkan resepi ni dan gambar ni pun saya ambil di FB juga .. 







RESEPI CREAM PUFF

Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
Bahan-bahan untuk filling (dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning
Cara-cara utk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu.
Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan
tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak
adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.
Kemudian padamkan api.Sejukkan
2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan
Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian
masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk
bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga
permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah
dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.
kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff
sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik
dengan sempurna.
5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia
kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah
berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak,
puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum
tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling

Jumaat, 17 Oktober 2014

DOA PELEMBUT HATI anak-anak

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi hendaknya..

Setiap anak2 bermacam perwatakannya.. kekadang memerlukan kesabaran yg tinggi kan kekawan.. saya dpt ni dari FB.. mari kita cuba amalkan bersama agar hati anak2 kita menjadi lembut.. ;)


Selasa, 14 Oktober 2014

ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DENGAN ISTERI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi, sihat dan ceria ;)
Saya copy paste dari FB.. seronok pula membacanya sambil ulangkaji ;)
 Jom ulangkaji hukum tajwid!
ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DGN ISTERI
Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.
Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.
Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang.
Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.
Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.
Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...
Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.
Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.
Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.
Baanyaaakkk....!!
Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham Bilaghunnah,
cuma berdua, Lam dan Ro' .
Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, hanya boleh berhenti di salah
satunya, kau atau aku?
Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.
Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.
Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.
Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pand anganku ketika melihatmu.
Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku
Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.
Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.

Isnin, 13 Oktober 2014

RESEPI AYAM PENYET

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua dibawah rahmat Ilahi dan sihat serta ceria selalu.. ;)
Ayam penyet ni dah lama popularkan kekawan, tadi saya tengok FB ada kawan share resepi ni.. tengok resepi macam mudah.. teringin pulak nak mencubanya.. jadi saya save dulu disini.. ehe ;) bila ada masa nanti boleh cuba.. terima kasih pd tuan yg punya resepi dan gambar ni.. ;)



Resepi Ayam penyet
Bahan A
1 ekor ayam di potong 4 @6 (atau terpulang pada saiz yang disukai)
1/2 liter air (utk merebus)
Minyak untuk menggoreng ayam nanti
Bahan B
3 ulas bawang putih*
4 biji buah keras*
1 sudu besar biji ketumbar*
sedikit kunyit (debu atau basah mana2 yang ada)*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*
garam
gula atau perisa aji (mana2 yang disukai)
2 helai daun salam (masukkan masa nak rebus ayam)
Bahan C
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
garam jika perlu
1 biji telor ayam
caranya
1. ayam dipotong dan dibersihkan
2. tumbuk halus bahan B bertanda * dan tambah garam /perisa /gula
3. ambil 1/2 bahagian bahan tumbuk B tadi dan salut/lumur pada ayam tadi dan
biarkan selama 20/30 minit
4. didihkan air kemudian masukkan ayam beserta sekali dgn bahan lumur (yang
no 3 diatas) . masak shingga ayam masak ..angkat
5. dalam 1 bekas masukkan setengah daripada air rebusan ayam tadi dan
separuh baki bahan B dan masukkan semua bahan C ... kacau rata semuanya
dan perasakan jika tawar tambah garam
6. Masukkan ayam yang telah direbus tadi dlm bahan bekas yang berisi adunan
no.5 di atas..
7. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam yang diletakkan dlm
adunan no 5 tadi... goreng hingga masak dan garing..angkat dan tos.. adunan
no 5 ni juga digunakan untuk menggoreng tauhu serta tempe//goreng hingga
masak
untuk menggoreng serdak pula
dah goreng ayam tadi.. baki adunan digunakan utk buat serdaknya pula.. caranya dalam minyak yang panas tadi..masukkan sedikit dahulu adunan no 5 tadi..dan terus kacau2 adunan dlm minyak panas untuk mendapatkan serdak yg halus ..goreng hingga garing angkat dan toskan ..
utk sup
saya hanya gunakan lebihan air rebusan ayam tadi dan tambah sedikit air dan garam secukupnya ....
Sambal Terasi
2 biji tomato*
6 biji lada merah*
4 biji cili api (ikut kepedasan yang diingini)*
1 biji bawang besar*
sedikit bilis
sedikit belacan
garam dan gula
daun salam (jika ada)
sedikit minyak utk menumis
(caranya- potong bahan yang bertanda * kecik. panaskan minyak dan tumis semua bahan diatas sehingga layu sahaja..kemudian ditumbuk halus semua bahan kecuali daun salam dan tambah garam dan gula
ulaman
timun dipotong
kacang panjang dipotong dan direbus
tauhu dipotong 3 segi
tempe dihiris nipis
sayur kangkung goreng atau dicelur
salad

Sabtu, 4 Oktober 2014

SALAM AIDILADHA & TERIMA KASIH ATAS DOA KEKAWAN BUAT SAYA ;)

Assalammualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat serta kasih sayang Ilahi..
Esok kita akan menyambut aidiladha dan saya Alhamdulillah telah sihat.. pagi ni saya dah boleh discaj hospital. Tahun ni raya di sebelah en suami, dan inshaAllah kami buat korban utk ketiga orang anak kami tu, nabil lah yg paling tak sabar nak tengok sembelih lembu  tu.. Abah mertua saya pun nak buat kenduri sekali.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kekawan yg mendoakan kesihatan saya.. terasa kekuatan ukhuwah dan kasih sayang kekawan semua..
Disamping itu saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha maaf zahir dan batin dari saya buat semua kekawan..
Wassalam ;)

Jumaat, 3 Oktober 2014

DOAKAN SAYA CEPAT SEMBUH YE KEKAWAN..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi hendaknya.. 
Sihat itu rezeki dan sakit itu juga rezeki.. musibah yg dtg adalah utk menghapuskan dosa2 kecil dan bersabar dgn nya mendapat pula pahala.
Saya demam pada hari jumaat.. kemudian berlarutan hingga isnin dan saya pergi klinik lagi , doktor check darah tiada jangkitan denggi tapi badan saya lemah dan panas tapi suhu mengatakan tidak demam, refer saya ke hospital DEMC , wad pulak penuh hanya masuk air sebotol, ptg tu saya discaj dari treatment room, MC tiga hari, saya balik kuang minta ubat penawar dan pergi berurut seba sakit2 badan dan sendawa aje, macam angin byk dlm bdn.. namun tak juga sihat semalam saya lemah balik dan mengalami cirit birit, maka doktor diklinik refer saya ke hospital.. Saya admit di KPJ hospital.. 
Pagi ni saya akan buat endoscopy di perut.. masukan kamera melalui mulut utk tengok perut dan usus.. semoga urusan saya dipermudahkan Allah..
Kifarah utk saya ni, agar sentiasa berzikir kpd Allah dan perlu banyak membuat amalan kebajikan..
InshaAllah kita bertemu lagi dgn kekawan maya.. dan doakan saya cepat sembuh ye kekawan.. wasallam .