Ahad, 27 Jun 2021

COVID ITU BENAR.. FIKIRKANLAH ๐Ÿค”

 Saya tidak (lagi) menulis tentang kisah keluarga kami sejak isteri dan anak keluar ICU & NICU Hospital Sg.Buloh serentak. 


Saya sendiri seakan tidak dapat menyusun kata dan rasa untuk menulis kisah sendiri. Hinggakan pernah isteri bertanya, apa pandangan saya jika beliau menulis “kisah sepanjang puluhan hari di Hospital Sg.Buloh?”, saya katakan ringkas, “Tak payahlah”. Adalah sebab-sebab tersendiri yang saya kongsikan.


Namun kadang setelah mendengar dari mulut beliau sendiri beberapa insiden-insiden atau kisah-kisah di ICU, sokongan dan usaha frontliners yang hebat dan terpuji, pandangan saya sedikit berubah – untuk dikongsikan sahajalah, biar orang ramai tahu dan mungkin boleh diambil pelajaran.


Pelajaran tentang apa itu ‘Ujian/Musibah’? 

Tentang apa itu ‘Nikmat’? 

Tentang sejauh mana itu ‘Tawakkal?’ 

Tentang bagaimana mengimbangi  Khauf (takut) dan Raja' (mengharap) pada Tuhan? 


Semuanya dalam satu kisah. 


“๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ช-๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜๐˜Š๐˜œ (๐˜๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜š๐˜จ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฉ) ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข. ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฅ, ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต-๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ป๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต…๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต..” tulis beliau.


Baca hingga akhir untuk tahu mengapa kesimpulannya diakhiri dengan; “๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..๐˜๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ.. ๐˜๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ (๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข) ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹. ๐˜”๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด ๐˜’๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜”๐˜ถ. ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹19 ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ (๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ) ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข.”.


Moga ada manfaat untuk disebarkan.


******************************

Tulisan asal: Rabiatul Adawiah


Seperti yang telah dijanjikan, moga ada pengajaran untuk dimanfaatkan.


Sesungguhnya, Allah Maha Pemegang Nyawa, Maha Penyembuh.


๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐ข๐ญ ๐๐š๐ซ๐ณ๐š๐ค๐ก: ๐Ÿ’๐Ÿ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฃ๐ข


๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ): 


“๐˜œ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฌ..๐˜œ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฌ”, saya terbatuk kecil dalam kereta, (sewaktu itu) dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk check-up mengandung. 


Pelik batuk ini. Hati saya rasa tak sedap. Sampai sahaja di HKL, saya maklumkan (declare) pada Nurse tentang batuk tadi. End-up, Nurse suruh saya tunggu sampai dapat clearance daripada Dr. (untuk berjumpa). Lebih kurang 1 jam 45 minit kemudian, Nurse maklumkan Dr. (benarkan) untuk berjumpa.  Dr. yang check-up saya pun mengandung juga, makin (rasa) tak best hati ini. Terus berdoa,“๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช, ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช”.


Petang itu, batuk saya makin teruk. Saya hubungi klinik berhampiran dengan rumah untuk lakukan swab test. Appointment diberi pada Sabtu 9 pagi keesokannya.


๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ) – ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐€๐ก๐š๐): 


Keadaan makin teruk. Suami nak bawa ke klinik, (tetapi) saya tak mampu berjalan pun. Batuk dan demam panas. Makan tak lalu. Teguk air suam (seakan) dah bertong-tong (dah) rasanya.


๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง): 


Selepas makan Paracetamol, cepat-cepat pergi ke klinik panel. 


Di klinik, saya bertanya kepada Dr. (tentang) keperluan untuk saya buat swab test. Dr. katakan tidak perlu sebab saya bukan kontak rapat mana-mana (positif COVID19). 


Tetapi hati rasa tak sedap. Saya (tetap) buat appointment swab test juga. Dr. (dari) klinik swab test minta datang jam 2 petang hari Selasa keesokannya.


๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š):


Selepas makan Paracetamol, saya terus ke klinik untuk buat RT-PCR. 


Dalam hati berdebar tak tau nak kata. Baliknya, keadaan saya makin teruk. Ibu ayah ada hubungi sentiasa bertanyakan keadaan. (Namun) Keadaan jadi lebih teruk selepas Maghrib sampai ke Subuh esoknya. Batuk seperti batuk kering. Badan rasa sengal-sengal dan bengkak. Dada rasa macam ditumbuk-tumbuk. Susahnya nak bernafas.


(Waktu itu rasakan) “๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ?”, pengalaman dijangkiti kencing tikus dan demam denggi sekaligus sewaktu mengandung anak ke-2 datang kembali. ‘Seriau’, takut pendarahan (bleeding) teruk hingga boleh keguguran.


Hati tak tenang. 


Saya kerap bangun tahajud. Berdoa; “๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต. ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ. ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ. ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ, ๐˜’๐˜ข๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ถ.” 


Memandangkan keadaan saya teruk lagi memang saya kuarantin sendiri dalam bilik. Saya sedang cuti sakit (on MC), tetapi saya sudah siapkan dan hand-over segala-galanya kepada Director dan Officemate. 


Saya dapat rasa, MC saya kalini, lama..


๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ):


Klinik memaklumkan bahawa hari ini keputusan swab test (tempoh hari) akan keluar. Hati saya jadi tak keruan, hampir lewat petang, masih tak dapat keputusan. 


Saya bangun solat sunat (dan berdoa), “๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ข๐˜จ๐˜ช. ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ซ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ-๐˜”๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ.๐˜™๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ ๐˜ข-๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..๐˜™๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ.”.


Tak lama selepas itu, satu mesej Whatsapp masuk; “๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ธ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜บ๐˜ข ๐˜ค๐˜ช๐˜ฌ..+๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ.”


Saya baca keputusan itu, dan cuba fahamkan (apa yang dimaksudkan dengan) bacaan E-gene & RdRP gene itu. Bacaan menunjukkan COVID-19 di tahap klimaks, aktif menjangkiti.


Saya buntu, tak tahu nak buat apa. Saya solat sunat lagi sekali, mohon Allah beri kekuatan atas saya, wanita mengandung yang lemah, yang sarat dengan kandungan, sarat juga dengan komplikasi kandungan.


Sungguh, sedikit air mata pun tak ada. Bukan tidak sedih, tetapi terlalu sedih dan tertanya-tanya apa sebenarnya ujian yang ingin Dia hadiahkan. Mampukah saya (dan keluarga) hadapi. Saya berdiri di belakang pintu bilik, lama. Tak tahu bagaimana nak beritahu pada suami.


Akhirnya, terkeluar dari mulut:“๐˜‰, ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ง (๐˜Š๐˜ฐ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ-19), ๐˜ซ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ-๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ. ๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ”. Suami saya terkejut, dia tanya saya sekali lagi dan minta saya forward-kan result pada dia untuk kepastian. 


