Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 29 Jun 2016

MENU IFTAR LAGI :: MAGGIE GORENG MAMAK πŸ˜†πŸ˜…

Salam petang yg ceria kekawan :)

Bila najeeha ada tuisyen..
Kenalah berbuka puasa di rumah..
Dorang minta masak Maggie Goreng Mamak..
Ehhh senang bangat tu..
Dah lama tak menyinggah kedai mamak kan...
Bila masak kehendak dorang..
Puaslah dorang makan.. pastu Nabil siap cakap ..
"sama lah rasanya macam kedai mamak tu lah mama"
huhuhu mahu menangis restoran mamak bila mama buka restoran nanti hahha.. 
Saya masak banyak juga tu ..
Balik tarawih nabil dari surau boleh makan second round lagi dengan abahnya..
Bila jeeha tuisyen abahnya ambil 8 rakaat ajer di surau..
Pastu terus ambil jeeha.. pukul 10.30 baru abis tuisyen nya..
Kesian jeeha.. berkorbanlah utk tahun ni ye sayang..

Resepi saya cukup mudah kekawan..
yg penting cepat dimasak sedap di makan kan hihihi..
Jom semak resepi saya ni..

RESEPI MAGGIE GORENG MAMAK

Bahannya :-
- 4 bungkus maggie (saya guna maggie adabi goreng tu) 
- 3 sudu besar cili kering kisar (cili kisar saya ni tiada bawang)
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- 3 biji bawang merah ditumbuk 
- 2 sudu besar rempah kari
- sayur kobis di hiris 
- 1 batang lobak merah disagat
- 2 keping burger ayam (hancur-hancurkan)
- 2 biji tomato potong dadu
- 2 biji telur ayam
- daun sup dan bawang.

Caranya :-
1. Rebus mee maggie sebentar , kemudian toskan, letak tepi.
2. Kemudian goreng ayam burger yg dihancurkan tadi yg telah digaulkan dengan sedikit garam, sehingga masak kemudian angkat , letak tepi.
3. Tumis bahan cili kisar dan bawang tumbuk serta serbuk kari sehingga naik bau wangi.
4. Lepas tu pecahkan telur ayam dan hancur-hancurkan, bila dah sebati masukan garam dan sayuran yg dipotong tadi.
5. Kemudian masukan daging ayam yg digoreng tadi, selepas tu masukan mee maggie yg direbus tadi, gaul mesra.
6. Akhir sekali baru dimasukkan daun sup dan bawang yg dihiris tadi, kacau mesra, kemudian angkat letak dalam mangkuk.
Dah siap :)

Saya kan tengah ABC.. jadi boleh lah saya merasa dulu ~__^
Masa dorang dok bertadarus , saya dok makan senyap-senyap kat dapur hihi..
Nikmat rasanya.. dah lah lama tak makan mee maggie goreng mamak ni.. tak kan nak terjah kedai mamak malam2 tu balik tarawih tu kan.. jadi kita terjah yg kat dalam rumah ni jer hihihi..
Dah nak penghujung ni mula lah pening mencari menu iftar :)

WW :: JOM LAH KITA BERSIHKAN RUMAH πŸ˜†πŸ˜ŠπŸ˜‰ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)







sumber : facebook

p/s Kekawan dah bersihkan rumah ke utk menyambut raya :)

Selasa, 28 Jun 2016

Menu Iftar Lagi :: KARI IKAN SENANGIN πŸ˜ŠπŸ˜† ~____^

Salam petang yg ceria kekawan :)

"Dah lama tak makan kari" kata en suami..
Ye lah saya pun baru perasan dah lama saya tak masak kari..
Pastu Najeeha kata " Kari ikan lah mama, dah lama pula tak makan ikan"
Ye juga tu .. jadi saya memenuhi lah selera dua beranak ni untuk iftar.. yg ada dalam petiais tu ikan senangin.. boleh jer layan kan .. sedap isi nya lembut..

