Khamis, 5 Julai 2012

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG

Bila en suami ada di rumah, jadi kena lah memasak bagai, oleh kerana en suami suka sangat masak asam pedas, saya buatlah masakan itu, tambahan en suami tak sihat lagi bila masak yang masam-masam ni apa lagi bertambah-tambahlah makannya. Betul sungguh anak jati Melaka en suami saya ni, asam pedas memang sinonim gitu :D

Ikan parang ni memang sedap di masak asam pedas tapi tu la tak tahan dengan tulangnya, orang rajin jer yang makan ikan parang ni.. sebab rajin bekerja semasa makan kerana nak berhati-hati buang tulang tu kan..
Resepi ni saya belajar dari arwah mak mertua saya, ye la anak menantu kena lah ikut tekak suami, jadi saya minta lah arwah mak mertua ajarkan masak asam pedas melaka ni..

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG 











Bahan-bahannya:
600 g ikan parang

1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum 

2 tangkai bunga kantan
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
 garam secukup rasa


Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }

5 biji lada hitam - ditumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih


Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.

2. Kemudian masukkan bendi supaya bendi tidak lembik nanti hendaklah kita tumis sekali
3. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masukan daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
4. Bubuh  garam . Kacau sekali-sekala.
5. Bila  ikan sudah masak, angkat dan hidangkan.


8 ulasan:

  1. asam pedas kegemaran nadiah! tapi cara nadiah masak lain sikit. tak letak daun kesum tu semua. ada 2 cara sebenarnya kalau ikut cara mak. salah satu cara letak daun kesum tu. cara tu nadiah tak suka sangat (tapi kalau orang lain masak, nadiah makan je :p). nadiah masak guna cara 1 lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam versi masak asam pedas melaka ni Nadiah.. lain tempat lain pula caranya kan... tapi akak suka sangat daun kesum dan bunga kantan tu.. :D

      Padam
  2. mak ila cakap org yg suka mon ikan parang adalah org yg penyanar kiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul-betul penyabar lah Ila makan ikan parang ni tapi sedappp sangat, akak suka :D

      Padam
  3. bila pulak nak masuk kesum dan bunga kantan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. esok pon boleh masuk kesum dengan bunga kantan..hahahaa

      Padam
    2. Masukan bersama ikan tadi cik anyone... hehehe lupa lak nak letak dlm caranya tu... siapa ye cik anyone yg bertanys ni ye..;-)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)