Bermula dari waktu itu juga, saya maklumkan pada family terdekat dan sahabat-sahabat. Ada sahabat saya, merupakan isteri pada seorang Dr..Beliau minta saya hubungi 999 (segera) sebab saya mengandung. 


Suami sekali lagi hubungi klinik yang beri keputusan swab minta kepastian “๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ธ๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜ฅ๐˜ฐ”. Klinik maklumkan diminta kuarantin di rumah dan tunggu (sehingga) ambulan sampai. Kami cuba hubungi Klinik Kesihatan (KK), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), tiada respon. Saya hubungi klinik Obstetrics & Gynaecology (O&G) HKL. Bila pihak klinik dapat tahu yang saya positif (COVID19), terus kedengaran suara nurse dari dalam talian, “๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹ +๐˜ท๐˜ฆ! ๐˜š๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ป๐˜ฆ ๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ!”. Jawapan yang diberi (sama), minta saya tunggu ambulan juga. Menjelang malam, keadaan makin teruk.


๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ):


Saya penat sebab sudah banyak hari tidak dapat tidur. Usai (solat) Zohor, saya tertidur. Sekitar pukul 6.30 petang, saya terbangun, rasa semput sangat. Masih lagi tidak mendapat apa-apa feedback daripada PKD tentang (bila kedatangan) ambulan. Saya gagahkan diri ambil wudhu dan solat Asar macam biasa. Sebaik selepas habis salam yang pertama, tiba-tiba saya (rasa) tak boleh bernafas!


Saya tepuk-tepuk meja, sepak-sepak kaki cuba untuk bernafas. Tak boleh! Saya tak boleh nak sedut, tak boleh hembus. Stagnant! 


Tangan kiri merenggut baju suami, tangan kanan tepuk-tepuk meja.


“๐˜ ๐˜ข, ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ! ๐˜š๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช??!! ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ ๐˜ข-๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ”, air mata saya mengalir laju.


Suami meminta Aisyah, anak sulung saya berikan air, saya cuba minum, (hanya) lepas untuk seteguk. 


Suami hubungi 999 dan dapat berhubung dengan Dr. dan mendapatkan nasihat apa yang perlu dibuat. 


Azan Maghrib, ambulan pun sampai. Saya diusung masuk ke ambulan, sungguh, saya tak larat. Di dalam ambulan, Dr. beberapa kali menepuk badan saya, “๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜บ๐˜ข ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต, ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ..๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ ๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช ๐˜๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฑ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ. ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ.”


Rasa nak terbalik dek kerana ambulan yang sangat laju! Sungguh..semua yang di dalam ambulan bergadai nyawa dalam ambulan yang sangat laju (itu) untuk selamatkan saya. Air mata menitik memikirkan."๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ?"


Sampai sahaja di emergency department (ED), tangki oksigen saya terus ditukar dengan oksigen daripada hospital. Bacaan SpO2 saya (ketika itu) hanya sekadar 20 sahaja, kadang naik ke 40. Dr. mendatangi saya dan berkata, “๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ด๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต-๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช..๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ต๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช…. ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ. ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ”


Baru di ED, saya sudah dicucuk 20 kali, bertukar-tukar Dr. Ya, dari dulu memang sedikit susah nak dapatkan urat saya, malah jika nak ambil darah pun sukar. Tak lama selepas tu, Chest X-ray dibuat. Saya lapar sangat, jam dah pukul 11 malam. Kali terkahir saya makan ialah pada jam 1 tengah hari tadi. Lapar ibu mengandung bukan calang-calang ya.


Tetapi saya sedang memakai peralatan oksigen, bagaimana nak makan?  Apabila dicabut peralatan oksigen, saya (akan) menggelupur. Dr. telah ajar saya bagaimana mahu makan dan minum walaupun dengan mamakai peralatan oksigen tersebut – makan dan minum sepantas mungkin, tanggalkan peralatan itu sebentar, suap nasi cepat-cepat dan pakai semula. Makan ala kadar sekadar alas perut, tak habis pun.


๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ):  


Jam menunjukkan pukul 12 pagi, Dr. datang dan berkata: “๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฑ 4, ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข. ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜๐˜Š๐˜œ ๐˜บ๐˜ข. ๐˜›๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜๐˜Š๐˜œ ๐˜ง๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ. ๐˜‘๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜–&๐˜Ž ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข..๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜๐˜Š๐˜œ ๐˜ฏ๐˜ช, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ 50-50. ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ข-๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ) ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ. ๐˜›๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข-๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข..๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต ๐˜บ๐˜ข.."


Saya faham, Dr. sekadar cuba untuk tenangkan saya. Walaupun beliau katakan saya nampak tenang dan positif saja, beliau dapat dapat membaca gelodak dalam hati.


Saya mesej Whatsapp family, pejabat, dan sahabat-sahabat saya.Saya minta ampun sesungguhnya..Dambakan doa dari mereka.


Di wad sementara, Dr. datang untuk ambil darah nadi. Sungguh, sakit dan prosedur ambil darah nadi tidak sama dengan ambil darah biasa. Jarum terpacak tegak di pergelangan tangan. 5 kali percubaan Dr., ditukar pula dengan Dr. yang lain, setelah beberapa kali, syukur..dapat juga.


Dr. di situ memantau rapat keadaan saya sebab oksigen di wad kelihatan tidak cukup untuk saya. Tak lama selepas itu saya ditolak masuk ke ICU− isolation room. 


Di situ rawatan (treatment) untuk saya bermula − Lebih daripada 20 biji ubat perlu ditelan Saya diberi Intravenous (IV) Antibiotic (antibiotik yang diberi secara terus ke dalam salur darah), nurse pesan, “๐˜œ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜บ๐˜ข ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต..๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹ ๐˜ต๐˜ถ”. Ya Allah! Rasa isi badan seperti disiat-siat. Panas dan sakitnya. 


Sahabat-sahabat sekalian, saya pernah dijangkiti denggi berserta penyakit kencing tikus sekaligus. (Ketika itu) Saya ingatkan IV antibiotic tu paling sakit dah, rupanya (kali) ini lebih sakit! “๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ…๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ”, itu sahaja kata-kata yang termampu lidah saya ucap menahan sakit. Air mata mengalir juga akhirnya.


๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐€๐ก๐š๐):  


Chest X-ray dibuat, sekali lagi. Dalam masa tak sampai 1 hari, COVID19 Stage-4 telah bertukar ke COVID19 Stage-5. 


Seorang pakar ICU (di Hospital Sg. Buloh ketika itu) datang berjumpa saya dan berkata, “๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜บ๐˜ป๐˜ฆ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ..๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ-๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ-๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ. ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข) ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ.” 


Jujur saya tidak tahu intubation itu “rupa apa”. Nak google – tak boleh guna handphone di dalam ICU (Hospital Sg. Buloh).

