Rabu, 31 Oktober 2012

Lai Chi Kang Rumpai Laut (kolagen asli) yang sangat yummy ^__^S

Jom kita minum manisan rumpai laut yang sangat yummy ini... terbaeekkk. Banyak khasiat rumpai laut (kolagen asli) ni... 

Manisan rumpai laut yang yummy ^__^

Sesudah di rendam jadi kembang  yang sangat canteek :P

Bahan-bahan nya Rumpai laut, fungus, manisan kundur,
kismis, biji teratai, kurma china, gula merah dan longan kering
 Resepi ni saya olah dari penyediaan air laicikang  saja dan saya ubah suai mengikut cita rasa saya.

RESEPI MANISAN RUMPAI LAUT (KOLAGEN ASLI)










Bahan-bahannya:- 
15 biji kurma china
15 biji longan kering
15 biji kacang teratai (lotus) (rendam)
15 gram gula batu
10 gram gula merah
5 gram snow fungus
1 litter air
35 gm rumpai laut (belum rendam)

Cara-caranya :-
1) Cuci dan rendam rumpai laut semalaman. Ia akan kembang seperti gambar diatas.
2) Potong rumpai laut kecil-kecil.. lebih kurang 1 inci
3) Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan bahan diatas (kecuali rumpai laut) selama 1/2 jam.
4) Matikan api dan biar air menjadi suam sedikit baru di masukan rumpai laut yang dipotong kecil.
5) Sedia diminum semasa suam atau pun sejuk..

Saya sekarang sedang menjual rumpai laut ini.. jika ada yang berminat boleh menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :)



RM20.00 (100gm)kos pos laju RM6.00
Rumpai dan bahan laici kang

RM 15.00 (100gm)kos pos laju RM6.00
Rumpai Laut (kolagen asli)

RM 5.00 (30gm)
Rumpai Laut 

Khasiat rumpai laut


Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.


Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.


SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:

-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)


KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

 Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormone

 Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan


 Memejalkan payudara, otot dan punggung


 Menyihatkan rambut dan kuku

Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid

Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur

Mengurangi selulit

Memberi tenaga

Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang

Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis

Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot

Merawat penyakit gout

Mencegah kanser/tumor

Menurunkan tekanan darah tinggi

Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik

Anti bakteria/kulat

Merawat anemia

Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh

Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)

Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit

Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut dan menutup semula lubang-lubang jerawat

Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka

Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)

Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas

Menberikan rasa kekenyangan (diet)

Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)



Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.



CARA BASUH DAN PENGGUNAANNYA

1.Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
2.Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
3.Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
4.Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
5.Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
6.Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng



CARA PENYEDIAAN:

Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5 liter air selama 15-20 minit. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. Ketahui cara penyediaan lebih lanjut 

CARA PENGAMBILAN:

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.


CARA MEMBUAT MASKER PURE MARINE COLLAGEN 

1.Selepas rumpai laut direbus, tapiskan terlebih dahulu
2.Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
3.Bersihkan muka terlebih dahulu
4.Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
5.Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
6.Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
7.Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

p/s Sumber info dari ihsan google terima kasih yang menyumbang..




Sekiranya berminat untuk membeli rumpai laut ini sila email di 

cahaya2569@gmail.com
Yati 019 3880499

Rabu, 24 Oktober 2012

RINDU DATANG LAGI....

Rindu.. ye rindu yang amat sangat untuk menjadi tetamu Nya.. sudah 5 tahun berlalu.. namun apabila ia datang lagi.. rindu terus mengusik jiwa saya.. hati melonjak-lonjak untuk kesana lagi.. 




Kata ustaz siapa yang mendengar talbiah hendaklah dia menyahut talbiah itu, Insyallah kita akan menjadi tetamuNya.. Itulah yang saya lakukan.. apabila terdengar di TV, saya pun ikut sama, dengar di radio, saya pun ikut sama.. maka pada tahun 2007 saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT menjadi tetamu Nya.. Syukur Alhamdulillah saya kehadrat Ilahi yang tak terhingga  pada ketika itu... Saya pergi bersama en suami dan emak saya.