Najeeha ni bila masak kari suka layan dengan keropok.. jadi saya suruh dia goreng keropok.. sebenarnya semua orang suka keropok kih kih kih.. siap goreng banyak2 dan simpan dalam tupperware tu..
Bila nak sahur boleh makan sama jugak..
Resepi saya sama jer kekawan. Jom tengok saya letak sekali lagi.. jom lah kita mengari petang ni :)

RESEPI KARI IKAN SENANGIN
Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan senangin dikerat dua
  • 3 ulas Bawang merah kecil
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 7  bendi di kerat dua
  • 2 buah tomato
  • Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 buah Pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Setangkai daun kari
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ikan hingga bersih. (saya suka basuh dengan limau nipis supaya hilang hanyir ikan)
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,
4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.
5. Masukan bendi dan ikan , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih
6. Selepas itu masukan tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukp rasa.
7. Tunggu sehingga mendidih . Angkat .Siap dimakan bersama nasi.



Hari tu saya masak sambal tumis ikan bilis petai.. petai tu saya borong masa pergi cameron highland tu hari.. kupas simpan dalam petiais tahan lama.. petai dari sana sedap .. petai hutan kan..
nak resepi boleh terjah kat sini Sambal petai sedap

Dah lama juga saya tak buat sayur campur ni .. jadi saya buat sekuali juga .. nak lepas geram.. meratah sayur jer masa berbuka tu..

Boleh jadi idea utk memasak kekawan petang ni..
Saya masak weekend jer  :)

TIPS PEMERIKSAAN KENDERAAN SEBELUM PULANG BERHARI RAYA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..










Sumber : Facebook

Bila hendak raya ni kenderaan adalah kegunaan yg utama untuk kita balik kampung dan menziarah sanak saudara di hari raya kan kekawan. Jadi kita lah pastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yg selamat dan baik utk dipandu kan. Saya pun baru lepas major servis untuk kereta saya ni.. semoga Allah lindungi lah kita semua dan kenderaan yg kita naiki selamat..

Terharu juga saya membaca berita semalam, yang mana ibu tiga anak maut akibat airbag kereta Honda yg rosak, sebenarnya kemalangan itu hanya bergesel ajer dengan kenderaan lain.. dalam berita tu adiknya amat sedih sebab Honda hanya menghantar surat utk menukar airbag tersebut tarikhnya selepas hari raya.. dimana keperihatinan Honda terhadap pengguna kenderaan mereka kan.. harap jangan lah ada yg berlaku seperti ini lagi..

Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah jua hendaknya..

Isnin, 27 Jun 2016

MENU IFTAR PULA :: SIZZLING YEE MEE πŸ˜†πŸ˜Š ~__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Buat Sizzling Yee Mee ni hari sabtu yg lalu.. balik dari Kuang ambil baju tu sampai rumah pukul 4.00pm.. singgah dulu hantar Najeeha gi tuisyen.. dorang dah minta pagi tadi.. tapi saya kata makan masa berbuka lah nanti.. jadi menunaikan lah permintaan mereka utk berbuka puasa yg ini pula.. weekend jer lah saya memasak sekarang ni.. masak ni sekejap jer pun.. pukul 5.30pm saya dah siap kuahnya.. nanti nak dekat buka saya ... masaklah dengan yee mee nya tu :)


Saya masih gunakan resepi yg lama tu juga.. sesuai tekak kami anak beranak hihihi..
Ok saya letak sekali lagi resepinya untuk rujukan kekawan..



RESEPI YEE MEE SIZZLING MUDAH

Bahannya :-(3-4 orang makan)
  • 1 bungkus Yee Mee (dlm nya ada 6 keping)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan Shitake potong 4
  • 2 keping dada ayam 
  • 3 biji cili kering di potong 1 inci
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 6 tangkai sawi
  • 1 kiub ayam
  • serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
  • Minyak bijan
  • Minyak masak utk menumis
  • Garam secukup rasa
(Saya gandakan bahan diatas utk makan 5 beranak kami ni )

