Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 27 Julai 2016

WW :: NASI KABSAH AYAM BY NOXXA πŸ˜†πŸ˜Š ~___^

Salam petang yg ceria kekawan :)


sumber : Facebook

Jumpa resepi ni berlegar di wall FB.. kita save dulu disini..

p/s kebizian melanda lagi.. ptg baru dpt upload.. nak gerak pergi kursus pulak.. 3hari 2 malam Ilham Resort PD..

Selasa, 26 Julai 2016

Senyum Petang :: CIKGU MEMANG BEST πŸ’ͺπŸ‘πŸ‘❤😊

Salam petang yg ceria kekawan :)




πŸ‘¦ *_MURID OH MURID_*πŸ‘©

*_7_* _soalan ~harian~ hairan drp anak murid bila disuruh buat latihan atau kerja sekolah._

*1*. _Cikgu, kena selang ke?_
*2*. _Buku apa cikgu?_
*3*. _Cikgu!!! tulis kat mana?_
*4*. _Tak cukup, boleh sambung sebelah dak cikgu?_
*5*. _Tajuk dia apa?_
*6*. _Cikgu, kena salin semua ke cikgu?_
*7*. _Cikgu, kena garis ke?_

😁 *_Situasi 1_*
*_Murid_*  : _cikgu, kena salin ke yg dekat whiteboard tu?_
*_Guru_*   : _ehhh....tak payah salin....tgk je...lepas ni angkat whiteboard ni pi fotostat kat pejabat._

πŸ˜† *_Situasi 2_*
*_Murid_* : _cikgu buat sekarang ke?_
*_Guru_* : _tak.....buat tahun depan._

πŸ™„ *_Situasi 3_*
( _guru sedang menulis di whiteboard_ )
*_Murid_* : _cikguuuu..... tepi sikit..... tak nampak._
*_Guru_* : . . . . . 😑😑😑😑

😝 *_Situasi 4_*
*_Murid_* : _cikgu kalau tak cukup boleh sambung muka surat sebelah tak?_
*_Guru_* : _tak boleh..... sambung kat meja.... tak pun sambung kat atas baju kamu._

