Rabu, 29 Mei 2019

Jom Mohon DOSA Kita Di Hapuskan Dalam Buku Catatan 💚💖

*APAKAH PERBEZAAN ANTARA*
*Maghfirah (مغفرة)*
DAN
*'Afuww (عفو)?*

 *Maghfirah*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu.  Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu.

 *'Afuww*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah  dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

 *Inilah sebabnya mengapa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya, "ini adalah Do'a terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr".*

 *"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"*
*(اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني)*
 (H.R Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmizi)

 *"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku."*

 Oleh itu pastikan anda membaca do'a ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh.  Buatlah salah satu rutin harian anda terutama di bulan Ramadhan .
Bayangkan anda berdiri pada hari Penghakiman yang bertanggungjawab untuk perbuatan anda, dan anda tidak dijamin masuk ke Jannah.

 *Tiba-tiba anda mendapati banyaknya gunung-gunung Hasanat* (ganjaran) *dalam rekod anda.*

 Adakah anda tahu dari mana gunung-gunung hadiah ini datang?

 Kerana di dunia anda terus berkata: *"Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahil 'Azim"*

 Junjungan Baginda Nabi Muhammad ﷺ bersabda, mafhumnya: *"Dua kalimah yg ringan di lidah, berat timbangannya, ia dicintai oleh Ar-Rahman, (Yang Maha Pemurah):*
 *سبحان الله و بحمده,* *سبحان الله العظيم*
 *Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil 'azim (Maha Suci Allah, dan Puji, Maha Suci Allah, Yang Agung) "*
 (📚Bukhari, Muslim)

 Bayangkan berapa banyak ganjaran anda akan dapat jika anda berkongsi tazkirah ini dengan rakan-rakan anda dan mereka terus berzikir *(Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahil 'Azim)* kerana anda menuntun mereka untuk berbuat baik di bulan mulia yang pahalanya berlipat ganda.

 #teruskan  membimbing orang lain untuk berbuat baik. 🍒🍒


Isnin, 27 Mei 2019

TARBIYAH RAMADHAN 💖😍



TARBIYAH RAMADHAN

Masa itu umpama air pasang surut
Tiada siapa yang dapat menahannya.

Jangan biarkan waktu dan hari-hari
Berlalu tanpa berbuat kebaikan,

Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
Adalah sepenuhnya daripada apa yang
kita berikan padanya

Senantiasa kita bersiap untuk menghadapi Masa depan kita di alam kubur dan di akhirat kelak dengan selalu melakukan kebaikan dan meninggalkan segala keburukan

Yang mengalir ialah AIR
Bukannya SUNGAI..

DAN  PASTINYA

Yang pergi bukannya MASA
Tetapi KITA

Penyesalan itu selalu datang lewat namun semoga kita masih punya waktu untuk menyesali segala perbuatan kita dan segera memperbaikinya didunia ini.

Sebelum penyesalan itu terlambat dan benar-benar telah tidak ada gunanya lagi.

‎اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَمَضَانَ وبَلِّغْنَا فِيْ لَیْلَةِ الْقَدْر

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan sampaikan kami pada malam lailatul qadr. "

‎ آللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Ahad, 26 Mei 2019

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir 😍💚💖





😊Assalamu'alaikum Warrahmatullah & Salam 21 Ramadhan😊

*6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*1. Allahumma*
*2. Innaka*
*3. 'Afuwwun*
*4. Tuhibbul*
*5. 'Afwa*
*6. Fa'fu 'Anni*

*Yang bermaksud:*
*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:*

*Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.*

*Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)*

Rabu, 22 Mei 2019

DOA UNTUK KEMUNCAK RAMADHAN UNTUK MENDAPAT LAILATULQADAR 💚😘


Assallamualaikum sahabat ku sayang 😍

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍




Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Raof Ya Karim.
Salam Nuzul Quran.

Kita semakin menghampiri sepuluh malam terakhir Ramadhan yg penuh barokah ini. Sama-sama kita memperkemaskan niat, langkah dan iktikad utk merebut pakej istimewa Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Barr Ya Karim, bulan yg lebih baik dari seribu bulan.

Mari kita bangkit dikeheningan pagi disaat org lain masih berselimut utk bermunajat memuji-muja pencipta kita Allah Ya Kholiq Ya Baari' Ya Mussowir dgn berzikir 99 Asmaulhusna sebanyak 40 kali bagi setiap nama2Nya itu utk mengetuk hati2  kita.

