Jumaat, 26 Julai 2019

SEBAB APA KENA MUHASABAH DIRI ๐Ÿค”๐Ÿง



MUHASABAH DIRI

Hidup ini tak boleh jauh dari muhasabah diri, sebab apa?

Dengan bermuhasabah kita akan mengetahui apa saja kesalahan, kekurangan, dan perbuatan-perbuatan kita yang telah melampaui batas.

Manusia sangat mudah lalai
Manusia sangat mudah terlena
Manusia tak luput dari dosa

Jadilah hamba-NYA yang tak pernah lelah untuk mengakui dosa-dosa, memohon ampunan pada-NYA, dan berusaha untuk selalu memperbaiki diri.

Jangan sibuk mengingat dosa orang lain...Ingatlah pada dosa sendiri.

Jangan pandang diri kita ini lebih baik dari orang lain. Kerana boleh jadi kita lebih hina dari pada orang lain.

Teruslah bermuhasabah diri kerana
Allah mencintai hamba-NYA yang mengakui kesalahan dan bertaubat.

Allah SWT berfirman:

ูŠٰุٓฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุกَุงู…َู†ُูˆุง ู„َุง ุชُู„ْู‡ِูƒُู…ْ ุฃَู…ْูˆٰู„ُูƒُู…ْ ูˆَู„َุงٓ ุฃَูˆْู„ٰุฏُูƒُู…ْ ุนَู†ْ ุฐِูƒْุฑِ ุงู„ู„َّู‡ِ  ۚ ูˆَู…َู†ْ ูŠَูْุนَู„ْ ุฐٰู„ِูƒَ ูَุฃُูˆู„ٰุٓฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุฎٰุณِุฑُูˆู†َ
yaaa ayyuhallaziina aamanuu laa tul-hikum amwaalukum wa laaa aulaadukum 'an zikrillaah, wa may yaf'al zaalika fa ulaaa`ika humul-khoosiruun

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 9)

Peringatan untuk diri Ku juga๐Ÿ˜ข


Rabu, 24 Julai 2019

FOKUS DIRI SENDIRI ๐Ÿ˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–



Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Kenapa?", sahut ayahnya, "kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain".

Ayahnya pun berpikir sejenak dan berkata, "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu"

"Apa itu?" ,
"ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah"

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?", "Sudah".

"Ada yg tumpah?", "Tidak".

"Ada di masjid tadi orang yang sibuk  dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" tanya ayahnya lagi, " Saya tidak dengar kerana saya hanya  tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini".

Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain.fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.

*Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.*

*Robbana Taqobbal Minna*
*Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), AAMIIIN.....*

*Peringatan utk diriku*๐Ÿ˜ž

Sumber :: WhatsApp

Isnin, 22 Julai 2019

SKEWERS AYAM KEBAB ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜๐Ÿคฉ


Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–

Sudah lama saya tak cerita masakan dalam blog saya ni kan ๐Ÿ˜‰
Sekarang Bab suka mencuba resepi tumpah kuahnya pada anak sulong saya Sofea Nabilah๐Ÿคฉ☺️

Hari sabtu lepas dia mencuba masaknya skewers Ayam Kebab ni.. ternyata sedap kekawan.. masa ni lah nak suruh Nabil makan sayur, mama tak boleh dah makan brokoli Tu ๐Ÿ™ƒ, sewaktu dulu itulah sayuran kegemaran, jadi sayur Tu bagi pada Nabil Dan Nabilah ๐Ÿคฉ☺️



Bakar Dalam pemagang ajaib ni aje, malas saya nak buka oven Tu, aduhai kesian oven Tu, hampir 5 Tahun tidak digunakan, nanti cuba on Kan semula, jangan merajuk sudah ๐Ÿ™ƒ๐Ÿค—๐Ÿ˜ฌ



Kekawan nak tengok resepi , ambil lah yg saya print screen ni, ternyata menggunakan kemudahan yg ada hahahaha ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ
Sebenarnya malas nak salin. Memaaf ye kekawan ๐Ÿ˜˜

Ahad, 21 Julai 2019

Penyelesaiaannya adalah SOLAT ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ•Œ

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜



Saudara-saudariku, solatlah!