Alhamdulillah kami mendapat penerbangan awal pada waktu itu dan turun di Madinah, pada masa itu cuaca sangat sejuk.. angin hingga sejuk menggigil dibuat,  dari flight dah pakai sweater dengan mak, ketua pramugara tu dah umum cuaca pada waktu 18c rasanya.. tak ingat dah

Mendarat dari kapal terbang coaster ni dah tunggu di tangga kapal terbang
untuk dibawa ke tempat bas pula . 
Jemaah berada di Madinah selama lapan hari... iaitu untuk mencukupi 40 waktu solat di Masjid Nabawi tu disamping melawat ketempat bersejarah ,ladang kurma, perkuburan Baqi' dan banyak lagi... banyak gambar tak terpilih :D


Selepas lapan hari di Madinah, kami pun berangkat pergi ke Mekkah pula.. sayu rasa hati meninggalkan Madinah yang disitu adanya makam Nabi Muhammad s.a.w yang amat dicintai dan disayangi.. :( 
Di Mekah banyak tempat juga yang di ziarahi seperti Hudaibiyah, Ladang Unta, Jabal Nur dan pelbagai tempat lagi..

Aktiviti utama saya dan en suami semasa menunggu waktu wukuf adalah membuat umrah semampu yang boleh sebab ustaz pun dah pesan suruh berehat sikit untuk menghadapi waktu punca melaksanakan ibadah haji, kesihatan kena jaga sepenuhnya. Sejujurnya saya kata, memang perlu kita mempunyai kekuatan mental dan fizikal, kasihan juga saya melihat jemaah yang berumur, saya membantu mereka semampunya, tolong sidaikan kain baju mereka yang mana datang seorang diri, ambilkan makan minum... saya pergi pakej ni pun sebab membawa emak saya bersama, pada waktu itu harganya RM14,500.00 seorang dan alhamdulillah hotel tempat saya menginap hanya 30 meter di pintu masjid. Pada masa awal-awal tu.. nak dekat azan baru kami pergi tapi bila jemaah semakin ramai 1 jam sebelum azan dah berada didalam Masjidil Haram..

Pada hari khamis kami telah bertolak ke Arafah untuk wukuf yang mana 10 zulhijjah jatuh pada hari sabtu ketika saya mengerjakan haji. Apabila telah tiba wukuf maka bermula ibadah haji dilaksanakan sepenuhnya. Memang memerlukan kesabaran yang kuat, saya sendiri diduga terpisah dengan suami sewaktu bertolak ke Muzalifah.. (saya rasa nak buat satu paparan halaman untuk Kembara Haji saya ni untuk tatapan anak saya kelak, Insyallah)

Wukuf di Arafah
Selepas waktu maghrib, kami bertolak ke Muazalifah (diwaktu ini saya terpisah dengan en suami akibat salah komunikasi dan tempat menunggu, tunggu paparan halaman Kembara Haji Saya)Namun begitu, alhamdulillah doa saya di makbulkan Allah SWT untuk dapat berjumpa semula dengan suami saya di Muzalifah.

Berehat sebentar sebelum mencari batu kecil didalam kegelapan malam
saya sampai di Muzalifah pukul 12.30 malam
Selepas mencari batu di Muzalifah, jemaah mula bergerak untuk ke Mina (gambar di Mina tiada lupa nak ambil dan kepadat waktu kerana saya ambil nafal awal). Kami mula berbaris untuk menaiki bas pada pukul 2 pagi dan dapat menaiki bas pada pukul 4 pagi dan sampai di Mina, azan subuh sedang berkumandang.. bas tidak dapat masuk di Mina sepenuhnya terpaksalah kami berjalan kaki hampir 15 minit utk ke khemah.. selepas itu bergegas pula untuk solat subuh pula. Selepas solat , saya dan emak terus tertidur kerana kepenatan dan perlu berehat untuk melontar Jamrah Kubra ,Kami melontar awal pada pukul 10 malam dan selesai melontar pukul 12 malam.. dan keesokan harinya untuk  melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah.

Oleh kerana saya ambil nafal awal pagi esoknya  selepas melontar ketiga-tiga jamrah kami pulang ke Mekah dan saya perlu cepat untuk mengejar waktu "uzur" saya semoga dapat melakukan dengan segera kesemua rukun haji itu.

