Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 31 Disember 2014

WW :: SELAMAT DATANG 2015.... SELAMAT TINGGAL 2014

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua  berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik..



Sabtu, 27 Disember 2014

INISATIF MENJAGA PRIVASI DAN AURAT SEWAKTU BENCANA..

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga.. Ambil picture dari FB yg dikongsikan.. Subahanallah kagum dengan usaha dari pemuda ABIM ni kan..




INISATIF MENJAGA PRIVASI DAN AURAT SEWAKTU BENCANA

Subhanallah..

Kagum dengan inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh aktivis ABIM yang membina kain pemidang di pusat-pusat penempatan mangsa banjir bertujuan untuk menjaga privasi dan aurat mangsa-mangsa banjir.

Usaha sebegini usah dipandang remeh.

Moga Allah membalas usaha kalian!

#SavePantaiTimur

Jumaat, 26 Disember 2014

SEMOGA ABAH CEPAT SEMBUH ...

Assalamualaikum kekawan.. salam Jumaat yg barakah..
Semoga hari ini kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahtera..

Hari pertama abah di hospital di wad pemerhatian..
Dua hari ni saya menjaga abah saya yg demam jangkitan kuman diparu-paru.. Sebelum ni abah dah demam tapi on off jer demam nya.. pada hari rabu 24 dis pagi tu nak pergi kerja.. dapat call dari mak.. kata demam abah semakin teruk.. jadi saya terus balik Kuang.. risau juga hati ni.. sampai rumah tengok abah dah tak berdaya sangat.. cakap dgn adik kita hantar abah ke hospital jer lah.. Saya dan adik pun bawa ke hospital terus ke wad kecemasan..
Memang abah dah down.. gula turun 3.7, tekanan darah rendah, oksigen pun kurang jadi tak boleh bernafas secara normal..

Malam tu abah dah naik ke wad .. tido 
Pukul 9.30am doktor datang .. periksa abah.. doktor kata buat x ray paru-paru.. jadi keputusan nya paru-paru dijangkiti kuman.. pukul 10 malam baru wad ada kosong.. sepatutnya abah masuk wad kelas 1 tapi keadaan abah yg perlu pemerhatian jadi letak abah kelas 3 depan kaunter.. dekat dengan doktor dan nurse..

Pada hari kedua tu abah dah semakin baik demamnya dan tak meracau-racau seperti hari pertama.. Alhamdulillah.. petang tu saya suapkan dia makan .. banyak juga dia makan bubur nasi tu.. memang kena pujuk abah tu.. sekarang ni saya kerja jadi kak andak saya jaga di hospital tu.. dari pagi kak andak pujuk suruh makan.. dia tak mahu.. kata nak balik rumah .. nak pergi sembahyang Jumaat ni.. huhuhu.. aduh sedih pulak saya :(

Kak andak whatsapp gambar abah yg sedang merajuk.. nak balik.. muncung jer kata kak andak.. pujuk makan tak hendak .. kata nak solat nanti lepas solat baru makan.. Semalam saya pujuk dia makan dulu bila dah sihat cepat .. boleh keluar.. lepas tu baru pergi masjid.. kita solat ye.. Saya suruh kak andak cakap macam tu pada abah.. tapi abah tetap merajuk pastu dia nangis huhuhu :( 
Camne ni wasap kak andak.. saya kat ofis ni pun tak senang hati dibuatnya.. 
Ya Allah.. sembuhkan lah abah ku .. semoga abahku dapat beribadah kepada Mu dengan sempurna.. 
Ya Allah wahai yg Paling Mengasihani daripada segala yg mengasihani, dengan rahmat Mu kami meminta pertolongan ya Allah ya Rahman ya Rahim agar engkau menguatkan kami dengan kekuatan Engkau ya Allah dan berikan pertolongan dengan pertolongan Engkau ya Rahman dan berilah `afiat kepada abah kami dengan `afiat Engkau dengan rahmat Engkau ya Allah wahai yang paling Mengasihani daripada segala yg mengasihani. Aamiin.