 

“๐˜๐˜ฏ๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ณ., ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ.” kata saya ringkas.


 “๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ง๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ธ ๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ด. ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ, ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฑ๐˜ข (๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช) ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ?”, Saya pun tanggalkan topeng oksigen. Menggelupur!  Cepat-cepat pakai semula..risau oksigen tak sampai pada baby. 


“๐˜š๐˜ฆ๐˜ฆ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ด ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ.. ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ..๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข?”,balas Dr. 


Saya termenung..tunduk ke bawah..Saya clueless..Dr. pakar tersebut pegang bahu dan tangan saya. 


“๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข? ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ”.pujuk Dr.


 “๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข. ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ. ๐˜ˆ๐˜ซ๐˜ข2 ๐˜ง๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ!! ๐˜—๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜˜๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜—๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ.” respon saya.

 

Dr. pakar (yang mendengar) itu tersenyum, “๐˜Œ๐˜ฉ, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ฌ ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜’๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ? ๐˜š๐˜ฐ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข.”


๐Ÿ๐Ÿ“-๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง-๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š):  


“๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ (๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ)..๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ ๐˜บ๐˜ข..” kata Dr.


Saya tak sedar..tak lama selepas itu, saya tersedar..tetapi mata tak boleh buka. Badan rasa berat sahaja. “๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฏ๐˜ช?”, rasa ada benda tersekat di tekak. Saya tahu kesan ubat buat mata tak boleh buka, badan tak boleh bergerak. Tetapi benda di tekak ini rasanya (sangat) ‘annoying’,sakit!


Saya kumpul sepenuh kekuatan untuk angkat tangan.."๐˜‹๐˜ณ.! ๐˜‹๐˜ช๐˜ข ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ค๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต!” Tangan dan kaki saya direntap. Saya cuba meronta. Pelik, kenapa Nurses ini rentap kaki tangan saya beria sangat.."๐˜๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข. ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฉ..๐˜๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต. ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ!"


Saya masih keliru, apa sebenarnya (yang) terjadi. Saya letih, tertidur semula. 


Bangun-bangun, tangan dan kaki saya diikat, sakit! Nurse datang dan memberitahu, "๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ข ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ (๐˜ต๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช) ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ต๐˜ช๐˜ถ๐˜ฃ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช, ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข..๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข..๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต."


‘KUAT SEMANGAT’..itulah dua perkataan yang semua nurse dan Dr. akan ulang-ulang cakap pada saya.


Bermula itu, rutin sebagai pesakit yang intubated bermula..segala proses yang dibuat untuk membantu kami, dirasakan amat sengsara. Proses membuang lendir dilakukan secara berkala, namun itulah antara proses yang saya takutkan. Setiap kali lendir ingin disedut keluar, nafas saya disekat, (rasa) hilang nyawa. Tangan saya akan rentap apa sahaja yang dapat (disambut), selimut, baju nurse, rail katil. Begitu juga proses lap badan dan ganti pampers, ada posisi yang (akan) buat nafas kita hilang, dan kita terpaksa menggelupur ‘mencari’ nyawa.


Saya minta Dr. untuk buka ikatan kaki dan tangan saya. Dr. katakan yang saya masih tak dapat tangkap lagi ‘๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต'๐˜ด ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜ฎ๐˜ฆ’, ambil masa untuk saya hadam. Setiap hari, Dr. akan datang untuk lihat keadaan saya. Saya tak mampu bercakap sebab ada tiub dalam mulut. 


Tekak (rasa) sangat perit. Badan sakit-sakit, dan setiap hari juga Dr. akan cakap benda yang sama:"๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข..๐˜ž๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ-๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ (๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ) ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช (๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข) ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ. ๐˜›๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข.." 


Sahabat, sekuat mana pun Dr. ikhtiar, mereka tetap realistik seboleh mungkin tanpa memberi harapan palsu. Hati ibu mana yang tak risau, setiap hari, saya tunjuk pada Dr. dengan isyarat tangan − belahlah perut saya, selamatkan anak saya! (Tetapi) Dr. terus minta saya bertahan selama boleh.


๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐‘๐š๐›๐ฎ):  


Saya mohon pada Dr. untuk dibukakan ikatan tangan dan kaki saya (sekali lagi). Saya yakinkan Dr. saya boleh kawal diri saya, saya minta pen dan kertas. 


Saya tulis,"๐˜‹๐˜ณ, ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜บ๐˜ถ..๐˜ต๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Š๐˜ป๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข..๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข..". Sambil Dr. baca pesanan saya tu, sambil saya tunjuk isyarat potong perut, tepuk-tepuk perut saya.


Selamatkan baby saya – kedua-dua tangan saya melekap, merayu mohon pengertian. Tak lama selepas tu, 3 orang pakar berbincang di depan katil saya − Pakar ICU, Pakar O&G, dan Pakar PAED (rasanya). Tak lama selepas itu, Dr. datang kepada saya, "๐˜‰๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ป๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ..๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ ๐˜บ๐˜ข. ๐˜š๐˜ฐ, ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜บ ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ? ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ข๐˜ถ..๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ." kata Dr. sambil tersenyum. Saya angkat tangan (tanda) bersyukur, perkara yang sangat saya risaukan insya-Allah akan berakhir esok.


๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ):  


Saya dibawa ke operating room (OR) dan ditidurkan. Tak lama selepas itu saya tersedar. Dengar bunyi baby menangis dan Dr. maklumkan, "๐˜–๐˜’ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜‰๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ ๐˜Ž๐˜ช๐˜ณ๐˜ญ, 1.78๐˜ฌ๐˜จ. ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ 30 ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ. ๐˜˜๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต.... ๐˜ด๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜˜๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฏ๐˜ช?".


Air mata syukur saya mengalir. Saya terlalu letih, tertidur kembali.


๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ):  


Saya masih melalui proses rawatan COVID..Ya Allah..sakitnya (hanya) Allah yang tahu, 3 kali ganda − 

- Sakit COVID19

- Sakit rawatan COVID19

- Sakit bersalin


Baru saya faham apa yang Dr. dan Nurse katakan kuat semangat berkali-kali. Tanpa pernah jemu. Sungguh, untuk melalui ketiga-tiga kesakitan itu, jika tangisan yang dikira, mungkin sudah selautan agaknya. Tapi dek kerana terlalu sakit, sampai dah tak terkeluar lagi airmata. Sakit di ulu hati, pahit di tekak, IV antibiotik masih diberi. Itu sahaja sudah mampu buat air mata tak berhenti (mengalir). Dalam hati, “๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต.”


Nurse gulungkan kain tebal, untuk saya guna support perut yang baharu (sahaja) dibelah. Tiba-tiba, menjelang petang, Dr. cakap tiub (pernafasan) intubation saya dah boleh dicabut. Gembira tak terkata saya, dan proses extubate dibuat. Selesai sahaja, saya (masih) memakai topeng oksigen sepenuhnya.