Alhamdulillah, selama 46 hari saya disana sungguh meninggalkan momentum yang teramat indah yang tidak dapat saya lupakan. Oleh kerana pergi awal balik pun awal lah :D

Balik semua muka berseri-seri dan bersyukur kerana telah dapat menunaikan rukun Islam yang ke lima itu
Bila  mak bapak Mekah anak-anak dirumah pun dah jadi anak Arab...


Sewaktu saya menunaikan haji ini Nabilah baru berumur 5 tahun, Najeeha 3 tahun dan Nabil 6 bulan, saya tawakal kepada Allah SWT meninggalkan anak-anak saya dibawah jagaan kakak saya dan arwah mak mertua saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka. Saya berdoa agar dapat menunaikan haji semula sekeluarga. Doa saya telah dimakbulkan Allah untuk pergi menunaikan haji sebelum umur  40 tahun telah tercapai . Syukran ya Allah. Ameen..






Setelah selesai pembinaan Baitullah oleh Nabi Ibrahim a.s, maka Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.” (surah al-Haj ayat 27).


Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah,
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumahNya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana.”
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah SWT menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara lainnya, “Labbaikallahhummalabbaik” yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilanMu ya Allah.




Selasa, 23 Oktober 2012

Nasi Minyak Hujan Panas

Seseuai sangat tajuk entri tu dengan keadaan cuaca sekarangkan .. :) sekejap hujan sekejap panas... penyudahnya kain dipenyidai tak kering huhuhu... dah lama nak nak buat entri utk nasi minyak hujan panas ni tapi asyik kesibukan betul minggu lepas.. jadinya hari ni saya baru boleh buat entri... itu pun pendek jer sebab ada kerja yang menunggu lagi...

Nasi Minyak Hujan Panas yang Yummy ^__^


Jom kita tengok resepi ye.. senang sangatlah buatnya.. boleh buat hari raya haji nantikan...

RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS










Bahan-bahannya
2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam dan toskan)
3 cawan air
1 cawan susu cair
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 kumtum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1/2 kiub perasa ayam
2 sudu besar minyak sapi
garam secukup rasa
pewarna merah,kuning dan hijau

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
2) Selepas itu masukan susu ,kiub perasa ayam dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
3)Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg ditos  tadi. Kacau sekata. 
4) Apabila nasi hampir masak renjiskan pewarna merah,hijau dan kuning dan biar nasi hingga masak.
5) Bila nasi sudah masak barulah di gemburkan perlahan.
6) Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :)

Ahad, 21 Oktober 2012

Menziarahi ;-)


Petang tadi saya berkesempatan menziarah kak rose blogger My Kuali. Alhamdulillah, gembira mendengar cerita kak rose yg tidak mengalami sebarang masalah dan segalanya berjalan dgn mudah ;D


Sempat juga kak rosesmenjamu anak2 saya dgn nugget tampura dan donut yg sedap itu walaupun kak rose kata "kuih beli kat kedai jer"...tak pe kak rose.. lagi pun tangan tak baik lagi.. terima kasih banyak melayan kami, buat susah kak rose jer..


Masa ni Nabil leka bermain game, bila suami kak rose buka desktop suruh dia bermain, apalagi tak lepas peluang lah dia...

Maaf ye kak rose, nabil ni lasak sikit, macam budak hyperaktif jer.. habis panjat sana sini, pada hal dlm kereta kakak nabilah siap pesan, nabil nanti duduk diam-diam ye... tak makan saman juga nabil ni.

Semoga kak rose cepat sembuh ye.. rindu lak dgn resepi masakan kak rose ;D










Sabtu, 20 Oktober 2012

SEMOGA UMUR MU DIRAHMATI ILAHI ;-))

Mama sayang jeeha ;-D

Hari ini adalah hari lahir puteriku yang kedua SYAZA NAJEEHA, mama doakan agar kamu menjadi anak solehah, taat dan menjauhi larangan Allah, berjaya dgn cemerlang didunia dan akhirat. Ameen.. .:-)

Rabu, 17 Oktober 2012

Selasa, 16 Oktober 2012

Sotong Percik ... yummy ^__^

Ini adalah lauk masa kami lunch hari sabtu tu hari yang di regu bersama nasi minyak hujan panas. Kak Najeeha cukup suka sambal percik tu.. terasa lemak-lemak pedas tu.. tambahan kena dengan nasi minyak tu. Ini memenuhi permintaan nabil lah ni. Kami makan empat beranak jer.. en suami kerja sampai petang..;


Sotong Percik
Kacau sehingga pekat

Sudah pekat kuahnya baru masuk sotong
Jom kita tengok resepinya yang cukup mudah ehe.. tak banyak sangat bahannya...