Caranya :-

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukan ayam yg telah dipotong hingga empuk
3. Masukan 2 cawan air
4. Masukan pula sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. Masukan cendawan . Masakan 5 minit.
6. Masukan bancuhan tepung jagung dan kacau.
7. Titis kan beberapa titis minyak bijan.. jgn banyak sangat.
8. Masukan garam.. rasa masinnya.. jika secukup rasa . ketepikan.
9. Didalam pan lain, saya tak ada Hot Plate jadi guna jer Non Stick Pan tu. Letak Yee Mee dan tuangkan kuah yg telah di masak tadi kedalam sehingga tertutup yee mee.
10. Kemudian letak sayur sawi, kacau sebati, jika suka boleh di pecahkan telur.
11. Bila telur dah tiga suku masak boleh lah diangkat dan dihidangkan.


Dah nak akhir-akhir ni .. berbuka pun cari yg mudah dan anak-anak suka makan kan.. mak-mak dah jadi tak tahu nak memasak sekarang ni.. 
Tapi memang tabik springlah buat jiran kita yg rajin tu..
Memang menantu kesayangan lah kan.. pandai menawan tekak mertua hihihi.. 


TUDUNG CELIK MATA ... πŸ˜†πŸ˜… ~____^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Kenapa pulak tudung celik mata tu pulak yati ooiiii :D
Apa tak nya RM50.00 .. 3 helai ko.. 
Selamat lah duit sedikit ye dak..
Anak-anak nak ikut tudung trend terkini.. 
shawl yg lip lap ada bunga ko..
Ini lah termampu teman nak beli hihihi.. :P

Anak dara dah lah dua orang..
termasuk pulak mak dara seorang ni hihihi..
Kalau ikut Lieya Latif beli kat Ariani tu ..
Mahu mak puasa 2 bulan kih kih kih..
Bak kata Lieya pejam mata jer beli..
Tak payah lah tengok harga tu hihihi.
Yang mak ni takut terus terpejam mata hahahhaha...


Hari sabtu tu ari balik kuang, kak lang kata baju raya ko anak-beranak dah siap hihihi..
Cukuplah 4 pasang seorang kan..
Korang pakai lah setahun baju tu ye hihihi..
Mama korang ni buat baju setahun sekali je..
Nanti bila bergambar.. baju korang tu lah digilir-gilirkan hihihi..
Saya buat 2 pasang baju kurung moden..
yang warna kuning tu dah tentu baju raya pertama..
Satu dress kembang..
dan satu blouse beserta kain kembang ..
Suka lah hati anak2 dara dua orang tu..

Jadi hari ahad tu pergi lah mencari tudung di pasar pagi stadium shah alam.. masing-masing yg jual tudung ..
dok terjerit-jerit..
Kakak kakak .. sehelai RM20..
3 helai RM50...

Sibuk lah anak dara dua orang tu mencari tudung masing-masing utk dipadankan dengan pakaian mereka..
Pandai kak Nabilah mencari tudung.. kena pulak dengan bajunya tu.. anak dara sekarang kan.. 
Balik dari pasar tu terus menggayakan dengan baju rayanya tu..
Masa ni Najeeha pergi tuisyen ..
Jadi dia ajer lah yg tergedik-gedik sorang bergaya hihihi..

Lepas habis bergaya tu.. saya suruh dia pergi basuh semua baju dan tudung raya tu hahhaha..
Semangat betul nak beraya seorang ni kan..
Bila petang angkat kain terus simpan kemas dalam beg balik kampung hihihi..
Dah selesai semua persiapan raya..
Jom kita tumpu pada 10 malam terakhir ini..
Alhamdulillah sekarang dah juz 23.. meneruskan misi khatam quran pulak.. hendaknya.. jumaat ni khatamlah inshaAllah :)

