Selasa, 31 Disember 2019

Memulakan Pengajian Di Maahad Tahfiz Al Quran ~Muhammad Nabil Syahmi 😘💖💚😍

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Pada 22/12/2019, mendaftar Muhammad Nabil Syahmi Di MTQHIRA untuk memulakan Pengajian Dalam hafazan Al Quran selama tiga Tahun.. ini ketika majlis taklimat oleh Ustaz Amir..

Sepuloh orang pelajar pengambilan baru, Ada lagi 4 orang belum hadir mendaftar. 

Hari pertama Pengajian bermula Hari isnin tu bagi pelajar baru.. mereka yg pelajar lama meneruskan hafazan mereka.

Pada awal mereka mulakan dgn muqadam bagi membetulkan makhraj (sebutan) ayat alquran, tajwid Dan panjang pendek sebelum memulakan hafazan.. Dari pada taklimat itu Hari , pelajaran ini selama 6 Bulan.

Membaca manzil Dan zikir selepas asar..

Mereka makan dalam Dulang (talam).. seronok mereka.. 1 talam 4 orang pelajar. 

Mudir maahad ini, adik saya Ustaz Azharudin.. berkongsikan cerita Di Morocco sewaktu mencari universiti dan tempat Pengajian disana, bagi pelajar MTQHIRA untuk menyambung pelajaran mereka disana. Belajar universiti disana percuma, pelajar perlu bayar penginapan Dan makan minum sahaja.

Seronok mereka mendengar cerita2 mudirnya.. tak sabar mereka hendak melanjutkan pelajaran disana.

Pengajian asas tajwid Di pagi Hari..

Mengajar dlm kelompok yg kecik menyenamgkan mereka fokus..

Malam jumaat mereka selalu mendapat sedekah Dari orang ramai.. Malam Tu mereka dapat burgers 😍😁

Bacaan yassin Di Malam jumaat Dan surah Al khafi Di pagi Jumaat.. semoga cahaya keimanan Dan ketaqwaan sentiasa bersama mereka.💚😘💖

Belajar ilmu fardu ain di pondok Pula..

Menerang semula apa yg dipelajari.. 
Semalam 30/12/2019 - 7/2/2020 adalah tempoh berpantang selama 40 Hari. Sepanjang tempoh tersebut ibubapa tidak boleh Telefon Dan berjumpa dgn anak2. 🤭😁
Kebanyakan gambar2 ini dikongsi Dalam group wasap MTQHIRA untuk ibubapa melepas rindu.. selalunya kaum ibulah yg rindu sangat anak2 nya🤭😁.
Terima Kasih ustaz Amir yg rajin layan ibu2 yg suka bertanya ni.. 😁🤭

Ya Allah yg Maha Pemberi Ilmu Dan Hikmah, kurniakan lah kepada mereka semua yg Maha Pengurnia, permudahkanlah urusan Pengajian hafazan Al Quran mereka. Aamiin 🤲🏻❤️

P/s esok 1/1/2020 menghantar Najeeha ke asrama Samttaj.. tinggallah Kami berdua dirumah kerana anak2 semua diasrama.🤭😊


Isnin, 30 Disember 2019

Memadailah membaca doa ini sekali seumur hidup.. jika istiqamah sangat lah baik..💚😊

Bismillahirrohmanirrohim
*DO'A PILIHAN*

*CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP*

*MARI KITA BACA SEKARANG JUGA* *!*

Do'a keselamatan dari kematian mendadak.
Di riwayat kan dari Rasulallah SAW, bahwasanya Allah Subhana Wa Ta'alla  berfirman:
*Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,*

*Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara* *:*

*1*: Aku akan angkat kefakiran dari nya.

*2*: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.

*3*: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.

*4*: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.

*5*: Aku akan haramkan neraka atasnya.

*6*: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.

*7*: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan Raja yang jahat dan dzalim.

*BERIKUT INI DO'ANYA* *:*


لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
*Laa ilaaha illallahul jaliilul jabbaar,*

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
*Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar,*

ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
*Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar,*

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
*Laa ilaaha illallahul kabiirul mutta 'aal*

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu muslimuun,*
 لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu 'aabiduun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu kanituun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
*Laa ilaahaillallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu shabiruun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
*Laa ilaaha illallaahu Muhammadar rasuulullah,*

اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.
*Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar rahimiin,*

اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
*Allahumma shalli 'alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa shallaita 'alaa Ibrahiim wa ali Ib'rahiim innaaka hamiidum majiid,*

وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.
*Wa baarik 'alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa barakta 'alaa Ibrahiim wa ali Ibrahiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.*

Kirim ke 10 orang dalam 1 jam anda telah mendapatkan pahala 10 juta sholawat pada *Baginda Muhammad SAW* dalam buku catatan amal anda dengan izin *Allah Subhana Wa Ta'alla*

Sumber : WhatsApp

Ahad, 29 Disember 2019

Mulakan Pengajian Di AITAF Pula.. 😍😘🧕

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Pada 21.12.2019 menghantar Sofea Nabilah untuk pendaftaran di AITAF utk menduduki peperiksaan SPM pada tahun depan InsyaAllah..
Pukul 9.00am dah keluar rumah kerana pendaftaran dan taklimat bermula pukul 10am.

