Sabtu, 18 Ogos 2012

Daun ketupat...

Mak saya tanya "nak buat ketupat tak".. belum sempat saya jawap, mak saya jawap tak payahlah nanti masak nasi impit sajer.. tapi saya tahu niat dihatinya nak buat ketupat.. jadi pagi tadi sebelum pergi kerja saya singgah pasar seksyen 16 cari daun ketupat... aduh dah naik harga, tak sampai 50 helai daun RM6, dulu 100 helai daun baru RM8.. dah susah agaknya nak cari daun kot..




sempat anyam dua masa pagi tu
Pada mulanya saya nak beli 2 ikat jer tapi bila tengok daunnya tak berapa cantik saya beli 4 ikat. Lepas tu saya telefon mak kata dah beli daun kelapa.. mak tanya berapa seikat .. saya jawab rm6 ... mahal tu .. tak pe lah kan mak saya nak makan .. sayang mak...

Ketupat satay

Ketupat bawang

Ketupat pasar

Malam ni nak pulun anyam kasi habis, esok balik rumah mak tinggal rebus sahaja. :D

Kawan-kawan tahu anyam ketupat tak...


6 ulasan:

  1. Selamat hari raya! Wah saya tahu anyam ketupat satey ngan pasar je. Bawang x pandai. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketupat bawang senang juga As... jalan nya tiga lilit daun macam ketupat satey.. nanti akak buat tutorialnya :D

      Padam
  2. wah..pandainya akak anyam ketupat! nadiah tak pandai..tak pernah anyam ketupat pun :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak mula belajar masa darjah 6 Nadiah, akak ingat lagi cikgu akak ajar waktu pendidikan seni dan pendidikan jasmani.. masa bulan puasa mana ada senaman , jadi cikgu ganti dengan belajar buat sarung ketupat.. untung jadi cikgu kan .. inilah ilmu yang bermanfaat yang di janjikan :))

      Padam
  3. kak tie.. cam kenal jer karpet tu.. hehheheehhe ...saya reti anyam ktupat bawang jer.. tupat pat segi tu x dpt2 lagi.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe cantikan karpet tu zura ... mari akak ajarkan buat ketupat empat segi tu.. senang ajer..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)