😞 *_Situasi 5_*
*_Guru_* : _siapa dah siap?_
*_Murid_* : _saya blm lg cikgu!_
~~~~~
*_Guru_* : _siapa blm siap?_
*_Murid_* : _saya dah cikgu!_

πŸ˜„ *_Situasi 6_*
*_Guru_* : _ok, buka mukasurat 58, baca dan catat dlm buku nota mengikut pemahaman kamu sendiri._
*_Murid_* : _cikgu, kena baca ka?_
*_Guru_* : _dak... tak payah baca. Koyak mukasurat tu. Bubuh dlm ayaq... pastu hampa minum ayaq tu.._
*_Murid_* : _cikgu ni.. tanya pun tak boleh...._

πŸ˜› *_Situasi 7_*
*_Guru_* : _Ok... keluarkan buku dan salin nota kat dpn ni._
*_Murid_* : _cikgu, salin kat dlm buku ka?_
*_Guru_* : _tak... salin kat atas dahi kamu._

😩 *_Situasi 8_*
*_Guru_* : _semua dah dpt kertas soalan?_
*_Murid_* : _dah cikgu..._
*_Guru_* : _ok, kamu ada 1 jam 30 min utk jawab soalan peperiksaan ni. Boleh mula sekarang._
*_Murid_* : _dah boleh mula ka cikgu?_

πŸ˜“ *_Situasi 9_*
*_Guru_* : _esok ada jamuan raya... jd esok mai sekolah pakai baju raya._
*_Murid_* : _cikgu, esok ada pj, nak kena pakai baju pj tak?_
*_Guru_* : _ya Allah.... ampunilah dosa hamba Mu ini..._

πŸ˜’ *_Situasi 10_*
*_Guru_* : _masa ada lg 15 min. Siapkan latihan sekarang dan hantar._
*_Murid_* : _cikgu, kalau tak siap?_
*_Guru_* : _buatla dulu.... baru tahu siap ka tak..._
*_Murid_* : _kalau tak siap jugak?_

πŸ˜… *_Situasi 11_*
*_Guru BM_* : _Buat latihan pengukuhan ni dlm buku kamu._
*_Murid_* : _cikgu, buat latihan ni dlm buku apa?_
*_Guru BM_* : _buat dlm buku matematik na...._
( _Faham pulak... terus keluarkan buku BM_ )

✏ *_Sesungguhnya mendidik memerlukan kesabaran yg tinggi.

Sumber : WhatsApp.

p/s Kebizian melanda .. nanti saya BW ye :D

Isnin, 25 Julai 2016

FADILAT PUASA 6...Rugi kalau tak rebut..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..



*SALAH SATU FADILAT PUASA*

Sel darah putih adalah unsur utama bagi immunity tubuh manusia.

Menurut penelitian ilmiah, puasa satu hari menghasilkan sel darah putih cukup untuk menjaga tubuh manusia selama 10 hari.

Jika 1 tahun hijrah itu 355 atau 356 hari maka kita perlu puasa 36 hari untuk menghasilkan sel darah putih yg cukup bagi tubuh.

Oleh sebab itu kita perlu puasa 6 hari di bulan syawal untuk menyempurnakannya.

Allahu Akbar betapa agung-Mu wahai Robb-ku.

(Dr. Zaghlul Naggar)

*RENUNG²KAN LAH*
*MENUNG²KAN LAH*
*FIKIR²KAN LAH*

Sumber : WhatsApp

p/s Kekawan dah habis puasa 6 syawal.. saya masih ada 3 hari lagi.. moga sempatlah nak puasa syawal ni.. perempuan mcm nilah bila ABC terpaksa berhenti..

Sabtu, 23 Julai 2016

Kembalinya Ulamak Tuan Guru Hj Salleh Bin Musa Al Fatihah





TOKOH AGAMA: Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
ANDA kenal siapakan Insan Ini?


Siapakah insan istimewa ini?

 Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

 Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

 Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

 Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

 KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

 SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

 Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
 Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
 Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
 Habib Kazim ( Yaman )
 Habib Abdullah ( Jeddah)
 Syeikh Habib ( Jordan)

 Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

 -ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

 - Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

 -Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

 -ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

 -ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

 -ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

 Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

 Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamdulillah, sekarang mari kita mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai mungkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usaha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama-sama ambil menafaat dengan mereka .

ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka.

Jumaat, 22 Julai 2016

Doa Ketika BERSEDEKAH.. Jom Kita Amalkan..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Sumber : Google

Masa tu first time jumpa dengan maulana jamal di majlis kahwin Ustaz Khann Da'ie .. Saya tau beliau ni adalah guru kepada isteri saya masa di madrasah.. Maulana jamal ajar isteri saya kitab bukhori.. Masa saya kawin dengan isteri saya hari pertama..
Isteri saya minta satu permintaan "boleh saya minta sesuatu ngan awak?" Saya terdetik dalam hati "aik.. Baru je kawin dah nak permintaan?" Maklumlah kami x pernah kenal.. Hehe saya kata apa dia? "Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz2 saya.. Sebab saya sayang ustaz2 yg pernah ajar saya agama sampai jadi alimah"
Allahu.. Saya ingat nak minta apa tadi.. Saya kata insyaAllah.. MasyaALlah dalam hati saya kalau lah semua pelajar malaysia ada sifat dengan guru macam ni.. Buat hubungan dengan cikgu2 yg pernah ajar kita dulu..Berkatnya hidup..


Saya sapa ustaz "Assalamualaikum.. Ustaz.. Ustaz jamal kan? Saya suami kepada anak hj aris bangi..bleh saya dudk makan sekali ngan ustaz?" Ustaz kata owhh masyaAllah silakan2.. "Anta motivator pelajar ya?" Aik.. Saya peranjat macamana ustaz tau.. Saya kata "sikit2 la ustaz belajar2 cakap depan pelajar.. Doakan saya ustaz.."
Ustaz jamal terus bagitau saya "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah.. Boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!"
Saya kata "masyaAllah ustaz boleh.. Apa ek ustaz?"

Ustaz jamal kata "bagitau semua bapa.. Buat amalan ni.. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah.. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi.. Masa masukan duit dalam tabung rm1 ke rm10 ke.. Masa tu niat dalam hati.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku.. Sbab apa.. Sebab begitu banyak batil2 kejahatan2 yg ada yg kita susah nak kawal zaman ni.. Hanya Allah boleh bantu.. Sebab apa masa sedekah.. Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan.."

Saya tak terfikir.. Bila ustaz jamal cakap macam tu.. Sya baru terfikir.. Begitu banyaknye sekarang ni batil2 yg berlaku di keliling kita.. Anak2 dengan terdedah dengan website2 yg x elok.. Wifi dan sebagainya.. Suami pulak terdedah dengan perkara2 yg menjadi sebab maksiat.. Isteri hari ni berapa ramai yg dikelilingi kebatilan.. Bermesra dengan suami orang.. Bergelak ketawa di office.. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang.. Benda2 ni semua kita xleh nak kawal.. Susah nak kawal..

Hanya denagn amalan shj
minta Allah pecahkan..,YaAllah.. Ampuni dosa kami..

Ustaz jamal bgaitau lagi.. "Amalan ibu pula.. Setiap lepas solat fardhu... Doa benda yg sama.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku.. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu.. Hadith nabi sebut doa sangat makbul leps solat fardhu.."

YaAllah.. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna utk saya dan isteri saya dan semua orang.. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yg ustaz jamal bagitau saya.. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah2 saya x pernah lupa utk bagitau perkara ni pada ibu bapa..

YaAllah.. Jagalah anak2 kami untuk kami.. Jauhkanlah anak2 kami isteri suami kami daripada maksiat dan dosa.. Kami x mampu yaAllah.. Kami lemah.. Dhoif.. Ampunilah kami... Amiiiin

Boleh tag share untuk suami atau isteri kita.. Terus buat amalan ni..

Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
Bb Bangi

Sumber : WhatsApp

Khamis, 21 Julai 2016