Kekawan tentu dah habis buat persiapan kan ..
Kuih raya dah banyak buat ke kekawan..
Saya beli yg tunjuk jer..
Itu pun sejenis dua :)

p/s teringat saya masa raya dulu-dulu, arwah mak buat sepasang baju kurung dan sehelai baju blouse .. pakai lah sepanjang tahun baju tu.. masa tu bukan selalu pergi berjalan kan .. cuma pergi kenduri kahwin jer pun.. tahun depan baru boleh buat baju basahan hari-hari.. memang susah betul masa tu utk emak abah membesarkan 9 orang anak .. Alfatihah buat mereka berdua.. sayang mak abah :)


Sabtu, 25 Jun 2016

MALAM AL QADAR .. Tandanya Ada Pada DIRI SENDIRI 😊

Malam Al Qadar
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

 Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu

Cnp dari group lain... semoga bermanfaat...πŸ˜ͺ

Jumaat, 24 Jun 2016

MENU SAHUR LAGI :: KEBAB AYAM ROTI ARABπŸ˜†πŸ˜Š ^__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Beli roti arab ni masa beli nasi arab untuk berbuka puasa pada hari selasa tu.. malam tu jeeha ada tuisyen.. jadi tak lah pergi berbuka puasa di masjid.. tengah dok menunggu bungkus nasi arab tu.. kak nabilah kata .. murah lah roti arab ni.. 5 keping RM2.50 katanya.. beli lah mama boleh buat sahur nanti..
Ye tak ye juga.. kita buat macam kebabkan.. senang kerja mama ~__^

Kenyang masing2 sampai ke petang dengan roti arab tu.. dah lah besar pinggan kan.. saya sampai kerat 4.. senang budak2 tu makan.. seorang satu keping.. en suami pun kekenyangan.. tak jadi makan bubur lambuk yg dah dipanaskan tu hihihi.. 

Senang ajer resepi saya ni kekawan.. daging burger kan ada.. kita hancur2 kan ajer panggang ajer dalam pan.. siap semua bahan malam tu.. jadi pagi terus goreng ajer kan..

Jom intai resepi yg mudah ini :)

RESEPI KEBAB AYAM ROTI ARAB

Bahannya :-
-3 keping daging burger Ramly ~ dihancur2 kan.
- 1/2 batang lobak merah ~ disagat
- 1 batang timun ~ dipotong dadu
- 1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
- 1 biji tomato ~ dipotong dadu
- 3 sudu besar cili sos
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 3 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit madu

Caranya :-
1. Letak sesudu besar mentega, kemudian masukan daging burger yg dihancurkan tadi. Goreng sehingga daging masak.
2. Kemudian masukan, bawang,lobak merah dan timun serta tomato, kacau sehingga sayuran sedikit masak.
3. Lepas tu baru dimasukkan bahan-bahan sos tersebut, untuk sedikit manis tambahkan madu. Gaul sehingga sebati.

Cara Menghidang :-
1. Ambil sekeping roti arab, letakan didalam pinggan ,kemudian sapu sedikit mayonis.
2. Selepas tu letak inti yg dimasak tadi ditepi roti arab secukupnya, kemudian gulung.
3. Potong 4 bagi mudah untuk memakannya.


Suka Nabil Dapat Pegang Rambut Nabi S.A.W Di Masjid Negeri Shah Alam 😊😍

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita beroleh rahmat Ilahi di pagi Jumaat yg barakah serta dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Semalam selepas solat tarawih diadakan pameran barangan dan rambut Nabi s.a.w di Masjid Negeri Shah Alam, siapa yg hendak tengok tunggu lah sampai habis solat tarawih tu.. barangan tersebut diletakan diatas meja yg warna biru, boleh tengok dan pegang lagi..

Jadi mereka berempat tu tak sabar nak melihat ni.. termasuk sepupu mereka Qaseh, malam ni boleh jumpa solat tarawih.. selalu pergi solat tarawih tak jumpa :)

Punya panjang barisan utk sampai ke meja pameran tu.. bersabar mereka menanti :)
Semasa beratur ni mereka telah mula berselawat ke atas Nabi s.a.w... 
Indah dan merdu jer alunan tersebut.. bertambah rindu pula pada Nabi s.a.w..

