BENAM JUARA ASIA...Skuad hoki negara meraih kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan mencipta kejutan menewaskan juara Asia, Pakistan 3-2 di Ipoh, malam tadi. |
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan bertemu pemain
selepas Malaysia mengejutkan Pakistan di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi. Malaysia menang 3-2. |
Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.
Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.
Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).
Pagi-pagi blog saya dah diisi dengan berita ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D
Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)