Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 30 November 2016

WW :: Kita BERBARIS yg MANA ?????


Sumber : Facebook

GULAI PUYUH SALAI PUCUK MAMAN... ☺😆

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Minggu ni CH update entri resepi yg CH masak jer lah ye.. banyak benor dalam draft ni.. jadi sebelum berakhir tahun 2016 ni.. kita kasi up entri apa yg dimasak tahun ni.. 
Lama tak makan gulai maman ni.. dah belasah regunya pulak dengan puyuh salai.. emmmmm memang power lah kan.. makan bertambah nasi lain cerita kan.. masak pulak style nisembilan.. podeh menyengat hahhaha.. kuah kasi pekat perghhh .. Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat makan ni kan kekawan.. 

 Resepi saya ni mesti yg simple dan mudah.. hahha iyo lah mudah.. mana nak salai puyuh tu lagi.. nak tumbuk cili lagi.. dah kata anak dara kampung hihihi.. dah dah jangan nak merapu lagi jom jer ke resepi yati ooiiii..

RESEPI GULAI PUYUH SALAI PUCUK MAMAN

Bahannya :-
- 5 ekor puyuh di belah dua dan disalai.
- 1 biji cili merah*
- 10 biji cili api*
- 3 biji bawang merah*
- 1 inci kunyit hidup* (* ditumbuk sehingga lumat)
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mangkuk santan pekat keduanya dari sebiji kelapa.
- 1 ikat daun maman - dicelur sekejap
- 1 batang serai dititik
- Daun kunyit
- Asam keping
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Masuk santan cair bersama bahan tumbuk, masuk kan puyuh salai tu, masakan sehingga puyuh elok empok.
2. Masukan pula santan pekat, asam keping, daun kunyit, serai dan garam secukup rasa.
3. Apabila dah mendidih masuk kan pula pucuk maman yg telah dicelur sekejap tadi. Kacau mesra jangan sampai pecah santan ye.
4. Jika semua dah secukup rasa masam masin nya boleh lah dihidang bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA ^__^


Selasa, 29 November 2016

TIPS BERSIHKAN RUMAH DENGAN MUDAH







Sumber :- Facebook

NASI DAGING AIR ASAM .. step by step .. emm dapnya..😆❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)


Saya buat Nasi Daging Air Asam ni pada hari khamis yang lalu... masa tu saya cuti.. bila post kat group Aweks Blogger tu sama pulak menu dengan Datin Jilapah.. tapi dia guna ayam.. yang Datin CH ni guna daging hahahha... 
Nak buat nasi daging air asam ni dah lama teringin.. buatnya renyah juga kan.. jadi elok kita manfaat kan cuti2 CH yg berbaki ni.. CH punya resepi memang mudah lah kan.. dah kata nak cepat dimasak sedap dimakan hihihi..

Jom kita intai resepi CH yg amat mudah ini.. dalam tempoh 1 jam semua dah tersedia diatas meja.. cepat ke tak cepat ni.. apalagi yg membantu cepatnya adalah si periuk Noxxa tu.. rebus daging tu 30 minit jer hahaha.. nasi pula masak 3 minit gebu muai lembut jer nasi tu :)

RESEPI NASI DAGING AIR ASAM

Bahannya :-
- 2 cawan beras Basmathi jenama Bernas (rendam selama 30 minit, kemudian toskan)
- 1/2 kg Daging batang pinang 
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat/susu cair (CH guna santan sebab hari tu ada dengar Prof Muhaya kata santan adalah lemak baik HDA bagus)
- 3 biji bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 inci halia dihiris
- 2 sudu besar rempah kurma diratakan sukatannya
- rempah 4 sekawan ~ 1 biji bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 2 biji bunga cengkih dan sedikit kulit kayu manis
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang serai 
- 1 helai daun pandan
- garam secukup rasa


Caranya :-
1. Rebus daging sehingga empuk (CH guna noxxa, mula tu stir fry untuk mendidihkan air, lepas air mendidih masukan daging, tukar kepada Highpresure kepada 30 minit, jangan pula lupa tutup periuk tu, tukar tombol diatas kepada pressure nanti tak empuk pulak daging tu)

2. Sementara tu tumis bahan hiris dan rempah helba dengan minyak sapi tu, kemudian bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan lepas itu tumis sekali dengan bahan2 tadi.

3. Kemudian masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tu kedalam kuali bahan yg ditumis tadi, masukkan juga daun pandan dan serai yg dititik, kacau sebati.

4.Kemudian alihkan beras kedalam periuk noxxa , air rebusan daging tadi sukat 2 cawan dan masukan dalam periuk noxxa dengan 1 cawan santan serta masukkan garam, rasa masinnya, secukup rasa. Daging rebus tadi tu masukan sekali kedalam periuk tu, gaul mesra bersama beras tu.

5. Kemudian setkan ke highpressure selama 3 minit, (beras saya kan 2 cawan jer, masa ikut sukatan beras tau)kemudian alihkan tombol ke pressure, tunggu sehingga beep beep berbunyi pastu releasekan ke steam tu, biar wap keluar. 

6. Lepas tu gemburkan nasi dengan kayu copstick tu, kemudian tutup semula periuk , biarkan pada warm selama 15 minit, lepas tu boleh diangkat dan dihidangkan.

