Jumaat, 29 Januari 2016

Salam JUMAAT Penghulu Segala Hari.. ^__^





*tazkirah pagi
❤ Hari ini, bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja yg kita suka.
🌹 Selepas itu kita ke almari dan pilih baju, apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka.
🌹 Kita ke almari solek, kita boleh pilih, apa wangian yg kita kita mahu.
🌹 Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid, samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..
🌹 Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja, kita nak pergi, kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah...
🌀 TETAPI...
😭 Suatu hari nanti...
💔 Kita tidak mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..
💔 Kita dah tak boleh pakai pakaian yang kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..
Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...
💔 Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...
💔 Selepas disembahyangkan, kita dah tak boleh pergi mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN...
💔 Diwaktu itu, barulah kita tahu dan sedar bahawa, apa yang ada selama ini adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yang kita selama ini terpedaya dengan keindahan DUNIA.
😍 "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh,
(3) dan yang berpesan-pesan pada kebenaran,
(4) dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
🌀~ Surah Al-'Asr.
P/s : silakan share kepada saudara se-ISLAM kita ..

Sumber : Whatsapp.

12 ulasan:

  1. Salam Jumaat...terima kasih kongsi.

    BalasPadam
  2. Salam jumaat yatie...Alhamdulillah kakak dah boleh balik harini wlpun baru 2'hari opret akak dh sehat wlpun kurang potasium lagi

    BalasPadam
  3. Salam jumaat, terima kasih atas peringatan ini. Ingat lagi kawan saya selalu ditegur bajunya tak cantik, "dia jawab mudah, nanti baju akhir sama ja dengan yang si yang kata tu" ini masa yang lama dulu. Tapi saya pertama kali dengar dan kagum dan rasa bijak kawan saya tu.

    BalasPadam
  4. Saban hari kita mengejar ke arah itu sebenarnya.
    Sementara ni Allah bagi peluang kita utk urus semua sendiri sampai masa semua itu akan berakhir.

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat akak... Terima kasih di atas peringatan yang kadang terleka ni..

    BalasPadam
  6. Demi masa...semoga kita x tergolong dlm kerugian

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)