بارك الله لكما وبارك عليكما
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Laku wa Baraka
alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.FBarakallah hu lakuma wa baraka
alikuma
Wa jamaah baina kumnjja fii khair.
|
5 kali lafaz baru berjaya ;-) |
Hampir 2 tahun mak mertua saya meninggal.. baru sekarang bapa mertua saya bertemu jodoh kali kedua... ialah buat peneman di rumahkan. Tambahan anak-anak duduk jauh dari abah.. sekurang-kurangnya ada yang menyediakan makan minumnya, menjaga sakit peningnya dan kawan untuk berbual.. tidak terasa sunyinya...
|
Serah mas kahwin :D |
|
Sarung cincin pula ;-) |
Gambar kami sekeluarga bersama pak teh, Mak teh, mak angah,pak cik dan mak cik. Semuanya 6 buah kereta pergi menghantar. Majlis bermula selepas solat jumaat, pukul 3 petang tapi pak imam pula tertidur dirumah.. :D penyudahnya pukul 4 petang baru mula ;-))
|
Keluarga kami :D |
|
Keluarga belah perempuan :) |
|
Ni hantaran dari kami ... Sirih junjung tu pukul 9 pagi baru saya mula menggubah :D
|
|
Dulang biru hantaran dari pihak perempuan ;-)) |
|
Kek dari anak pengantin perempuan ... yummy |
Pada hari sabtu sebelum zohor diadakan majlis sambut orang baru ni di rumah bapa mertua saya di Felda Bukit Jalor, Gemenceh, Negeri Sembilan... gambar tiada sebab saya sibuk sangat di dapur dan menghidang makanan, lupa pula nak bagi kamera pada kak Nabilah suruh ambil gambar :D
Saya doakan semoga perkahwinan ini membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Ameen
Selamat pengantin baru....moga kekal hingga ke akhir hayat.
BalasPadamTerima kasih Nozie :D
PadamAlhamdulillah... Nur... Tahniah dapat mak mertua baru... SELAMAT PENGANTIN BARU untuk abah Nur.. semoga kekal hingga ke syurga
BalasPadamAmeen.. terima kasih SR :)
PadamAlhamdulillah dan tahniah.Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga..tentu anak anak lah paling genbira kerana ada orang yang akan menjaga makan dan minum pak mertua Nur...syukur.Tumpang gembira.
BalasPadamYe cikmanggis.. anak-anak tidak lagi kerisauan bila berjauhan dengan abah sebab dah penemannya :D
PadamAlhamdulillah dan tahniah.Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga..tentu anak anak lah paling genbira kerana ada orang yang akan menjaga makan dan minum pak mertua Nur...syukur.Tumpang gembira.
BalasPadamteringat pula arwah atuk nadiah belah mak. arwah opah meninggal awal. dah bertahun-tahun meninggal pun atuk tak cari pengganti. anak-anak suruh kahwin lain buat peneman, dia tak nak. sampai la akhir hayat dia memang dia tak nak. sayu pula bercerita tentang arwah atuk..
BalasPadamtahniah buat ayah mertua akak! semoga berbahagia selamanya..ameen.. :)
Terima kasih Nadiah...
PadamMemang ada yang macam atuk Nadiah tu.. pak cik akak pun tidak mencari pengganti walaupun arwah mak cik meninggal muda.. anak yg kecil masa tu baru berumur 5 tahun.. Namun berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading.. sekarang yang si bungsu tu sedang melanjutkan pelajarannya ke Jepun :D