Tidak kira apa jua yang terjadi pada hidupmu..
Solatlah!
Tak kira sebesar apapun dosamu..
Solatlah!
Tak ada alasan untuk meninggalkan solat.

Pernah seorang perempuan berkata: “Saudaraku aku belum berhijab!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Lihatlah, aku belum berpakaian menutup aurat!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Aku minum alkohol!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Aku telah berzina dengan kekasihku!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!

Apa pun yang terjadi pada hidupmu, Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Saudaraku, bagaimana mungkin aku solat sementara aku bermaksiat?
Itu hipokrit dan seperti orang munafik.”

Aku katakan padanya: “Tidak saudariku, sebab itu perlu solat.

Kerana manusia tidak ada yang sempurna, selalu melakukan dosa dan kesalahan. Maka solatlah!”

Allah berfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan) keji dan mungkar.” (Al-Ankabut:45)

Sebahagian orang ada yang berkata:

“Saya perbaiki diri dulu, bila sudah insaf nanti saya akan solat.”

Aku katakan:

“Saudaraku, engkau tidak akan bisa memperbaiki apapun jika engkau meninggalkan solat. Sebab itulah engkau mesti solat, untuk memperbaiki hidupmu.”

Ketika tak ada siapapun di sisimu…

Solatlah!
Tak peduli apapun yang terjadi dalam hidupmu… Solatlah!
Tak peduli dimanapun kamu berada…
Solatlah!

Terkadang ada yang mencemuh kamu:

“Kamu munafik, sehari-hari tidak berhijab tapi solat.”

Katakan padanya:

“Terima kasih saudaraku telah menyebutku munafik, semoga Allah membalasmu. Tapi solatku ini adalah urusanku dengan Allah, bukan urusan orang lain!”

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Pemisah antara Muslim dengan kekafiran adalah meninggalkan salat.” (HR.Muslim)

“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah shalatnya. Apabila baik shalatnya, dia akan mendapat keberuntungan dan keselamatan. Namun, apabila sholatnya rosak dia akan menyesal dan merugi.” (HR. Abu Daud & Al-Hakim)

Solatlah untuk meraih keampunanNya.

Solatlah untuk mendapat hidayahNya.

[Mohamed Hoblos]

Sumber :: Facebook

Selasa, 16 Julai 2019

Yang Dilihat Belum Tentu Buruk ๐Ÿ˜”


Astaghfirullah...Astaghfirullah...
Astaghfirullah...Tubna ilallah...

‎"Wahai MATA yang pernah melihat maksiat.
Menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat...

Bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat...sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.

Wahai JIWA yang hitam dan berkarat.
Perbanyakkanlah istighfar memohon 
taubat agar hati sentiasa lebih berkilat...

Wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan.
kembalilah ke pangkal jalan...sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat...

Biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana...kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat."

Ingatan buat diriku

Sumber : Facebook


Khamis, 11 Julai 2019

Selamat Menjadi Duyufurrahman, Mak Uda Kusayang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜❤️

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜


Selamat menjadi Duyufurrahman Mak Uda Kusayang ๐Ÿ•‹
Ini gambar semasa saya pergi beraya Di rumah mak uda pada 30 Jun yg lalu, masa Tu mak uda jemput semua anak2 saudara sambil buat doa selamat untuk pergi Haji.

