Isnin, 27 April 2020

LABU BERENDAM VS BADAK BERENDAM 🀭😁😍

Assallamualaikum kekawan semua 😍

Salam Ramadan ke 4 Kita Hari ini..
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus Kita menjalani ibadah puasa ini ye kekawan semua 😍😘


Buat kuih labu berendam ni bila kak alang saya share kat FB.. jadi terujalah nak mencubanya. Kebetulan encik suami ada beli sebelah labu, besar juga, semangatlah nak mencuba Tu😁πŸ’ͺ


Inilah hasilnya Kami membuat labu berendam Tu.. banyak juga dapatnya..

Ini kreativiti anak2.. bila saya post di group keluarga.. mak Lang punyalah gelak.. ulat labu pun Ada🀭, takut mak lang nak makan 😁


Bagi juga pada jiran Kami, masa Tu saya Ada Oder dendeng, sedap jiran saya buat, Lepas Tu dia Kasi Pula nasi daging, kakak Tu kata Ada lebih air rebusan daging . Jadi nak memulangkan bekasnya , Kita balas dengan labu berendam ni..


Ini selepas direbus  sebelum dituang kuah santannya, resepinya lebih kurang macam buat kuih onde-onde juga. Jom Kita intai resepinya.




RESEPI  LABU BERENDAM

Bahannya :-
  • 2 cawan labu yg telah dikukus dan dilenyek
  • 2 1/4 cawan tepung pulut
  • 1 ketul gula Melaka - potong kecil dadu

Caranya :-
  1. Lenyek labu yg telah di kukus hingga lumat.
  2. Gaulkan sebati dengan tepung pulut. Jika adunan keras boleh letak air sikit, tapi saya tak letak pun, elok aje semasa menggentel tu.
  3. Kemudian gentel buat bentuk bebola kecil, kemudian masukan gula melaka yg dipotong kecil dadu ditengahnya, lepas tu gentel semula sehingga kemas. Buat sehingga habis adunan.
  4. Saya ambil sikit adunan , letak pewarna hijau untuk jadikan tampuknya. 
  5. Untuk membentukan labu tu, ambil pencungkil gigi, tekan pada bebola menjadi bentuk labu , Lepas tu letak tampuk hijau.
  6. Jerang air dalam periuk bersama daun pandan, jika nak wangi hingga mendidih. Apabila air mendidih masukan adunan yg digentel bebola labu tadi . Angkat apabila ia sudah terapung.
  7. Susunkan didalam bekas nanti boleh tuang kuah santan didalamnya.

Bahan untuk santan

250ml santan pekat
1 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam
Daun pandan

Caranya :

1) Satukan semua bahan dalam periuk, kacau sehingga mesra semuanya.

2)Masakan bahan dengan api yg sederhana  sehigga mendidih dan likat. Selepas itu tuang kedalam bekas yg telah disusun labu tadi. Simpan didalam petiais. Sedap dimakan sejuk. Itu pun terpulang pd selera kekawan ye 😍 


Selamat mencuba😍



Jumaat, 24 April 2020

Ramadan Kareem Mubarak.. PKP. Ada hikmahnya..

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘



Ramadan Kareem Mubarak buat semua..
Semua.. semoga kita dikurniakan kesihatan yg baik jua untuk menjalani ibadah puasa.

Saya menjangka puasa kali hanya tinggal berdua je.. rupanya Allah SWT kumpulkan Kami untuk bersama sekali berpuasa. Alhamdulillah syukur kepada Allah..


Pengajian anak2 Masih lagi online.. begitu dgn Nabil... Selepas menghantar saba' hafazan dgn ustaznya.. Nabil mengucapkan selamat berpuasa kepada ustaznya.. Lepas Tu ustaz dia Tanya " Anta Ada abang ke Nabil?".. Nabil jawab "Tak Ada".. "Kalau macam tu Anta jadi imam Tarawih mlm nanti ye".. "in sha Allah' balas sambil tersenyum..😊

"Mama Kita bawalah mushaf al imam dibawah, malam Nabil jadi imam Tarawih." katanya.. 



Alhamdulillah, syukur inilah hikmahnya.. selalunya Kita pergi ke masjid atau surau utk Tarawih.. Tahun ini Allah SWT hadiahkan anak yg menjadi utk khatam Al Quran Tarawih. In sha Allah.




Nabil kata rindu dgn kawan2 Di Tahfiz.. dia ingat Tahun ini dia berpuasa Dan bertarawih dgn kawan2 Di Tahfiz 😁 perancangan Allah SWT Masih hendak Kami bersama. Ini gambar Nabil berbuka puasa sunat Rejab ustaz hantar gambar..



