Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 24 Mac 2017

Jalan-Jalan Johor 2:: JJCM Kilang BateriπŸ˜†πŸ˜Š

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Pada malam sabtu tu kami kami JJCM ke kilang bateri tu.. memang teruja budak2 ni bila masuk kilang bateri tu.. tempat yang diterjah dahulu tentu lah food court tu.. masing2 dah kelaparan.. selalu baca blog kekawan yg berada di Johor tentang kilang bateri.. 

Mar @ Janjikita blog... akak dah terjah weyyy kilang bateri ni.. hapening sungguh :D

Pertama kali kami mencuba mee rebus hj wahid ni.. perghhh kuahnya memang pekat weyyyy.. en suami makan licin pinggan nya.. saya kongsi dengan nabil.. nabil masa tu sibuk dengan Ais Jagung.. ni pun sedap jugak.. 


Lepas tu budak bertiga ni teruja pulak dengan air dalam mentol ni.. memang unik sungguh :)

Lepas tu dorang makan Dim Sum bertingkek-tingkek..
terbaikkkk sodap weyyyy..

Adik ipar saya tergoda dengan Ais Jagung nabil minum.. dia pun oder satu.. satu bekas besar tu..
Okey nanti sambung JJCM johor ni ye ~__^

Khamis, 23 Mac 2017

Jalan-jalan Johor 1 :: Kenduri Kahwin πŸ˜ŠπŸ˜πŸ’–

Assalmualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Hari sabtu 18/3/2017 kami sekeluarga menuju ke Johor Baharu untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu en suami di Ulu Tiram, anak kak Ebit ni tunggal.. kena wajib datanglah kan :)
FIL siang2 dah bagi tahu.. lagi pun dah lama tak jumpa .. last jumpa tahun 2013 masa arwah Mak Utih meninggal.
Tapi kali ini sungguh mencabar perjalanannya.. selalunya 4 jam perjalanan , kami hari tu terpaksa menempuh 2 kali ganda masa tu.. kerana banyak benor jumpa excident.. lagi lah kemalangan maut.. mana nak tunggu polis datang ukur lagi.. namun begitu .. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kenduri pada pukul 2pm. dari rumah pukul 7am huhuhu..

Bergambar memang kegemaran mereka ni .. saya tumpang ajer hahaha.. ikut jer lah style yg dorang suruh.. simbol kasih sayang tu..

Bersama mak andak yang tudung biru tu.. adik FIL yg tinggal di Muar sg mati tu.. yang adik beradik lain kebanyakan tinggal di Johor Baharu dan seorang di Singapore.

Melepaklah sampai ke petang .. tak ada gambar Kak Ebit kerana sibuk melayan tetamu yg hadir.. kalau ada pun di kamera man pengantin tu. 

p/s lepas ni tunggu untuk JJCM Johor Baharu ye :)

Rabu, 22 Mac 2017

RESEPI TEPUNG BUNGKUS SEDAP..



Resepi Tepung bungkus sedap

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba

Sumber :: Facebook

Jumaat, 17 Mac 2017

PENAWAR SAKIT DARI AL QURAN.

Assalamualaikum

TIAP TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI.

*Demam Panas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

*Selesema*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

*Penyakit Kulit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Sakit Kepala*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

*Sakit Sendi*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

*Sakit Mata*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

*Buta Seluang*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

*Sakit Mata Sebab Sihir*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

*Tahi Mata Berlebihan*
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

*Mata Dimasuki benda*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

*Sakit Perut*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

*Batuk*
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Bisa*
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

*Sesak Nafas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

*Dada Berdebar-Debar*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

*Sakit Gigi Biasa*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

*Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

*Kencing Malam*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

*Cirit-Birit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

*#(INSYAALLAH DENGAN IZINNYA ALLAH SWT SETIAP PENYAKIT ADE UBATNYA,SEMOGA PERKONGSIAN INI UNTUK KITA BERSAMA)*✍🏻

Khamis, 16 Mac 2017

Tips Kekal Sihat Di MUSIM PANAS πŸ’₯πŸ’₯

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua beraada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Sekarang ni dah mula musim panas kan kekawan.. semalam keluar sekejap ajer ke hospital cek darah pun punya lah panas berdenting.. memang berpayung saya keluar dari kereta menuju ke DEMC tu.. 
Bila musim panas begini kena minum air kosong banyak2 dan jangan ada aktiviti diluar dari pukul 11am hingga 4pm tu.. takut kena strok haba kan..
Semoga Allah melindungi diri kita semua ..