Penerbangan mak uda Hari ini, KT16B, pukul 2.30pm penerbangannya. Pukul 10.30am mak uda kena daftar diri utk berlepas. Alhamdulillah selesai sudah, sekarang mak uda Dalam kapalterbang ✈️ yg mana terus ke Madinah.. semoga selamat sampai ke destinasi, berkunjung menziarahi Rasulullah SAW ๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Keluarga Dan ipar duai mak uda yg pergi menghantar, sedih juga Rasa Hati tak dapat pergi hantar mak uda๐Ÿ˜” ๐Ÿ˜ข. Dengan keadaan kesihatan saya yg tak stabil lagi ni.
Hanya doa yg mampu diiringi permergian mak uda.๐Ÿคฒ๐Ÿ•‹

Saya hanya tinggal dua orang mak saudara, ini adik arwah mak yg ke 4. Semoga mak oong sihat sentiasa.๐Ÿ˜˜

Kepada kawan blogger, hainom Okje yg Akan brrangkat pada 21.7.2019, semoga dipermudahkan segala urusan Haji ๐Ÿ•‹๐Ÿ˜
Sewaktu hainom Okje datang ziarah selepas kursus Haji perdana Di masjid negeri Shah Alam. Doakan CH dikurniakan kesihatan Dan keselamatan ye nom๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ’–

Isnin, 8 Julai 2019

DISEBALIKNYA ITU ADA UJIAN..๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ข

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Diam tak diam dah masuk Bulan zulkaedah yakni Bulan ke sebelas Dalam Bulan Islam.. sudah hampir sebelas Bulan Kita melalui pelbagai ujian Dalam kehidupan ini.. semoga Kita tergolong Dalam insan yg diredhoi Allah ..


Lelaki yang badannya sado, 
Allah uji dengan rasa bangga 
mahu menunjukkan tubuh badan 
sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik, 
Allah uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem, 
Allah uji dengan dikelilingi perempuan² 
yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, 
Allah uji dengan rasa mahu sentiasa 
kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, 
Allah uji dengan rasa mahu pakai baju 
ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa 
mahu acah tahu semua perkara sehingga 
abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa 
dirinya saja yang betul sampai boleh 
menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, 
Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan 
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya 
itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai 
persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, 
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa 
dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa 
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, 
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

# Moga kita bukan semua seperti yang diperkata di atas..

Sumber : Facebook

Isnin, 1 Julai 2019

TRAGEDI 12 SYAWAL 1440H ~ HYPOTHYROIDISM YANG TERUK ๐Ÿค•๐Ÿค’๐Ÿ˜ท

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Gambar yg saya kongsikan Di group TDA Facebook, Hari pertama saya sakit. 

Tarikh 16 Jun 2019 @ 12 Syawal 1440H adalah satu tragedi yg tidak saya lupakan. Saya mengalami hypothyroidism yg teruk. 

Inilah yg terjadi pd saya, bila saya rasa bdn dah terasa lemah, jd saya pergi test darah dihospital, tengok saya punya Harmon dah terlalu Rendah Dan terus warded, rasa separuh nyawa sewaktu itu, pengajaran jua buat saya kena sentiasa peka tubuh badan sendiri Dan jgn lupa mkn ubat ๐Ÿ˜ช sebab sebelum Tu jumpa doktor pakar Di hospital putrajaya kata darah dah normal, jadi doktor turunkan dose mkn 1 biji, sebelum ni 2 biji, Mungkin doktor takut jadi hyper balik , bersangka baik aje kata doktor hospital swasta ni. ๐Ÿ™‚

Selama 6 hari saya ditahan diward utk pemantauan lanjut, dgn pelbagai ubat untuk tambah tenaga saya balik,  10 botol drip air masuk dlm badan saya๐Ÿ˜” . Setiap 4 jam suhu, BP Dan bacaan gula saya diambil. Begitu juga ujian darah. Pada hari ke 3 , doktor stop masuk drip air Dan ingat Kan Hari rabu dah boleh discaj terapi tengahari rabu Tu saya dah lemah balik, Dan terpaksa masuk balik drip air, Dan pagi esok nya doktor ambil darah lagi untuk tengok saya kekurangan hormone apa lagi sebab nya hormone tyroid dah meningkat. 

