JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 2 Ogos 2016

BUAH APA NI MAMA ??? 😊😆 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Sedang berjalan-jalan dilorong menjual buah di pasar tani pagi tu.. mata saya terus tertumpu kepada buah yg satu ini.. teruja betul saya pada waktu itu.. terus pergi ke gerainya.. pegang-pegang sambil tersenyum.. dah lama cari buah ni.. dulu-dulu masa kecik selalu kawan bawa kat sekolah dan jual sebiji hanya 20 sen.. 
Tengah dok pilih-pilih najeeha pun bertanya.. "Buah apa ni mama?".. tak pernah tengok dan rasa hihihi.. memang susah nak dapat zaman sekarang , jeeha oiii..

"Ini namanya buah Nona " jawab saya.. manis dan sedap sangat.. nanti kita makan ye.. saya hanya beli 2 biji ajer.. mahai weeyyy.. sekilo RM12.00 tak salah saya.. Balik rumah terus basuh dan belah .. sibuk mereka merasa.. sedapnya mama manis.. kata mereka..
Buah ni ada lagu tau.. 
"nona nona zaman sekarang, tak boleh ditegur tak boleh di larang" hihihi kenapa lagu dia macam tu mama.. sebenarnya nona itu panggil untuk anak gadis juga..
Macam auntie Hainom dan Kak Ton zaman remaja dulu hahahaha.
#jangankecamsaya :D

Saya beli juga buah lain sebagai kawannya, buah delima, pisang kaki dan plum prune hihihi..
Buah-buahan yg sungguh berkhasiat kan..

Kat mana ye nak dapat benih buah nona ni.. ?
Kat kampung kekawan ada lagi tak ? ~__^

23 ulasan:

  1. sedapnya kakkk...lama giler tak makan...
    mcm tak nampak dah org jual buah ni kak...huhu

    BalasPadam
  2. Lemak manis..bila kunyah ada wangi wangi sikit...sedapnya...lama tak makan..hari tu pergi pasar cari juga..tapi bukan rezeki..dah habis katanya..

    BalasPadam
  3. rasa macam ada dirumah mertua saya pokoknya tapi tak ingatlah wujud lagi ke tak, sebelum ni pernah tengok

    BalasPadam
  4. Bila tengok gambar akak ingat buah pe lah sebab warna nya agak cerah sebab sebelum ni akak tengok agak kehijauan.
    Zaman bebudak dulu akak selalu makan ,cina kedai runcit kat kg akak ada tanam....minta je pada dia pasti dapat.Sekarang ni payah nak jumpa pokok ni kan yatie.Kalau ada akak pun teringin nk tanam.Anak2 akak pun tak kenal buah ni apatah lagi makan.

    BalasPadam
  5. Bila tengok gambar akak ingat buah pe lah sebab warna nya agak cerah sebab sebelum ni akak tengok agak kehijauan.
    Zaman bebudak dulu akak selalu makan ,cina kedai runcit kat kg akak ada tanam....minta je pada dia pasti dapat.Sekarang ni payah nak jumpa pokok ni kan yatie.Kalau ada akak pun teringin nk tanam.Anak2 akak pun tak kenal buah ni apatah lagi makan.

    BalasPadam
  6. Dulu rumah kakak ada tanam buah nona ni Yati
    Tapi entah kenapa lama-lama dia mati sendiri.
    Tapi ada jiran kakak masih tanam tau (org cina)

    BalasPadam
  7. Buah nona
    Mmd bru tya buah nona tu mcm mna bntuk dia....knor nk explain susah last suruh google...hihi..gini rupanya..rasanya mcm mana mama..masam manis nak oiii

    BalasPadam
  8. selalu mudah jumpa di RNR hiway. area pagoh pon ada sy dulu beli kat situ.

    BalasPadam
  9. dulu ms kecik2 bwh pokok ni ada buaian. lps blk sekolah mesti menebeng kt situ... skrg da x de lg buah dia pun susah nk dpt ;-(

    BalasPadam
  10. suka buah nona..pisang kaki pn mkn

    BalasPadam
  11. Anak kaknoor yg sulung suka sngt buah nona ni yatie pantang jumpa medti nk beli, tpi skrg ni mcm dh tk nmpk lah kt sini

    BalasPadam
  12. Konpius ni CH apa kaitan nona dengan Kak Ton tau ~_^ Err, Kak Ton muda eh? Hahaha!

    Saya ingat tadi buah durian belanda sebabnya buah nona yang saya selalu nampak bukan ke hijau warnanya? Dalam buah nona tu memang macam buah durian belanda ek?

    Pokok 'nona,nona zaman sekarang ni' ada lagi terpacak satu kat tepi rumah kakak saya aka kawasan rumah emak saya ^_^

    BalasPadam
  13. BUAH NONA NI MUDAH DITEMUI DI KAMPUNG...KAY KAMPUNG BIASANYA XBERAPA DIPEDULI

    BalasPadam
  14. wahhhhhhhhhh.. dalamnya mcm durian belanda yek

    BalasPadam
  15. dulu kecik senang je dpt buah ni ... tok tanam belakang rumah .... buah dirian belanda puns enang dpt juga sedap juga

    BalasPadam
  16. di rumah mertua saya masih ada pokok nona. tapi jarang berbuah, kalau ada pun sebiji dua aje. tapi buah akak tunjuk tu, cerah pulak warna nya ye, sebab dah masak kot ye? biasa tengok hijau aje.
    tapi saya tak pernah makan buah nona.

    BalasPadam
  17. amboih siap nynyi2 lg kak... dh mcm kak nom dh hehehe

    tgk isi nona tu teringat mcm isi durian belanda cuma bezanya satu manis satu masam2 manis

    BalasPadam
  18. Dulu banyak kat kampung tapi sekarang memang susah nak cari. Cuma warna dia ada kelainan selalunya warna hijau.Lebih kurang sama macam buah durian belanda.

    BalasPadam
  19. Amboiii.....senang hati nampak!!! Siap menyanyi lagi hihi...
    Betullah CH lama tak nampak buah Nona ni. Hampir pupus kot. Dulu masa kita kecik kat rumah atok adalah buah Nona ni. Tp dah lupalah mcmana rasanya.

    Kita jarang beli buah.... kadang tu beli sampai busuk kalau bukan Pak Jilap yg makan

    BalasPadam
  20. Dah lama tak makan buh nona ni...
    Anak2 saya pun belum pernah makan rasanya...
    Dah rare buah ni skrang...

    BalasPadam
  21. Sedap buah nono ni. Saya pun suka makan buah ni.Kalau semai tanam biji dia tak menjadi ker akak.

    BalasPadam
  22. Buah nona ye.. Siqah biasa dengar rancangan nona je.. Hee

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)