Habis pendaftaran Dan taklimat lebih kurang pukul 12 tengahari.. jom lah Kita makan dahulu.. makan tengahari disediakan utk semua. Anak beranak makan kat situ😁

Gambar ni dihantar oleh pihak pengurusan Di group WhatsApp Pibg AITAF.. gambar selepas riadah perlawanan Bola jaring. Kak nabilah kata kumpulan dia dpt no 4, so tak ada hadiah 🤭

Ini masa taaruf Di dewan sekolah semua org duduk bawah.. Cuba Cari kakak mama.. mana lah mama nak tahu.. semua menunduk Tu 😁

Ini latihan kebakaran.. asrama mereka dirumah apartment.. so kena ada latihan kebakaran.. bagus sekolah ni..


Semalam sabtu petang habis minggu taaruf dan Kami pergi menjemput nya.. Ada tragedies masa dia main Bola jaring Tu.. cermin katanya patah dua..  masuk ni dah 5 Kali patah 🤦
Tadi pergi kedai cermin Mata ustaz Muhammad Abdullah Al Amin.. tengok power cermin mata naik smpi 400++ 
Ptg ni sebelum pukul 6 pm kena ada diasrama.

Mama doakan Semoga dipermudahkan segala urusan kak Nabilah utk menuntut ilmu. Ya Allah yg Maha pemberi Ilmu Dan Hikmah. Kurniakan lah kepada mereka semua yg Maha Pengurnia. Permudahkan segala urusan mereka. Aamiin 🤲🏻❤️

Khamis, 26 Disember 2019

Kembara Ibrah Bumi Palastine Dan Jordan ~ 3-12 Disember 2019

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍❤️



Syukur Alhamdulillah, atas izin Mu jua ya Allah, hamba Mu dapat menziarahi bumi Syam yg penuh barakah.. Dan  jua dapatku bersujud di masjid-masjid di Al Aqsa. Ya Allah.. Izinkan aku untuk kembali kebumi ini. 😘💖😍💚

Sabda Rasulullah SAW:

Janganlah kalian berniat untuk bepergian (secara khusus) kecuali ke tiga masjid: Masjid ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram, dan Masjid Al-Aqsha. (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).

Solat di dalam Masjid Al-Aqsa juga lebih afdal berbanding tempat lain, kecuali di dua tanah haram. Ini seperti termaktub dalam hadis yang berbunyi:

“Solat di dalam Masjidil Haram seratus ribu kali ganda, di Masjidku seribu kali ganda dan di Baitul Maqdis lima ratus kali ganda”. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Selasa, 3 Disember 2019

RAIKAN CINTA : SHARIZAN ❤️ QATRINADA ~ 1 - 2 NOVEMBER 2019 💝💞💖

Assallamualaikum kekawan semua 😍 
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍💖

Hendak juga mengabadikan kenangan menghantar adik ipar kenduri kahwin di Kota Kinabalu Sabah pada 1-2 November 2019 yg lalu. Dah sebulan pun berlalu🤭

Gambar kami sekeluarga pada hari pernikahan iaitu pada hari Jumaat, sebelum Tu buat juga Majlis pertunangan dan Majlis pernikahan pada pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah dgn sekali lafaz, terikatlah pernikahan mereka. Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke jannah 😍❤️🌹


Ini gambar beramai-ramai satu keluarga Dari semenanjung ke Borneo 😁


Ini pada hari persandingan 2 November 2019 Di hotel Pan Borneo Kota Kinabalu Sabah. Gambar sekeluarga dari semenanjung. Gambar pengantin berdua tak Ada lagi sbb pengantin belum hantar lagi 🤭 jadilah buat kenangan 😍

Ini gambar beramai-ramai dari kedua2 belah pihak lelaki dan perempuan.😍😘


Ini pengantin di Minta untuk menari igal-igal Dari kaum tradisi bajau.. Adik ipar tak pandai menari hanya mampu ketawa😁😆

Semoga perkahwinan kalian berdua diberkati Allah SWT Dan berkekalan hingga ke syurga 😍😘💖💝