Cerita emping ni pun dah lama pun... ini memenuhi permintaan kak nabilah... masa berhenti di bahu jalan semasa balik Melaka tempohari, kak Nabilah terpandanglah bungkusan emping ni... bertanyalah dia kepada saya.
"Mama ini apa?"...
"Ni emping padi muda" jawab saya
"Rasa dia macam mana" terus bertanya untuk mencari jawapan..
Berfikirlah saya macam mana nak jawab " Nanti kita beli, mama buat, kakak rasa" itulah jawapan yg keluar dari mulut saya.. tak tahu macam mana nak terangkan rasa emping ni... dulu masa kecik2 mak saya selalu buat emping ni.. memang sedap pada tekak saya.. ye lah sebagai kudapan sewaktu kecilkan :)
Emping Padi Muda |
Inilah bahan-bahannya kelapa parut , dan emping padi muda....
RESEPI EMPING PADI MUDA
Bahan-bahanya :
- Satu bungkus emping padi muda
- 1/2 biji kelapa parut (ambil yg putih ajer)
- 4 sudu besar gula (tambah jika ingin manis)
- 1/2 sudu kecil garam
Caranya
- Basuh emping padi dan rendam dengan air panas lebih kurang 2 minit, lepas tu toskan bagi airnya kering.
- Sementara tu gaulkan garam, gula dan kelapa parut didalam mangkuk.
- Selepas tu masukkan emping padi tadi kedalam mangkuk yg digaul bahan diatas, gaul sehingga mesra.
- Boleh dihidang untuk dimakan.
Saya buat ni waktu petang ahad, masa tu tengah tengok movie pukul 3pm di TV3... rasanya cerita Senario ... santai jer makan ni ... sedap juga buat kudapan.. tak sangka habis semangkuk...
wah.. resepi tradisi ni.. lama xmakan.. :)
BalasPadamsaya pun tak pernah makan... tak tahu mcm mana rasanya... tapi nampak sgt sedap :)
BalasPadamSuka gak mkn emping ni sbb MIL rajin buat gak :)
BalasPadamrasa nya cam masa kecikjer rasa bendani... entahler dah lama tak nampak...
BalasPadamResepi tradisional ni kak..
BalasPadamsusah nak jumpa dah..kena buat sendiri lah klu nak makan kan?..ehehe..kena belajar buat ni...:)
tak pernah makanlah pulak ... dah jadi macam kakak nabilahlah okje ni heheh
BalasPadamQH pon xpenah mkn emping ni..ni resepi dulu2kn..suka idea akak mengetengahkn resepi tradisional ni
BalasPadamrasanya mcm x pernah makan...
BalasPadamakak pun suka mkn emping bergaul kelapa ni.. nak pula kalau kat kg senang nak dptkan kelapa kulit hijau... bertambah2 sedaplah kan... selain digaul kelapa mcm tu... ada orang ckp boleh dibuat bubur juga.. betul ke ye? akak tak pernah cuba lagi..
BalasPadamMana nak beli? Hehe... Nak try tp xder empingnya haa...
BalasPadamMana nak beli? Hehe... Nak try tp xder empingnya haa...
BalasPadamAkak beli di Melaka itu hari Faiz... gerai yg jual ditepi jalan tu... tak tahulah kat sini ada ke tak ehe :)
PadamSedap emping..memang suka sgt..tpi skrg susah nk jumpa..klu jumpa pn bnyak yg dh letak pewarna..
BalasPadamBaru tahu kena rendam air panas...
BalasPadam