Selamat menjalani ibadah puasa kekawan semua 😍😘

#perintah Kawalan Pergerakkan
# Perintah Kembali Pada Allah SWT
# Puasa Kena Penuh
# duduk rumah diam2 baca quran Dan zikir








Sabtu, 18 April 2020

MUNAJAT KHAS UNTUK SEMUA AGAR DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SWT DARI WABAK CORONA VIRUS 🀲❤️

*MUNAJAT KHAS UNTUK SEMUA AGAR DALAM PERLINDUNGAN ALLAH DARI WABAK CORONAVIRUS*

Bismilahirohmanirohim

Ya Allah Ya Mumit Ya Baathin Ya Baaqi Ya Quddus, Ya Kareem Ya Waduud, leburkan, hancurkan dan hilangkan dengan sempurna rasa takut dan bimbang dalam jiwa kami  terhadap makhluq yang Engkau Ya Kholiq cipta yang Engkau namakan coronavirus.

Allahumma Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad, pasakkan benteng tauhid sempurna dalam jiwa kami semua, Ya Allah Ya Quddus Ya Jaleel, sucikan dengan sempurna segala kotoran syirik khafi dalam jiwa kami.

Allah Ya Salam Ya Mukmin Ya Muhaimin, kurniakan ke dalam jiwa kami rasa tenang, damai, aman dan terlindung.

Allah Ya Alim ya Hakim ya Roshid, alirkan tsunami ilmuMu tentang Nama, sifat dan af'alMu kepada otak kami agar kami semua dapat mengenalMu dan kurniakan kami rasa dekat dan rasa rindu dan cinta kepadaMu ya Qoreeb ya Waduud.

Sesungguhnya Engkau Ya Quddus Ya Jalil mencipta semuanya tiada sia-sia. Moga kami semua kembali takut kepada kehebatanMu, kekuasaanMu, keagunganMu bukan kepada makhluk ciptaaanMu.

Ya Affuw Ya Ghoffar Ya Tawwab ampunkan kami semua hambaMu yang lalai lagi ingkar.

Kerana cintaMu Ya Waduud, Engkau mencipta semua ini untuk menarik kami kembali kepadaMu, terimakasih Ya Muid Ya Qoreeb.

...

Marilah semua melakukan lafaz terima, redha dan penyerahan kepada Allah. #wajiblafaz

Ya Robb Ya Quddus Ya Jalil Ya Kareem Ya Waduud, Kami terima, Kami Redha atas segala anugerah situasi wabak coronavirus ini, kami tiada berdaya mengurusnya maka kami datang memyerahkan  diriku, segala jalan penyembuhan dan semua hambaMu yang terlibat dalam wabak ini kepadaMu Ya Allah.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Ya Waduud Ya Waduud Ya Waduud
...
Allahumma Ya Quddus Ya Jalil Ya Kareem
.

TINDAKAN ANDA !!
Baca bicarahati ini kemudian copypaste letak distatus, page, wasap grup, telegram grup.

Agar beramai-ramai kita berdoa kepada Allah.
Kita milik Allah, coronavirus milik Allah. Ya Malik Ya Malikul Mulk pemilik dan pentadbir mutlak. #totalsurrender

#BicaraHati
#KurniaanAllahCoronovirus
#MengagungkanAllah

Sabtu, 11 April 2020

LOCKDOWN PALING LAMA ~ NABI NUH A.S


*Lockdown Paling Lama*


Nuh mengalami “lockdown” di dlm bahtera selama lebih dari 8 bulan bersama keluarga & binatang². 

πŸ‘‰ Hujan 40 hari 40 malam. 

πŸ‘‰ Air bah menenggelami bumi selama 150 hari. 

πŸ‘‰ Nuh menunggu selama 40 hari lagi karena bumi belum kering.

πŸ‘‰ Nuh menunggu 7 hari plus 7 hari lagi.

*Total Hari: 244 hari (8 bulan lebih)*

Apakah Nuh bosan?

Adakah Nuh takut?

Pastilah di luar banjir besar..

Tapi...

Dia tdk mengeluh sbb dia tahu, bhwa tinggal di dlm bahtera, Allah mau menyelamatkannya dari badai besar. Allah melindunginya bersama keluarganya di dlm bahtera itu. Jika saja dia tdk taat, dia sdh binasa dgn semua orang di muka bumi. Ketaatan dan kepercayaannya terhadap perlindungan Tuhan telah menyelamatkan Nuh dan keluarganya. Lalu Allah membuat pelangi sbg janji yg tdk akan memusnahkan manusia jahat lagi dgn banjir. 

Oleh itu,

1. Sama spt kita sekarang, Allah mau kita diam di rumah saja spy kita aman dari wabak besar ini.

2. Allah mau kita percaya bhw Dia melindungi kita, asal kita taat.

3. Jgn mengeluh tetapi harus bersyukur karena kita akan aman berada di dlm rumah.

4. Nuh tdk mengingkari janji Allah. Percayalah kita akan aman berada dlm lindungan-Nya.

5. Allah selalu menyertai kita.

*Allah Memberkati*
(C/P)