Saat sama memohon bantuan Allah Ya Wahab Ya Baits' Ya Karim bagi membangkitkan kita mengerjakan solat tahajud. Sebelum tidur sama2 kita buat bicarahati ini;

"Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin perkasakan, perkuatkan dan teguhkan jiwaku, fikiranku dan jasadku utk rukuk sujud kpdMu dan kuatkan lidahku utk memuji-mujaMu.

Ya Ba'its, bangkitkanku Ya Allah utk beribadah di pagi2 hari. Ya Muhyi, hidupkan rohku Ya Allah agar daku sentiasa ingat kpdMu.

Allahumma Ya Fattah, bukakanlah hijab antaraku dgnMu agar daku dpt berbicara dgnMu di pagi2 hari ini kerana sesungguh daku amat merinduiMu Ya Robb".
_______________

Cadangan zikir semasa sujud utk Solat Sunat Tahajud.

*1. Memohon keampunan*
Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil (7x)

Bicarahati:
Ya Allah Ya Affuw maafiku atas segala salah silap dan kelalaianku dalam mengingatiMu selama ini. Ampunkanlah dosa2ku Ya Ghafar, hanya Engkau dpt mengampunkan dosa2 ini. Daku bertaubat kpdMu Ya Tawwab, menginsafi diri ini adalah hambaMu dan Engkau adalah Robbku. Maha Suci lagi Maha Sempurna Engkau Ya Quddus Ya Jalil, suci bersihkanlah hatiku dari karat2 dosa yg menjadi hijab antara ku dgnMu, bersihkan sebersihnya hatiku ini dari penyakit2 hati, kejahilan2, kesyirikan, berhala2 dunia dan dari syaitan2 yg mengalir didlm darahku. Laa hawla wala quwata ilah billahil aliyil adzhim

*2. Memohon cahaya petunjuk kebenaran*
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq (7x)

Bicarahati:
Ya Allah Ya Nuur pancarkanlah cahaya makrifahMu agar dgn ini hilanglah kegelapan yg selama ini menyelubungi hatiku, agar dgn cahayaMu itu terang dan jelas bagiku ilham taqwa dan ilham batilMu. Bimbing daku Ya Haadi dan jgnlah Engkau lepas daku walau sesaat atau saat lebih pendek dari itu agar daku dapat berjalan diatas jalan kebenaranMu Ya Haq.

*3. Memohon kasih dan cinta Allah*
Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud (7x)

Bicara hati:

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud, hamba yg hina ini sujud dihadapanMu Ya Bashir Ya Sami' Ya Syahid memohon kasih dan sygMu agar dpt mengurniakan daku secebis cintaMu utk bertakhta dihati ini. Daku tak mampu memasukkan rasa cinta itu melain Engkau Ya Waduud memasukkan ke dlm hati ini. Andai ada walau sebesar zarah cinta selainMu dihati ini, maka keluarkan Ya Allah dan letakkan digenggamanku sebagai amanahMu. Hanya cintaMu Ya Waduud suci, tulus, ikhlas dan abadi yg dpt menemanku didunia, di alam barzah dan akhirat nanti. Dengan cintaMu dptlah daku mengingatiMu sentiasa, mengasihi, merindui, mencintai dan berkorban jiwa raga utkMu.

*4. Memohon iman yg kuat*
Ya Qowiy Ya Mukmin (7x)

Bicarahati:

Ya Allah Ya Qowiy Ya Mukmin kuatkan imanku agar tidak tergelincir dari landasan iman yg Engkau tetapkan. Beriku daya2 kekuatanMu Ya Qowiy utk daku memurnikan ketaatanku kpdMu dlm menyempurnakan tuntutan dan hak2Mu atas penciptaan daku.

*5. Memohon tauhid*
Ya Wahid Ya Ahad Ya Somad (7x)

Bicarahati:
Ya Allah Ya Wahid Ya Ahad  Ya Somad hanya Engkau yg daku sembah. Tiada tuhan selainMu Allah. Pasakkanlah kalimah tauhid Laaillahaillallah dlm hatiku sebagaimana Engkau kukuhkan gunung-ganang sebagai pasak bumi dan izinkan daku bergantung harap hanya kpdMu Ya Somad. Jgn biarkan daku bergantung kpd selainMu.