KUIH KERIA KELEDEK UNGU πŸ˜†πŸ˜Š ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hainom... nak habaq kat hang.. kuih onde-onde ungu tu hari CH regu kan dengan kuih keria ni Nom.. tidak lah celah gigi jer makan 2 biji onde-onde tu jer.. CH tambah dengan 2 biji seorang kuih keria ni ha .. ~__^


Resepi saya godek blog Madiha.. memang pakar buat kuih tradisional ni.. lagi satu yg sukanya.. sukatan guna cawan hehehe.. tak payah guna penimbangkan..
Mohon halal akak tempek resepi kat sini ye Madiha.. biasalah akak ni bukan rajin bebenor nak menulis balik resepi ni.


Kuih Keria Keledek Ungu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Dicuba oleh : Cahayahidupku2569.blogspot.my

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus (MaDiHaA guna keledek warna ungu gelap direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.


Bila buat kuih keria ni.. teringat arwah mak.. suka sangat makan kuih keria ni.. 
Anak-anak saya pun suka juga.. mereka juga boleh terkenang arwah uwan nya.. kalau uwan suruh pergi kedai beli kuih.. mesti uwan suruh beli kuih keria ini mama.. kata Najeeha.. Mereka juga ada kenangan dengan uwan.. apatah lagi saya ni.. teringat-ingat kenangan itu.. Alfatihah untuk mak..



Rabu, 20 Julai 2016

WW:: 10 SIFAT ISTERI YG MENDATANGKAN REZEKI KEPADA SUAMI..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..



Sumber : Facebook

P/s saya di hospital DEMC Shah Alam.. itu hari demam doktor kata saya mengalami sinus yg teruk.. so refer doktor pakar.. harap tak lah serious sangat.. ini kerana saya kerap sakit kepala.. masa cek mata itu hari.. tak lah teruk sangat powernya.. tak sampai 100 pun.. yg tyroid tu Alhamdulillah dah normal.. kena terus mkn ubat sebiji sehari ajer.. 2 bulan lagi baru jumpa doktor lagi..

Selasa, 19 Julai 2016

Syawal Days 12 :: MENU RARE... Majlis Hari Raya Group Jiran Tetangga Kaum Ibu ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Pada hari Ahad 17 Julai 2016 , admin Group Jiran Tetangga Kaum Ibu mengadakan majlis hari raya pula.. ini kira perjumpaan kali kedua , selepas majlis pertama pada tahun lepas.. makin ramai ahli grup kali ini.. 
Majlis bermula pada pukul 3pm-4.30pm.. itu pun terlajak jugak..
Mulanya nak buat dipadang seperti tahun lepas, memandangkan hari sabtu hujan turun dengan lebatnya, maka untuk langkah berjaga-jaga, maka pindah lokasi ke surau, walaupun pada hari sebenarnya.. cuaca sangat bagus , terang benderang, hanya pukul 6pm keatas baru hujan. Tapi tak apa lah kan langkah berjaga-jaga.. Lagi pun disurau tu ada khemah, meja dan kerusi.. lagi senang urusan utk mengatur segalanya..



Hampir 31 list yg membawa pelbagai makanan , minuman , buahan dan kelengkapan untuk majlis tersebut. Siap pesan buat ala kadar jer ye takut tak habis tapi boleh jer dibungkus bawa balik hari itu, memang banyak pun bungkus bawa balik..


Inilah menu rare yg rahsia oleh pembawa tu.. Lemang Periuk Kera... perghhh semua orang teruja.. memang sedap kekawan.. rajin sungguh yg membawanya.. saya tak dengar pulak masa admin menanya siapa yg bawa.. Kak Nabilah kata adalah mama.. mak cik tu angkat tangan .. emmmm mama ni.. hihihihi
Ini menu dah terbiasa dan paling orang suka, kambing panggang 2 ekor, masa kat senarai nama tu, penyumbangnya RAHSIA hehehe.. bila di majlis baru tahu 2 orang yg menyumbangnya.. Terima kasih bebanyak lah pada penyumbangnya.. anak2 saya paling suka yg ini.. ^__^

Ini juadah yg saya bawa roti jala dwi warna dan kuah kari ayam, Alhamdulillah, kak nabilah yg banyak membantu sebab pada hari jumaat saya demam dan hari sabtu lagi lah badan dah mula seram sejuk, pagi2 saya sudah ke klinik selepas menghantar najeeha tuisyen hari sabtu.. melepek sungguh saya sabtu tu.. kak nabilah yg memasak utk makan tengahari tu..
Jadi hari ahad tu saya dah kurang sikit demamnya.. saya cuma masak kuah kari ayam dan kak nabilah yg membuat roti jala, dari membuat adunan kak nabilah saya cuma bagi bagi resepi dia buat sampai habis..