Dear all, krn fenomena Equinox yg akan mempengaruhi Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai hr ni hingga minggu depan.. Pls tinggal dalam rumah terutama dari jam 12 th hingga 3 ptg setiap hari. Suhu akan meningkat hingga 40 derajat Celcius. Hal ini boleh menyebabkn dehidrasi dan stroke haba (Ps:. Fenomena ini adalah krn matahari berda pd posisi tepat di atas garis khatulistiwa pd  20 Mach

Harap menjaga diri agar tdk dehidrasi. Setiap orang harus minum kira2 tiga liter air masak setiap hari. Memonitor tekanan darah. Kemungkinan mendapatkan serangan stroke haba

Mandi air sejuk sekerap mungkin. Kurangkn mkn daging, perbanyakn mkn buah & sayuran.

Tempatkan lilin tdk terpakai di luar rumah. Jika lilin boleh cair, berarti udara dlm suhu yang berbahaya.

Selalu letakkn baldi berisi air di ruang tamu & di setiap bilik utk menjaga suhu tetap lembab.

Pengalaman pertama di Malaysia dan Singapore. Heat stroke yg tdk memiliki gejala indikasi. Setelah pengsan, yg serius berbahaya seperti kegagalan organ dalaman.
Hari menjadi lebih serius mungkin lebih dari 2 minggu ajn datang. Bioleh sampai 9 darjat lebih tinggi dari biasanya !

http://www.straitstimes.com/singapore/warmer-days-likely-over-next-2-weeks-nea

Sumber : WhatsApp

Selasa, 14 Mac 2017

SUP SAYUR CAMPUR UDANG KERTAK..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Masa beli udang kertak ni dua minggu yang lalu.. masa anak2 tak sihat.. batuk selsema.. jadi mereka dok tengok jer udang ni.. yang najeeha tanya "ini udang apa mama?" 
" Udang kertak, tapi isinya sikit tak macam udang biasa tu" balas saya..
"Beli sikit boleh tak mama, nak rasa" tambah najeeha..
Jadi saya beli jugalah dalam 1/2 kilo macam tu..
Udang kertak ni nampak jer besar tapi isi sikit kan kekawan.. pastu banyak duri pulak tepinya.. masa menyiang tu kena gunting kiri kanan duri tajam tu..



Saya buat sup sayur campur udang kertak ni.. sedap juga.. manis kuahnya.. sekali hadap ajer untuk kami sekeluarga hahaha.. 

Jom lah intai resepi sup sayur campur udang kertak ni.. simple ajer pun..

RESEPI SUP SAYUR CAMPUR UDANG KERTAK

Bahannya :-
-1/2 kg udang kertak
- 1 batang lobak merah
- 1/2 kg kobis bunga
- 2 ulas bawang putih- dihiris
- 3 ulas bawang merah kecil - dihiris
- 1 kiub kecil perisa bilis
- daun sup
- garam secukup rasa

Caranya :-

1. Tumis bahan hiris hingga wangi kemudian masuk kan 2 gelas air.
2. Kemudian masukkan lobak merah dan kiub perisa bilis, bila dah mendidih baru masukkan udang kertak dan kobis bunga.
3. Perasakan garam dan apabila kobis bunga dah masak letak daun sup dan kacau sebentar. 
4. Siap dihidangkan dengan nasi putih atau bubur nasi. 


Isnin, 13 Mac 2017

Nabil VS POMADE 😊😍 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Sekarang ni dah musim POMADE pulak .. si Nabil pun sama juga terjebak.. jadi masa pergi pasar tani tu dia ternampak lah orang dok jual pomade ni.. rata-rata yang menjualnya  dalam harga RM15.. 
Jalan2 lagi ke dalam tengok orang dok kumpul ramai.. rupanya lagi murah offernya RM13.00.. maka saya pun belikan lah.. kemain sukalah hatinya.. fikir utk kekemasan rambutnya nanti kan..

