Ahad, 31 Disember 2017

RAIKAN CINTA :: IZZAT πŸ’– IRIS 17 DISEMBER 2017

Assalamualaikum kekawan tersayang 😍

Balik dari menunaikan umrah tempohari.. kak lang buat kenduri kahwin anaknya yg kedua. Muhd Izzat pada 17 Disember 2017.. majlis nikah pada 15 Disember 2017 hari jumaat.. lebih kurang dalam pukul 3.00pm. Di Masjid Ara Kota Damansara..

Majlis repsepsi nya diadakan di Subang Jaya.. 

Mak cik dan pak cik menepung tawar kedua pengantin..😍

Haha gambar macam anak seorang aje kan..πŸ˜†
Kakak dua orang tu tolong mak lang bagi goodies kepada tetamu..

Kepada izzat dan isteri.. m.cit doakan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga jannah.. barakallahu lakuma..πŸ’–πŸ’ž

Khamis, 21 Disember 2017

BARAKALLAHU πŸ’–HAPPY 16 ANNIVERSARYπŸ’žπŸ’



Assalamualaikum Suami ku,...
Terkadang aku berfikir untuk apa cinta itu,
Setelah aku menjalani semua itu,
Ternyata cinta itu adalah bahan bakar dalam rumah tangga ini,dan jujur saja suamiku,
Kalau aku sangat mencintai mu,
Cinta yang datang kerana rasa cintaku pada Allah untuk menjadikan engkau sebagai imam dalam rumah tanggaku.

Barakallahu lakuma fii khair..

#happyanniversary16year..
#MengharapredhaAllah.
#Fasa4SemarakCinta
#kekalbahagiatilljannah

Rabu, 20 Disember 2017

Selasa, 19 Disember 2017

HARGAI LUTUT ANDA.. MAHAL TU RM64KπŸ’ͺ😍

*Tips Dr. Hendrawan Nadesul*

*HARGA LUTUT ANDA RM64k. PELIHARA & JAGALAH...!*

Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau sudah usia di angka 5, sebaiknya tidak memilih jogging, berlari, apalagi melompat.

Pengetahuan yang sesungguhnya murah ini, menjadi mahal, bahkan boleh menjadi sangat mahal jika masyarakat tidak tahu, kerana sendi lutut terlanjur rosak.

Oleh kerana kos mengganti satu lutut yang telah rosak akibat tidak tahu itu.. boleh mencecah RM64k !!

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap jogging, berlari, bermain tenis, badminton, volley, & aktivitas fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah...

*Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia angka 5 ialah tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki hinggakan saraf tapak kaki menderita sakit akibat kerasnya tekanan batu kerikil kerana bebanan berat tubuh.*

Alasan bahwa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.

Refleksologi? Tekanan yg mampu diterima tapak kaki hanyalah dilakukan dengan tangan saja yg tekanannya paling kuat hanya seberat 5 kg.

*Namun apabila berdiri di atas batu kerikil, tekanannya adalah seberat berat tubuh.. Bayangkanlah!!*

Kerana tidak ada yang memberi tahu dan hanya kerana cakap orang bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki boleh menyihatkan, akibatnya diri sendiri yang menjadi mangsa dengan berlakunya kerosakan saraf tapak kaki.

Salam sehat,
Dr HANDRAWAN NADESUL

*YOGA* nya orang Islam itu dengan gerakan *SOLAT.*

*MEDITASI* nya orang Islam ialah duduk bersunyi diri sambil *berZIKIR.*

*SELF HEALING* nya orang Islam itu ialah selalu melakukan *MUHASSABAH.*

*DETOX* nya orang Islam adalah dengan rajin *berPUASA.*

*RITUAL TOLAK BALA* nya orang Islam ialah dengan *SEDEKAH.*

*VITAMIN*nya orang Islam adalah sikap *mudah MEMAAFKAN.* ✌

*UBAT AWET MUDA*nya orang Islam: *TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu.* πŸ‘Œ

*NUTRISI TERBAIK* nya orang Islam adalah *BERBAIK SANGKA (Huznudzon).*

*PEMBERSIH HATI*nya orang Islam dengan menahan *GHIBAH.*

*PENYUCI JIWA*-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat *IRI DENGKI.*