Saya lepas masak kuah kari , makan ubat terus tertido sampai pukul 2pm. Pastu saya tengok kak nabilah dah siap susun dalam tupperware tingkat tu, isi kuah kari ayam tu sekali..
Masa majlis tu semua orang dok puji cantiknya roti jala dwiwarna ni.. lembut pulak, tersenyum kak nabilah mendengarnya.. ~__^

Mula majlis tu mestilah dengan ucapan puan Admin grup kan.. Atie yg kelakor ni.. ada jer lawak yg dibuatnya.. puan admin kata sungguh tak sangka sambutan sungguh menggalakkan dari kaum ibu ni, semoga kita akan terus mengeratkan lagi silaraturrahim ni..
Sewaktu saya bersalam dengan Atie ni.. dia kata.. "kecik atie dengan akak tau, saya angkat tangan kat akak, akak buat tak tahu jer bila berselisih kereta, akak menonong jer pandang depan", siap dengan gayanya.. semua dok gelak.. "Maaf lah atie.. akak ni kalau bawa kereta memang tak pandang kiri kanan, jangan lah kecik hati tau, akak minta maaf banyak2.. lagi satu kalau jumpa jangan lambai2 dari jauh jer, akak ni rabun ko " hahhahaa..

Ini pinggan pertama saya, dah tentu nak mencuba menu rare ni.. Lemang Periuk Kera ini, ambil satu cukup lah .. nak rasa kan.. nanti macam nak oder jer puan ni.. sedap sangat.. pinggan seterusnya tak ada lah ambil gambar.. sibuk makan dan bersembang.. hahaha..

Bergambar ramai-ramai dengan pelbagai aksi.. ada yg tak nampak juga sebab terlindung balik tiang hihhi.. minta maaf dari kak nabilah yg tukang mengambil gambar tu.. dah lah hari panas berdenting.. semua mata mengencil ajer hahhaha..
Namun begitu majlis ini sungguh meriah sekali dan semua muka ceria sangat.. Indah sungguh di hari raya kan.. 

Isnin, 18 Julai 2016

KEDEKUTNYA.... Bagi duit raya SERINGGIT JER.. ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sumber : Google


"Mak Lang kedekut. Ada ke bagi seringgit je!"

Saya terkejut mendengar keluhan itu. Betul-betul di hadapan Mak Lang yang baru sahaja hulurkan sampul duit raya kepada anak buahnya.

"Tak mau seringgit? Bagi balik. Bagi aku balik sampul tu."

Suara Mak Lang lebih kuat dan pantas. Anak saudara diam. Terus susup sasap keluar rumah.
__________________________________________________

Ibu bapa, tolong didik anak-anak supaya belajar adab. Pesan pada mereka, kalau dapat sampul duit raya, jangan buka depan orang ramai.

Masuk dulu dalam poket atau dalam beg duit. Nanti dalam kereta baru buka, baru boleh tengok dapat berapa ringgit.

Mungkin Mak Lang tak ada duit banyak, Seringgit saja dia mampu bagi. Mungkin juga Mak Long bagi RM10 tapi jangan lonjak-lonjak gembira depan orang, nanti kembang hati Mak Long, jadi riak pulak.

Ada yang terus ambil duit, sampul duit direnyuk dan dicampak ke lantai.
Anak-anak kecil belum tahu adab, maka mak bapalah yang tolong nasihatkan. Bukannya susah.

* #maklangsentap tau.
Kalau kamu hidup zaman Mak Lang kecil dulu, dah lebam paha kau kena piat.

Sumber : facebook


sumber : google
Anak-anak memang teruja untuk mengumpul duit raya kan.. jesteru itu kita sebagai ibubapa kena lah ajar anak-anak beradap dalam menerima pemberian duit raya ni.. saya dengan anak2 memang dah warning awal2.. jangan sesekali buka sampul duit raya tu depan tuan rumah dan jika tuan rumah tak beri duit raya jangan sibuk2 minta.. nanti mama dan abah yg malu tau.. 

Kalau anak dapat sampul duit raya didalamnya ' SILA CUBA LAGI TAHUN DEPAN" apa lah reaksi mereka kan ~__^

Jumaat, 15 Julai 2016

ONDEH-ONDEH KELEDEK UNGUπŸ˜†πŸ˜ ^__^

Salam petang yang ceria kekawan :)

Inilah satu-satunya kuih iftar yg sama buat sendiri.. gara-gara kak nabilah nak ondeh-ondeh .. saya buat pun masa ahad tu sebelum balik kampung.. keledek ni punyalah berkurun saya simpan.. beli masa pergi cameron highlan itu hari.. Alhamdulillah masih elok lagi.. Nabil suka rebus macam tu ajer..