*6. Memohon perlindungan yg berkekalan*
Ya Baaqi Ya Hafiz Ya Muhaimin (7x)

Bicarahati:
Ya Allah Ya Baaqi hanya Engkau Yg Maha Kekal, tiada sebelumMu dan tiada selepasMu. Daku mohon pemeliharaan dan perlindunganMu atas jiwaku ini dari tipu daya syaitan dan iblis yg sering membisik, juga dari hawa nafsu yg sentiasa mengajakku kpd perkara2 yg mendatangkan

Isnin, 20 Mei 2019

IFTAR KELUARGA - ALHAMDULILLAH SERONOK BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA..😍💖😘

Assallamualaikum semuanya 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️😊

(Copy paste Dari Facebook adik saya, nmpk benor malas nak menaip🤭😁)

رمضان 141440 (Sabtu 18 2019)

Terima Kasih duhai Allah Engkau himpunkan kami di dunia dgn kebaikan dan kecintaan. Maka janganlah Engkau haramkan perkumpulan kami di akhirat sana dgn perkumpulan dan perhimpunan yang lebih baik.

Sesungguhnya kami mengharapkan rahmat di sisi MU yang Maha Luas. Justeru rahmati kami dan kasihi kami duhai Allah.

Rahmati mereka yang berada di kalangan kami, dan jua mereka yang tiada bersama kami, yang hidup dan yang telah meninggalkan kami.
Allahumma Aamiin...

Syukran Kathiran pada semua yg hadir memeriahkan majlis kesyukuran perhimpunan keluarga al Marhum Pak Jasa (Hj Mohd Isa) dan alMarhumah Hajjah Yasni kali ini.

Semoga ikatan kekeluargaan terus mendapat rahmat Allah.
Terima Kasih kekanda Rosnaidah Mohd Isa dan keluarga kerana masih sudi menerima kami berkunjung ke teratak yang penuh nostalgia. Semoga Allah terus memelihara mak cik² saudara ku, adik beradik ku semuanya, anak² buah,  anak², cucu² kawan dan taulan.

Berkati amal kami dan kasihanilah kami..
- Ziarah kubur, Tahlil, sambutan hari ulangtahun kelahiran, iftar, tarawikh dan menyantuni anak² kecil adalah bahagian memasukkan kegembiraan dan mahabbah sesama umat Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam.
Husnuzon billah wa husnuzon ni Ibadillah.

Semoga ada lagi kesempatan untuk bersama di Ramadan yang lain.

#AllahummaRzuqnaLailatulQadr


Perkara pertama Majlis ziarah kubur arwah mak, arwah abah, arwah nenek Dan arwah Pak cik.. Petang Tu sungguh panas, terpaksa saya berpayung 🤭

Pukul 6.00pm bermula bacaan yassin Dan tahlil untuk semua arwah. Alhamdulillah bawa bersama anak2 Tahfiz untuk bacaan yassin Dan tahlil.😍💖
Berbuka sekejap Lepas Tu solat maghrib berjemaah..


Kemudian baru kemuncak iftar bersama anak2 Tahfiz Dan keluarga. Terima kasih mak uda Dan keluarga datang iftar bersama.
Saya seponsor nasi Arab Tu. Anak2 Tahfiz makan Dalam dulang, Kami adik beradik perempuan makan diruang tengah. Ada yg makan alas plastik mcm Arab style berbuka🤭😍😘 seronok berebut-rebut makanan.

Lepas Tu solat tarawih berjemaah bersama anak2 Tahfiz, merdunya alunan bacaan surah dari mereka. Gambar tak ada, 😁

Sambutan besday Bulan Mei, seronok yg menyambutnya dari cucu cicit sampai ke moyang🤭😍
Mak uda saya lahir 20 may rupanya.. Hari inilah besdaynya. Sambut advance mana yg belum smpi tarikhnya, mcm saya 25 mei Dan Nabil 23 mei.. ni pun dah sibuk Tanya hadiah😁

Akhir sekali pemberian duit Raya pada anak2 Tahfiz Dan juga anak2 buah. Ustaz kata elok diberikan Bulan Ramadhan duit Raya Tu, jatuh sedekah berlipat Ganda pahalanya.