RESEPI SOTONG PERCIK










Bahan-bahannya:-

5 ekor sotang saiz besar - kelar-kelar sotong tersebut
3 biji cili merah - kisar
10 biji cili padi - kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
1/2 inci halia - kisar
3 biji buah keras - kisar
3 biji bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 batang serai - dihiris dan kisar
1 1/2 cawan santan pekat
daun kunyit - hiris nipis
daun limau purut - hiris nipis
1 biji limau nipis/purut
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1) Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau wangi.
2) Kemudian masukan santan pekat dan garam. Kacau hingga kuah tersebut pekat (seperti gambar diatas)
3) Apabila kuah dah pekat baru masukan sotong dan masak hingga kuat pekat dan masukan hirisan daun kunyit dan limau purut.
4) Selepas itu perahkan limau nipis/purut kedalam masakan tadi. Kacau sebentar.
5) Siap untuk dihidang. :D

Sabtu, 13 Oktober 2012

Lunch kami pula ;-)

Memenuhi permintaan nabil yg nak nasi minyak lagi... penyudahnya saya buat nasi minyak hujan panas sesuai dgn cuaca hari ini yg sekejap hujan. ssekejap panas :D
Saya regukan dgn sotong percik... yummy kata kak nabilah.. Tengok gambar dulu ye nanti resepi... update entri ni pun guna handphone hihihi

Nak sarapan apa ye ;-)

Tengok nasi dlm periuk adalah dua cawan nak buat nasi goreng tak cukup, penyudahnya saya buat cucur nasi ikan bilis, sedap juga.. lembut je bila dimakan, saya regukan pula dgn sambal tumis ikan bilis... beriye en suami saya makan, kena dgn seleranya...


Budak2 bertiga ni tak suka cucur ikan bilis ni, jadi saya buat cucur nasi milo, suka lah budak bertiga tu... yummy.. boleh buat lagi mama ;D
Abaikan cucur saya yang tak berapa bulat tu.. tengok gambar dulu ye.. kalau sempat petang saya update ye ;-)

Jumaat, 12 Oktober 2012

GULAI DAGING TETEL REBUNG MADU

Rindunya nak makan gulai daging tetel dengan rebung madu, saya masak ni masa di rumah kakak saya di Sri Kundang. Sedap betul rebung madu ni.. lembut jer.. saya meratah macam tu jer,  habis sepinggan :D. Di shah alam ni susah pula saya nak jumpa rebung madu ni.. bila balik kuang lah saya suruh kakak saya beli lagi ni... lepas tu pekena dengan nasi putih panas.. perghh.. memang terangkat lah :P

Gulai Daging Tetel Rebung Madu..
ni saya masak rumah emak di kuang


Ni rupa rebung mandi selepas di rebus
(dari google)


yang ni masih belum di buang kulitnya
(dari google)


Ini pokok buluh.. kecik aje patutlah rebungnya comel-comel :D
(dari google)

RESEPI GULAI DAGING TETEL DENGAN REBUNG MADU










Bahan-bahanya :-
500 garam Daging Tetel (direbus hingga empuk)
700 gram hirisan rebung madu (dicelur, toskan)
1 liter santan cair
400 gram santan pekat
1/2 inci kunyit hidup *
3 biji bawang merah kecil*
3 biji cili merah*
20 biji cili padi kampung*
asam keping
daun kunyit
2 batang serai dititik
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1)Masukan rebung yang telah dicelur dan ditoskan tadi kedalam periuk rebus daging tadi.
2) Kemudian masukan bahan kisar (*) tadi, kacau, lepas tu masukan santan cair dan serai , kacau selalu supaya tak pecah santan.Masak hingga rebung lembut.Guna api yang sederhana.
3) Kemudian masukan asam keping dan daun kunyit, bila dah mendidih masukan santan pekat dan daun kunyit.
4) Siap untuk dihidang