Dapatlah 10 biji ondeh-ondeh seorang 2 ketul udah hahhaa..
Cara buatnya sama ajer nak buat ondeh-ondeh labu itu hari.. marilah saya tepek resepinya semula tapi tukar dengan ubi keledek ungu tu.. terserlah keunguannya tu..

RESEPI ONDEH-ONDEH KELEDEK UNGU

Bahannya :-
  • 2 cawan keledek ungu yg telah dikukus dan dilenyek
  • 2 1/4 cawan tepung pulut
  • 1 ketul gula Melaka - potong kecil dadu
  • 1/2 biji kelapa parut yg putih - saya kukus sebentar utk tahan lama.Gaul dengan sedikit garam bagi rasa lemak masin
Caranya :-
  1. Lenyek keledek ungu yg telah di kukus hingga lumat.
  2. Gaulkan sebati dengan tepung pulut. Jika adunan keras boleh letak air sikit, tapi saya tak letak pun, elok aje semasa menggentel tu.
  3. Kemudian gentel buat bentuk bebola kecil, kemudian masukan gula melaka yg dipotong kecil dadu ditengahnya, lepas tu gentel semula sehingga kemas. Buat sehingga habis adunan.
  4. Jerang air dalam periuk bersama daun pandan, jika nak wangi hingga mendidih. Apabila air mendidih masukan adunan yg digentel bebola tadi . Angkat apabila ia sudah terapung.
  5. Akhir sekali golek-golekan atas kelapa parut tadi yg diletak sedikit garam
  6. Siap utk dihidang.



Suka hati kak nabilah bila permintaannya tertunai.. itu pun dia yg tolong buat tu, separuh rebus keledek tu saya ada buat kuih keria.. en suami suka sangat suka kuih tu.. nanti saya update enteri kuih keria keledek ungu tu pula :)

Syawal Days 10 :: SEMOGA KITA TERUS ISTIQOMAH ATAS JALAN KETAATAN..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Muhasabah Diri...

Rumah terbuka kawan²/saudara mara lebih dari 10 buah rumah sehari boleh datang, jauh tidak jadi halangan, TETAPI rumah terbuka Allah (masjid/surau) 5 kali sahaja belum tentu boleh datang walaupun dekat.

Kalau tak pergi rumah terbuka kawan/saudara mara takut nanti mereka marah, TETAPI tak pernah fikir pula tentang marah Allah.

Bulan Ramadhan tiap-tiap hari boleh dtng surau dan masjid,bila dah raya batang hidung entah ke mana!

*YA ALLAH, KURNIAKANLAH ISTIQAMAH KEPADA KAMI DI ATAS JALAN KETAATAN.*

Sesungguhnya Ramadhan telah berakhir. Namun pelbagai amal soleh tetap kekal sepanjang tahun.

Apabila Ramadhan berakhir, mudah-mudahan amal soleh kita akan terus berkekalan sepanjang hidup kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Peringatan untuk kita semua :

1) *Peliharalah Solat Fardhu* agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjamaah di masjid atau surau.

2) Lazimilah *Solat Sunat Rawatib.*

3) Berusahalah untuk istiqamah mendirikan *Solat Sunat Witir.*

4) Sentiasalah berusaha untuk konsisten mengamalkan *Zikir Pagi dan Petang.*

5) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk *mendirikan qiyamullail.*

6) Teruskanlah memperbanyakkan *sedekah dan perasan belas ihsan* kepada insan-insan yang memerlukan.

7) Jangan lupa untuk melaksanakan *Puasa Sunat Enam Syawwal.*

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

_"Sesiapa yang telah menyempurnakan Puasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan Puasa Sunat Enam Syawwal, seolah-olah dia telah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang tahun"._

Hadith riwayat al-Imam Muslim rahimahullah.

*"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Mu sepanjang hayat*

Sumber : WhatsApp

Khamis, 14 Julai 2016

Syawal Days 9 :: Meneruskan Tradisi Ziarah RAYA.. Tanpa Arwah Mak & Abah ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Pada hari Sabtu raya 4 saya balik semula ke Shah Alam, dalam group keluarga dah berjanji untuk pergi menziarahi keluarga belah arwah mak dan abah.. berkumpul di rumah arwah mak dan abah.. saya dari kampung en suami, walaupun tak jem teruk sangat tapi kenderaan banyak, jadi saya terlepas nak joint sama kerumah adik arwah mak ini, kami panggil mak oong, sebelum saya balik kampung tu saya dah singgah dulu rumah mak oong ni.. rumah mak oong ni belakang rumah arwah mak ajer, jadi yang pergi 4 keluarga ajer.. itam, alang, andak dan uda.. angah dan ateh rupanya dah pergi raya pertama itu hari sebab mereka raya di sini dulu.. yg kami beraya di rumah mertua dulu..



