Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 21 Februari 2017

E-DAYS FARAH 💝 IKMAL - 28 JANUARI 2017 💖❤💞

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Bakal mak mertua menyarung cincin di jari manis Farah..
Walaupun majlis telah berlalu pada januari tu hari.. hendak juga mak cik nya ini membuat entri didalam blog yg comel ini.. tengok entri yg lalu ada entri pertunangan anak sedara yang lain.. jadi sebagai mak saudara yang baik sentiasa berlaku adil .. kita up lah satu entri kan hihihi...
Masa tu cuti tahun baru china.. punya lah jalan jem sungguh.. hampir 3 jam kami terperangkap dalam jem tu.. pada hal dekat ajer di Rawang tu.. sampai sana dapat lah tolong utk menghidang makanan dan memotong buah-buahan.. jadi lah ye kak ateh hihihi...

Bergambar bersama ibubapa masing-masing.. terserlah keceriaan diwajah mereka.. semoga ikatan pertunangan ini
sampai ke jinjang pelamin..
Majlis bermula 3 petang, tak sangka ramai yang datang, hampir 10 kereta dari pihak lelaki yg sudi hadir.. memang tak menang tangan lah kak ateh dan suami melayan tetamu.. macam nak kenduri kahwin pula.. hihihi.. tapi rasa gembira dan majlis sungguh meriah..

Mak-mak saudara dan sepupu apa lagi .. nak juga bergambar.. yang kak long tu tengah menunggu hari untuk melahirkan anak sulungnya tu.. cover sikit perut dengan kusyen tu kan hahaha..

Tak sangka pulak sama tema hantaran tu warna biru, pihak lelaki pun warna biru yang sama.. udah keliru.. mana satu hantaran dari pihak lelaki hii.. gubahan ni pun buat sendiri ajer.. kena jimat kan zaman sekarang ni :D

Biasalah anak dara saya yg sorang ni.. dapat sawan selpie macam mak cik blogger  hainomokje.tu hihihi.. suka ko lah kak nabilah..

p/s 18 Mac 2017 ni saya akan ke Kulai Johor.. anak adik FIL kenduri kahwin disana.. FIL dah mengajak sangat sebab dah lama tak berjumpa adiknya di Kulai tu.. insyaAllah boleh lah jumpa Kak Saniah di sana.. :)



9 ulasan:

  1. Semoga ikatan murni mencapai misi utk disatukan ke ikatan yg halal.

    BalasPadam
  2. selamat bertunang Farah! semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia membawa ke syurga kelak.

    sekarang harga barang mahal kak, majlis2 begini kena belanja berhemah lah kan, mana2 yg tak perlu tu kenalah cut-cost, yg penting perkara wajib kita dahulukan.

    BalasPadam
  3. Cantiknya bakalpengatin slmt ke gerbag perkhwinan

    BalasPadam
  4. moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin

    BalasPadam
  5. buat sendiri lebih berbaloi kan kak.

    oh kalau jumpa kak saniah sampaikan salam saya nanti ya kak yati

    BalasPadam
  6. Selamat bertunang semoga berkekalan hingga ke hari bahagia

    BalasPadam
  7. Saya ingatkan semua tu hantaran dari pihak lelaki...Banyak betul, bestlah kalau terima banyak mcm tu... heehhe... rupanya sama tema yer.

    Kalau ke Kulai dan berjumpa Saniah kirim "Assalamualaikum!" saya nanti.

    BalasPadam
  8. selamat bertunang dan semoga kekal ke jinjang pelamin...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)