Habis tu pagi tadi punya lah lama bersiap.. semata-mata nak memakai pomade ni.. saya pun berteriak dari bawah " Nabil kenapa tak turun lagi ni, minum cepat, dah setengah jam kat atas tu?"
" Jap jap mama.. sikit lagi ni" balasnya.. "Aduhai makin lambat bersiap pulak ko dengan pomade ni ye .. "bebel saya ..
 "line dia tak nampak lagi ma" jawab.. "udah-udah cepat minum, lambat nanti.." kata saya..

gambar ehsan google

Saya pun google lah macam mana nak nampak line rambut tu.. rupanya macam ni.. memang jenuh lah kan..
Anak-anak kekawan yang guna pomade ni.. sama kes ke dengan Nabil ni hahhahaha :D



Ahad, 12 Mac 2017

MEE SUP ALA THAI

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat dihujung minggu kekawan..
Hari ini saya tak sihat.. Alhamdulillah Allah hendak menggugurkan dosa2 kecil 😊
Bila tekak mcm ni mula mencari resepi sup2 agar ada selera sikit... jumpa pulak kat wall FB.. mee sup ala thai.. hendak cubalah utk ptg ni.. apa2 pun kita save resepi kat sini dulu.. πŸ˜†

Mee sup Ala Thai :

bahan2 nye
- Bawang merah 6 biji (blend )
- Bawang putih 6 ulas ( blend )
- lada hitam 1 sudu ( blend )
- rempah 3 sekawan * kayu manis...bunga lawang ngan bunga cengkih 😊
- ayam / daging / udang / sotong
- sayur2 carrot & sawi
- limau kasturi ( 2 biji )
- telur
- daun sup
- bawang goreng

cara2 nye :
- tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
- masukkan bahan lauk2 . masak hingga separuh masak
- masukan carrot
- masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
- masukkan mee yg telah dibersihkan
- pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
- masukkan sawi
- perah limau
- sebatikan dgn perasa
- taburkan bawang goreng & daun sup

Sumber :: Facebook

Jumaat, 10 Mac 2017

ISTIMEWA NANAS 🍍🍍🍍




🌿 Rupa Rupanya Buah Nanas Boleh Dimakan Setiap Hari. Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!



1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda rasa artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!

Kredit pd :
Pertubuhan peladang, Kawasan Kampong Gajah, Perak. 🌿

Sumber : WhatsApp

Khamis, 9 Mac 2017

Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker😊😘 :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Masak pulut dan serawa durian ni adalah hari ahad yang lalu.. gara-gara terliur tengok serawa durian Hainom :) 
Jadi merajinkan diri lah membuatnya.. bukan dah musim durian kat tempat saya ni kekawan.. lain Hainom balik kampung Muo dah musim derian gitew :D
Ini durian yang saya frozeen kan.. bak kata Lieya Latif.. masa musim durian ni kita frozeen.. bila teringin boleh makan hihihi..

Saya tanak pulut ni guna rice cooker kekawan.. malas benor nak mengeluarkan pengukus tu.. lagi pun nak masak sikit ajer.. guna rice cooker ni lagi mudah.. 
Meh lah tengok resepi saya yang mudah ini :)

TANAK PULUT GUNA RICE COOKER

Bahannya :-
- 3 cawan beras pulut
- 3 cawan air
- sedikit garam
- daun pandan

Caranya :-
1. Cuci beras pulut sehingga bersih kemudian toskan.
2. Lepas tu alihkan kedalam rice cooker, masukan air dan garam serta daun pandan.
3. Dalam tempoh 10 minit , kacau pulut tersebut agar masak sekata, jangan kacau beriye nanti hancur pulak, (macam hainom dia tak kacau, petik ajer cook dan biar masak sendiri.. insyaAlla masak sekata katanya :)
4. Kemudian bila button telah naik kepada warm, kacau sekali lagi, kemudian biarkan ia lembut dan masak sepenuhnya.
5. Siap dihidangkan bersama serawa durian ke, sambal tumis ikan bilis ke, ikan masin ke atau inti kelapa :)

Jadi petang tu memang meriah lah anak beranak memakan pulut dengan serawa durian ni.. emmmm dapnyaaa.. sehingga menjilat pinggan hahhaha.. tu Nabil lah :D
Nak resepi serawa durian di sini Serawa durian sedap dan mudah


Rabu, 8 Mac 2017

SELAMAT HARI WANITA 🌹🌹🌷🌷❤πŸ‘„



Assalamualaikum...
🌸WANITA HEBAT🌸

πŸŽ€ Wanita hebat bukan karena dia cantik
πŸŽ€ Wanita hebat bukan karena dia kaya
πŸŽ€ Wanita hebat bukan karena dia pintar
πŸŽ€ Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
   
Tapi wanita hebat adalah :
πŸŽ€ Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
πŸŽ€ Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
πŸŽ€ Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
πŸŽ€ Bersabar saat tertekan
πŸŽ€ Tersenyum saat hati menangis
πŸŽ€ Diam saat terhina
πŸŽ€ Mempesona karena memaafkan
πŸŽ€ Mampu membalut luka hati dengan sabar
πŸŽ€ Mampu memadam amarah dengan istighfar
πŸŽ€ Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸Slmt Hari Wanita🌸
Sumber :: WhatsApps

Selasa, 7 Mac 2017

Bekal Asrama..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berad dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.


