Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dihari Jumaat penghulu segala hari..
Pagi ni sewaktu membuka FB diwall saya ada menceritakan kisah pokok Nabi di Jordan ini.. secara tak langsung menggamit kenangan saya di Jordan sewaktu menghadiri konvo adik saya di Universiti Yarmouk Jordan, saya dan mak serta abah dua minggu bercuti disana.. puas berjalan adik saya bawa.. cuma tak dapat masuk Syria yg sangat ketat.. habis masa kami seharian di sana..
Saya juga berpeluang pergi ke Pokok Nabi ini.. ada juga mengambil gambar kenangan dibawah pokok ni...
'Pokok Nabi'. Atau disebut 'The only living sahabii (Sahabat Nabi yang masih hidup). Hanya sepohon pokok ini sahaja yang terletak di tengah2 padang pasir di Buqayawiya di utara Jordan. Tak ada sepohon pokok pun dalam lingkungan 100km keliling. Tapi ia tetap hidup subur merimbun.
Dikatakan di bawah pokok inilah Nabi Muhamad S.A.W. yang mulia dan pembantunya Maisarah berteduh, berehat sebelum menyambung perjalannnya utk berdagang di Syam (Bosra, Syiria). Pokok ini selalu diziarahi oleh ulama2 besar dunia, antaranya Syeikh Dr. Muhamad Said Ramadan al Butti.
Perjalanan untuk ke tempat ini sangat mencabar..Bentuk muka bumi yang berbatu2, dilatari ribut pasir yang kencang sehinggakan beberapa kali kereta krew kami terpaksa berhenti. Seolah2 angin berkenaan nek membritahu bahawa perjalanan dakwah ini penuh dgn mehnah dan tribulasi.Hanya yg cekal sahaja akan berjaya. Tapi nikmat tak terkata bila dapat berteduh di bawah pokok yg pernah Nabi saw berteduh. Semoga dibrkati...