Mak dengan kakak saudara .. saya nampak tangan je
tengah meratah rebung tu :P


Khamis, 11 Oktober 2012

Semoga di permudahkan ^___^




Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair
( Permudah kan lah urusanku, jangan lah Engkau susahkan urusanku, semoga segala urusanku berakhir dengan baik)


Hari ini kedua anak saya Kak Nabilah dan Kak Najeeha menghadapi peperiksaan akhir tahun, "Ya Allah permudahkan anak-anakku dalam menghadapi peperiksaan ini, berilah mereka pemahaman yang baik , berikan mereka ketenangan dalam menghadapinya dan berikanlah kejaayan kepada mereka, Ameen ya Rabbil Alamin"

Setelah mereka berusaha dalam menghadapi peperiksaannya, hanya kepada Allah kita bertawakal, semoga memperolehi kejayaan dari hasil usaha itu.

Ini nota kak Najeeha buat :)

Ini nota kak Nabilah pula :D

Dari semalam ke hulu ke hilir membaca nota-nota tu, pagi tadi dalam kereta pun sempat lagi membacanya. Saya pesan kepada mereka "sebelum menjawab soalan tu baca al fatiha dan baca doa ni  Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair( Permudah kan lah urusanku, jangan lah Engkau susahkan urusanku, semoga segala urusanku berakhir dengan kebaikan), Insyallah akan permudahkan segala urusan"

Good luck my dear, mama love u :D

p/s Nabil pula akan periksa bermula esok jumaat hingga jumaat minggu depan tapi bila suruh baca buku buat tak tahu jer... "Dah baca kat sekolah" jawabnya.. huhuhu

Rabu, 10 Oktober 2012

Terung Goreng Sambal

Bila nak tengok en suami makan bertambah, masaklah lauk kegemarannya, maka bertambahlah makannya.. sudahlah senang sangat nak masak terung goreng sambal... lagilah memudahkan kerja memasak saya kan. En suami saya ni bila makan tak cerewet sangat janji ada sayur berkuah dan yang bergoreng. Cukuplah bagi dia :D..

Jadi, petang semalam saya balik lewat sikit sebab pergi ke bank lah, isi minyak dulu... dah menyala signal suruh isi minyak.. ada pulak yang kena tolak kereta nantikan... aduh tak dayo den :P Manalah pulak saya melalut.. mari kita cerita balik pasal terung goreng sambal ni.. Tengok gambar dulu ...



Kak Nabilah pun suka terung goreng sambal ni tapi yang pelek nya kulit terung dia tak makan, ambil isi terung tu jer... :) Alahai anak omak.. macam-macam ragam dia orang ni kan...

RESEPI TERUNG GORENG SAMBAL










Bahan-bahannya :-

6 batang terung pendek(saya belah 4 aje)
3 biji cili merah*
5 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
Semangkuk kecil ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-caranya :
1) Panaskan minyak dan goreng terung hingga masak(agak-agak ye jangan lembik sangat)> Lepas masak tu angkat.
2) Goreng pula ikan bilis hingga garing. Lepas masak angkat
3) Kemudian tumiskan pula bahan kisar hingga naik bau wangi dan letak garam secukup rasa.
4) Apabila sambal yang tumis dah masak, tutup api, kemudian masukan terung dan ikan bilis yang siap digoreng.
5) Gaulkan sambal hingga mesra
6) Siap untuk dihidang.

Makan pula bersama nasi putih yang masih berasap tu.. peghhh terasa keenakannya :D

Selasa, 9 Oktober 2012

Gulai Daging Salai Belimbing Buloh

Nostalgia sungguh en suami saya ni.. jalan-jalan dipasar tani stadium shah alam, jumpalah orang jual daging salai.. apa lagi tentu nak masak lomak cili padi bak kato Acik Erna kan ehe... selalunya nak makan daging salai ni masa hari raya haji... masa tu banyak dapat daging korban tu.. so nak simpan lama, daging tu disalai dulu, arwah mak mertua saya dulu buat cam gitu.. tu yang teringatkan nostalgia en suami..