Tengah malam tiba-tiba keadaan riuh. Ada Dr. pakar datang dan terkejut kenapa saya (telah) extubate sedangkan keadaan saya (masih) tak stabil lagi. 


Dr. bertugas cuba menjelaskan pada Dr. pakar tersebut, bahawa bacaan oksigen saya stabil dan semakin baik. Tetapi Dr. pakar itu berkeras katakan tidak, masih terlalu awal untuk extubate saya. 


Dr. pakar itu berpandangan saya perlu di-intubate semula. Saya (ketika itu) trauma dengan apa yang saya (telah) lalui sebelum ini. Saya tak nak, (tetapi) Dr. pakar tersebut memujuk dan cuba menjelaskan pada saya,"๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ-๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜ซ๐˜ข-๐˜ด๐˜ข๐˜ซ๐˜ข. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ. ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ, ๐˜ฉ๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ. ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ธ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜•๐˜๐˜Š๐˜œ. ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต, ๐˜•๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ?”.


Saya termenung. Saya dah berjuang ke tahap ini. Kenapa saya nak sia-siakan apa yang saya dah lalui.


Siapa saya utk bertindak seolah-olah saya lebih pandai daripada Dr. pakar tersebut. Dr. (itu) lebih tahu keadaan saya dari diri saya sendiri. "๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ณ., ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข..๐˜๐˜ฏ๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ!". Saya senyum redha seredha-redhanya. Air mata menitik sambil syahadah.


๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ – ๐Ÿ• ๐…๐ž๐›๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ:  


Bermula semula rutin saya sebagai pesakit (yang) intubation. 


Berbeza dari kebanyakan pesakit intubation yang ditidurkan dan dikomakan, saya lalui hari-hari saya dengan sedar.


Sungguh, sangat-sangat teruji. Badan saya dipenuhi jarum. Di bahu, kanan kiri, leher, kedua-dua kaki, kedua-dua pergelangan tangan, kedua-dua pelipat tangan. Disebabkan saya (baharu) bersalin, setiap hari, akan ada 2 Nurse ditugaskan untuk memicit keluar susu dari kedua-da payudara secara manual selama lebih kurang sejam. Pada masa yang sama, ubat putus susu ibu diberikan supaya badan saya berhenti daripada penghasilan susu secepat yang mungkin. Dr. cakap ini perlu dilakukan untuk bantu pemulihan saya. Mereka tak mampu hadap keadaan saya yang tak stabil sekiranya saya kena bengkak susu dan demam. 


Saya sedih. Saya tulis di kertas bertanyakan Dr.,"๐˜‹๐˜ณ. ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜บ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ.." Dr. katakan "๐˜ ๐˜ข" dan mereka terpaksa lakukan itu. Jika saya dapat bengkak susu, keadaan saya akan jadi lebih rumit. Dr. kata ini perlu demi selamatkan nyawa. Saya akur.


Ada hari-hari yang saya lalui begitu perit. Tangan dan kaki saya full thrombosis, bengkak seperti kaki anak gajah, ubat dan darah tak mampu jalan lagi. Segalanya tak masuk. Keadaan saya jadi rumit.


Dr. cuba untuk mencari mana lagi tempat boleh dicucuk untuk buat line bagi tujuan mengambil darah. Semua tempat tak jalan! Pergelangan tangan, pelipat tangan, kaki saya, semua tak dapat.


Dah tak terkira berapa kali Dr. cuba, bertukar-tukar Dr. hinggakan Dr. katakan, "๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ง๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ช๐˜ด, ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ข ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต. ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข..". Akhirnya, Dr. gunakan ultrasound machine untuk mencari tisu yang masih hidup di celah-celah tisu yang (telah) mati. Sedar tak sedar, dekat 4 jam mereka berusaha, kuyup baju Dr. dalam PPE, sekuyup air mata saya yang mengalir tahan sakit. Bertukar-tukar posisi Dr., bertukar-tukar Dr., berusaha berkali-kali cucuk kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki saya. Sehingga kini, masih ada parut berbentuk seperti ular melingkar di kaki kiri saya, menunjukkan lebih 20 dot-dot kecil hasil dicucuk sepanjang di ICU. Ya, hanya di kaki kiri..belum campur ditempat-tempat lain lagi.


Ada masa, saya seperti terkena serangan hypoxemia. 2 kali di ICU pagi-pagi buta gelap dalam jam 3 pagi hingga 5 pagi. Walaupun dalam intubation, saya tak boleh bernafas! Badan saya sejuk beku, biru. Nurse dudukkan saya dan selimutkan saya dengan 5 selimut ditambah dengan Hot Blower. Tapi saya tetap sejuk! Menggigil! Saya pegang rapat tangan Nurse, geleng kepala, tak bagi dia tinggalkan saya. Waktu pertama kali ini terjadi, Nurse terpaksa tinggalkan saya sebab Nurse perlu bekerja, beliau hanya berpesan saya perlu kuat semangat harungi semua ini. Saya cuba tenangkan diri, cuba bernafas seorang. Sungguh! Saya cuba bernafas dan menangis..berharap Allah tak tarik nyawa saya dalam keadaan begini, (ketika) seorang diri berjuang mencari nyawa. Perit…kali ke-2 terjadi, Nurse (datang) temankan saya, pegang tangan saya sampai keadaan saya stabil semula. Ya, Nurse berdiri hampir 2 jam menemani saya! Beri semangat dan ajar saya bernafas.

 

Saya harungi proses buang lendir seredha-redhanya..perit. Ada Nurse yang pakar (expert), proses itu (akan menjadi) sekejap..kurang peritnya, ada (juga) nurse yang kurang pakar, prosesnya lama sedikit, sampai tangan saya merentap-rentap tilam dan rail katil cuba mencari nyawa.


Ada yang bertanya, bagaimana saya boleh harungi segalanya? Apa yang beri saya semangat?


In fact, (di kalangan) Drs. dan Nurses sendri kagum (amaze), walaupun kesakitan-keperitan yang saya alami, saya tetap senyum dan positif. Bila Dr. smpai sahaja ke katil saya (untuk check-up) di pagi hari, awal-awal lagi saya sudah thumbs up! Motivasi untuk saya sendiri. 


Sumber kekuatan saya adalah dengan meredhai segala yang terjadi pada diri saya. Saya tidak letak kekuatan saya pada baby saya di NICU, pada ibu bapa saya, pada suami dan anak-anak saya. Sungguh, sumber kekuatan saya adalah satu-satunya, berharap pada rahmat Allah untuk panjangkan umur saya. Saya tak puas lagi berkhidmat untuk ayah ibu, saya tak puas (lagi) mendidik anak-anak saya, menjadi hamba-Mu. Adakah solat dan puasa saya selama ini diterima, saya tak cukup lagi bersedekah untuk akhirat. Pendek kata, saya tak cukup lagi beramal menghadapi barzakh. Dengan masa singkat yang ada, saya tak mampu sandarkan semangat saya pada makhluk. Jika apa-apa terjadi pada baby saya, saya tak mampu untuk hilang semangat dan mencari semangat lain. Saya kesuntukan masa. 