*PENJAGA PAHALA*-nya orang Islam: *Tidak RIYA'*

*PENCEGAH PERMUSUHAN*-nya orang Islam: *Menghindari PERDEBATAN.*.
                                                                                                                       _Fastabiqul Khairat.. Barakallahu.._

Sumber : WhatsApp

Jumaat, 15 Disember 2017

LALAI 😡😭



*Dengar di Radio IKIM*

 *Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu*

 *_LALAI_*

Mula-mula Ustaz kongsi *_tanda-tanda lalai_*.

 Antaranya:
1. *Kurang* membaca *Al Quran*
2.  *Kurang berzikir*
3.  *Lalai dalam solat*, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  *Banyak membuang masa*; untuk hiburan, sukan dan dimeja makan serta nonton tv
5.  Kurang atau *malas berdoa*.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.Sentiasa *sibuk dengan urusan dunia*; mudah stress
7.  Cara hidupnya *menyerupai musuh Islam*
8.  Tak berhati-hati dengan *perkara yang syubhah dan haram*
9.Tangguh untuk bertaubat
10.Malu untuk belajar agama
11.Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara *hati kita dengan ketenangan*, ibarat *'jarak' kita dengan Al Quran.*

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.(nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang _akibat lalai_:
1.  *Kurang* semangat nak *beribadah*, tidak suka *baca quran*
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita *tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama*
3.  *Hilang fokus* dalam hidup
4.  *Mudah lesu* dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadan dan kerja soleh

_Sebab-sebab lalai_:
1.  *Mengulang-ulang dosa kecil* sampai jadi kelaziman
2.  *Berkawan* dengan *orang-orang yang lalai*
3.  Berada dalam *persekitaran 'rosak'* (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  *Tidak berzikir*
5.  *Terjerat* dalam *perancangan-perancangan licik musuh Islam* (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

_Cara-cara untuk atasi_:
1.  Cari *sahabat yang baik dan soleh*
2.Hadiri *majlis ilmu*
3. *Bagun malam* untuk  solat tahajjut
4. *banyakkkan zikir dan taubat*
5. rajin *baca quran*
6. *Bersangka baik* pada org lain.
7.Pemaaf
8.ingat mati
9.kurangkan makan
10 amalkan sunnah Nabi saw
11.bersabar bersyukur dan bertawakkal

Share lah jika ia memberi manfaat...

#muhasabahdirikusendiri 😒

Isnin, 11 Disember 2017

πŸ’–HATI yg Tertinggal...πŸ˜πŸ˜πŸ’•

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hampir seminggu saya telah kembali ke tanah air.. namun hati saya masih tertinggal di sana. ❤πŸ’–.. berbekas dihati..dengan kerinduan yg berpanjangan.. semoga saya diberi peluang utk menjadi tetamu Allah bersama keluarga pula..
Alhamdulillah sepanjang saya disana.. kesihatan saya amat baik.. terima kasih atas doa semua insan yg tersayang😍😘😘

Berada didalam masjid Nabawi ini membawa ketenangan yg amat sangat.. Rinduku pada mu ya Rasulullah.. berilah syafaat mu kepada kami diakhirat kelak.. Aamiin ya Rabb..

Dihadapan pintu masuk masjid Nabawi..
Pintu Masjid Nabawi terkenal dengan ukiran warna emas yang bersinar jika terkena cahaya matahari.
Ditengah pintu di tulis dengan tulisan khat "Muhammad Rasulullah Sollahu Alaihi Wasallam" Di bahagia atas pintu ada panel atas tu tertulis ayat al quran 'Udkhuluha bisalamin  aminin' yang bermaksud " Masuklah ke dalamnya dengan aman dan sentosa"
Atas sebab itu apabila kita masuk kedalam masjid Nabawi ini kita merasa aman dan tenang.. sejuk sahaja suasana didalamnya.. membuat hati saya bertambah rindu πŸ˜πŸ˜˜πŸ˜™
"Allahummasolliala saidina Muhammad"😍