Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 November 2014

SEDEKAH SUBUH MAMA ^___^

Assalamualaikum kekawan..

Salam Jumaat yg barakah.. perkongsian dari group 

whatsapp di kongsi pula di blog.. semoga bermanfaat :)


[FADILAT SEDEKAH SUBUH...]
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps
sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
Credit to : kak Sharifah Fazilah....
Perkongsian dari kak noorul
Jom kita sama2 amalkan

Khamis, 27 November 2014

RESEPI KUZI AYAM

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi hendaknya..
Sekarang ni bila kekawan post resepi yg best di FB, mula lah saya save di blog ni dulu.. bila ada kelapangan nanti boleh lah dicuba.. tengok bahan2 nya nampak mudah jer tu..

KUZI AYAM

Sumber : Legaci Secret Trading
Bahan-bahan:
1 ekor ayam 
30 ulas bawang merah-dimayang halus dan digoreng hingga garing. Hancurkan.
2 ulas bawang putih-diblend
1/2 inci halia-diblend
2 batang serai-diblend
3 sudu besar rempah kuzi
3 sudu besar sos tomato
1 cawan campuran kismis dan gajus/badam.
1/2 tin susu cair.
Air
Garam
Gula
Cara:
Perap ayam dengan bahan yang telah diblend (bawang putih, halia dan serai serta garam secukupnya) Perap sekurang-kurangnya satu jam. Goreng ayam. Goreng kismis dan gajus atau badam cincang-sejatkan. Tumiskan rempah kuzi (tidak perlu lama2) Masukkan susu cair. Masukkan sos tomato, bawang goreng, ayam, kismis, gajus/badam, garam dan gula secukupnya. Masukkan sedikit air. Masak hingga kuahnya pekat. Sedap dimakan bersama dengan roti jala, roti Arab, roti biasa atau dengan nasi.

Rabu, 26 November 2014

ww : MEMAAFKAN ITU LEBIH INDAH DARI DENDAM

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan hidayah Ilahi. :)


p/s Hari ini saya bercuti untuk mengambil keputusan UPSR kakak Nabilah.

Selasa, 25 November 2014

KAKAK.. CHEF YG BANYAK MEMBANTU.... ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dilindungi Allah jua hendaknya.. 

Lama saya tak cerita kisah anak2 saya kan.. bersyukur saya kepada Allah kerana mengurniakan kakak yg banyak membantu saya lately ni.. kakak Nabilah dah boleh masak nasi, goreng telur sendiri, bagi membantu saya didapur.. sesuailah dengan cita2 nya utk menjadi seorang chef :)

Sekarang ni kakak lah yg mengikut en suami membeli belah keperluan dapur.. pandai dah dia memilih barang2 keperluan harian..

Hari tu mereka singgah di Halal Mart, sekali tu terjumpalah Grill Chicken Steak.. teruja dia membeli.. nak rasa katanya..

Inilah antara bahan yg ada dalam kotak tu, kentang, sosej ayam dan peha ayam yg telah siap diperap serta sos BBQ tu..


"Mama, kakak nak grill dalam pemanggang ajaib jer lah". 

Akhirnya siaplah bahan yg digrill dan digoreng oleh kakak Nabilah.. gembira sungguh dia..

Chef lah yang rasmi dulu Chiken Grill ni.. berkongsilah mereka tiga beradik ni.. kakak kata boleh beli lagi ni.. sedapnya.. beli satu ajer sebagai percubaan kata kakak nabilah :)

Last sekali bagi yg merindui Nabil.. bersama jus oren yg dibuat oleh kakak Najeeha pulak.. :)

Itulah yg saya dapat coret entri hari ini.. InshaAllah. kita jumpa lagi :)

Isnin, 24 November 2014

TIPS KEBAHAGIAAN ANAK


Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan beroleh kesejahteraan selalu..





Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Jumaat, 21 November 2014

RENUNGAN :: SUBAHANALLAH..

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg berakah..semoga kita semua berada dalam naungan Ilahi dan rahmat Nya..




Khamis, 20 November 2014

TALAM UBI KAYU... emmm dapnya..

Assalamualaikum kekawan...