Alhamdulillah, semoga majlis diberkati Ilahi Dan ukhuwahfillah keluarga Dan saudara-saudara berpanjangan. Aamiin 🤲🏻❤️😊

Hari ini dah 15 Ramadhan Kan.. setengah Bulan Kita berpuasa.. Alhamdulillah.. sekarang puncak memburu Lailatulqadar.. semoga Kita semuanya dikurniakan Malam seribu keberkatan itu. Aamiin ya Rob 🤲🏻❤️😊

Jumaat, 17 Mei 2019

BACAAN ATTAHIYAT ADALAH DIALOG ANTARA RASULULLAH SAW DENGAN ALLAH SWT 💚



*"BACAAN ATTAHIYYAT ADALAH DIALOG ANTARA RASULULLAH SAW. DENGAN ALLAH SWT.''*...............................................................:

*1. Seandainya kita mengetahui bahwa
      sebagian dari bacaan shalat itu adalah
      dialog antara Rasulullah SAW dengan Allah
      Azza wajalla, tentu kita tidak akan
      terburu-buru melakukannya...

* Allahu Akbar, ternyata bacaan shalat itu dapat
   membuat kita seperti berada di syurga...

* Mari kita camkan dan renungkan kisah
   berikut ini, tentu akan berlinang air mata kita,
   masya Allah...*
                                                               
*2. Singkat cerita, pada malam itu Jibril As.
      mengantarkan Rasulullah Saw naik ke
     Sidratul Muntaha. Namun karena Jibril As
     tidak diperkenankan untuk mencapai
     Sidratul Muntaha, maka Jibril As pun
     mengatakan kepada Rasulullah SAW untuk
     melanjutkan perjalanannya sendiri tanpa
      dirinya...*

*3. Rasulullah Saw melanjutkan perjalanan
      perlahan sambil terkagum-kagum melihat
      indahnya istana Allah Swt hingga tiba di
      Arsy...

* Setelah sekian lama menjadi seorang Rasul,
   inilah pertama kalinya Nabi Muhammad Saw
   berhadapan dan berbincang secara langsung
   dengan Allah Azza wa Jalla...

* Bayangkanlah betapa indah dan luar biasa
   dahsyatnya moment ini, Masya Allah..*

*4. Percakapan antara Nabi Muhammad Rasulullah
      Saw dengan Allah Subhanahu Wata'ala

*(1). Rasulullah Saw-pun mendekat dan
         memberi salam penghormatan kepada
         Allah Swt :*
* Attahiyyatul mubarokastush shalawatuth
   thayyibaatulillah = Semua ucapan
   penghormatan, pengagungan dan pujian
   hanyalah milik Allah".

*(2). Kemudian Allah Swt menjawab
         sapaannya
* Assalamu 'alaika ayyuhan Nabiyyu
   warahmatullahi wa barakaatuh
* Segala pemeliharaan dan pertolongan Allah
   untukmu wahai Nabi, begitu pula rahmat
   Allah dan segala karunia-Nya".

*(3). Mendapatkan jawaban seperti ini,
        Rasulullah Saw tidak merasa jumawa atau
        berbesar diri, justru beliau tidak lupa dengan umatnya, ini yang membuat kita
        sangat terharu.

* Beliau menjawab dengan ucapan :*
* Assalaamu 'alaina wa 'alaa 'ibadillahish
   shalihiin"*= *Semoga perlindungan dan
   pemeliharaan diberikan kepada kami dan
   semua hamba Allah yang shalih"

* Bacalah percakapan mulia itu sekali lagi, itu
   adalah percakapan Sang Khaliq dan
   hamba-NYA, Sang Pencipta dan ciptaan-NYA
   dan beliau saling menghormati satu sama
   lain, menghargai satu sama lain, dan lihat
   Betapa Rasulullah Saw mencintai kita
   umatnya, bahkan beliau tidak lupa dengan
   kita ketika beliau di hadapan Allah Swt..."

* (4). Melihat peristiwa ini, para Malaikat yang
          menyaksikan dari luar Sidratul Muntaha
          tergetar dan terkagum-kagum betapa
          Rahman dan Rahimnya Allah Swt, betapa
          mulianya Nabi Muhammad Saw...