Air asam saya cukup mudah kekawan.. saya kisar aje dalam pengisar tu jer macam sambal belacan tu.

RESEPI AIR ASAM
Bahannya :-
- 1 biji cili merah
- 7 biji cili padi
- 1/4 belacan dari yg bulat tu.
- 1/2 biji tomato.
- 1/2 biji tomato dipotong dadu.
- Sedikit garam

Caranya :-
- Goreng cili dan belacan sehingga wangi jangan hangus pulak tau.
- Lepas tu masukan dalam pengisar tomato, cili dan belacan yang digoreng tadi dan letak sedikit air masak.
- Kemudian letak dalam mangkuk dan masukan tomato yg dipotong dadu tu.

Saya buat juga jelata untuk diregukan dengan nasi daging tu.. bertambah selera nak memakannya. tapi bahan apa yang ada dalam petiais saya tu je hihi :D

RESEPI JELATA
Bahannya :-
- 1 batang timun potong empat kecil2 tu
- 1 batang karot (ikut kekawan nak potong macam mana)
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji cili hijau dihiris
- 1 biji bawang merah di hiris
- Garam dan gula

Caranya :-
1. Masukan bahan-bahan yang dipotong dan dihiris tadi kedalam mangkuk.
2. Kemudian letak garam dan gula mengikut rasa kekawan lah, lepas tu gaul mesra semua bahan tu. Kemudian masukkan kedalam petiais sebentar.
3. Siap untuk dihidang.

Balik en suami dan anak-anak petang tu, terus nak makan, lagi pun memang dah terhidang pun atas meja untuk dimakan jer.. Nabil lah paling suka, "Mama masak apa ni, nasi minyak ye, sedapnya bau?" tanyanya. Bertambahlah mereka makan petang tu. 

Ini pinggan saya masa tengahari tu, feling sorang2 jer makan, menikmati sungguh nasi daging air asam ni .. emmm dapnyaaaa..

SELAMAT MENCUBA ^__^





Isnin, 28 November 2016

PETUA RAWAT MATA RABUN


PETUA RAWAT RABUN MATA
DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA

Silalah cuba salah satu dari cara-cara dibawah….
1. Wap nasi :
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

2. Sawi :
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

3. Lobak merah :
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

4. Teh :
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

5. Bawang Putih & Bawang Merah :
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

6. Kacang Walnut :
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

7. Tomato :
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

8. Kacang Soya :
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

9. Telur :
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

10. Brokoli :
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Selamat mengamalkan. Like dan Share

Sumber : Facebook

GULAI PISANG MUDA.. emmm dapnyaaa ☺😆

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Ini gara-gara adik ipar saya yang balik kampung FIL minggu lepas tunjuk FIL tebang pokok pisang dan buat pulak masak lemak cili padi pisang muda .. udah saya teringin pulak.. dah tekak orang kampung saya macam saya ni mesti teringinkan.. Ye la dulu-dulu membesar dengan gulai pisang ni lah kan..
Anak2 saya yang mengikut nak makan ni adalah Nabilah dan Najeeha.. sedap lah mama.. maknanya boleh terima ditekaknya lah tu :)..
Encik suami jangan cakaplah .. kalau jumpa di kedai makan ada gulai pisang muda ni.. tentu dia dah ambil kan..

Nom.. kat Warong Bistro kawan Kak Saniah tu ada tak gulai pisang muda ni.. dah kata sekarang ni dah jadi pelanggan tetap tu hahhaaha :P

Cara saya masak cukup mudah kekawan.. janji cepat siap tu.. dalam nak cepat tu cili padi tu saya tumbuk juga gitewww.. pewitttt bini siapa yang rajin sangat ni kan hahahha.... Kak Ton @ MD hang jangan muntah ijau pulak tau hahhaa..
Cukuplah merapu meraban tu.. mari kita balik ke pangkal jalan untuk menengok resepinya :D

RESEPI GULAI PISANG MUDA

Bahannya :-
- 1 sisir pisang muda (CH guna pisang lemak manis tu :D)
- 1 biji cili merah *
- 10 biji cili padi *
- 3 biji bawang merah*
- 1 inci kunyit hidup* (*tumbuk bahan hingga lumat)
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 gengam ikan bilis ditumbuk kasar.
- daun kunyit
- 1 batang serai di titik
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Siang pisang, siat kulitnya dan pisang dibelah dua, rendam dengan air garam untuk hilangkan getahnya. Kemudian toskan.
2. Dalam periuk masukan santan , ikan bilis yg ditumbuk dan cili yg ditumbuk tu.
3. Kemudian masukan pisang muda tadi, (ada separuh orang buat dia rebus dulu pisang tu bagi empuk, tapi CH suka empukkan bersama santan cair tu dan bahan lain tu barulah merise bahan2 tu kat pisang , tu cara mak CH lah yang masak).
4. Apabila pisang dah empuk masukan asam keping, serai, daun kunyit dan garam secukup rasa , lepas tu masukan santan pekat, kacau kuah perlahan2 sehingga mendidihkan. Kemudian boleh lah ditutup api.
5. Siap untuk dihidang.



Jumaat, 25 November 2016

JIKA KAMU SEDANG MENGHADAPI MASALAH YANG BERAT BACALAH 6 AYAT AL QURAN INI

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barakah.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.








Sumber : Facebook