Selasa, 23 Disember 2014

TAMMAT... WASALAMU.. PONDOK ADEK ^___^

Assalamualaikum kekawan.. selamat petang..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..

Pada hari Jumaat yg lalu tammat lah pengajian Nabil di Pondok Adek itu.. sungguh gembira dia belajar disitu.. dapat hadiah pelajar terbaik hafazan.. Alhamdulillah..


Alhamdulillah .. Nabil berjaya menghafaz 16 suruh dan dapat sijil penghargaan dari Pengasas Pondok Adek Dr Hj Amdan Ahmad..


Inilah hadiah yg diterima oleh Nabil Elementary Set.. senang mama tak payah beli lagi kan..

Ini pula sijik penyertaan mengikut program Cuti Sekolah Madrasah Bahru Al Fateh Pondek Adek.. Nabil masuk dua minggu jer sebab lambat tahu tempat pengajian ni..

Sibuk ambil gambar sijil dan hadiah tu.. kata nak hantar kat Ustazah Zubaidah yg Nabil dapat hadiah :)

Ini lah aktiviti mereka selepas balik mengaji pergi makan-makan oleh Mak Long nya.. kakak ipar saya..

Di Pondek Adek tu Nabil dapat pulak best friend.. namanya Ikmal.. Ikmal tinggal sama taman dengan adik ipar saya tu.. rumah selang dua buah rumah jer dgn rumah adik ipar saya.. habis mengaji di situ lah tempat lepaknya.. makan bersama, solat jemaah bersama dan tidur petang pun bersama... Ikmal ni anak tunggal tu yg suka bila nabil datang bermain rumah dia ...




Isnin, 22 Disember 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA... 21 DISEMBER 2001 ~ 21 DISEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan di beri kesihatan yg baik serta gembira selalu ..


Alhamdulillah telah 13 tahun saya melayari gerbang perkahwinan.. Semoga ikatan ini akan berpanjangan hingga ke jannah .. InsyaAllah... Terima kasih buat suami yg tercinta yg sudi menerima saya seadanya.. Kehidupan yg penuh mehnah perlu dilalui oleh pasangan yg bergelar suami isteri.. 

Suami ku,... terkadang saya berpikir untuk apa cinta itu,setelah saya menjalani semua itu,ternyata cinta itu adalah bahan bakar dalam rumah tangga ini,dan jujur saja suamiku,kalau saya sangat mencintai mu,cinta yang datang karena rasa cintaku pada Allah untuk menjadikan engkau sebagai imam dalam rumah tanggaku.





Ahad, 21 Disember 2014

HIDUP TAK SEMUDAH KATA

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada didalam lindungan dan rahmat Ilahi..
Selamat berhujung minggu :)




Sabtu, 20 Disember 2014

TANDA RIYAK


Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Allah hendaknya ...
Selamat berhujung minggu kekawan


Jumaat, 19 Disember 2014

KEK MARBLE SUSU emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan..

Selamat petang.. jom jamu mata dulu dengan kek marble susu ni.. 

ehe balik sekodeng di FB .. macam biasa saya save dulu disini :)


RESEPI KEK MARBLE SUSU


Bahannya :-

3biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Cara buat.
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

MOTIVASI :: BERUBAH

Assalamualaikum kekawan...

Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik berterusan..



Khamis, 18 Disember 2014

SNICKERS CHEESE CAKE

Assalamualaikum kekawan...
Selamat petang.. petang ni kita jamu mata dengan kek yg sedap ni... biasa lah saya ni kes sekodeng di FB petang hari ni.. tengok kek ni dah meleleh air liur.. apa-apa hal kita save dulu kat sini .. nanti chef Nabilah dari kem madrasah boleh cuba buat dengan dia hehe :)





Snickers Cheesecake
Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan
Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar
Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream
Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih
Loyang : Loose Base Tin 7"
Cara-cara :
1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk dahulu.
2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.
3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.
4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.
6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.
8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.
Selamat Mencuba
Jom share resepi ni

BIG DAYS :: NURUL & ASRAF ~ 13 DISEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah hendaknya :)

Last weeding this year.. Ini lah adik biras saya yg kahwin pada hari Sabtu 13-12-14 baru ni dan majlis menyambut menantu di Kedah pada hari Sabtu ni 20-12-14...
Kepada Nurul dan Asraf ~ Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga ke jannah... Amiin.

