Isnin, 30 April 2012

Santai di Aroma Ikan Bakar Jeram ^__^

Malam sabtu tempohari, adik ipar saya ajak dinner di Aroma Ikan Bakar Jeram, dah lama saya teringin hendak makan disini, tercapai juga hajat dihati , terima kasih atih :)), ramai rupa orang di malam minggu ni, walaupun adik ipar saya dah tempah awal, ada juga makanan yang lewat dihidangkan..

Nabil tak sabar nak pergi ke sini, semua orang dia canangnya nak pergi makan seafood katanya.. gembira betul  dia.. kakak pun sama dapat jumpa sepupunya yang di Sabah. Mari kita layan gambar..


Mula-mula gambar makan lah.. biar menggoda orang melihatnya..

 Nabil dengan Qaseh.. tak sabar tu
 Nabilah dengan sepupunya Qrisya yg dari Sabah tu.. rapat sebab sebaya
umurnya.

Acara makan pun bermula...
Mulakan dengan buah-buahan ^__^
Rayyan.. budak yang baik... "Bila saya boleh makan macam tu ye"?

Lama juga kami disana dari pukul 6.30pm pergi dan balik pukul 10.30pm.. okey tempatnya dan makananya pun sedap sangat... yummy.. Nanti nak ajak emak kuang pulak makan sini.. semua kemudahan ada, surau, tandas dan tempat permainan kanak-kanak. Lepas tu ada gak tempat habiskan duit.. disitu ada penjual yang jual mainan yang berlampu-lampu tu, apa lagi Nabil tergoda sama, pau mak long beli lampu suluh dan mak uda spongebob.. terima kasih semua belanja makan ^__^

Ahad, 29 April 2012

Nasi Lemak Serai

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hari ini kami sarapan Nasi Lemak Serai, harum serai terasa di nasi lemak ini... sedap sangat.. en suami siap tanya, buat apa, nasi lemak serai , ok gak tu.. wangi bau serai tu... tup tup 2 pinggan juga en suami makan..


Plate saya ada sambal tumis ikan bilis, tempe goreng, sambal
sotong dan tamato (kes timun tak de ehe..)
 Jom kta semak resipi yang main campak-campak ni

NASI LEMAK SERAI

 

Bahan-bahan

2 cawan beras
4 cawan santan
1/2 inci halia
1 biji bawang besar
1 tangkai serai
garam secukup rasa

Cara-caranya.

1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan
2. Masukan dalam rice cooker
3. Bawang besar di kerat empat, halia dihiris dan serai diketuk.
4. Kemudian masukan kesemua bahan halia,bawang,serai, santan dan secubit garam.
5. Kacau perlahan untuk sekatakan bahan tu jer.. lepas tu tunggu lah nasi tu masak

Kemudian hidang untuk makan bersama-sama sambal ikan bilis, stotong ke.. apa saja yang anda suka hehe:))

Sabtu, 28 April 2012

Jenayah yang semakin menakutkan...

Saya ambil dari FB kawan saya, untuk peringatan saya dan rakan-rakan semua, bermacam-macam jenayah sekarang ni ye.. perlu berhati-hati. Dah sekarang en suami outstation.. bila malam tu dengar yang bukan-bukan cepat-cepat saya bangun, mulalah semua lampu saya buka, lampu luar rumah saya buka, pastu siap intai-intai ada apa kat luar tu...




  • Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -


    Jika anda melihat seorang lelaki (teru......tamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..

    Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

    Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

    Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

    Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.

    Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang.. klik "SHARE" untuk berkongsi dengan kawan-kawan anda agar tidak menjadi mangsa seterusnya..

    JOM RAMAI-RAMAI SHARE KAT WALL MASING2

    By:- Admin AF - / ::Aliff::
    Lihat seterusnya..

Jumaat, 27 April 2012

Renungan : Jagalah tepi kain orang ???

Lihat di FB kawan, jadi letak lah pula di blog untuk renungan bersama...


Khamis, 26 April 2012

Apa progress ?

Semalam saya telefon mak di kampung, (cerita di sini kasihan-emak) macam mana tuan kedai tu dah mula buat longkang ke atau dah bersihkan segala sampah sarapnya. Mak kata orang tu tak buat apa-apa.Geram gak saya dengar, dah tiga hari tak buat apa-apa. Mak kata selepas saya balik petang ahad tu, tuan kedai tu ada telefon adik saya, dia kata dia akan buat tapi longkang didepan sebab dia nak alirkan air tu kedepan. Adik saya kata kena segeralah, adik saya bagi tempoh seminggu lagi. Tuan kedai tu cakap dia akan sambung dengan longkang yang kerajaan buat kat depan tu.. maknanya kena tunggu longkang kerajaan siap baru nak buat...