Jadinya saya terus wasap mereka yg tak sempat joint di rumah mak oong dan terus ke rumah mak uda di Segambut.. saya sampai awal di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari.. adik mak yg ke 5, tinggal 2 orang jer adik arwah mak.. 
Oleh kerana dah sampai awal berselfie lah saya anak beranak disini..


Mereka sampai lebih kurang pukul 1.00 petang, mak uda menyediakan laksa dan nasi impit berserta rendang.. kemain suka lah anak dara saya.. mereka kan peminat laksa.. 
Mak uda ni walaupun emak dah meninggal tapi masih lagi singgah di rumah masa raya pertama.. memang mak uda selalu datang raya pertama rumah mak dari dulu lagi. Memang rumah mak lah tempat adik beradik emak datang bila raya sebab masa tu mak menjaga arwah nenek yg sakit sebab tu pusara arwah nenek di Kuang , manakala arwah atuk di Segambut, arwah di jaga oleh mak oong saya dulu, masa tu tinggal di Segambut bersama arwah atuk..

Selepas solat zohor di sini kami bertolak pula ke Petaling Jaya..


Ini adalah anak buah arwah abah, arwah abah dan arwah mak kak kiah ni sepupu, arwah abah anak bongsu dah tiada adik beradik lain.. gembira hati kak kiah ni bila kami sampai .. tak sangka korang datang juga ye.. katanya.. menangis kak kiah ni dengan kehadiran kami..walaupun mak dan abah tak ada kita kena lah menziarahi sanak saudara yang ada kan..
Suami kak kiah ni kena strok pada tahun 2014 .. rasanya selepas raya haji masa tu, arwah abah dan emak ada pergi menziarahi abang Sayuti .. Abang Sayuti ni sebaya arwah abah tapi dia panggil abah pak cik sebab dah pangkat macam tu kan.. hampir 2 tahun abang sayuti ni sakit.. semoga diberikan kesembuhan buatnya dan redhanya dengan ketentuan Ilahi serta tabah hatinya.. juga yg menjaganya..

Selepas tu kami ke Kelana Jaya pula.. untuk ziarah raya ke rumah abang Kamalin.. abang kamalin ni adik kak kiah yg kami ziarahi sebelum ini.. suka betul abang Kamalin.. "ha ini lah baru sedaro.. saling kunjung mengunjungi.. " katanya lagi.. sebelum ramadan tempohari anaknya yg no 3 meninggal dunia.. jadi dia minta kami datang lagi pada 24/7/2016 sebab nak buat kenduri tahlil arwah katanya.. inshaAllah kalau tiada hal boleh datang lagi..

Disitu lah rumah last kami.. lebih kurang pukul 5.30pm kami pun bersurai. Saya terus pulang ke Shah Alam, Alhamdulillah dapat juga meneruskan ziarah raya ini dan menyumbang kepada mereka sedikit sebanyak.

Rabu, 13 Julai 2016

Syawal Days 8 :: FIL BUAT RUMAH TERBUKA RAYA πŸ˜ŠπŸ˜†πŸ˜„

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari raya ketiga FIL buat rumah terbuka raya.. lama dah FIL tak buat.. jadi tahun ini FIL dan mak cik berhajat utk membuatnya. Majlis dibuat selepas solat Jumaat.. seusai mereka solat terus para tetamu menuju ke rumah FIL .. ramai yg hadir.. gembira sungguh FIL dan mak cik :) πŸ˜ŠπŸ˜†πŸ˜ƒ

Jadi hari raya kedua kami sekeluarga menyediakan utk majlis rumah terbuka raya.. en suami sibuk menyediakan lemang.. lebih 10 btg lemang disediakan.. selalunya FIL dah buat lemang sehari sebelum raya.. tapi bila nak adakan majlis ini tu yg buat raya kedua.. saya dan ipar duai perempuan sibuk didapur .. membasuh ayam dan memotong daging , ini tugasan saya hihihi kena potong daging.. mak cik nak buat rendang makan dgn lemang..

