Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada didalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..
Tengok budak demam yg tersenyum bersama Ostrich pemberian ustazahnya yg mana dia telah berjaya menghafaz Juzuk 30 keseluruhannya iaitu ayat-ayat lazim yg kita selalu baca tu. Alhamdulillah. Ostrich tu sebenarnya pen bila di cabut dari kakinya tu.. dah sama pulak warna biru Ostrich tu dengan bajunya. Buat spaghetti ni ahad lepas yg dimasak oleh chef Nabilah.. ~__^
Lepas tu ustazah dia ada pulak bagi note book, disetiap helaian kertas tu ada tertulis namanya , suka benar dia.. hadiah lagi sebab dah mula baca Al Quran .. sayang betul ustazahnya dengan dia.. walaupun banyak complaint ustazah dia banyak main jer.. tapi sekarang Nabil dah insaf lah mama katanya :D
Kak Nabilah ni memang suka sangat dengan spaghetti ni tau dari dia sekolah rendah lagi, ambil resepi dari Novel Ana Muslimah dia tu.. dan memang dia rajin mencuba seperti entri ini iftar-ke-2-spaghetti-meatball-by-chef nabilah
Resepi ini pun dia ambil dari novel yg dia baca tu, lupa pulak saya nak ambil gambarnya.. hehehe..
Jomlah intai resepinya tu :)
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahannya :-
- 1/2 peket spaghetti
- 500 gm daging ayam cincang
- 250 gm tomato puri
- 250 gm sos cili
- 1 biji bawang besar holland - potong dadu
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji tomoto - potong dadu
- 1/2 batang lobak merah - sagat
- 1 tin kecil cendawan butang - potong dadu
- 1 cawan air
- 1 sudu teh Oregano
- 2 sudu besar susu segar
- Garam secukup rasa
Caranya :
1. Tumis bawang besar dan putih hingga wangi, kemudian masukkan daging ayam cincang, goreng hingga kekuningan.
2.Lepas tu masukan tomato, lobak merah dan cendawan, goreng sehingga sayur lembut, kemudian masukan tomato puri, sos cili, air dan susu. Kacau sekata.
3. Masukan pula herba oregano dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih hingga masak api pelahan sehingga kuah pekat. tutup api.
4. Untuk spaghetti, rebus didalam air yg mendidih, titiskan minyak zaitun dan sedikit garam. Rebus hingga lembut.
5. Siap untuk dihidang.
Close-up sikit pinggan si chef ni.. dia dengan nabil jer dah menambah 3 kali hahhaha..
Saya boleh lah layan sikit-sikit hendak jugak mencari nasi.. dasar lah tekak melayu kampung saya ni :D
Kegemaran anak bujang saya ni kak :)
BalasPadamnyum2
BalasPadamRumah kakak pun kalau spaghetti kakak dah tak payah masuk dapur.
BalasPadamSenang dan mereka suka jadi biarlah kita sesekali goyang kaki:)
menu ni fav ank sy juga
BalasPadambaru buat pagi tadi. Request si bujang Adli
BalasPadamSAma jugak dgn aku T...kalau spegeti ni dorang 3 beradik tu lah yg masak...tekak melayu aku dgn Lan nak hadap nasik jugak...
BalasPadamsimple n sedap ye kak... pandai nabilah msk spageti...
BalasPadamTahniah nabil bijak sgt ni mampu menghafaz 30 juz alquran...demam dh kebah ya n berselera mkn spageti...kak selalu juga mkn spageti dimsk menantu yg rajin.
BalasPadamEhhh kak Paridah..
PadamNabil belum hafaz 30 juz al quran..
Cuma dia dah hafaz Juzuk 30 tu jer..
Kebanyakan ayat2 lazim kita baca tu kak PI..
InshaAllah Kak Paridah..
Moga Nabil dipermudahkan untuk menghafaz keseluruhannya..
alhamdulillah.
Padamterbaik la nabil!
Tahniah nabil...Alhamdulillah sejuk perut ibu yatie mengandungkan nya.
BalasPadamAkak hari ini buat spaghetti juga yatie,buat bekalan nak melawat azim di asrama.petang nanti.
alhamdulillah tahniah nabil...doakn zafirah pn berjaya hafal juzuk 30 sebelum dia masuk sek rendah...hihi
BalasPadamtahniah nabil..
BalasPadamadoii..nampak sedap kak.. lama tak buat.. boleh masukkan dlm menu minggu depan ni.. hehehe
Dulu tak pandai makan, tapi bila ada kawan belanja makan, terus jatuh cinta.. ;) cuma itulah.. anak2 tetap selera kampung - nak nasi..
BalasPadamsedapnya makan spaghetti dah lama tak masak ni kat rumah ... haishh
BalasPadamKadang tu kalau tekak dah jemu nasi, kita buat jugak spagheti ni CH... anak anak pun suka selamatlah sebab nak buat dia pun senang hihi....
BalasPadamHaih malulah aunty ngan Nabil kalau cenggini, Aunty ni berapa ketul surah yg boleh hafalnya itu pun entah betul ke dak dengungnya hihi...
ni antara masakan yg aida akan buat kalu da boring makan nasi :)
BalasPadamanak2 suka. asben suka.
and mudah, kan?