*Kemudian para Malaikat-pun mengucap
  dengan penuh keyakinan :*

*Asyhadu Allaa ilaaha illallah, wa asy hadu
  anna Muhammaddar Rasulullah* = *Kami
  bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan
  kami bersaksi bahwa Muhammad itu adalah
  hamba Allah dan Rasul Allah".*

*5. Jadilah rangkaian percakapan dalam
       peristiwa ini menjadi suatu bacaan dalam
       shalat yaitu pada posisi Tahiyat Awal dan Akhir, yang kita ikuti dengan shalawat kepada Nabi sebagai sanjungan seorang
individu yang menyayangi    umatnya.
* Mungkin sebelumnya kita tidak terpikirkan
   arti dan makna kalimat dalam bacaan ini.*
* Semoga dengan penjelasan singkat ini kita
   dapat lebih meresapi makna shalat kita.

 Sehingga kita dapat merasakan getaran yang
 dirasakan oleh para Malaikat disaat peristiwa
  itu...
* Semoga bermanfaat untuk menambah
   kekhusyu'an shalat kita. Aamiin Yaa Robbal
   Aalamiin.*

*6. Pesan :*
*Jangan pernah tinggalkan shalat karena di
   Dalam kubur banyak jutaan manusia yang
   minta dihidupkan kembali hanya untuk
   beribadah kepada Allah Swt
 *Sesibuk apapun kita jangan pernah
   tinggalkan shalat*
*Sumber : Kitab Qissotul Mi'raj.*

*7. Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan :*
*(1). Membiarkan sedikit pengetahuan ini
          Hanya dibaca disini.*
*(2). Membagikan pengetahuan ini Insya
         Allah bermanfaat dan akan menjadi
         pahala bagimu. Aamiin..*

*8. Silakan di share Ya...
*Semoga yang share akan ditambahkan
  rezekinya, dan diangkat penyakitnya...Aamiin*

*9. Ya Allah... :*                                    
 *(1). Muliakanlah orang yang membaca status
          Ini.*
*(2). Lapangkanlah hatinya.*        
 *(3). Bahagiakanlah keluarganya.*
*(4). Luaskan rezekinya seluas lautan.*
*(5). Mudahkan segala urusannya.*
*(6). Kabulkan cita-citanya.*
*(7). Jauhkan dari segala musibah.*
*(8). Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.*
*(9). Dan semoga yang membagikan status ini rezekinya berlimpah Aamiin..*

*Boleh di share sebanyak mungkin !!*

Rabu, 15 Mei 2019

DOA MUNAJAT RAMADHAN KAREEM 💚💖



DOA MUNAJAT RAMADHAN KAREEM 💚

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jaganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sabtu, 11 Mei 2019

SIAPA YANG ALLAH CINTA? 💚😍

Assallamualaikum sahabat ku sayang 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘



https://www.facebook.com/masjidssaas/videos/2308901986059320/


Teruja dgn penjelasan Ustaz Firdaus Subhi.. Allah sangat mencintai hamba Nya yg bertaubat. CINTA  yg macam mana.. ustaz cerita contohnya Kita Ada Barang yg Kita suka. Macam wanita cinta sungguh pada Barang kemas. Sekali Tu Brg kemas bawa kemasjid. Sekali Tu tertinggal. Esok Tanya pd pengawal masjid Ada tak jumpa begnya yg tertinggal itu. Setiap Kali kemasjid bertanya.. sehingga ia kecewa. Sekali tu hari ke 11 pengawal kata Ada jumpa beg Tu, disimpan oleh seseorang, bila tengok dlm beg Tu semua tak berusik &  Barang kemas ada .gembira Kan .. begitulah cinta Allah pd yg bertaubat.

Jom tonton video ni.. 

Selasa, 7 Mei 2019

HEBATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA - MUNAJAT RAMADHAN KAREEM 💚💖


Assallamualaikum sahabat ku sayang 💚
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dibulan Ramadhan yg mulia dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️


*DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA*

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Doa Munajat Asmaulhusna Ramadhan Kareem

Allahhumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Kareem sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rahmat dan Kasih Sayang, kami mohon rahmat, redho dan restuMu untuk kami di bulan Ramadhan yang Mulia ini.

Ya Kareem Ya Majid Ya Dzaljalaaliwalikram, muliakan kami semua dengan ibadah-ibadah yang mulia sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dan izinkan kami memperbanyakkan zikir memuliakan Nama-namaMu dan memperbanyak membaca serta mentadabbur kalam-kalam suciMu.

Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jaleel, sucikan dan jernihkan hati dan fikiran, roh dan jasad kami untuk kami memasuki bulan Ramadhan yang suci ini agar dengan jiwa yang suci, dapatlah kami beribadah kepadaMu dengan sempurna.