Ini tak boleh jadi kata saya pada mak... lama tu mak nak bau benda busuk hari-hari.... lainlah tuan kedai tu dia duduk jauh tak bau..Mak kata tak pe kita tengok dalam minggu depan dia tak buat apa-apa, baru kita buat aduan. Kalau mak kata macam tu.. saya ikut saja...

Baikan emak saya ni ^__^

Lempeng Nasi ~ sangat yummy ^___^

Saalam dan selamat pagi,

Sudah sarapan pagi? saya dan keluarga pagi ni sarapan pagi dengan Lempeng Nasi, tersangatlah yummy... Nabil beriya tambah siap bagi tahu "esok mama buat lagi macam ni ye, sama dengan ikan ni"..Saya regukan bersama sambil tumis ikan sardin... en suami tak makan ikan sardin so saya buatkan sambal tumis ikan bilis.

Resipi ni saya ambil dari blog Hanamemories disini Lempeng Nasi, saya suka selongkar blog Hana ni macam2 ada :)) Hana kalau dengar bunyi kruk kruk macam kucing menyelongkar tu.. akak la ye :) jangan halau tau.. buat tak tau jer... hahaha...

Lempeng nasi ni sangat lembut, memang kena masak dengan api yang sangat kecil dan masa nak terbalikan dia kena berhati-hati, kalau tidak dia patah (hehehe saya dah kena la tu sebab tu bagi tahu). Saya buat lempeng nasi ni petang semalam, bila tengok nasi sejuk tu ada lagi, elok-elok jer 2 cawan, tu yang saya buat, aduan lempeng ni dapat dalam 10 keping rasanya. Saya boleh simpan pula untuk sarapan pagi, lempengnya masih lembut dan yummy sekali...


Sarapan pagi Lempeng Nasi yang yummy


KaK Nabilah jadi modelnya... kita minum dulu hehe

LEMPENG NASI









sumber : matgebu@tiffinbiru.com

Bahan-bahan
·              2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
·              3 cawan air
·              1 1/4 cawan tepung gandum
·              Garam secukup rasa
·              2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
·              Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah 
Cara-cara
1.           Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, 
           kisar lagi hingga rata dan sebati.
2.        Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
3.           Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, 
          tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana 
          hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
     4.      Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah 
              sama untuk baki adunan, hingga siap. 
      5.     Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. 


Marilah mencuba ... ^__^

Rabu, 25 April 2012

Selasa, 24 April 2012

Jom .. Memancing ^__^

Gambar ni dah lama amik, tapi asyik tangguh jer nak buat entri.. so kita tengok gambar ye... sambil kita bercerita hehehe ^__^


Di Taman tasik Shah Alam ada jualan bunga dan pokok buahan
serta sayuran .. yang itu mat bunga :)

Kakak dua orang ni jumpa pula congkak.. masa tu ada
offer RM10 so kena beli

Masuk dalam lagi ada pulak untuk memancig, RM1 jer untuk
memancing ni. Kak Jeeha dan abah pilih memancing

Nabil dengan Kak Nabilah pilih untuk mewarna

Kemudian Nabil datang nak joint sama sebab dah
boring mewarna. Pegang macam ni dan diam, nanti ikan
tak makan umpan kata abah


Ber iya Nabil memancing, boring katanya, ikan tak makan pun..

Kak Nabilah pula nak joint mancing sebab dah habis
mewarna..

Tiba-tiba pancing abah mengena, umpan telah dimakan ikan,
abah dapat dua ekor ikan...