Majlis pernikahan dijalankan pada hari Jumaat 12/12/14 di rumah pengantin perempuan.. Pengantin dinikahkan oleh abangnya.. Arwah Pak Ngah dah meninggal 11 tahun yg lalu.. tak sempat melihat anak2 nya berkahwin.. begitulah ketentuan Ilahi ..
Sekali lafaz jer pengantin ni.. sah sudah menjadi suami isteri..

Penyerahan duit mas kahwin, cincin nikah dan rantai perkahwinan..

Sebahagian hantaran dari pihak perempuan dan lelaki..

Keberangkatan tiba pengantin pada pukul 2.00 ptg.. Alhamdulillah cuaca pada hari tu baik dan terang benderang..

Thema pada hari tu light purple bagi penyambut tetamu.. adik beradik dan kaum keluarga..

Mak dan adik beradik saya pun hadir sama.. dah ini anak bungsu mak ngah... dah tak ada lepas ni kenduri kahwin.. Ambil kakak dua orang dari Madrasah petang jumaat tu.. jadi hari sabtu mereka berdua tukang beri doorgift pada kanak2.. Kebanyakan gambar ni saya ambil dari whatsapp group.. sebab tu gambar saya tiada.. ehe.. saya tak bergambar pun dengan pengantin...

Rabu, 17 Disember 2014

RESEPI PUDING ROTI BERLAPIS KOKTEL

Assalamualaikum kekawan... selamat petang :)


Lagi sekali saya tewas bila tengok koktel yg meleleh ni kekawan.. 

Gara-gara tayangan kekawan di FB lah.. apa lagi save dulu.. bila

 lah ko akan membuatnya yati oiiiii :D


RESEPI PUDING ROTI BERLAPIS  KOKTEL

BAHAN-BAHANNYA:
PUDING:
8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
80 gm mentega
50 gm kismis
100 gm buah pic
100 gm buah koktel
50 gm gula kastor
3 biji telur
3 cawan susu segar
SOS KASTAD:
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
Sedikit pewarna oren
CARA-CARANYA:
PUDING:
Roti dipotong kepada 3 segi kecil.
Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula.
Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti.
Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula.
Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan.
Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c.
Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong.
SOS KASTAD:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan.
Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan.

WW :: JOM YG BAIK-BAIK SAJA..

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah hendaknya :)



Selasa, 16 Disember 2014

ROTI JALA MODEN

Assalamualaikum kekawan.. selamat petang ...

Ini kes baru balik sekodeng FB.. ehe :)

Tengok resepi Roti Jala Moden ni macam mudah jer... apa lagi 

save dulu kat sini.. nanti senang kita cuba pulak ye..

RESEPI ROTI JALA MODEN


Bahan-bahan:
Tepung gandum 3 cawan
Air 2 cawan setengah
Susu segar (optional) 1/2 cawan - kalau tak mahu letak susu letak air
2-3 titik pewarna hijau cam Ummi buat
1 biji telur
3 sudu besar mentega
Secubit garam...
Cara-cara :
-Satukan semua bahan diatas dengan whisk dan tapis bancuhan..
-Panaskan non stick pan
-Lenserkan dengan minyak zaitun atau minyak masak biasa (celup kitchen towel dlm minyak sikit dan lapkan pan.
-Isikan adunan didalam botol sos yang bermuncung tiga . Atau kalau tiada gunakan acuan roti jala yang biasa. Bila panas paipkan adunan diatas pan secara melintang dahulu dan kemudian menegak. Saya gunakan api kecil.
-Bila permukaan adunan pucat..maknanya roti jala kita dah masak and bolehlah menggulung..Ummi rasa gulung ini ada banyak cara.
-Cara saya, lipat roti sepertiga atas dan bawah angkat dalam pinggan dan gulung dari tepi hingga ke hujung..
-Teruskan menjala hingga adunan habis..
Selamat mencuba !!!