Ya Quddus Ya Jaleel Ya Kareem, Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai saat penyucian bagi hati kami dari dari segala sifat-sifat mazmumah dan hiasi kami dengan sifat-sifat Mahmudah dan sifat-sifat mulia.

Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan roh dan jasad kami sepanjang bulan Ramadhan ini agar kami dapat menyempurnakan amal ibadah kepadaMu.

Ya Salam, sejahterakan roh kami dan sihatkan tubuh badan kami sepanjang Ramadhan ini agar kami dapat melaksanakan segala amal ibadah dengan sempurna.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Kareem, permudahkan segala urusan amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ya Baari’ Ya Quddus Ya Kareem, agendakan kami dengan agendaMu yang suci lagi mulia sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi kami dari agenda2 peribadi, nafsu dan dunia.

Ya  Mu’id Ya Quddus Ya Kareem, kembalikan kami kepada fitrah yang asal yang penuh kesucian dan kemuliaan disisiMu Ya Allah...

SALAM RAMADHAN 1440H

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸




Ahad, 5 Mei 2019

MARHABAN YA RAMADAN.. RAMADAN KAREEM 💚💖

*MARHABAN YA RAMADAN*

```Ramadan is coming..
Syaitan is crying..
Malaikat is waiting..
Syurga is opening..
Neraka is closing..```

*R* 🌙 _Remember_
*A* 🌙 _Allah_
*M*🌙 _Morning_
*A* 🌙 _Afternoon_
*D* 🌙 _Day_
*A* 🌙 _And_
*N* 🌙 _Night_

_Bau-bau wangian Ramadan sudah semakin hampir._
_Entah sempat atau tidak agaknya kita._
_Ya Allah, temukan kami dengan bulan Ramadan._
_Semoga Ramadan tahun ini bukan Ramadan yang terakhir untuk kita._
_Aamiin..._

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan ini,
Saya dengan rasa rendah diri,
Setulus ikhlas hati ke hati,
Memohon maaf sepuluh jari,
Kiranya ada salah silap selama ini,
Sama ada yang disedari mahupun tanpa disedari.
Muhasabah insani...

Semoga puasa, amalan, ibadah serta munajat muslimin muslimat semua diberkati serta dirahmati Allah swt.
In shaa Allah, aamiin ya Rabbal'aalamiin..

Ahlan wasahlan ya Ramadan.




Khamis, 2 Mei 2019

Pesan terakhir almarhum Datuk Hassan Din Menyentuh Hati 😭😭



Assalamualaikum..
Al fatihah..

Menggagahkan diri untuk dengar dan habiskan hampir 2 jam rakaman live ceramah terakhir Almarhum Tuan Guru Dato' Seri Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz malam tadi. Rasa rugi sangat kalau tak dengar untaian kata2 daripada beliau yg boleh diibaratkan sebagai wasiat terakhir sebelum beliau kembali dipanggil mengadapNya awal pagi tadi. Dalam hal ini, sangat bersyukur dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan ceramahnya masih boleh didengar dan diambil iktibar walaupun tika dan saat ini beliau telah berpindah ke alam lain iaitu alam barzakh. Beliau sedang berbahagia dalam rehat yang panjang di alam sana.
.
Dalam banyak2 nasihatnya, ada beberapa  point penting yang melekat dalam fikiran saya iaitu :-

🌷 Jangan terlalu tamakkan perkara sunat sehingga kadang2 meninggalkan perkara yang wajib

Utamakan yang wajib berbanding sunat. Tidak salah melakukan perkara sunat, tetapi mesti diingat, yang wajib itu lebih utama. Almarhum memberi beberapa contoh situasi

- Terlalu lama sujud yang akhir sedangkan imam sudah lama bangkit dari sujud. Mengikut imam itu wajib, sedangkan berdoa dalam sujud yang akhir itu sunat.
- Solat hari raya penuh masjid tetapi solat fardhu lengang.
- Memberhentikan ceramah semata-mata memberi laluan azan. Menuntut ilmu itu wajib, sedangkan melaungkan azan itu sunat.
- Memanjangkan solat dan bacaan zikir ketika ada jenazah yang menunggu untuk disembahyangkan. Zikir itu sunat, menyembahyangkan jenazah itu wajib fardhu kifayah, perlu disegerakan.

