Selasa, 25 September 2012

Resepi Mee Hailam

Semalam saya buka puasa dengan mee hailam saja... bila lihat di peti ais mee kuning tu ada lagi, tu yang saya buat mee hailam takut expire pula mee kuning. Mee hailam ni kegemaran kami sekeluarga.. tak hairan kalau nabil dan kakaknya bertambah dua kali :-D...

Sekarang tengah memulakan projek ganti puasa pulak :)) InsyaAllah tinggal sehari jer lagi nak diganti.. senangkan kalau dah ganti awal-awal.. ini kerana saya dah serik disebabkan kes 2 tahun sudah dimana saya jatuh sakit iaitu mengalami migrain yang teruk.. masa tu dah dekat ramadhan.. saya cuba ganti puasa, apabila petang saya dah kolaps, nak berbuka saya terpaksa merangkak kerana tak daya nak bangun.. seksa sungguh saya rasa ketika itu :(

Saya regu dengan jus jambu batu merah Yummy :))

RESEPI MEE HAILAM










Bahan-bahannya :-

250gram Daging ( campur dengan tulang pun sedap:p) direbus
2 mangkuk air rebusan air
10 ekor udang
1/2 batang lobak merah
250gram bunga kobis
5 batang jagung muda
2 ulas bawang putih (ditumbuk jangan sampai lumat tau)
1 inci halia (ditumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1) Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan bau wangi
2) Kemudian masukan kicap pekat, kicap cair, kicap manis,sos cili dan sos tiram. goreng sekejap.
3) Selepas tu masukan air rebusan daging dan daging yang telah dihiris nipis. Biarkan mendidih
4) Kemudian masukan pula sayur-sayur dan udang. Masakan hingga empuk.
5) Bancuh tepung jagung dengan sedekit air, kemudian masukan kedalam masakan tadi
6) Akhir sekali letak sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. (kalau nak pedas boleh letak lada hitam lebih sikit)
7) Siap untuk dihidang

Selamat mencuba :))

2 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)