Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua..
Pada cuti yg lalu saya hanya memenuhi jemputan undangan perkahwinan, bermula hari khamis tu pergi kenduri anak kawan sekolah.. satu persatu kekawan sekolah terima menantu.. Tahniah Fatonah .. semoga perkahwinan anak kekal bahagia hingga ke jannah.. menu utama adalah kambing bakar.. dah lah Fatonah ni taukeh lembu dan kambing lagi lah meriah lauk pauknya.. Fatonah ni dapat pengiktirafan Penternak Berjaya Kebangsaan pada tahun lepas.
Lepas balik dari kenduri tu singgah di Pantai Remis Kuala Selangor tu.. memang masa lalu nak pergi kenduri tu dah plan.. nanti singgah.. dah meriah sungguh Pantai Remis ni.. lama saya tak kesini.. byk aktiviti yg ada.. memancing pun ramai.. menjala pun ada.. budak2 ni main di gigi air aje.. laut ni tak berapa sesuai utk mandi manda sebab berlumpur.. Nabil tu dah geram jer tengok air tu.. maklumlah tahun ni kami tak bercuti ke mana pun.. kesian pun ada dgn mereka ni ..
Disitu ada dibuka gerai menjual hasil tangkapan laut tu.. saya tak ketinggalan utk membeli ikan2 yg fresh ini.. masa tu byk juga yg jual belangkas.. musim kata adik tu.. saya tak reti nak masak belangkas ni.. mana yg reti memasaknya .. byk lah diborong belangkas tu..
Budak2 berdua ni dah berkenan pulak dgn buih sabun yg besar ni.. layan jer lah dorang ni janji mereka gembira disitu ;)
Nabil pula teruja bila tengok ada kanak2 disitu bermain lelayang.. tak senang saya nak memilih ikan.. selagi tak dibeli lelayang tu.. Nabil nak lelayang burung Helang tu mama.. Abahnya yg melayan dia main lelayang.. dah tepi pantai angin pun banyak.. sekejap jer lelayang Nabil tu naik tinggi.. bukan gembira hatinya dpt menaikan lelayang tu.. bestlah mama lelayang Nabil naik tinggi tu.. nanti kita dtg sini lagi ye.. aduhai anak.. lelayang ni boleh ajer main kat padang , janji ada banyak angin ;)
Saya pulak duduk tepi tu sambil makan buah berangan tu.. aduh sedapnya.. tambah dah lama tak makan.. beli lah rm10.. puas saya mkn.. ^__^
Tiba2 tengah syok mkn buah berangan tu .. kakak Nabilah menjerit.. "mama.. mama ada ikan lah... ikan tu ada kaki.. nak handphone mama.. kakak nak ambil gambar" hahaha tergelak saya mendengarnya.. "itu ikan belacak lah kakak, ikan tu duduk dua alam.. tak boleh makan, sebab tu org tak tangkap" jelas saya..
Dah alang2 disitu kita makan malam ajer disini.. puas makan seafood yg fresh ni.. kami oder Kupang masak sweetsour, tomyam campur, kailan ikan masin, ikan pari bakar air asam. Nabil kemain suka kupang ni.. masa tu kupang tu dulu smpi.. dia mula meratah.. sedapnya mama...
Selepas solat magrib kami pun beredar pulang.. sempat juga bergambar dgn sunset yg cantik itu.. Subahanallah indah sungguh ciptaan Allah..
Selamat pagi....
BalasPadamSambil menyelam..kita minum air.. :)
waaahhhh!rindunya kat pantaiiii...
satu hati masa terisi utk gembirakan anak2..musim2 kenduri ni ambil peluang la lepas kenduri jalan2..sambil menyelam minum air
BalasPadamCantek juga pantai Remis ya yatie..
BalasPadamKalau dekat tempat kakak ni boleh pi beli ikan segar tu..
Sedapnya makan kupang tu nabil...
Waah... anakanda Nabil pulak dah betul-betul sihat, seronoklah dapat ke pantai dan makan seafood yg fresh. Ikan belacak nama ikan tu ye Yati kakak pun baru tahu. Bagus juga dpt ilmu baru walau ke pantai sekejap.
BalasPadamBestnya jejalan...
BalasPadammemang best kalau dapat hasil laut fresh...suka sangat..
BalasPadamBestnya dapat makan seafood fresh.... Lama dah tak makan kupang
BalasPadamCANTIK JUGA PANTAI REMIS KK XPERNAH SAMPAI LAGI...
BalasPadampantai remis, memang banyak remis ka?
BalasPadamMemang banyak remis.. Raihanah..
PadamKalau cari sendiri pun boleh.. kerang .. lala.. tapi masa akak smpi air pasang.. tak boleh nak cari..
Barakallah pengantin. Seronoknyaa pergi pantai. Nani teringin nak ada rumah dekat dengan pantai. hahah !
BalasPadamwak dulu sukak dtg pantai remis ni amek gmbr sunset dekat dgn jeri terapung tuuh ;p
BalasPadamsemoga pengatin berbahagia dan kekal hingga ke dalam syurga Allah.
BalasPadamWah bestnya dapat lepak2 tepi pantai tengok matahari terbenam
Seronoknya ada anak yang pandai makan.. mak masak apa pun ok. Untung le datang pantai remis time makanan laut tengah banyak.. boleh pilih yang segar. err monyet pun banyak juga kan he he
BalasPadamSeronok jejalan sambil makan kenduri...
BalasPadamTak penah sampai ke sini...byk betol jual hasil laut mesti segar2...abang saya dah lama teringin nak makan belangkas tapi puas skodeng kat tempat saya ni tak penah yg ada...blom ada rezeki...
BalasPadamAssalam. Seronoknya Pantai Remis. Memang dlm senarai nak pergi hujung minggu sambil bawak bekas polysterine nk isi seafood segar.
BalasPadamSinggah sekejap....esok singgah lagi, ngantuk dah!!
BalasPadamselamat pengantiun baru padanya
BalasPadampantai remis? saya selalu juga lepak dekat situ kak
BalasPadamentah2 pernah berselisih, tak perasan aje
anak-anak saya pun kalau ke sana suka sangat nak main layang2
belangkas tu pun saya tak reti makan
rasa cam ngeri pula nengoknya
kat situ sekarang dah cantik banding dulu
banyak dah kemudahan kan
Knor pun asyik pg knduri kndara...anak2 suka mkn lauk knduri..pntg ajak...segar2 nmpknya ikn tu...
BalasPadamsedapnya kupang tu
BalasPadam.besar2