Gulai Daging Salai Belimbing Buloh
Bahan-bahannya ye puan-puan ;-)
Saya regukan dengan belimbing buloh.. terasa masam belimbing buloh.. sedap sangat.. aduh.. enak gitu..Mari kita tengok resepi sepenuhnya dan cara nak masak... cewah.. macam chef lah pulak.. "sonang ajo tu yati.." kato Acik Erna.. "acik pojam mato jo buek..." hehehhe.. jangan mare ye acik gurau senda jer ni...

RESEPI GULAI DAGING SALAI BELIMBING BULOH










Bahan-bahannya :-
400 gram daging salai (dihiris nipis - lihat gambar diatas)
15 biji buah belimbing buloh (ikut suka ye.. kalau suka masam letak lebih)
20 biji cili padi (dikisar)
1 biji cili merah(dikisar)
1/2 inci kunyit hidup(dikisar)
3 biji bawang merah kecil(dikisar)
2 batang serai (ditumbuk/dititik)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
daun kunyit 
garam 


Cara-caranya :
1) Masukan bahan kisar dan santan cair kedalam periuk bersama serai yang di titik tadi. Kacau sebentar.
2) Kemudian masukan daging salai, kacau selalu , bila daging dah nampak empuk, masukan belimbing buloh yang dibelah dua. 
3) Masukkan garam secukup rasa dan rasa masamnya jika tak cukup boleh ditambah asam keping.
4) Akhir sekali masukan santan pekat dan daun kunyit. Kacau selalu supaya tak pecah santan. Masak hingga mendidih sambil dikacau.
5) Siap untuk dihidangkan.

Sebenarnya saya nak masak daging salai ni dengan buah bacang tapi disebabkab buah bacang yang saya ambil di rumah pak mertua saya tempohari dah masak. Maka saya buatlah sambal bacang. Makin menjadilah en suami saya makan...

Buah bacang yang manis ehemmm
Sambal Bacang.. hemmm enakkk

Cara nak buat sambal bacang...
Bahannya :-
Lima hiris buah bacang
Sedikit ikan bilis
1 biji cili merah
3 biji cili padi

Caranya:
Tumbuk cili merah dan cili padi hingga lumat, masukan pula ikan bilis tumbuk sedikit jangan sampai lumat sangat, lepas tu masukan buah bacang dan tumbuk hingga sekata. Jika suka boleh letak garam sikit.. nanti rasa lemak-lemak masin manis dan masam...

Perghhh ni bila makan mak mertua baru saya lalu pun tak nampak... hahaha 

Isnin, 8 Oktober 2012

Nasi Lobak Merah

Nasi lobak merah ni dah lama saya nak cuba, masa saya BW ke blog Yan Cottage, baru semalam dapat buatnya.. memang sedaplah nasi ni , tengahari tu sekali hadap kami 5 beranak.. en suami beriye menambah, sama juga dengan budak 3 orang ni yang minat sangat nasi minyak ni... Yummy betulah Yan.. simple pula resepinya :D


Saya regukan dengan Ikan Kerapu Sweetsour, Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang dan Kari Ketam. Memang kenalah regunya tu kan :). Boleh buat untuk Hari Raya Aidiadha (Haji) nanti ni.

Ni plate kak Nabilah.. tak sangka dia boleh habis sebanyak
ni nasi tu.. siap bertambah lagi :D


Akak mohon share resepi ye Yan.. tapi akak ada olah sikit mengikut tekak kami sekeluarga.

RESEPI NASI LOBAK MERAH




Bahan-bahannya

2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam)
3 cawan air
1 batang lobak merah (disagat/ potong halus)
2 sudu besar serbuk perencah sup adabi
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 kumtum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1/2 kiub perasa ayam
2 sudu besar minyak sapi
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, serbuk sup dan bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
2) Selepas itu masukan lobak dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
3)Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg direndam tadi. Kacau sekata. Dan biar nasi hingga masak.
4) Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :)

Senangkan, SELAMAT MENCUBA :D