Anak-anak saya pun suka juga ikan masak kukus ni, hendak ikan baru lagilah manis kan :D
RESIPI IKAN KERAPU KUKUS
Bahan-bahannya :-
2 ekor ikan kerapu kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos tiram
1/2 batang lobak merah
miyak bijan
garam
daun bawang dan daun sup
Cara-caranya :-
1) Cuci ikan sehingga bersih( sebaiknya cuci dengan limau nipis)
2) Tumbuk bawang putih dan halia
3) Masukan ikan kedalam manggkuk kukus gaulkan bersama bahan tumbuk dan sedikit garam.
4) Masukan Lobak merah yang di potong memanjang dan letakan sos tiram diatas ikan tadi
5) Kemudian kukus selama 15 minit
6) Selepas 15 minit perah limau nipis, masukan daun bawang serta sup dan titikan minyak bijan.
7) Kemudian kukus lagi selama 10 minit.
8) Siap untuk dihidangkan
Mudahkan masak makanan sihat ni.. cuma hendak dengan tak nak jer nak masak dan ikut selera aje. Itu saya lah tu.. lepas ni rajin-rajin masak makanan sihat yer Puan Yatie :D
best jgakkan.. tp hubby ila msti mkn pedas2
BalasPadamIla boleh hiriskan cili padi dan kukus sekali dengan ikan tu, akak buat macam tu untuk en suami sebab dia pun kuat makan pedas :D
Padamsekali sekala makan macam ni memang best kan...????
BalasPadamkena pula dengan sambal belacan layan habisssss.....
Kalau layan dengan sambal belacan memang terangkat lah Yan :D
Padam