JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Mei 2013

Panasnya.... layan tekak dgn tutti fruity ;)

Lepas sarapan tadi, pukul 10.30 kami 4 beranak buat projek pertama pergi Jakel utk cari kain pasang biat baju raya. Puas round 3 tgkt jakel, di tmpt bawah juga yg berkenan dihati...

Keluar dr jakel dah pukul 12 tghri, tgh jalan menuju ke kereta bdk 3 org tu ternampak pula tutti fruity... dah sibuk minta singgah di situ, lagi pun dah lama dia org minta, jadi layankan jugak ;-)

Lepas tu  pergi cari tudung di Aspirasihana... tudung belum dtg lagi yg terbaru, warna pun tak ada yg sama dgn baju tu... kata adik tu pertengah jun baru smpi... so tak beli lg... tunggu dulu ;-)
Tercapai hajat dihati mereka layan tutti fruity ni ;-)

Suka sungguh dpt layan tutti fruity ni...
kak nabilah tak sabar nak mkn tu :D

3 mangkuk ni RM 24.00

Inilah baju raya kami tahun ini..
Tema warna merah you ;)
p/s Kekawan semua dah beli baju raya :D

Sarapan dah kekawan semua ;-)

Hari ni saya cuti sebab tak ada Daurah setiap hari Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam. Jadi pagi ni atas permintaan Nabil yg suka nasi goreng kg lah sarapan pagi kami empat beranak. En suami tak de, ada kerja Phuket Thailand selama empat hari, isnin ni baru balik huhuhu :'( asyik kena tinggal je kami empat beranak...

Kekawan sarapan apa hari ni... tentunya lebih sedapkan :D


Plate kak Nabilah siap ada kepok ganu n paru goreng ;-)


NASI GORENG KAMPUNG

Bahannya :-
1 mangkuk nasi
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
5 biji cili padi* ( ikut kepedasan anda ye)
Kangkung secukupnya
ikan bilis 1 mangkuk kecil
Garam secukupnya

Caranya :-
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bahan * kisar sehingga wangi.
3. Masukan sayur kangkung dan garam, kacau sekejap kemudian masukan nasi, kacau hingga mesra.
4. Akhir sekali baru masukan ikan bilis goreng tadi. Kacau hingga sekata.

5. Siap utk dihidangkan ;-)

Cukup mudahkan.... hehehe itu pun ko nak masuk blog yatie ooooiiiii kihkihkih..

Khamis, 30 Mei 2013

Kem Motivasi Pulak :)


Balik dari bercuti di Pangkor, kakak 2 orang tu pergi kem motivasi pulak di Nur Lembah Pangsun selama 2 hari bermula 27 - 28 Mei 2013. Kesian juga tengok dia orang belum hilang penat berjalan di Pangkor dah kesana pulak. Tapi budak 2 orang tu cukup seronok, bila balik rumah kata nak ikut kem tu lagi ... 

Kem Motivasi Smartstudy di kendali oleh pakar motivasi terkenal Osman Affan, bagaimana untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran...



Ini kumpulan Nabilah... nama kumpulannya TEMBIKAI
tapi gambar lain hehehe
tergelak saya tengok, ialah gambarnya jauh bezanya dari
tajuk kihkihkih... dibawah tu nama-nama dalam kumpulan mereka

Sayup jer gambar Nabilah... pakai tudung pink tu...


Besar sungguh gelak kakak Jeeha... apa yg kelakar sangat tu :D


Suka Nabil tengok kereta tu, nampak separuh jer..

Bergambar beramai-ramai sebelum masuk kelas
Gambar ni semua saya ambil di FB kawan saya, dia menjadi urusetia utk menjaga anak-anak kami ni... kem di anjurkan oleh pihak HR sempena cuti sekolah.  Bagus jugak kem boleh mengembangkan lagi minda anak-anak. :D




Rabu, 29 Mei 2013

WW : Kain Palekat lalala Kain Batik lalala :D Moralnya


Moralnya subuh hari dah turun kelaut hehehe
p/s tak sempat nak story mory lagi.... kerja kat ofis banyak lagi huhuhu ....
     tengok jer gambar ni dulu ye :)

Sabtu, 25 Mei 2013

Semoga usia dirahmati Ilahi ;-)

Semoga usia saya dirahmati Ilahi, selama saya bernafas didunia ini... Hari ini genap usia saya 44 tahun.. semakin bertambah usia semakin dekat saya akan sampai penghujungnya....

Bila saya bertanya kpd diri sendiri... untuk apa saya habiskan usia ini? Semoga saya terus memberi manfaat kpd diri sendiri dan org lain... seperti kata ustaz Hasrizal... erti hidup pada memberi...

Sekarang saya berada di Pulau Pangkor dari 24 - 26 Mei 2013.. Family day keluarga sebelah saya, seramai 7 keluarga yg pergi, 2 keluarga tak dpt pergi kerana ada tugas yg tidak mengizinkan..

Besday girl hehehe ;-)
p/s Malam nanti ada BBQ sambil sambut besday ahli keluarga yg lahir bulan Mei, nanti saya story mory hehe :D

Khamis, 23 Mei 2013

DAH 6 TAHUN NABIL... ALHAMDULILLAH ;-)

Hari ini genap umur Nabil 6 tahun, ptg tadi sempat lah meraikan besday bersama-sama kwn2 nya di tadika. Gembira sungguh mereka semua.
Bersama cikgu kesayangan
cikgu Diana nak potong kek sama
p/s nanti saya story mory ye.... sekarang tak sempat... minta maaf ye kekawan...

