Jumaat, 12 Oktober 2012

GULAI DAGING TETEL REBUNG MADU

Rindunya nak makan gulai daging tetel dengan rebung madu, saya masak ni masa di rumah kakak saya di Sri Kundang. Sedap betul rebung madu ni.. lembut jer.. saya meratah macam tu jer,  habis sepinggan :D. Di shah alam ni susah pula saya nak jumpa rebung madu ni.. bila balik kuang lah saya suruh kakak saya beli lagi ni... lepas tu pekena dengan nasi putih panas.. perghh.. memang terangkat lah :P

Gulai Daging Tetel Rebung Madu..
ni saya masak rumah emak di kuang


Ni rupa rebung mandi selepas di rebus
(dari google)


yang ni masih belum di buang kulitnya
(dari google)


Ini pokok buluh.. kecik aje patutlah rebungnya comel-comel :D
(dari google)

RESEPI GULAI DAGING TETEL DENGAN REBUNG MADU










Bahan-bahanya :-
500 garam Daging Tetel (direbus hingga empuk)
700 gram hirisan rebung madu (dicelur, toskan)
1 liter santan cair
400 gram santan pekat
1/2 inci kunyit hidup *
3 biji bawang merah kecil*
3 biji cili merah*
20 biji cili padi kampung*
asam keping
daun kunyit
2 batang serai dititik
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1)Masukan rebung yang telah dicelur dan ditoskan tadi kedalam periuk rebus daging tadi.
2) Kemudian masukan bahan kisar (*) tadi, kacau, lepas tu masukan santan cair dan serai , kacau selalu supaya tak pecah santan.Masak hingga rebung lembut.Guna api yang sederhana.
3) Kemudian masukan asam keping dan daun kunyit, bila dah mendidih masukan santan pekat dan daun kunyit.
4) Siap untuk dihidang

Mak dengan kakak saudara .. saya nampak tangan je
tengah meratah rebung tu :P


8 ulasan:

  1. suka sangat dengan rebun nie he heeeee.....

    BalasPadam
  2. sedapnyaa... akak pun suka, tp biasanya beli jer, sebab penyakit m tu ada jer, lagipun anak2 kecil2 lagi x reti nak makan lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang makan gulai rebung ni di kg jer.. untuk orang dewasa pun kegemaran :D

      Padam
  3. hmmm nmpk sedap..tp syg QH xmakan lauk tu..hehe..

    BalasPadam
  4. nadiah tak makan rebung. tak suka baunya >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama macam en suami akak.. tak suka bau madam tu tapi kalau rebung akak buat sendiri, en suami akak makan hehehe ;-)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)