Bila balik asrama mula mencari apa yang hendak dibekalkan.. saya lebih bertanya kepada mereka nak bekal apa.. jadi pada hari ahad nak spaghetti Carbonara.. saya layan kan ajer.. lagi pun bahan2 dah ada dirumah..

Ayam goreng ni beli yang ayam mas tu ajer.. budak-budak besar sikit nak ambil yang pedas pulak.. jadi tak perlu makan dengan sos mama katanya.. ikutlah nak.. kamu yg nak makan  kan hihi :)


Saya guna sos cendawan sup Rezza .. keluaran muslim.. takut dah nak guna preggo sejak isu ada daging b*bi tu kan.. alhamdulillah dekat Usrah Halal Mart ni, apa makanan western tu ada yang kita hendak.. 
Bila dah ada yang segera dan halal ni senanglah kerja saya untuk memasaknya..
Jom intai resepi saya yang mudah ini

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA MUDAH

Bahan :-
- 1/2 peket spaghetti di rebus sampai empuk
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 kotak krim cendawan Rezza
- 2 peket daging ayam cincang (kalau nak tambah sosej pun boleh)
- Garam
- Serbuk oregano
Minyak zaitun

Caranya :-
1. Tumis bawang merah dan putih dengan minyak zaitun, sehingga kekuningan dan wangi baunya.
2. Masukan daging ayam cincang, kacau mesra, kemudian masukan air mengikut sukatan di kotak krim cendawan.
3. Bila dah mendidih masukan krim cendawan , kacau sehingga mesra dan cendawan kering tersebut empok. 
4. Masukan pula serbuk oregano dan garam. bila cukup rasa boleh lah diangkat.

p/s yang merasmikan tentulah si Nabil.. bermangkuk dia menambah.. krim cendawan Rezza ni memang sedap bila saya rasa.. lebih sedap dari preggo tu.. hihihi..

Isnin, 6 Mac 2017

BUAH BIDARA πŸ˜†

Salam petang yang ceria kekawan :)

Tengah viral buah bidara ini pulak kan.. Saya pun terjebak sama.. nak juga tahu rasanya macam mana.. memang sedap.. rasa buah pair pun iya jugak.. rangup bila digigit.. 


Saya beli satu bungkus ni dengan geng jiran tetangga.. mula2 harganya RM15/kg.. lepas tu orang yg jual tahu ada sambutan terus naik kan RM18/kg.. geram pulak jiran saya yg tolong oder kan ni.. teruk mereka ni .. kata jiran saya tu.. suka main-mainkan harga.. sebenarmya dulu dapat ajer RM9/kg.. aduhai.. kita nak merasa beli jugaklah kan.. nasib sedap.. 
Tinggalkan juga budak 2 orang yang kat asrama tu.. balik Jumaat hari tu.. dapat lah mereka makan .. saya bawa juga ke ofis.. dorang kata sedap macam buah pair..

LABEL.. 😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Bila tinggal di asrama ni .. pakaian kenalah dilebel.. jadi saya tempah nama pendek najeeha di kedai buat tanda nama tu.. untuk lebel yang pendek ni satu 50 sen.. Kalau tulis dengan pen maker tu nanti comot pulak baju tu.. tambahan katanya kena tulis di luar dan nampak oleh dobi.. kalau tidak tukang dobi tu akan tulis besar2 kat depan mama.. katanya.. ada yang dah kena.. kesian mereka kata najeeha..

Jadi saya jahitkan namanya dibelah belakang baju kurung nya di luar.. betul2 dekat leher baju tu.. jadi dia selesa sikit.. 

Kainnya pun kena lebel.. jadi berani lah dia utk menghantar pakaiannya di dobi.. lagi pun dah tugas dia pulak ketua dorm bagi utk kumpul kan pakaian sekolah utk dihantar dobi.. bagi pelajar puteri utk menghantar dobi setiap hari rabu dan sabtu.. minggu ni dia tak balik.. jadi dia kata nak hantar baju di dobi.. bagi baju harian boleh juga dihantar tapi kena caj 50 sen utk setiap helai.. 

Lencana dah jahit itu hari.. sekarang tambah tanda nama pulak.. tulisan nama warna kuning , kainnya warna hijau.. cantik pulak .. timbul warnanya..