Petang tu kak long ada perjumpaan raya.. reunion sekolah Felda Bukit Jalor tu.. kak long tanya nak bawa apa ye.. yg juadah raya tentu ramai yg bawa.. jadi saya cadangkan buat apam goreng cicah sambal tumis.. pastu adik ipar saya pulak kata tambahlah lempeng kelapa.. jadi saya tolong sediakan apam goreng.. kak long sediakan sambal tumis.. adik ipar saya buatkan lempeng kelapa.. kul 2.00pm perjumpaan tu .. anak2 saya sibuk nak mengikut mak longnya.. balik kak long dari majlis tu.. pergi sekejap beraya rumah uwan piah.. tengok uwan semakin uzur.. nak bergerak pun kena mengensut.. semoga diberikan kesembuhan buat uwan..

Ini sebahagian juadah kami pada hari itu.. tak sempat nak ambil gambar yg lain..
Menu utama adalah nasi beryani,ayam masak merah, kurma daging dan jelata. Menu samping mee hoon sup tulang gear box dan daging tetel.. perghhh sakan orang menghirup kuah.. selain itu lemang,nasi impit, kuih muih dan buah-buahan...
Yang menggembirakan FIL semua juadah habis pada hari tu.. 10kg nasi beryani dgn 20 ekor ayam kan.. mcm nak menyambut menantu pulak hehehe.. nasi beryani dan daging masak kurma tu disediakan oleh pak itam dan mak itam di kg chohong.. jadi dlm pukul 10.30am adik ipar gi jemput .. yg lain semua disini.. senang hati bila semua juadah siap dihidang..

Ini adalah gambar beramai-ramai bersama adik perempuan FIL iaitu mak andak.. selalu raya pertama kami dah sampai kerumah mak andak beraya.. jadi kali mak andak anak beranak serta cucu dari Sungai Mati Muar Johor datang beraya..
Gembira sungguh hati FIL..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. serta tercapai hajat FIL dan mak cik utk menjamu kawan sekampung dan sanak saudara..

P/s saya update entri sambil menunggu nombor dipanggil. Ada appointment doktor.. baru lepas ambil darah.. harap2 keputusan darah tu baik2 saja.. tidak kena bebel lah saya dgn doktor nanti.. dah lah raya makan macam2 ni.. pantang jumpa hihihi πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜‰

Selasa, 12 Julai 2016

Syawal Days 7 :: Riang Ria RAYA PERTAMA.. Menumpang Kasih..

Assalamualaikum kekawan..
Salam lembaran aidilfitri.. semoga kita semua sentiasa didalam rahmat Ilahi jua dan dikurniakan kesihatan yg baik..

Marilah belanja gambar raya kami sekeluarga.. hehehe :)
Kita raya sedondon gitew..
Tengok nabil tak pakai songkok tu sebabnya songkok tertinggal kat rumah.. boleh dia bawa balik kotak kosong jer.. dia ingat adalah songkok dalam kotak.. tu lah tak periksa dulu kan..

Selepas balik menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri.. mula la episod bermaaf-maafan bersama FIL dan mak cik.. sedih juga saya.. tidak lagi dapat mengucup tangan arwah abah dan arwah mak dipagi raya.. walaupun sepatutnya saya beraya bersama mereka tahun ini.. namun begitu Allah lebih menyayangi mereka.. 
Jadi tahun ini saya menumpang kasih pada mertua pula..
Nampak sangat disitu menantu mithali hihihi..

Selepas tu bergambar satu famili dengan keluarga mertua, ipar duai..dorang tema biru.. kami tema kuning lah pulak..

Lupalah pulak nak ambil gambar salam bermaafan gambar kami sekeluarga.. semasa nabil memohon maaf kepada saya .. dia pun cakap.. "mama nabil minta maaf ye.. Bunga nasi kerabu mama yg hilang tu nabil yg buang.. lepas tu buku zikir hijau mama tu nabil yg sorokan.. lepas tu nabil makan gula2 masa puasa tapi satu hari jer nabil tak puasa.. " hohoho banyak rupanya salah ye..
" oklah lepas tu.... mama maaf kan Nabil, nanti jangan buat lagi tau"

Usai tu kami bergerak pula ke pusara .. mula-mula pergi pusara adik en suami di situ juga .. lepas tu terus pulang ke Kg Chohong untuk menziarahi pusara MIL.. diam tak diam dah 6 tahun MIL meninggalkan kami..
Semoga Allah mengampuni dosa mereka, merahmati mereka dan mengganti syurga sebagai tempat tinggal mereka. Aamiin..

Eeehhh bila tengok gambar ni.. macam terasa pengantin baru lah pulak.. ~__^


Jom rempit dihari raya hahahha..
Bila saya post gambar ni.. adik saya komen.. ini bukan Tragedi Oktober tetapi Tragedi Buah Epal hahahha..

Best weyhhh HAINOM rempit raya naik motor ni .. kasi peluk kuat2 hahaha.. hang raya lagi bestkan Nom..