Suka sangat bila kekawan post kuih muih ke.. lauk pauk ke di FB.. saya apa lagi save dulu disini resepinya.. nanti bila nak buat boleh rujuk disini.. terima kasih kepada penyumbang resepi ni.. tengok bahan dan cara membuatnya sangat mudah.. tu yg bersemangat nak mencuba :)



TALAM UBI KAYU
==============
BAHAN-BAHAN ( SAIZ LOYANG 30 CM )
* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg
ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair
BAHAGIAN ATAS
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum
CARA-CARA
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan
tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan
gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga
sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan
pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama
30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan
tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan..
SELAMAT MENCUBA !!


Selasa, 18 November 2014

LARANGAN BERSANGKA BURUK

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...
Dikongsikan dari group whatsapp saya.. :)



Larangan menyangka buruk.
Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Isnin, 17 November 2014

KEK TIRAMISU KUKUS

Assalamualaikum  kekawan..

Jejalan tengok FB.. ada jugak kekawan yg post kek tiramisu yg 

cantik ni.. save dulu kat sini... nanti kita cuba ye ^__^

                                                      



KEK TIRAMISU KUKUS


4 biji telur - Gred A
150gm Gula halus
1/2 sudu teh ovelette
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
100ml minyak masak
200ml santan kotak - KARA (Jangan campur air)

Bahan untuk lapisan :
Kopi cappuchino (3 in one) 1 sachet larutkan dengan 2 sudu besar air panas
2 sudu besar serbuk coklat

Cara membuatnya:

1. Pukul telur, ovellette dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak terlebih dahulu dengan baking powder sedikit demi sedikit di dalam adunan sambil di pukul lagi.

3. Masukkan minyak dan santan berselang seli sambil di pukul lagi.

4. Bahagikan kepada tiga mangkuk. Adunan 1 di biarkan kosong, atau jika suka boleh juga di campurkan sedikit keju cheddar yang di parut. Adunan 2 di campurkan dengan serbuk kopi cappucino dan Adunan 3 di campurkan dengan serbuk coklat.

5. Kukus lapisan 1 dan 2 masing-masing selama 10minit, seterusnya untuk lapisan ke 3 hendaklah dikukus selama 20minit.

6. Bila kek telah sejuk, bolehlah di hias dengan 'butter cream' dan boleh juga di tabur dengan keju parut mengikut citarasa masing-masing.

# Saya guna loyang bersaiz 6inci x 6inci. Pastikan loyang tersebut sudah di sapu mentega dan tabur dengan tepung terlebih dahulu untuk mengelak daripada kek melekat.
 

Jumaat, 14 November 2014

ADA.. BERI .. DAPAT


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Salam Jumaat kekawan .. semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya.. sekadar muhasabah diri buat kita.. Saya ambil  dari FB yg dipost oleh kawan saya..




Formula Prof Dr. Muhaya,
"ADA (pada diri) - BERI (kepada orang) - DAPAT (dapat semula apa yang diberi)"
Kalau kita DAPAT reaksi negatif daripada orang, sebenarnya kita telah pun BERI negatif pada orang, dan kita hanya boleh BERI negatif kepada orang apabila kita ADA negatif. Maka untuk kita DAPAT perkara positif, kita kena BERI positif, Tapi ingat, kita tidak boleh BERI apa yang kita TIDAK ADA.
Sebab itulah kita kena baiki diri kita. Jangan sibuk cari kesalahan orang dan nak baiki diri kita kena cari ilmunya. Memang bukan kerja yang mudah tapi pasti jadi mujahadah. Semoga kita semua mendapat anugerah Allah untuk dipilih sebagai orang yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh membaiki diri sendiri. Segera kita beristighfar kepada Allah setiap kali negatif singgah di hati kita. Allahumma yassir wa la tu'assir. Allahumma tammim bilkhair. Amin.

Wassalam.. InsyaAllah kita jumpa lagi :) 

Selasa, 11 November 2014

KAMU ITU SEBENARNYA... " ISTIMEWA"

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah :)



Wassalam.. InshaAllah jumpa lagi..

Selasa, 4 November 2014

RAHSIA QAILULAH @ TIDUR SEBENTAR SEBELUM ZOHOR





[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Kredit Sumber : Detikislam.blogspot.com