Doa saya (saya bertawassul); “๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข (๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข) ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ, (๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ) ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข, ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ. ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ.”. Ini doa saya tak putus-putus.


Saya berusaha sepenuhnya, hadap segala kesakitan yang ada, berserah sepenuhnya pada Allah. Saya terfikir, mungkin inilah perasaan di Mahsyar nanti. Kita tak fikirkan siapa-siapa (lagi) kecuali diri kita (sendiri). Nak selamatkan diri kita, berserah hanya pada Dia.


Katil saya berhadapan dengan intubation room dan berdekatan dengan pintu masuk. Patient intubation akan keluar masuk, pesakit baru masuk, trolley jenazah, jenazah pesakit COVID19 − itulah pemandangan saya. Kanan dan kiri saya ada pesakit yang intubation, yang koma, dan ada yang akhirnya meninggal. Apabila video-call terakhir bersama family dengan pesakit yang nazak, Nurse akan tarik langsir (untuk) cover. Tetapi, tangisan family dalam video-call (telah) menjadi (seakan) halwa telinga saya selalu,  dan boleh dikatakan hari-hari juga saya melihat jenazah dibungkus, katil kosong semula, trolley jenazah lalu (lagi) di depan katil saya.


Dengan apa yang saya hadapi selalu itu, saya perlu terus kuat. Allah Maha Kuat, baru sedikit Dia pinjamkan sekelumit kekuatanNya pada HambaNya..HambaNya mampu harung perkara yang tak pernah dibayangkan dan tak mampu dibayangkan. Betapa kerdil saya rasa diri ini, mengharap belas ehsan Tuhan Maha Pemegang Nyawa.


Sepanjang di sana, Dr. bagi saya video-call (hanya) sekali dengan suami dan anak-anak, satu kali dengan ibu ayah. Saya tak mampu cakap apa-apa, yang saya mampu hanyalah, saya buat bulatan di dada saya banyak kali, tepuk-tepuk dada saya tanda saya sayangkan mereka, tunjuk tangan berdoa mohon mereka selalu doakan saya.


Alhamdulillah..


Keadaan saya makin OK..tetapi..2 hingga 3 hari (ketika itu), saya rasa sangat dahaga. Saya bertanya pada Nurse, tulis atas kertas, sudah masuk air ke, dah masuk susu ke. Nurse maklumkan sudah, tetapi (kenapa) saya rasa sangat lapar dan dahaga. Taklah diketahui kenapa, kadang saya demam, saya minta gauze (yang) dibasahkan dan diletakkan di atas dahi. Punyalah dahaga, (ada ketika) saya cuba jelirkan lidah untuk dapat capaikan titisan air yang kuar dari gauze itu, tolak masuk ke dalam mulut.


๐Ÿ• ๐…๐ž๐›๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ(๐€๐ก๐š๐): 


Dr. pakar maklumkan yang saya (sudah) boleh extubate (pada) hari ini. Syukur Alhamdulillah! Saya tunggu penuh sabar. Tiba masanya. Dr. datang dibantu dengan seorang Nurse untuk mencabut tiub (pernafasan) saya. Nurse berpesan, bila tiub dicabut, saya kena cepat-cepat pakai topeng oksigen. 


Namun, apabila tiub dicabut, Nurse menjerit.."๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ณ., ๐˜›๐˜ช๐˜ถ๐˜ฃ (๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ) ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต!". Dr. terkejut. Saya, bertambah-tambah terkejut, terus tadah tangan, menangis semahunya.


“๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜’๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹, (๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ) ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ถ๐˜ฃ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช..๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜’๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜จ๐˜ช.." Saya tak mampu tahan air mata yang tidak putus-putus mengalir.


Dr. berkata; "๐˜š๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฆ๐˜น๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ..๐˜š๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..".


Setelah itu, saya dahaga yang teramat sangat. (Pengalaman) berpuasa puluhan tahun pun, tak pernah sedahaga itu. Saya minta untuk minum, tetapi Dr. tak beri sebab tekak dan paru-paru saya masih ‘trauma’. Saya perlu belajar (untuk) minum semula.


๐Ÿ— -๐Ÿ๐Ÿ• ๐…๐ž๐›๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ: 


Saya (telah) dipindahkan ke ICU recovery area. Menjelang petang, saya ditolak (pula) ke wad medikal untuk pemantauan. 


Keluar sahaja dari ICU, saya seperti lumpuh separuh badan. Tak boleh berjalan! 


COVID19 survivor berdepan dengan pelbagai situasi yang tak terbayang.


Bagi kami, proses membuang hajat pun ibarat antara hidup dan mati, semput, sebab memerlukan banyak oksigen, sedangkan kami baru nak pulih.


Hari-hari saya di wad dilalui dengan bantuan oksigen. Kadang-kala OK, Kadang-kala tidak. Segala-galanya dibuat di atas katil kerana masih tak mampu nak berjalan. Saya gigih cuba berjalan perlahan-lahan.


Apabila dapat sahaja berjalan sedikit (berpaut), baru datang keberanian untuk pergi ke tandas dan mandi. Ya, akhirnya pada hari ke-26 saya di hospital, saya berjaya cabut sebentar oksigen dan mandi! Betapa leganya rasa nikmat mandi. Namun selesai sahaja mandi, cepat-cepat saya pakai oksigen semula sebab semput.


Hari-hari saya di wad juga penuh dengan suka duka. Sepanjang di wad biasa, saya saksikan 2 pesakit berdepan nazak, perit…perit sangat..makcik di depan saya berumur sekitar 86 tahun, secara tiba-tiba oksigen jatuh ke 70 lebih. Dia menepuk-nepuk badannya, merentap-tentap katil, cuba mencari nyawa. Esoknya, sekitar jam 1 petang, kelihatan makcik itu makin lemah, lama kelamaan tertunduk terus tidak bangun-bangun. Saya terpaksa melambai-lambai nak memanggil Nurse, mengharapkan Nurse nampak saya, saya nak tunjuk keadaaan makcik itu. Akibat daripada kesan intubation (ketika itu), saya langsung tak ada suara, tak mampu nak memanggil nurse. Makcik tadi itu (telah) meninggal. Dan video-call yang Dr. adakan untuk anak-anaknya hanya video-call 1 hala sahaja, anak-anak beliau meraung menangis mengadap jasad emak mereka yang sudah tidak bernyawa. 