MADU DAN KAYU MANIS

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg sihat sejahterah.. Terima artikel ni dari group whatsapp.. jadi saya kongsikan disini.. semoga memberi manfaat kepada kita semua :)





Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.
Ini di antara kajian dari saintis barat :
Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)
Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.
Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif
Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!

Isnin, 15 Disember 2014

MURTABAK ROTI CHEESY

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi dan beri kesihatan 

yg baik..

Teringin pulak nak cuba yg ini.. dah meleleh air liur tengok kat FB 

ni.. apa lagi save dulu di blog lepas tu boleh lak mencubanya ..

RESEPI MURTABAK ROTI CHEESY

Bahan-bahannya
12 keping roti Gardinier
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.
Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba

Ahad, 14 Disember 2014

SABAR LAH WAHAI DIRI ...

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan keredhaan Allah jua hendaknya..



Sabtu, 13 Disember 2014

PETUA MERAWAT KENCING MANIS

Assalamualaikum kekawan..

Selamat berhujung minggu kekawan.. masej ni saya dapat

dari group whatsapp saya.. jadi saya kongsikan disini .. 

semoga memberi manfaat utk kita semua..





Petua Merawat Kencing Manis Dengan Bendi
Bendi dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Jika anda ada penyakit kencing manis, cuba amalkan petua ini.
Ambil 2 batang bendi, kerat bahagian atas dan bawah. Kelar-kelar bahagaian tengah kedua-dua bendi dan masukkan ke dalam gelas berisi air. Tutup gelas dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan bendi dari gelas dan minum air tersebut sebelum sarapan pagi. Amalkan setiap hari. Anda akan lihat hasil bacaan gula menurun dalam masa 2 minggu.
Selamat mencuba 

Jumaat, 12 Disember 2014

DOA KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan beroleh kesihatan yang baik hendaknya..
Jom sama-sama kita amalkan..



p/s Hari ini saya cuti lagi sebab biras saya pulak kenduri kahwin adik dia.. kiranya adik en suami punya isteri.. hari ni selepas solat Jumaat majlis nikahnya dan hari kenduri sabtu ke esokan harinya..

Khamis, 11 Disember 2014

RESEPI KUAH YONG TAU FOO

Assalamualaikum kekawan... 

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah

 jua hendakanya..

Ini lah kerja saya sejak akhir2 ni.. bila kekawan post je kat FB , 

mula lah menyimpan kat sini dulu.. nanti bila ada masa kita buat 

ye..


RESEPI KUAH YONG TAU FOO
KUAH HITAM
● 2 sd mkn taucu
● 2 sd mkn tpg jgung
● 2 sd mkn tpg gndum
● 3 sd mkn kicap pkat
● 3 sd mkn sos tiram
● 4-5 sd mkn gula
● 3 cwn air
Caranya : Masukan semua bahan dalam blender, kisar bagi halus dan masak bagi mendidih sekejap..
KUAH MERAH
● 1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
● 1 sd mkn tpg gndum
● 1 sd mkn tpg jgung
● 4- 5 sd mkn gula
● 3 cwn air
● 1/4 sd mkn garam
Kisar semua bahan sampai halus..
● 3 sd mkn cili kisar
Cara-caranya :
Panaskan sikit minyak, tumis 2 biji bawang putih ketuk, letak 3 sd mkn cili kisar dan tunggu sampai kering. Masukan semua bhn dalam blender tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.
Setelah siap bolehlah dimakan dengan pelbagai bebola, sosej, dan macam-macam lagi seumpamanya dan boleh dimakan bersama keluarga.
Selamat mencuba.

Rabu, 10 Disember 2014

WW :: JOM NGAJI DI PONDOK ADIK

Assalamualaikum kekawan semua ....

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah hendaknya :)










Disinilah Nabil mengaji bersama dengan dua orang sepupunya Qaseh dan Qrisya.. Mengaji rajin2 ye semua :)
Banyak sungguh aktivitinya kan.. Nabil pun seronok disini..

Selasa, 9 Disember 2014

DOA DEMAM PANAS

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungi Ilahi jua..