🌷 Berhati-hati daripada terikut-ikut amalan salah yang menjadi kebiasaan, malah ada diantaranya merupakan amalan ajaran Syiah.

Antaranya :

- Menambah perkataan 'Taala' semasa memberi salam
السلام عليكم و رحمة الله تعالى  وبركاته

- Menambah perkataan 'ali dalam bacaan
صدق الله العلي  العظيم (amalan Syiah)
Sepatutnya  صدق الله العظيم

- Menyebut Karramallahu wajhah selepas disebut nama Sayidina Ali. Sepatutnya sebut RadhiyAllahu 'anhu, sebutan yg sama diucapkan apabila disebut nama-nama sahabat Nabi SAW yang lain (amalan Syiah)

- Selawat yang betul
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و أصحابه
bukannya
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله
(amalan Syiah)

🌷Bersederhana dalam berbuka puasa

Almarhum tidak pernah menjejakkan kaki ke bazar Ramadan sepanjang hayatnya. Begitu juga dengan isterinya. Apa yang menjadi juadah berbukanya bersama keluarga ialah kurma, air, kuih muih dalam 2 jenis lebih kurang dan bubur lambuk. Makan nasi semasa berbuka pun jarang sangat katanya.

🌷Rebutlah ganjaran Ramadan

Ada 2 perkara besar yang Allah tawarkan dalam bulan Ramadan iaitu peluang memperbanyakkan pahala dan peluang untuk menghapuskan segala dosa. Sangat rugi jika kita melalui sebulan Ramadan, tetapi dosa tidak mendapat keampunan daripada Allah. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah mengaminkan doa malaikat Jibril yang menyebut "Celakalah bagi orang yang melalui sebulan Ramadan tetapi dosanya tidak diampunkan".

🌷Keutamaan solat

Almarhum pesan sungguh2 pasal solat. Katanya solat ibarat buka akaun bank. Tanpa akaun bank, kita tak dapat simpan duit walau satu sen pun. Buatlah kebaikan banyak mana pun, jika solat tidak didirikan, tiada nilainya di sisi Allah. Hatta kalau kita dah meninggal sekalipun, ramai mana nak sedekah pahala kepada kita dengan bacaan Yaasin, tahlil dan sebagainya, jika semasa hidup kita abaikan solat, sia-sia sahajalah semua itu
.
Allahuakbar... Semoga segala ilmu bermanfaat yang dikau curahkan sepanjang hidupmu di dunia menjadi cahaya yang menerangi kuburmu. Terlalu banyak jasamu buat ummah. Selamat beristirahat daripada lelahnya dunia di alam sana. Al-Fatihah 😭😭😭

Innalillahhi wainna ilaihi rajiun ... Malam tadi adalah live terakhir Allahyarham DS Abu Hassan Din Al Hafiz dengan Audiokuliah N9

/https://www.facebook.com/Audiokuliah/videos/805645726480402/


Rabu, 1 Mei 2019

MARHABAN YA RAMADHAN 😍😘 RAMADHAN KAREEM 💚💖

Assallamualaikum sahabat ku sayang 💚
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘
Selamat menyambut Hari pekerja bagi yg bekerja.. saya dah bersara 😁

Sekarang ni mana2 kuliah, samaada di TV , masjid Dan media sosial, rata-rata menceritakan bulan Ramadhan Kareem 💚 yg semakin menghampiri.. rasa tak sabar menunggukan.. semoga kita semua sampai kebulan Ramadhan..
Jom Kita dengar tips yg ustaz berikan..





Penjelasan ustaz Iqbal tentang membaca Al Quran, berniat untuk cuba khatam Al Quran walaupun dgn bacaan merangkak-merangkak sungguh memotivasikan saya. Rasa teruja menunggu Ramadhan .. Marhaban ya Ramadhan..
Ramadhan Kareem 💚..
Sila sediakan pen dan kertas utk salin tips berpuasa, baca Al Quran Dan menghafaz Al Quran.
Ya Allah jadikan Al Quran didlm hati kami.



Memang senang faham bila dengar Ustaz Muhammad Amin ni jelaskan, Allahu masuk kedalam lubuk Hati.. tak sabar rasanya menunggu Ramadhan datang..

Sayang sungguh Allah SWT pada hamba-Nya..
Sampaikan Kami kepada Ramadhan Mu Ya Allah..
Ramadhan Kareem 💚🥰