Malamnya pula sekitar jam 12 malam, masuk pula seorang lagi pesakit COVID19 meraung-raung.."๐˜‰๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต, ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ! ๐˜š๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต! ๐˜š๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต!" menangis-nangis makcik itu. Usianya mungkin sekitar 50-an. Dia meraung tak berhenti, namun sekitar jam 4 pagi, raungannya makin perlahan, dan badannya tanpa seurat benang hampir melurut turun daripada katil. Saya (sekali lagi) melambai-lambai memanggil Nurse. Nurse mendatangi makcik tersebut, betulkan semula posisinya di atas katil. Cuma tak lama selepas itu, dia sudah tiada (meninggal).


Sahabat, ramai juga warga tua yang masuk yang tidak faham apa yang terjadi. Mereka terasa, merajuk, anak tidak datang menjenguk mereka. Kadang ada anak mereka hubungi berkali-kali, mereka tidak mahu bercakap dengan anak-anak mereka. Kerana bagi mereka, anak-anak ini anak derhaka, tak ingat pada orang tua, menangis-nangis anak-anak mereka bila dianggap begitu. Cubaan menjelaskan macam-macam dan memohon ibu mereka mengerti, tetapi kadang ibu mereka tetap begitu. 


Ada juga warga tua yang tidak diendahkan langsung oleh anak-anak, pernah ada seorang makcik ini, masih tak boleh berjalan sehingga punggungnya melepuh keseluruhan akibat bed-ridden yang terlalu lama. Dia selalu bercerita yang nanti anaknya akan jaga dia, tetapi rupanya-Nurse maklumkan pada saya- anak-anaknya tiada seorang pun yang pernah call telefon bimbit ibu mereka ataupun hospital bertanyakan khabar ibunya. Hatta hospital hubungi juga tak berangkat, hanya Whatsapp hospital sahaja yang dibalas. Mungkin makcik itu selalu bercerita (tentang anaknya) pada saya untuk mengurangkan risau di hatinya, tetapi entahlah. Pada hari makcik itu discharge pun, tak ada seorang anak yang datang mengambilnya. Anak hanya menunggu di dalam kereta, dan Nurse pula yang perlu bawa makcik itu keluar dan hantarnya ke kereta. 


Saya bertukar-tukar wad disebabkan keadaan saya yang tidak stabil.


Dari ICU sampi ke wad biasa, lebih daripada 20 biji ubat saya perlu telan setiap hari.


Dr. maklumkan minta saya dan suami stand-by ‘oxygen machine’ di rumah, sebab walaupun saya telah discharge, saya akan perlukan bantuan oksigen selalu (di rumah). 


Saya cuba optimis, saya cakap pada Dr., "๐˜‹๐˜ณ, ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ-๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ด, ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข-๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ข๐˜ด๐˜ข. ๐˜‰๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜š๐˜บ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ-๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข. ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข".


Sungguh, setiap hari saya praktis hembus spirometer, untuk kuatkan paru-paru. Saya tak malu walau (latihan hembusan untuk kuatkan paru-paru) bising. Setiap hari saya penuh dengan doa, setiap kali makan, saya berdoa; "๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ด๐˜บ๐˜ช๐˜ง๐˜ข’ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ. ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ด๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข".


Ada pesakit lain yang tak lalu untuk makan makanan hospital,hinggakan terbuang. Berbeza dengan saya, sepanjang di hospital, makanan hospital habis licin saya makan! Pada masa sama, keluar sahaja dari ICU, saya cuba untuk pam susu setiap 3 jam, penat sangat. Orang yang tak sakit pun penat mengepam, apatah lagi orang sakit macam saya, tetapi saya gigih buat juga, sepanjang saya pam berminggu-minggu itu, hanya keluar susu setitik dua saja. Kadang-kadang tak keluar langsung, saya tetap positifkan diri. 


Setelah 30 hari di Hospital Sg. Buloh, saya dimasukkan ke wad biasa (untuk bukan pesakit COVID19). Di wad ini, Dr. minta saya kuatkan semangat untuk cuba cabut oksigen support sepenuhnya dan bernafas dalam udara bilik. Jika saya mampu buat dalam masa 3 hari, saya boleh discharge tanpa perlu bantuan oksigen di rumah. Saya kuatkan semangat, mencuba, berlatih sekerap mungkin. Saya cuba baca Quran…..namun, untuk habiskan sebaris ayat Quran pun saya perlu baca dan berhenti di 4 tempat! 


Saya yakin, tak ada orang baca ayat Quran berhenti sampai 4 tempat hanya untuk habiskan sebaris ayat Quran. Saya menangis, berdoa; “๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ข ๐˜˜๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ..๐˜ด๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ-๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ-๐˜”๐˜ถ"


Hari ke-36 saya di hospital, saya praktis baca, alhamdulillah! Saya dapat nafas panjang sikit dan suara saya pun semakin baik.


๐Ÿ๐Ÿ• ๐…๐ž๐›๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ):


Alhamdulillah..saya (akhirnya) discharge! 


Syukur, maknanya saya sudah boleh berjumpa dengan baby saya (setelah sebulan dilahirkan!).


Syukur Ya Allah..Saya ditemani seorang Nurse berjalan menuju ke NICU untuk menetap di Bilik Ibu sampai kami dapat discharge bersama-sama.


Betapa nikmat nyawa ini aku syukuri. Tak ada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya bertemu baby saya buat pertama kali. Kami berjuang bersama-sama dari awal mengandung, sampai ke hari ini. Ujian mengandung saya bukan bermula ketika saya dijangkiti COVID sahaja, bahkan dari awal mengandung lagi. Saya tergolong dalam High Risk Pregnancy, pernah pengsan berkali-kali, keluar masuk wad, sakit muntah yang tak terbayang, dan macam-macam lagi. Macam-macam ubat perlu ditelan disebabkan komplikasi mengandung, saya redha dan redah sahaja.


Tak pernah tinggal atau malas makan ubat, tak pernah 'miss appointment'. Malah di HKL (dulu), saya di bawah pemantauan pakar. Namun takdir Allah, menetapkan saya akhirnya bersalin di Hospital Sg. Buloh.


Sepanjang di NICU, kami ibu-ibu yang perlu bermalam di sana memberi sokongan pada bayi kami, antaranya dikehendaki membuat ๐˜’๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฐ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ selama yang mungkin. Saya masih tak mampu memberi susu ibu walaupun saya pam berjadual setiap hari. Namun syukur, ada sahabat suami yang menjadikan dirinya ibu susuan kepada bayi kami. Sungguh, nikmat apa lagi kami ingin dustakan.


Di NICU, saya sempat meluangkan masa menjenguk bayi yang kematian ibunya. Bayi ini tiada ibu untuk dibuat ๐˜’๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฐ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ. (Kisah) Ibunya sama seperti saya, tetapi di ICU West Wing, Allah tetapkan ibunya pergi tanpa sempat melihat bayinya. Ibunya dan saya sama-sama berjuang di ICU, kami sama-sama kritikal. Namun Allah lebih sayangkan dia.


