Cerita tertunggak hahaha... Pagi sabtu sebelum pergi kenduri rumah Busu Pah, sempat lah juga membuat Puding Roti Kukus... tengok roti ada 4 keping dan tarikh nak expire ada dua hari lagi... lalu saya pun cuba resipi yang diambil dari Dapur Malaysia Com Puding Roti Kukus. Terima kasih resipi yang sedap ini...
Sedap dan simple saja resipinya tu yang sempat buat pagi tu...
Puding Roti Kukus ... siap di kukus |
Dua pembantu yang rajin menolong kalau bab buat kuih ni :) |
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas
dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair
dan kacau adunan hingga sekata.
|
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
|
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
|
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
|
Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1.
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau
hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkanPetang dalam pukul 4, en suami telefon dia ada rumah mak ngah, lalu di suruh kami datang kerumah mak ngah kerana mak andak, mak tam, mak cik, pak uda dan pak cik ada disana. Saya pun bawa lah puding yang kami buat pagi tadi kerumah mak ngah, boleh makan ramai-ramai.. dapat juga saya jumpa mereka sebab tak sempat jumpa di rumah kenduri...
Bila saya bawa mangkuk puding tu sempat la mak andak bertanya "Kamu bawa apa yati?"..
"Bawa puding roti mak andak", jawap saya..
"Tahu jer kau mak andak nak datang, sempat kau masak puding ni, letak sini biar mak andak potong", kata mak andak. Masa tu mak andak dan yang lain tengah menikmati rojak mamak dan cendul mamak Karim..
Bila mak angah tengok puding roti tu, mak angah pun tanya "Bila lak kau masak puding yati?",
"Pagi tadi mak angah, sebelum pegi rumah Busu Pah", jawap saya...
Semua kata sedap puding roti ni... pastu boleh request daripada zaza suruh buat puding roti berkuah... nantilah kalau ada masa saya buatkan. Seronokan bila makan ramai-ramai ^__^
thanks for the recipe....
BalasPadamSelamat mencuba... ;-)
Padamthanks sharing...
BalasPadamSelamat mencuba... ;-)
Padamsaya nak buat puding roti arab. :)
BalasPadamApa-apa roti pun boleh Nur... tentu lagi Sedap kan ;-)
PadamInsya Allah nk cuba juga Pufing Roti kukus. Sebelum ini, buat yg bakar.
BalasPadamRegard
Azie Kitchen
Selamat mencuba Azie... terima kasih singgah di blog kecil akak ni :D
PadamTenkiu share resepi akak..dh try buat..baru je masak..tnggu nk masuk peti ais..hehe
BalasPadamWah.... Selamat menjamu selera ;-)
PadamSaya da cuba resepi akak ni ..menjadi...terima kasih akak
BalasPadamAlhamdulillah menjadi... Sedap kan ;-)
PadamSaya da cuba resepi akak ni ..menjadi...terima kasih akak
BalasPadamKukus x payah tutup ke sis bekas puding tu?
BalasPadamTak perlu tutup dear...
PadamKukusnya tutup x
BalasPadamKukusnya kena lah tutup dear ;-)
Padamxmsuk peti sjuk xleh ke?
BalasPadamBoleh saja dear, ikut selera masing2 :D
PadamTq atas cadangan resepi tu ye...last minit anak ckp nak kena bwk mknan pg skul dah mlm2 ni malas nak kuar tengok blog ada resepi yg ringkas bhn pun semua ada apa lg mulalah saya mengukus....tqvm ye
BalasPadamSama2.... Alhamdulillah penyelamatlah roti kukus ni kan , saya pun cam tu mana yg mudah :D
PadamKalo masak Kat oven bape minit
BalasPadamSalam kak..saya nak minta izin masukkan resepi dalam blog saya..huhu tapi dah buat entry dah pun..ampunnn..tadi saya dah buat puding ni ikut resepi akak tapi ubah sikit sesuai dengan selera saya..memang sedap!! TQ kak share resepi mudah ni..(^^)
BalasPadamhttp://faizaleda.blogspot.com/2013/08/puding-roti-yang-melting-dalam-mulut.html
as salam..saya mintak izin nak share resepi ya..tq
BalasPadamNak tanye....susu cair tu, ganti dgn susu segar boleh x?
BalasPadamBoleh humaira ganti dgn susu segar..
Padamlangkah kanan mak sedara semua tu kan.. ;)
BalasPadamSalam kunjung kak...
BalasPadamterima kasih follow saya...done follow back...
Sha mang suka puding rotiii...sedappp
dari www.notashalimar.blogspot.com #277
tengok pun dah tau sedap. tapi saya ni bab2 masak puding roti agak failed sikit. hehehe.
BalasPadamNak try la buat dgn resepi ni...tq sharing...ada masa free..lawatla blog saya
BalasPadamwww.sihatnatural.blogspot.com
Saya share ye. Thanks.
BalasPadamsis...telur,gulan ngan esen vanila x perlu masak atas dapur ke???
BalasPadam-siti-
sis...telur,gulan ngan esen vanila x perlu masak atas dapur ke???
BalasPadam-siti-