Yeah mereka sudah sampai di meja pertama.. iaitu helaian rambut Nabi s.a.w. , terpegun Nabil melihat bila disentuh katanya wangi sangat.. :)

Mak ngah dapat meletak tangan di replika tapak kaki Nabi s.a.w, mereka semua dapat menyentuhnya, gembira sungguh mereka, cerita mereka anak auntie tu siap suruh babynya cium hihihi..

Yang ini mereka kata cebisan jubah, serban yang Nabi punya tu dan kain kabah masa zaman Nabi..

Yang dalam pasu kecil ni tak pasti apa , lupa pulak mereka kata malam tadi .. nampak benor emaknya dah kilau emas hihihi..

Dapat tangan kakak Nabilah jer tengah menghulur untuk memegang replika tapak kaki Nabi tu..

Saya uzur :( 
jadi tak dapat lah untuk turut serta dengan mereka..
Hanya melihat di TV besar yg disediakan di bawah ..
Kata mereka barangan itu akan disedekah di Pusat Kesenian Islam Shah Alam tu.. Jika nak pergi menengok boleh lah kesana tapi tak merasa lah nak memegangnya hanya tengok dari luar cermin..
Hampir pukul 12.30 malam kami tiba dirumah.. 

Khamis, 23 Jun 2016

KENANGAN LALU .... Nak Menyambut HARI RAYA πŸ˜†πŸ˜€πŸ˜Š ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Bila melayari FB, keluar pula gambar2 kenangan menyambut raya dulu-dulu.. bila tengok kuih sepit ni.. teringat dulu.. arwah buat jualan kuih juga.. kebanyakan arwah jual kat cikgu sekolah kami lah.. kakak2 saya yg banyak membantu arwah mak membuatnya hendaklah kuih sepit arwah ni.. memang laku lah.. ada yg paten yg dilipat dan digulung.. kalau nak buat kena buat cepat2 takut kuih keras.. jadi bila keras tak boleh nak bentuk.. cabaran sungguhkan :D

Kuih sepit arwah mak tu, tepung beras kami tumbuk sendiri.. guna penumbuk seperti diatas, saya pun kena juga menumbuk ni.. sekarang entah kemana pergi penumbuk ni.. dah jadi barang antik.. kalau ada sekarang ni.. :)


Kuih bahulu pun sama.. arwah mak kalau buat kuih ni .. masa nak dekat-dekat raya.. ingat lagi.. lepas sahur dah mula memukul telur guna alat pemukul macam gambar diatas tu.. guna pasu tu juga besarnya.. masa tu dah kumpul sabut kelapa untuk membakarnya :)
Pedih mata bila kena asap sabut kelapa tu.. paling suka kalau ada yg terhangus sikit.. itu rezeki kami utk berbuka puasa nanti hihihi..


Sekarang memang dah jadi barang rare lah kad raya ni kan..
Dulu-dulu kad raya ni lah penghias dinding rumah dihari raya :)

Tak pun kakak saya akan cari ranting kayu .. sangkut seperti gambar diatas, yg letak di penjuru kusyen rotan saya dulu-dulu..
Berseri-seri sungguh ruang tamu masa hari itu..
Sekarang semua serba moden , dah tak ada semua ini kan..
Dah jadi rindu pula dengan moment tu..

Kekawan pun ada pengalaman yg sama ke :D

Rabu, 22 Jun 2016

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran Dan Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar 😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Hari ini cuti Hari Nuzul Al-Quran.. jadi menghabiskan bersamaan al quran .. alhamdulillah dah.. baru nak masuk juz 18 hihihi.. kena cepat ni kan.. jeles dgn blogger kak noor yg dah khatam Al Quran... tak pa ni morivasi juga kak noor.. supaya saya juga berjaya khatam al quran ramadhan ni.. walaupun target 20 hari dah khatam .. nampaknya kena tukar strategi pulak..

Dah mula juga utk mencari malam lailatul qadar..
Semoga kita juga diberi peluang utk mendapat lailatul qadar malam 1000 kerberkatan itu..