๐Ÿ’ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ): 


Alhamdulillah! Akhirnya saya dan ibu-ibu yang lain di Bilik Ibu dibolehkan discharge bersama-sama.


Kata Dr., ini bagi memberi ruang bayi yang kematian ibu (itu) untuk lakukan ๐˜’๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฐ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ bersama ayahnya. Allah..kami tak dapat menahan sebak. Namun aturan Allah atas ajal manusia, tiada siapa yang mampu persoalkan.


๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ): 


Saya ada appointment dengan ๐˜จ๐˜บ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฆ. Dr. ada maklumkan pada saya, "๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ?" 


“๐˜š๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ถ ๐˜‹๐˜ณ. ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด, ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ. ๐˜š๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ป๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ข๐˜ต 30 ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ด. ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ. ๐˜‰๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข-๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข.” jelas Dr. panjang lebar.


Saya tergamam.. Perlahan-lahan air mata saya mengalir.


"๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ..๐˜๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ.. ๐˜๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹19. ๐˜”๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด ๐˜’๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฎ๐˜ถ. ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ (๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜บ) ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข".


Hikmah COVID19 buat saya, disebabkan COVID19, saya terpaksa bersalin awal. Dan syukur, saya selamat. Hikmah atas hikmah. Maha Besar Allah.


Tak tercapai akal saya akan takdir Yang Maha Esa. 


Sahabat, COVID19 ini bukan permainan. Ia satu kenyataan yang harus dihadam, saya pernah bertanya kepada pakar di ICU, kenapa COVID ini teruk sangat, dan kenapa semua macam nak cepat. Dr. pakar memberitahu,"๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ. ๐˜Œ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ง ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ, ๐˜ธ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ด ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ค๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ด, ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ง๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ, ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ฆ ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ. ๐˜‰๐˜ถ๐˜ต ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ง๐˜ง๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต, ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ต ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ข๐˜ค๐˜ฌ๐˜ด, ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ง๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ด. ๐˜๐˜ต ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ข๐˜ค๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ. ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ด. ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ, ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ด ๐˜ญ๐˜ข๐˜จ๐˜ช..๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹, ๐˜ฉ๐˜ข, ๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ด! ๐˜๐˜ต๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข, ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ-๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ, ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ข."


Sungguh..


15 Januari : Saya demam, batuk-batuk, 

23 Januari:  Masuk ICU stage-4, 

24 Januari: Sudah stage 5. 


Semuanya berlaku dalam 1 minggu. Sangat cepat.


Sahabat, apa yg saya kongsikan ini, hanya secebis dari pengalaman saya. Mungkin baru dalam 50%.


Sepanjang 42 hari di hospital sana, saya dicucuk lebih kurang 150 kali. Itu antara banyak lagi yang saya lalui, namun cukup untuk simpanan saya sendiri. Coretan saya ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pengajaran buat semua yang membacanya.


Ambil teladan..ada simptom, jangan lengahkan swab jika berkemampuan. Saya tahu ramai orang berfikir; “๐˜‰๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ, ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ธ๐˜ข๐˜ฃ”.Jangan sahabat..jangan..anda lihat orang lain dijangkiti COVID OK sahaja, anda belum tentu OK. Antibodi setiap orang tidak sama.


Orang lain mungkin antibodi lebih kuat daripada anda. Anda sayangkan duit? Bila anda di antara hidup dan mati, harta jutaan ringgit pun takkan mampu gantikan apa yang anda hilang. Duit yang anda sayang nak belanjakan untuk swab tadi, sudah tak bermakna lagi, anda tiada, duit itu akan jadi orang lain punya juga akhirnya.


Ini, peluang kedua dari Tuhan untuk saya. Sebagai transit saya sebelum ke barzakh. Moga dengan wabak ini, terbukanya pintu pengampunan buat saya, dan juga keluarga saya yang sentiasa bertahajud mendoakn saya, suami, dan anak-anak.


Terima kasih yang sudi membaca pengalaman ini. Moga asbab anda terbuka hati membaca, Allah lapangkan urusan-urusan anda di dunia, diberikan kesihatan dan dijauhkan kemudaratan dari anda. ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฏ.


-TAMAT-

C&P

Selasa, 22 Jun 2021

#LINDUNGI DIRI LINDUNGI SEMUA :: 1ST DOSE VAKSIN๐Ÿ˜๐ŸŒน


Assallamualaikum semua ๐Ÿ˜๐ŸŒน

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜๐Ÿ’–


Hendak jua mencoret kenangan divaksin diblog kecik saya ini๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜

Alhamdulillah syukur.. pada 13 Jun 2021 saya telah mendapat dos pertama vaksin Covid 19. Tentu ada sahabat blog yg telah ambil vaksin kan.. mcm hainom okje๐Ÿ˜.

Tambahan kes semakin meningkatkan.. Kita ikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT yg Maha Melindungi kita dari segala kemudaratan.๐Ÿ’š๐Ÿ’š


Saya mendaftar pada 3 Mac 2021.. masa tu banyak betul yg provokasi tentang vaksin ini, macam² cerita tapi saya bertawakal pada Allah SWT yg Maha Mengetahui..
Bagi saya dengan mengambil vaksin ini adalah suatu usaha kita.. sebab kita dah tahu yang wabak ini boleh membahayakan nyawa.

Islam melarang umatnya membahayakan diri.

ูˆَุฃَู†ูِู‚ُูˆุง ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَู„َุง ุชُู„ْู‚ُูˆุง ุจِุฃَูŠْุฏِูŠูƒُู…ْ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุชَّู‡ْู„ُูƒَุฉِ ۛ ูˆَุฃَุญْุณِู†ُูˆุง ۛ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูŠُุญِุจُّ ุงู„ْู…ُุญْุณِู†ِูŠู†َ 
"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kemusnahan."

Jadi kita perlu berusaha melindungi diri , seterusnya Allah SWT yg mentakdirkan.๐Ÿ˜Š


Pada 5 Jun 2021 saya update lagi untuk bersedia mengambil vaksin. Jadi dalam seminggu saya mendapat jawapan untuk diberi appointment untuk 1st Dose vaksin pd 13 Jun 2021 Di Pusat Konvensyen Setia Alam City Shah Alam Selangor.
Jadi pagi ahad tu Encik suami pergi mehantar saya.๐Ÿ˜


Ini gambar sewaktu menunggu hendak sesi penerangan oleh doktor, satu kumpulan ada 10 orang. Kemudian doktor akan tanya seorang² kita ada sakit apa. Saya siap bawa ubat-ubatan saya tu.. nanti tanya nama ubat tak tahu pulak ๐Ÿคญ ini jiran saya yg pesan sebab dia dah pergi vaksin. 
Lepas tu baru masuk kedalam bilik rawatan.
Masa masuk dalam bilik injek vaksin tu, nurse tu bagi tahu kita dapat vaksin apa, saya dapat Sinovac dan tarikh luputnya pada 31 Oktober 2021. 