Jadi doktor cadangkan ambil darah sebanyak 5 Kali setiap setengah jam, bertambah lah saya dengan prosedur tersebut. Line darah baru dibuat sebelah Kiri tangan saya, sebelah kanan line utk masuk drip air.๐Ÿ˜”

Pada tengahari jumaat doktor dtg jumpa, masa Tu saya dah bertenaga sikit, doktor kata ptg ni boleh discaj, berehat dirumah ye. ๐Ÿ˜Œ

Hari Ahad tengahari adik saya Ustaz Azharudin tu dtg ziarah saya, masa Tu saya masih lemah dan kurang tenaga, dia pun telefon kawannya prof Nizham makanan apa yg nurture utk tambah tenaga. Prof tu cadangkan bagi makan butter + gula perang 1 sudi besar keduanya dan ambil kuning telur ayam kampung + 1sudu kecik madu. Alhamdulillah petang tu saya rasa bertenaga, disamping itu adik saya buat rawatan syifa bidara utk buat mandian. Petang tu bila dah boleh bangun utk ke bilik air, anak saya Nabilah memandikan saya. Pak itam dia dah pesan, bagi mama kuning telur ayam kampung +madu setiap pagi, Lepas Tu panaskan garam kasar ini dan tungkukan setiap pagi, masa ptg tu Pak itam dia dah ajar bahagian tapak Kali dulu pastu baru bawa Naik hingga ke kepala, ini bertujuan untuk buang angin dlm badan dan perlancaran semula darah dlm badan.

Alhamdulillah sekarang badan saya semakin bertenaga dan sihat. Berkat doa suami, anak2, kaum keluarga, saudara mara dan sahabat andai saya yg dikasihi ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Jazakumullahu khairan khatira atas doa kalian semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜ hanya Allah pemberi sebaik-baik ganjaran buat kalian semuanya..


Jazakillah buat anak saya Sofea Nabilah yg menjaga saya seminggu di hospital dan seminggu dirumah, dah pada Hari Ahad saya masuk hospital Tu dia demam selsema, saya suruh dia jumpa doktor Dan ambil ubat dibawah. Kesian dia ๐Ÿ˜” terima kasih atas pengorbanan mu utk mama sayang, dia cakap dulu kakak sakit mama Jaga, skrg giliran dia pulak Jaga mama๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜ dialah yg siapkan makanan, lapkan badan bila suhu meningkat, papah saya ke bilik air, ambilkan wuduk saya utk solat. Mama sayang kakak ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–

Jazakumullahu khairan khatira buat  keluargaku yg datang ziarah dihospital Dan juga dirumah. Sewaktu ni saya dah bertenaga, adalah bergambar dgn mereka๐Ÿ˜, sewaktu saya terlantar tiada gambar yg sempat diambil.๐Ÿ˜”
Juga terima kasih adik ipar duai saya yg dtg menziarahi saya..
Maaf jika ada terkurang layanan sewaktu menziarahi saya ๐Ÿ˜”

Jazakumullahu khairan khatira yg dtg ziarah, buat jiranku Shahila, sahabat sekolahku Nina, ustazah mengaji Ku  Ustazah Syazwani Dan Intan ibu sahabat sekolah anakku.๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Jazakumullahu khairan khatira buat kawan blogger Ku Hainom Ok, hainom datang ziarah saya dirumah, kebetulan hainom Ada kursus Haji perdana Di masjid negeri Shah Alam. Jadi dptlah jumpa hainom yg sgt peramah. Juga blogger Yana Yani yg dtg ziarah, Yana juga menghidap sakit Tyroid, byk mengenai tyroid yg dikongsikan diblognya. 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah memberikan kesembuhan buat saya. Terima kasih Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya yg pendosa ini. Ampunkan lah dosa-dosaku yg banyak ini, kurniakan kekuatan dan kesabaran dalam daku menghadapi ujian ini, agar daku sentiasa redho atas takdir yg telah ditulis buat diriku. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป ya Rob ๐Ÿ’–