Khamis, 12 April 2012

Lariiii.... dia dah datang menyerang...

Petang semalam, selepas saya selesai masak untuk makan malam, ada pengumuman dibuat oleh pihak MBSA... "perhatian-perhatian, kami akan membuat penyemburan asap  nyamuk, oleh itu sila tutup segala makanan dan tutup pintu rumah"... lebih kurang camtu lah pengumuman nya :D

Apa lagi, kami berempat beranak cepat-cepat tutup segala celah-celah pintu n tingkap, supaya asap tu tak masuk.. jeha cukup takut dengar bunyi penyembur asap tu... Nabil sibuk selak-selak langsir tu nak tengok orang tu sembur.. bukan tahu takut budak seorang ni.. Aha... mamanya pula sibuk dengan kemera nak ambil gambar :D

Nabilah tanya "nak buat apa dengan kamera tu mama?"

"Nak ambil gambar dia orang tengah sembur tu"; jawab saya.

"Nak masuk gambar tu dalam FB ke?" tanya dia lagi

"Tak nak masuk dalam blog", jawab saya

"Mama dah ada blog?" dengan terperanjat dia bertanya. Bila la mama ni berblog itu yang difikir adaknya.

Cepat-cepat dia dah sampai, saya ambil pic ni dari atas dalam bilik saya.

Dah bergerak ke rumah kami

Rumah cikgu depan berasap
Alolo.. dah sampai ke pagar rumah

Sembur di lubang yang ada longkang tu

Jeha kata "habis lah pokok2 mama tu" risau benar dia

Pegi lak kat depan pagar rumah

Sembur kat bawah kereta saya

Pokok kari saya berasap :D

Habis kereta saya berasap

Penuh dengan asap-asap :D
Bila ada sembur asap ni, maknanya di taman ni dah ada orang kena demam denggi.. Shah Alam ni dah popular dengan nyamuk aedes ni...

Saya pernah kena demam denggi pada tahun 2009, mula-mula saya tak tau saya kena demam denggi sebab saya tak demam panas, cuma cirit birit dan letih asyik nak tidur, bila cek doktor, doktor kata itupun salah satu tanda-tanda denggi, lepas tu kakak dua orang tu, tapi kena rota virus, yang menyerang usus.

Berkampunglah kami di wad selama 5 hari 4 malam, hari-hari saya makan sup ketam, mak yang buat. kebetulan mak ada di rumah saya masa tu... yang paling teruk kena tu Najeeha, sampai doktor kata nak buat pembedahan sebab usus dia dah bengkak. Risau saya tak boleh nak cakap. Lepas tu mak (dah arwah pada bulan feb 2011 :(  dan bapa mertua saya datang dari kampung melawat kami, pastu bapa mertua saya cuba ubat kampung, sapu abu kayu yg diperah dengan limau nipis, pas tu sapu di perut jeeha... alhamdulillah kembung perutnya mengempis, tak jadilah nak bedah..

Nak tahu tak berapa kos kami berkampung selama 5hari 4 malam di hospital tu.... RM7,500.00 huhhuhu.. walaupun insuran yang cover tapi macam boleh gi bercuti kat oversea gitu :((

Area taman saya ni masih ada pembinaan rumah baru... so tu yang sering ada nyamuk aedes membiak kat tapak pembinaan tersebut.

2 ulasan:

  1. nyamuk ni mati kejap je kot kan kak. lepas ni kalau masih ada tmpt bertakung mau hidup lg. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la As... agaknya dia pening2 sikit gitu... pastu hidup balik.. minggu ni dah dua kali Kementerian kesihatan dtg sembur :((

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)