Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 31 Oktober 2016

JOM CUBA.. TEKAN AJER TU.. 1 MINIT.. 😆😊☺ ~__^


Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)








Sumber : Facebook

p/s Minggu yang sibuk.. penghujung tahun yang sibuk.... huhuhu.. nanti saya BW kekawan ye :)

Jumaat, 28 Oktober 2016

"Zah... Rezeki Ko Dah Dipatuk Dek Burung..." Kata Almarhumah Emak..😊☺

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barokah , semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Menarik post adik saya di wall FB nya.. jadi saya kongsikan disini..




Itulah sunatullah yg perlu setiap makhluk ciptaan Nya perlu berusaha untuk mencari rezeki seawal pagi.. 
Tengok bila kita keluar pagi untuk pergi kerja mencari rezeki.. burung-burung pun sama berterbangan mencari rezeki.. dengan kicauan merdunya.. bergembira... walaupun belum tahu apa rezekinya sehingga petang hari nanti..


Teringat pula adik saya , cakap arwah mak " Zah, Rezeki ko dah dipatuk dek burung"..
Adik saya # masa tu tak faham lagi.. sambil menggaru kepala :)

Selepas tu saya komen.. "tu lah lambat lagi keluar rumah.. siapa yg dulu dia yg dapat" 

Adik saya tu sebelum pergi kerja dia akan singgah dulu di rumah arwah mak untuk menyembang dahulu dan melihat mak.. adik saya ni kerja sendiri.. buka syarikat printing.. arwah mak selalu melahirkan kerisauan .. kesian uda tu.. kerja sendiri.. kena usaha lebih.. 
"Tak apa mak.. kata saya, Nabi s.a.w bersabda 9/10 rezeki adalah orang yang berniaga.. InsyaAllah.. Allah jua yg Maha Pemberi Rezeki.." Kata saya




sumber : Google

Teks penuh post adik saya seperti di bawah..



Allah SWT memberi rezeki kepada burung,
tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam
sarang burung.

...

Dia menetapkan  bahawa burung itu mesti
berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah
setiap burung terbang keluar pada waktu
pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya
dan pulang pada waktu petang dalam
keadaan perut kenyang. Inilah Sunnatullah.

...

Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas
dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh
rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha.
Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.

...

Teringat dekat arwah emak..
"Zah rezeki ko dah dipatuk dek burung"..
Masa tu tak faham lagi.. sambil garu2 pale..
:) :)😊😊

Khamis, 27 Oktober 2016

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL 😆😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Tekak si tua kertu ni teringin pulak makan ikan bakar 😆😄
Jadi gigih lah membakar ikan cencaru sumbat sambal ni.. anak2 pun suka.. hendaknya Nabil.. bertambah mereka makan.. mama pun sama juga hihihi..


Resepi saya yang mudah jer kekawan.. saya pernah tempek resepi ni kat blog ni.. saya suka yg mudah2 ajer.. janji cepat dimasak sedap dimakan.. hehe he 😆😊
Meh saya tempek resepinya balik..

RESEPI CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL
Bahannya :-
- 3 ekor ikan cencaru size sederhana
- 5 Sudu besar cili kering kisar
- 6 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 batang serai, hiris halus *
- 3 biji buah keras*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia* (Kisar bahan*)
- 3 helai daun limau purut
- 1 sudu besar jus asam jawa campur sedikit air
- Garam secukup rasa
- Daun Pisang

Caranya :-
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar, masakan sehingga terbit minyak.
2. Kemudian masukan jus asam jawa, daun limau purut, hirisan daun kunyit dan garam secuku rasa.Masakan sambal sampai pekat, angkat dan ketepikan.
3. Ikan cencaru yg telah dibersihkan dan belah belakang, ambil sambal yg dimasak tadi sumbat dibelakang ikan tersebut secukupnya.
4. Ambil 2 helai daun pisang, alaskan didalam pemanggang ajaib tu, letak ikan diatasnya, tutup pemanggang dan bakar dengan api sederhana.
5. Balik-balik kan ikan supaya sempurna masak nya. Kemudian perahkan dengan limau kasturi.. emm harum wanginya..
6. Siap dihidang, boleh dimakan bersama kuah kicap yg dihiris bawang merah dan cili api.



Untuk en suami saya buatkan kari kepala ikan merah dan juga goreng sayur kobis mamak style.. ada juga keropok.. perghhhh itu yang bertambah makan kan kekawan..
Makanlah selagi ada nikmat selera itu kan..

Rabu, 26 Oktober 2016

JOM STEAMBOAT & GRILL ... homemade 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Budak-budak ni dah lama ajak makan steamboat.. tapi en suami tak suka pulak sebab dia tak makan benda2 tu.. jadi gigih lah saya membeli tempat steamboat ni.. alhamdulillah ada offer.. tak perlu lah kita ke Tupai-Tupai tu ye.. tahu lah harganya.. Dewasa dah RM33 dan kanak-kanak RM17, Kami satu keluarga dah RM117.00 .. dorang makan banyak mana benar lah kan.. Baik kita buat sendiri ajer hahaha.. boleh santai-santai gitew depan TV~__^

Baru dihidang tengok tangan Nabil tu tak sabar nak meng grill tu.. budak2 suka kan main masak-masak.. gambar kakak tak masuk sebab tak pakai tudung hihihi.. cukuplah kenangan sendiri tengok :P


Ini pertama kali cuba kan.. jadi saya buat Tomyam.. makan dgn bihun, kueyteow dan mee wantan.. jadi dapatlah en suami makan sama kan..
Seafoodnya pulak ketam, sotong dan udang ajer.. cukup lah buat permulaan kan..


