Khamis, 10 Januari 2013

Tuk tuk tuk masak apa tu :D

 Tuk tuk tu ..... Assalamualaikum.... masak apa tu?...

Kuatnya bunyi tumbukan lesung batu... buk buk buk....

Jiran sebelah pun boleh dengar mama ooiiiii....

Hahaha... en suami menanya apa yang tumbuk beriye sangat tu...

Tak tau isterinya tengah masak lauk peberet nya... cuba tengok bawah apa yang saya rebus...

Mula-mula rebus bagi empuk....

Bila dah empuk tumbuk macam ni.....

Lepas di tumbuk inilah kejadiannya...

Selepas siap dimasak ini lah dia.... cuba teka siapa saya :D
Hari sabtu tu ari pergi pasar seksyen 16, jadi ternampaklah jering tua yang sesuai utk dibuat gulai aka masak lemak cili api... dah lama saya tak makan.. oleh kerana regu saya en suami pun makan jering ni maka menjadilah dua laki bini bertambah makannya... budak2 3 orang tu saya tak bagi makan.. saya buat mereka tomyam ayam.... lagi yummy kata budak 3 orang tu... apa taknya peberet dia orang jugak tomyam tu :D

Jom kita layan resepi gulai aka masak lemak jering ni :-

RESEPI GULAI JERING
Bahan-bahannya :

15 biji jering tua(direbus hingga empuk)
20 biji cili api*
1 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
3 biji bawang merah* (dikisar)
1 mangkuk kecil santan pekat
2 mangkuk kecil santan cair (diambil dari sebiji kelapa, asingkan santan pekat tu)
1 helai daun kunyit
1 batang serai
garam secukup rasa

Caranya :
1) Rebus jering sehingga empuk, kemudian tumbuk dilesung (seperti gambar diatas)
2) Masukan santan cair bersama bahan kisar, jering yang telah ditumbuk, dikacau sehingga mendidih.
3) Selepas mendidih masukan santan pekat,garam secukup rasa, daun kunyit dan serai... kacau lagi sehingga mendidih.
4) Siap untuk dihidangkan...

Jering ini juga banyak khasiatnya kawan-kawan... jom kita baca info ni yang saya perolehi dari en google :D

JERING dan KHASIATNYA


Jering merupakan salah satu makanan ulaman yang cukup popular dan digemari. Sama seperti ulaman lain,jering boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak.

Jering atau nama saintifiknya pithecellabium indicum( jiringa ) / Archdendron jiring adalah tumbuhan asli di negara ini dan kawasan asia. Daripada kajian yang telah dijalankan mendapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protien, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.

Khasiatnya boleh diperolehi dari biji jering hinggalah kepada akar umbi. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, namun ramai dikalangan orang kita suka memakannya untuk dijadikan ulam, sedap dimakan atau dicicah bersama sambal belacan.

Khasiat jering dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil. Difahamkan jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita makan dalam kuantiti yang banyak akan mengalami sembelit. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak berkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing.

Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk memulihkan kesihatan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.  

KHASIAT DAN KEGUNAAN ;
   *  BUAH :

1. Batu Karang : 3 biji buah jering ditumbuk halus bersama halia dan rebus dengan 5   gelas airsehingga mendidih, biarkan sejuk dan minum airnya 1 cawan sehari.
2.  Syphillis : Makan buahnya secara berterusan.
3.  Masalah Kulit : Isi buah jering dilumat dan dilumur pada kulit yang bermasalah. Juga menjadikan kulit wajah lebih berseri.

 * KULIT :

1. Kulit jering baik untuk merawat masalah kencing manis. Ambil kulit buah jering atau kulit pokoknya dan rebus dengan air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk, amalkan meminum setiap pagi.



14 ulasan:

  1. aduh Yati sedapnya nampak jering tu tapi akak tak pernah masak hehe akak lebih suka petai tapi macam teringin nak makan nak kena cari jugak ni..

    BalasPadam
  2. nadiah tak makan jering (banyak benda tak makan..hihi..)

    p/s: hari tu akak kata nak corelle, kan? ni blogshop nadiah: http://wanswanzshop.blogspot.com/. apa-apa hal boleh emel nadiah (nadiahnzaki@gmail.com) :)

    BalasPadam
  3. Sedap je tgk tu Kak..
    sy tak makan jering..hehe..tapi klu hubby peberet dia ni...:)

    BalasPadam
  4. salam kak yati....
    nampak sedap...belum pernah cuba....sebab tak makan jering nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak sebab dah terdidik makan jering sejak kecil sebab arwah atuk ada tanam pokoknya :D

      Padam
  5. lagi lembut jeringnya lagi sedap...
    jering kalau masak gulai memang Nur makan...nak buat ulam tak makan he..he..

    BalasPadam
  6. erk..jering...PM tak makan...huhu

    BalasPadam
  7. oo jering ke...hehehe..igtkan apa tadi...
    Tq follow blog saya ya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)