Selamat petang semua... minum petang kami adalah Roti Goreng Sardin. Ini gara-gara roti nak expired.... nak buat puding roti, malas lah pulak nak mengukus bagai, jadi cara yang mudah saya buatlah cara ni hehehe.... Untung dpt mama yang rajin macam saya ni ehe :D
Habis sekali hadap semangkuk ni oleh kami empat beranak kihkih ... pelahap jugak tu hahaha....
"Sedaplah mama" kata Jeeha sambil menambah kali kedua...
"Mama nak lagi" kata Nabil sambil menghulur piringnya...
"Mana mama dpt idea buat masak macam ini" inspektor polis Nabilah bertanya pulak hihihi
Sesungguhnya resepi dtg dgn sendiri, bila hati saya berkata cuba buat mcm ni, sedap jugak kot... Air teh pulak hasil Nabilah... hemmm sedap jugak air teh ni kata hati saya.. dah boleh diharaplah anak saya sorang ni ... ada sesiapa nak buat menantu hihihi ( gurau senda aje tau)
Jomlah kita tengok resepi yang amat mudah sekali ;-)
RESEPI ROTI GORENG SARDIN
Bahannya :-
8 keping roti(bakar dahulu di pembakar roti, kemudian dipotong enam bagi setiap keping roti)
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar (dimayang bulat)
1 sudu kecil asam jawa(saya guna asam jawa adabi yg dlm cup tu.. bancuh dgn setengah cawan air)
5 sudu besar cili merah kisar
Minyak masak utk menumis.
garam secukup rasa.
Caranya:-
1. Panaskan minyak utk menumis bawang besar yg dimayang, masak sederhana, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan pula cili kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukan sardin dan hancur-hancir ikan tersebut. kacau hingga sebati, selepas itu masukan air asam jawa, kacau sebentar kemudian masukan garam, rasa masinnya.
4. Selepas itu masukan bawang besar yg ditumis tadi, kacau sebati, kemudian masukan roti potong tadi, gaul hingga mesra.
5. Angkat, siap utk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ;-)