Yeahhhh dah dekat masak tomyam tu.. saya beli yg guna elektrik tu kekawan.. senangkan.. tapi boleh masak dirumah jer lah kan.. tak boleh bawa pinik tepi sungai ke hahahha..

Ini masakan pertama Nabil .. dia grill sotong dan udang.. Saya suruh mereka buat seorang-seorang dulu jgn berebut.. jadi kakak dua orang tu makan dulu tomyam tu dengan bihun ke.. 
nanti nak cuba grill ayam madu pulak macam Dominos tu.. :)



Ini mangkuk saya.. saya makan dengan kueyteow.. yang kak jeeha makan dengan mee wantan dan Kak Nabilah makan dengan bihun.. tapi semua kita orang rasa makan hahha.. yang paling sedap makan dengan mee wantan tu.. 
Lepas ni dah rancang nak buat kat rumah kuang sabtu ni.. sambil sambut besday Najeeha dan Adrah anak adik saya disana.. Adrah ni lahir 19/10 dan najeeha 20/10 selang sehari jer..

Selasa, 25 Oktober 2016

SUSULAN KEBAKARAN HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR

Assalamualaikum kekawan..

Berita yang menyedihkan kita hari ini bila Hospital Sultan Aminah Johor ini ditimpa bencana kebakaran yang dikatakan berpunca dari bilik ICU , kemudian merebak ke bilik bersalin.. digambarkan 7 disahkan meninggal dunia dan ada juga yang melecur terbakar..
Semoga keluarga mereka tabah dan redha dengan musibah ini.















اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 

 "Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sumber : WhatsApp

Panjang Umurnya.. Serta Muliaaaaa... Serta Muliaaaaa... SYAZA NAJEEHA ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Kekawan baca tajuk entri kena nyanyi tau haahha :D
Nak meraikan juga hari lahir anakanda yang kedua ini.. masih lagi bertema taman sambil bersantai dipetang hari..

Ambil picture masa kami jer mula2 sampai kat taman tu.. kali ini bertempat di Laman Kebudayaan tu.. berhadapan dengan Teater Shah Alam tu.. 

Besday bersama abah tersayang hihihi.. yang nabil dah sibuk bermain bola.. jadi kak nabilah photografernya..

Sementara menunggu yg lain datang mereka posing2 sakan lah.. tengok nabilah dah sama macam anak dara dengan mak cik Atiqah nya tu..

Sakan bermain buih sabun dan bola mereka ni.. elok juga buat ditamankan banyak aktiviti boleh buat.. kata en suami tak adalah terkurung dalam rumah.. dah sekarang panas..

Kali ini saya tak masak apa-apa pun , saya beli pizza kat dominos tu jer .. pastu ada offer setnya.. jadi saya beli 2 set.. dapat 4 pizza.. pastu 2 set ayam madu, union ring, Garlic breadstick, lagi lah untung mak ni hahhaha.. donat dan cheese tart tu adik ipar saya yg buat.. dan ada juga yg bawa ayam KFC.. makan2 santai macam tu..

Bila semua dah ada.. barulah acara potong kek bermula.. abahnya yg belanja kek tu.. Kek Karot yg sedap...

Makan2 lah petang tu sampai lembam hahhaha..
Pukul 6.45pm kami pun pulang.. berada ditaman tu selepas solat asar.. senangkan.. lepas tu balik sebelum maghrib.. :)

Isnin, 24 Oktober 2016

Bila Dah TUA KERTU 😆😃😄 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Bila usia telah meningkat ke kilauan Emas ni atau kata MD dah TUA KERTU macam saya ni .. mula lah tekak nak makan ikan tu macam memilih ajer.. teringat almarhumah emak.. mak kata esok ko dah tua.. baru tahu apa yg tekak boleh terima apa nak makan.. Jadi masa pergi pasar tu ternampaklah ikan selangat ni.. ini ikan kegemaran emak.. mak kata ini lah ikan yg boleh masuk kat tekak sewaktu usia begini.. sekarang saya merasainya.. bila dah usia macam ni.. ikan selangat ni goreng kunyit goreng garing.. baru nikmat makan ikan..


Lagi satu ini juga yg menjadi kegemaran saya sekarang.. ikan bilis dengan petai masak tempoyak.. sekarang macam jadi almarhumah mak pulak simpan stok tempoyak hehehe.. resepinya di sini
Hainom hang makan tak tempoyak masak tempoyak petai ni..

Lepas tu sayur goreng macam ni jer.. kobis dgn park choy.. goreng dengan ikan bilis..
Itu lah lauk saya tengahari tu.. anak2 saya masakan yg lain.. tak kan nak ikut tekak Tua kertu saya ni hihihi hahahaha..

Sabtu, 22 Oktober 2016

HANYA SATU BURGER AJER...



Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu… tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

Senyum

Ditulis oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Sumber : Facebook

Jumaat, 21 Oktober 2016

7 PESANAN RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barokah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya :)









Sumber : Facebook

P/S Sedikit sibuk dalam minggu ini, insyaAllah saya cuba BW kekawan ye :)