Assalamualaikum
Tazkirah
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.
Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.
Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
Tuan Guru Dr Haron Din
06 january 2016 Rabu
26 Rabiulawal 1437H
Sumber : Whatsapp
singgah jumaat
BalasPadamPerkara kecil yg kelihatan di mata kita sebagai remeh tetapi andai mampu kita lakukan ianya tidak merugikan Yati. Malaikat Allah tak pernah lalai mencatat setiap kebaikan hambaNya hatta dgn binatang sekalipun
BalasPadamSALAM JUMAAT ...AMALAN2 MUDAH YG MEMBERI KITA GANJARAN PAHALA YG BESAR TU.
BalasPadamSalam Jumaat, CH!
BalasPadamNampak macam mudah aje tapi bila nak buat, terasa pulak macam susah! Kebetulan pula pagi tadi, saya brek mengejut sebab ada seekor kucing nak melintas jalan. Saya brek sebab takut terlanggar. Oh, tak boleh bayangkanlah! Nasib baik takda kenderaan lain kecuali kereta saya aje!
Alamakkkkk... baru lepas bunuh semut weyh....banyak betul kekadang tu, nak tunggu dia pergi sendiri lama nau....sudahnya jirus aur jerlah....huhu
BalasPadamAlamakkkkk... baru lepas bunuh semut weyh....banyak betul kekadang tu, nak tunggu dia pergi sendiri lama nau....sudahnya jirus aur jerlah....huhu
BalasPadamThank you kak for the sharing.. tak sedar ada yang dok buat
BalasPadam