Saya pakai jubah yg ada zip depan dan dalam saya pakai t-shirt. Masa nak injection tu saya buka zip Dan sinsing lengan tshit Tu ke bahu, nurse tu kata, "senang  mcm ni, mudah untuk di injek". Pastu saya kata" kawan yg dah pergi vaksin ajar" jadi terjaga aurat kita, hanya bahagian yg hendak di injek je yg terbuka.
Saya masa tu nurse perempuan, alhamdulillah syukur.. senang jaga aurat kita.



Selepas di injek kita akan direhatkan selama 15 minit sambil menanti untuk temujanji dos kedua.  Lepas tu kita ditanya, ada rasa sakit ke, seperti sesak nafas, panas² ke, saya kata tak ada rasa apa² cuma rasa sakit injek tu, pastu dia kata kalau ada sesak nafas atau demam yg teruk boleh terus pergi ke klinik yg berdekatan.

Selepas tu diberikan kad temujanji ni, utk vaksin dos kedua saya pada 4 Julai 2021 jam 10.30am di tempat yang sama. "Nanti datang bawa kad ni aje ye puan"kata petugas tu.

Alhamdulillah syukur, saya tak lah teruk kesan sampingan vaksin ni, badan cuma dedor sikit dan sakit kepala serta letih badan sikit.๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š


Jom sama-sama kita ambil vaksin kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SAYA TELAH DIVAKSIN๐Ÿ˜

#LINDUNGI DIRI LINDUNGI SEMUA

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜๐Ÿ˜


✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️

25 SOAL JAWAB MENGENAI VAKSIN

 Berikut adalah 25 soal jawab mengenai vaksin. Ini antara perkara penting kita wajib ambil tahu.

Fahmi Hassan,Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia  membantu kita semua dengan menyenaraikan 25 soalan yang sering menjadi keraguan ramai berserta dengan jawapan sekali.

.

Jom hadam bersama-sama dan kongsi ilmu ini dengan orang terdekat dengan kita.


SOALAN 1: Perlukah makan panadol sebelum suntikan?

JAWAPAN: Tidak perlu.

.

SOALAN 2: Saya pernah menjadi pesakit positif Covid-19, jadi berapa lama baru boleh suntik?

JAWAPAN: Selepas 3 bulan (4 hingga 6 bulan).

.

SOALAN 3: Saya ada darah tinggi dan kencing manis. Bolehkah suntik vaksin?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian doktor merawat atau di Pusat Pemberian Vaksin atau PPV).

.

SOALAN 4: Saya ada sejarah alahan ubat atau makanan. Bolehkah suntik vaksin?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian di PPV).

.

SOALAN 5: Saya menerima arahan kuarantin akibat kontak rapat. Adakah saya boleh datang untuk menerima suntikan?

JAWAPAN: Tidak boleh (tarikh akan dijadualkan semula).

.

SOALAN 6: Saya ada makan ubat pencair darah. Adakah saya boleh disuntik?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian doktor merawat atau di PPV).

.

SOALAN 7: Saya ibu hamil. Adakah dibenarkan untuk menerima suntikan?

JAWAPAN: Tidak boleh (setakat ini hanya vaksin Pfizer boleh untuk beberapa keadaan).

.

SOALAN 8: Saya adalah ibu yang sedang menyusukan bayi. Bolehkah saya menerima vaksin?

JAWAPAN: Boleh (melibatkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca). Penjelasan lebih lanjut boleh dapatkan di PPV.

.

SOALAN 9: Saya sedang mencuba untuk mengandung. Bolehkah disuntik?

JAWAPAN: Sila dapatkan penjelasan lebih lanjut di PPV.

.

SOALAN 10: Saya tidak demam selepas vaksin. Apakah ia normal atau tidak?

JAWAPAN: Normal.

.

SOALAN 11: Berapa mililiter suntikan akan diberi?

JAWAPAN: Ia berbeza mengikut jenis vaksin (boleh bertanya kepada jurusuntik untuk pengesahan).

.

SOALAN 12: Saya sudah menerima vaksin, perlu mengasingkan diri atau tidak?

JAWAPAN: Tidak perlu (patuh kepada prosedur operasi standard seperti sebelum divaksin sahaja).

.

SOALAN 13: Berapa lama perlu menunggu untuk makan panadol?

JAWAPAN: Apabila sudah mula rasa sakit atau demam.

.

SOALAN 14: Bolehkah saya bersenam selepas divaksin?

JAWAPAN: Boleh (jika rasa sihat).

.

SOALAN 15: Adakah perlu pantang makan pedas atau lain-lain?

JAWAPAN: Tidak perlu.

.

SOALAN 16: Saya mempunyai masalah asma. Bolehkah divaksin?

JAWAPAN: Boleh (boleh melainkan mempunyai asma yang tidak terkawal).

.

SOALAN 17: Saya sudah terambil panadol sebelum suntikan. Bolehkah saya menerima vaksin?

JAWAPAN: Boleh (tidak perlu ambil tetapi jika sudah memakannya tidak mengapa).

.

SOALAN 18: Saya mempunyai masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. Bolehkah saya divaksin?

JAWAPAN: Dapatkan nasihat doktor atau lakukan penilaian di PPPV.

.

SOALAN 19: Bolehkah saya menderma darah selepas divaksin?

JAWAPAN: Boleh (tiada jangka masa rasmi ditetapkan). Namun, saya cadangkan selepas dua minggu menerima vaksin.

.

SOALAN 20: Bolehkah saya ‘bersama’ dengan suami atau isteri selepas suntikan?

JAWAPAN: Boleh.

.

SOALAN 21: Bolehkah saya mandi selepas suntikan? Takut terkena air pada tempat suntikan.

JAWAPAN: Boleh (letakkan pek ais di tempat suntikan juga dibolehkan).

.

SOALAN 22: Boleh saya makan vitamin atau suplemen sebelum atau selepas suntikan?

JAWAPAN: Boleh.

.

SOALAN 23: Kalau tidak tahu positif Covid-19 semasa dapat vaksin pula? Adakah ia bahaya?

JAWAPAN: Tidak bahaya, tetapi vaksin tidak efektif.

.

SOALAN 24: Selepas saya menerima suntikan, boleh merokok?

JAWAPAN: Merokok adalah tabiat yang bahaya. Berhentilah merokok (tiada saranan berbeza sama ada sebelum atau selepas vaksin).

.

SOALAN 25: Saya mempunyai masalah Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD). Boleh suntik vaksin tak?

JAWAPAN: Boleh.

.

Itulah antara soalan yang menjadi perbualan ramai mengenai vaksin.