Selasa, 17 April 2012

Jom Kita Baca Buku ~ Di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Hari Sabtu baru ni, saya tunaikan hajat budak bertiga untuk ke perpustakaan baru ,Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam  di Kelab Golf  DiRaja Shah Alam. Perpustakaan itu buka pada pukul 9.30 pagi, jadi kami keluar awal pukul 9.00am, pergi pagi-pagi ni lagi baik nanti orang tak ramai lagi.




Betul bagai dikata orang tak ramai lagi, pertama sekali jumpa binatang ni...apalagi melompat lah naik atas permainan tu, tengok  permainan ni macam beruang kan.. ^__^



Kemudian saya ajak mereka pergi cari buku, "Jom, cari buku, kata nak baca buku," ajak saya.

Tengah cari buku
Dah jumpa mama

Ok.. duduk baca ye..
 Nabil dah dapat buku.."Panji Islam di Mutah" semangat pahlawan betul anak mama ni.. sebenarnya nak tengok gambar orang berlawan tur jer... ^__^

Kak Jeeha tengah cari buku
Dah jumpa , duduk baca ye... 
Bagus betul buku yang Najeeha ni jumpa "Who is ALLAH?".. baca dan faham betul-betul ye kak jeeha :))

"Kakak Nabilah dimana kamu?".. saya mencari
"Kakak disini mama" jawab kakak
rupa-rupanya kakak dibelakang rak tu jer laaa. :))

Ini pula tempat pilihan kakak untuk membaca
dibawah pokok ^__^
Kakak Nabilah ni memang suka buku sains, jadi buku yang dia dapat "Mesin Ajaib Dari Bulan"  Bacalah kakak macamana ajaibnya :D

Disini juga ada komputer untuk digunakan dan dicaj RM1 untuk satu jam, Kak Jeeha sibuk suruh saya pergi daftar utk guna komputer ni, tapi petugas tu kata buka pukul 10.30am, pergi baca buku dulu ye... ok lah kita orang pun pergi lah baca buku lagi...




Berbagai buku yang dibaca, dari sekecik buku hinggalah sebesar-besar buku dan tempat membaca pun dah banyak kali beralih... :)

Duduk baca buku dengan mama pulak
tajuk buku yg diambil oleh Nabil
"Dato' Bahaman" semangat ke pahlawanan betul anak mama
Sekali tu kakak Jeeha pun dah perasan,

 "Mama, tengok dah ada orang guna komputer tu lah", katanya kepada saya.
"Ok, jom kita pergi daftar di kaunter" ajak saya.
Sampai di kaunter nak daftar, petugas tu kata "dah penuh lah kak, nanti pukul 11am, akak datang kaunter semula".
Tengok muka kak jeeha, dah frust.. Disitu ada dua bahagian tempat komputer tu.. Saya tanya"Yang disana tu boleh buka ke?",
"Tak boleh lah kak, kena buka satu-satu dulu", jawab petugas tu.

"Ok lah kak jeeha kita tunggu jap pukul 11am ye" pujuk saya. Kak Jeeha hanya mengangguk saja.

Duduklah semula kami sambil membaca buku lagi, Nabil jangan cakap dah boring, mula lah nak berlari-lari, puas saya pujuk suruh duduk diam-diam. Selepas tu ada petugas lelaki tu tegur saya, "pergilah pula main komputer" katanya, "Dah penuh" jawab saya. "Pergi guna yang sana, " dia tunjuk bahagian yan satu lagi.. saya tengok dah ada orang guna... macam mana ni kata tadi guna satu-satu, fikir saya.

Saya pun pergi semula kekaunter tadi, alangkah sedihnya saya petugas tu kata dah penuh, lepas tu saya kata, tadi kata tak buka sekarang dah penuh, dia cakap dia orang booking awal lagi, saya kata lagi, akak datang pukul 9.30am lagi, kata tak buka, buka 10am, pastu buka satu-satu, macam mana ni..tanya saya.

Najeeha apa lagi dah mengalir air mata, pas tu saya berlalu dari kaunter, petugas lelaki tu pun tanya saya, dapat kak guna komputer, saya kata dah penuh , petugas tu kata , tak kat sini ada kosong, pastu dia suruh petugas wanita tu buka yang komputer tu, saya kecewa juga tadi saya dah tanya komputer yang kosong tu, dia boleh jawab rosak. Tak faham betullah dengan prosedur disitu... atau saja buat prosedur sendiri...

Akhirnya dapat jugalah budak tiga orang tu menggunakan komputer itu.

Tekun betul jeeha guna komputer tu



Bahagian yang mula dibuka.. dah penuh
Nabil pun sama


Selepas tamat tempoh satu jam penggunaan komputer tu, kami pun balik, lagi pun orang dah semakin ramai, Nabil pun dah kata"lapar lah mama". Puas hati juga lah budak bertiga tu di perpustakaan ni, sebenarnya dah lama kakak Nabilah mengajak saya pergi kesini, sejak di buka tahun lepas, tapi saya tak ada masa nak menunaikannya, so hari ini tertunai sudah. PUkul 12 tghr kami keluar dari situ, kami lihat parking semua dah penuh...

Pada pemerhatian saya tentang perpustakaan ini,

Kelebihan :)
1) Sangat besar dan luas
2) Tempat  kanak-kanak selesa, cantik, mungkin masih baru.
3)Senang nak cari buku,rak buku rendah senang diambil oleh kanak-kanak.

Kurang muaskan sikit :(
1) Petugas yang kurang mesra
2) Prosedur yang tidak jelas
3) Tempat kasut yang sikit, terpaksa msuk dalam beg, pas tu bawa masuk dalam pustakaan.

3 ulasan:

  1. oh ni ke library shah alam yg besar tu. nmpk menarik, tp tu la kan harap2 staf yg bertugas tu tak banyak karenah sgt, bila kerja dgn org awam kene lebih la PRnya dan prosedur pun perlu la lebih mesra pengguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye As... ni lah tempatnya besar sangat , memang perlu sangat staf yang PR nya bagus, tak de la orang rasa kecewa kan :((

      Padam
  2. cantik perpustakaannya..luas dan macam2 ada..siap ada komputer lagi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)