Tak lama tu kak Nabilah pula menjerit
umpan dia dah mengena, ikan dah makan,
gembira sungguh dia :-))
Selepas Kak Nabilah dapat ikan tu, kami beli seekor ikan jer walaupun kami dapat pancing 3 ekor ikan, kami beli ikan puyu, seekor ikan tu RM1. Selepas tu kami pun balik, kak jeeha yang beriya nak memancing tapi tak mengena.. lama juga kami di situ, lebih kurang 2.30 jam. Nabil kata "Nanti kita pergi lagi ye abah, best memancing ni".. walaupun dia punya pancing tak mengena. Macam mana nak kena, asyik bergerak sana sini, pastu bising membebel :))


Isnin, 23 April 2012

Kasihan Emak :(

Hari khamis baru ni saya dapat call dari kakak saya, dia kata ada call mak, mak cerita orang yang meniaga restoran tu buang sampah dan air merata-rata serta saluran air dia tersumbat dan bertakung mengeluarkan bau yang busuk. Hari jumaat tu hari saya balik kerja awal dan terus balik rumah emak. Sampai rumah emak, saya buka pintu kereta dah berbau busuk tu, anak2 pun berkata bau busuk, saya pun ambil kamera dan terus ambil gambar semua tu. Kebetulan tuan punya kedai tu ada, dia tegur saya mengapa ambil gambar, saya kata nak buat aduan, dia kata kita masih boleh berbincang, saya kata, mak saya dah kata banyak kali dan telefon pun banyak kali tapi tak berangkat. Tuan punya kedai tu macam tak puas hati, dia kata saya nak tutup periuk nasi dia.Saya kata awak boleh berunding dengan tuan sewa suruh bersihkan longkang yang tersumbat itu.

Hari ahad pula adik dan kakak saya pula jumpa tuan kedai suruh selesaikan masalah ini dalam tempoh seminggu aje.. kalau tidak aduan akak dibuat. Adik lelaki saya siap kata lagi " kamu dapat untung, emak saya dapat bau busuk ni", sungguh sinis bahasa adik saya, geram lah tu, orang buat emak macam tu. Emak cerita dengan kami orang tu boleh cakap "ada aku kisah, kau bau busuk tu", ni yang dengar sakit hati. Nanti nak telefon mak sebab orang tu janji hari ni dia nak settle kan.

Longksng tersumbat

Bertakung air dia tu la yang bau busuk

Betul-betul belakang rumah emak

kotor dan menjijikan

lalat pun dah jadi banyak di rumah emak

Air kotor mengalir ke rumah emak


Kedai makan dia yang kotor sangat...

Bau dia memang tak boleh nak tahan, kami nak masak pun susah sebab tahan bau busuk tu, nak makan terpaksa bawa keruang tamu depan rumah, kalau angin tiup lagi lah bau busuk tak boleh tahan. Kesian mak dan abah yang terpaksa bau benda tu dah dekat tiga minggu. Dah mak dan abah tinggal berdua sahaja, anak-anak semua bekerja dan tinggalkan pun jauh. Adik saya kata minggu depan pun dia nak balik lagi, nak tengok dia dah settlekan belum. 

Rasa geram sangat kami adik-beradik :-/

Sabtu, 21 April 2012

Puding Roti Berkuah Kastad

Saalam kekawan semua...

Masih ada 4 keping lagi roti yang tinggal, apa lagi saya cubalah pula puding roti berkuah kastad. Tak sangka lah pula anak-anak suka yang berkuah ni. Nabil bertambah-tambah dia makan...

Resipi asalnya saya ambil disini try masak : puding roti berkuah kastad tapi biasa lah saya buat ikut bahan yang ada hehehe... menderhaka lagi bak kata Irma,.. :))



PUDING ROTI BERKUAH KASTAD









Puding Roti Kismis (Kukus)

  1. 4 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
  2. 400ml susu segar (rendah lemak :D)
  3. 3 sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)
  4. 2biji telur - dipukul sebati
  5. Kismis/Sultanas
  6. Mentega/marjerin untuk menyapu roti
  7. 1 1/2 sudu kecil esen vanilla

Sos Kastad
  1. 400ml susu segar (low fat)
  2. 2 sudu besar kastad
  3. 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
Directions

untuk menyediakan puding roti

  1. Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. 
  2. Kacau sehingga gula hancur.
  3. Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
  4. Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
  5. Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti *
  6. Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
  7. Kemudian potong empat roti tersebut.
  8. Sapu acuan dengan sedikit mentega.
  9. Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. 
  10. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
  11. Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. 
  12. Ulangi sehingga semua bahan habis.
  13. Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
untuk menyediakan sos kastad
  1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
  4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

Sedap sangat, sesuai dengan tekak kami sekeluarga :D

Jumaat, 20 April 2012

Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ^___^

Terima email dari kawan mengenai pesanan dari ustaz, mari kita renung bersama dan muhasabah diri dengan pesanan yang diberi oleh ustaz...






Penuh dengan makna tersurat dan tersirat, faham dan fikirkan lah... ^___^