Isnin, 4 Januari 2016

PERGI KE SEKOLAH KERANA ALLAH..

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Bagi ibu-ibu yg anak nya baru melangkah ke Darjah 1 .. Tingkatan 1 dan bertukar sekolah ke asrama penuh tentu kesibukan kan.. Semoga urusan kekawan dipermudahkan Allah jua..
Saya hari ini tak bercuti pun.. bagi adik2 dan kekawan yg ada anak yg baru masuk alam persekolah cuti .. :)
Semalam petang saya dah hantar Kak Nabilah balik ke Madrasah.. pagi ni hantar budak dua orang tu ke sekolah macam biasa.. tiada nak bergambar2 bagai hahaha.. Yuran sekolah dan buku sekolah semuanya saya dah settlekan sebelum buka sekolah di Pejabat sekolah SRI Al Hanna.. 
Semoga mereka mendapat ilmu yg barakah dan diredhai Allah..




Persekolahan akan bermula buat anak-anak kita...Semuga Allah muliakan kalian. Aamiin.

Hari ini  pertama sekolah.
Ushakan anak anak cucu cucu SOLAT SUBUH sebelum ke sekolah. Dan masa kejut anak sebut nama Allah contoh: bangun kakak dah subuh. Kalau kita solat subuh, Allah sayang kita.
(Sebut Allah atau solat masa kejut anak)

Kalau dulu kita kejut: bangun kakak, cepat.kakak nanti lambat pergi sekolah, nanti cikgu marah.

Tiada ALLAH dalam kejut anak kita...lama2 anak-anak tidak  kenal Allah, tidak takut Allah.

Ajar anak anak pasang niat nak pergi sekolah. Ajar mereka:
Ya Allah aku pergi sekolah kerana Engkau, tolong aku ya Allah.

Nanti Allah sentiasa tolong anak anakkita, allah fahamkan ilmu kpd anak -anak kita, Allah susun hidup anak anak kita.

Hari-hari tanya anak: hari ini pergi sekolah kenapa nak? Pastikan dan didik dia agar dia jawab:
KERANA ALLAH MAK..

Allah akan jaga anak anak kita yakinlah...
Hanya perkongsian buat teman-teman.

15 ulasan:

  1. InshaAllah, akan amalkan. Kakak ke sekolah madrasah,nak scroll baca tentang kakak nanti.

    BalasPadam
  2. InshaAllah akan saya amalkan, kakak ke sekolah madrasah berminat nak baca tentang kakak.

    BalasPadam
  3. Menuntut ilmu kerana Allah pasti Allah permudahkan urusannya insyaAllah.

    BalasPadam
  4. in sha Allah kak....moga anak2 kite manjadi insan yg berguna...cemerlang dunia dan akhirat....

    BalasPadam
  5. thumbs up ingatan ni kak...ubah cara lebih baik
    :-))

    BalasPadam
  6. Betul tu kak.. tanamkan akidah pada anak2 dalam setiap perkara yang dilakukan..

    BalasPadam
  7. Terima kasih mengingatkan CH...
    Apa pun yg kita lakukan, moga kita tidak lupa yg semuanya kerana Allah. Moga hidup kita diberkati...insyaallah

    BalasPadam
  8. Terima kasih mengingatkan CH...
    Apa pun yg kita lakukan, moga kita tidak lupa yg semuanya kerana Allah. Moga hidup kita diberkati...insyaallah

    BalasPadam
  9. in shaa Allah.
    a good reminder kpd aida yg leka ni.
    akan didik anak2 cara gitu.

    BalasPadam
  10. Masa untuk berubah! Saya pun selalunya bila kejut anak suruh bangun takut nanti terlambat. Kena ubah sikitlah ayat tu mulai esok ^_^

    Saya bercuti lama CH kali ni. Saya ni bukan kira anak baru masuk sekolah ke atau dah lama jadi senior. Kawan-kawan pejabat pun memang tahu saya akan ambil cuti awal tahun bila sekolah dibuka. Kali ni memanglah sebab si Adik Cute masuk tadika, jadi lagilah lama saya ambil cuti!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)