Sekarang ni dah musim deman kan kekawan.. cuaca tak menentu hujan panas jer kan.. jadi anak2 mudah sangat dapat demam.. semua itu rezeki juga kan..



Hari Jumaat itu hari jemput kakak Nabilah dan Najeeha di Madrasah pun mereka batuk dan selsema.. jadi masa hantar mereka hari minggu tu bekalkan juga mereka ubat.. air minerel, makanan kesian juga dengan mereka tu.. penuh juga satu beg en suami sediakan utk makanan anaknya.. takut anak2 kelaparan en suami ni..


Lepas tu kak Nabilah minta saya masakan goreng telur rebus berlada ni.. ini telur rebus kenduri rumah Kak Ateh saya tu lah :)
Kesukaan kak Nabilah goreng telur rebus macam ni..

Bila kakak dua orang ni dah balik ke madrasah ni terasa lak sunyi rumah ni.. bangkit pula rasa rindu didalam hati..




Isnin, 8 Disember 2014

RAIKAN CINTA :: MAJLIS MENYAMBUT MENANTU ~ KHAIRUL & IEZA ~ KHAIRIL & IDAH # 6 DISEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik :)


Pada hari Sabtu kak Ateh saya membuat kenduri menyambut kedua menantunya.. saya dari hari Jumaat ke rumah Kak Ateh .. apa lagi kerja merewanglah kan.. jenuh juga mengupas bawang ni dalam kategori berguni ni.. meleleh lah air mata dibuat nya.. ehe :)

Tema pada hari itu adalah ungu.. saya tak banyak ambil gambar, gambar2 ni pun saya ambil dari whatsapp group.. tersenyum riang kedua pasang mempelai ni.. senang kerja Kak Ateh dua sekali utk satu kendurikan.. 

Sama padan sama cantik bak kata orang dulu-dulu bagai pinang dibelah dua :)

Sepupu-sepupunya menyakat jugak pada mulanya.. bila kerusi ni mereka duduk dan minta di bayar TOL dari pihak pengantin tu yg mereka menggelabah kerana tidak menyediakan duit hahaha :D

Makan beradap pulak.. teruja pengantin nak makan tu.. dah lapar sangat kata pengantin lelaki tu..

Bapa dan mak pengantin pun tak ketinggalan juga untuk bergambar bersama-sama kawan yg datang meraikan majlis ni.. ada kekawan sekolah mereka datang sama.. hampir berpuluh tahun tak jumpa.. bila datang kekawan tu yg sembang tak sudah ..


Sebenarnya ada photobooth kat sini tapi bila dah sibuk ni memang tak sempat lah bergambar.. si Khairul ni pun bergambar pada ptg Jumaat tu.. tengok baju basah dek peluh.. sibuk menolong sama pengantin ni..

Saya ditugaskan oleh Kak Ateh untuk menjaga Goodies ni.. kena pastikan setiap yg hadirin mendapat .. jadi kerja saya keluar masuk dalam bilik utk mengeluarkan goodies ni.. tu yg tak sempat nak bergambar bagai.. ehe :P

Ni boss dan kawan sekerja Khairil tu.. boss dia chinese .. suka betul mereka.. ramai  kekawan sekerjanya yg datang..


Nak dijadikan cerita pada hari Jumaat tu.. ada pulak paip pecah ditepi jalan besar nak masuk rumah kak Ateh.. sudahnya air paip tak adalah.. memang susahlah kalau kenduri air tak ada ni.. Jadi nya petang tu en suami pergi mencari hotel bajet di Pekan Bukit Beruntung tu.. boleh lah kami mandi dan solat serta tidur disini.. Ambil yg double bed ni.. 
Pukul 10pagi tu barulah dihantar tangki air oleh pihak Syarikat Air Selangor (SYABAS) ni.. jadi pada hari jumaat tu kenalah angkut air dari tempat lain.. sebab nak masak-masak lauk pauk kenduri tu kan.. Kesian sungguh Kak Ateh.. ujian nak menyambut menantukan..


Bila dah akhir kenduri ni.. apalagi.. dera pulak pengantin untuk cuci periuk bagi putih berkilat :D