Rabu, 22 Mei 2013

WW : Hadiah Untuk Guru ^___^

Selamat Hari Guru
Jasamu Sentiasa Di Kenang
itu ucapan yg di tulis oleh kakak
diatas kadnya


Ini hadiah dari Najeeha, 2 utk sek kebangsaan dan
2 utk sekolah Agama, 3 cikgu perempuan seorang cikgu lelaki :)


Yang Nabilah pula, 3 cikgu lelaki seorang cikgu perempuan,
di Sek Agama kedua-duanya lelaki

p/s Projek cari hadiah ni sama dgn abahnya pada hari ahad tempohari, projek membalut malam tadi bersama saya... Sambutan hari guru ini akan dibuat pada hari khamis, semua murid dikehendaki bersekolah sessi pagi.

Sekolah anak kekawan semua dah sambut hari guru ke? Murid-murid generasi Y macam nilah seorang satu nak hadiah... :D

Selasa, 21 Mei 2013

Apa nak cerita ye ^___^

Assalamualaikum sahabat blog semua... apa khabar? dah 2 hari saya tidak bersiaran... kepenatan dan kesibukan tugasan yg ditinggalkan di tempat kerja, membuat saya terpanggil untuk mendahulukan itu semua sebelum membersihkan sesawang yg ada didalam blog saya ni :D

Sebenarnya banyak yg hendak saya kongsikan pengalaman saya berkursus ESQ ni... penuh keinsafan, terasa kerdilnya saya dihadapan Allah s.w.t  yg menciptakan saya... Ya Allah ampuni saya yg selama ini leka dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab yg telah Engkau perintahkan kepada hamba Mu ini .... Ya Allah ku bermohon kepada Mu supaya terus memberi petunjuk dan hidayah Mu kedalam hati ku ini ya Allah...


سُوۡرَةُ الاٴعرَاف

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢)

 Surah Al-Araf

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172) 

Ya Allah teruskan di dalam hati kami dengan saksi ini terus tertanam didalam jiwa " Benar (Engkaulah Tuhan kami), 



p/s Saya telah mula membaca Tunjang Suksess seperti yg sarankan oleh kekawan di blog, insha Allah akan saya kongsikan ilmiah yg saya baca. 

Wassalam

Sabtu, 18 Mei 2013

Nak baca yang mana dulu ;-)

Assalamualaikum sahabat semua... tiga hari ni separuh masa sayaberkursus, maaf jika saya tidak  sempat BW kekawan ye...
Jadi sempat update blog seringkasnya. Semasa berkursus adalah sedikit buku yg saya beli... ni lah antaranya ;-)

Buku ni saya beli semalam oleh kerana penganjur tidak memberi handout, sebabnya semua nota didalam buku ini.... so saya beli utk saya buat rujukan semula...

Buku ini diedarkan semasa saya makan tengahari , kakak yg edar tu kata utk infakinfak rumah anak yatim, nanti duitnya letak didalam tabung anak yatim yg ada di bawah ye... tmpt mkn  ni berada diatas, saya pun infak lah duit saya pd tabung itu...

Buku yg ini saya beli pd hari rabu, masa tu saya sedang cari buku utk sahabat saya, bila lihat buku ini saya pun beli sebab bagus saya baca sinopsisnya....

p/s pada pendapat kekawan semua buku yg mana satu yang patut saya baca dulu ;-)



Jumaat, 17 Mei 2013

KURSUS ESQ 17 - 19HB MEI 2013

Hari ini saya mengikuti kursus ESQ di SACC Shah Alam, pukul 7.30 pagi dah mula mendaftar, selepas saya menghantar 3 beradik tu kesekolah, bergegas saya ke sana.

Hari pertama kursus dah semakin penuh dgn info di kepala, bila sampai rumah baru terasa penat. Semua penyampai diambil dari ayat Al Quran, apabila dikupas satu persatu terasa kerdilnya saya sbgi hamba Allah. Surah Asy Syams yg dikupas tentang sumpah Allah bahawa sesungguhnya berjayalah org2 yg tambah bersih dgn iman dan amal2 kebajikan.


سُوۡرَةُ الشّمس
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا (١) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا (٢) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا (٤) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا (٥) وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَٮٰهَا (٦) وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧)
 Surah Ash-Shams
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) 



Bergambar dgn banner jer sbb didalam tu tak boleh ambil gambar dah peraturan penganjur.


Khamis, 16 Mei 2013

KAD UNTUK GURU ^____^





Yang ni Kad Lawak hehhee

Kesian cikgu ni penat mengajar Bahasa .... ini pulak ayat yang diterima dari
anak murid :)



Penat kemain cikgu ni kan hehehhee :D



Apam Strawberry 3D

 Ingat tak itu hari saya ada cerita tentang apam yang saya buat versi 3D yang saya bawa kekampung en suami , jadi disini saya nak kongsi bersama macam mana nak buat apam versi 3D.... ianya dipanggil 3D sebab dot dot dia tu timbul. Memang mengambil masa sikit nak buat versi 3D, lenguh jugalah kaki berdiri hehehe.

Nampak tak dot dot dia yg timbul tu...
Okey jom kita tengok macam mana nak buat ye... resepi saya masih guna Hana Memories punya resepi cuma saya ada tambah sikit  bahan susu nya sebab nak bagi lembut sikit apam tu.


RESEPI APAM STRAWBERRY 3D
















Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus 
  • 150gm susu segar ( saya tambah jadi 200gm)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.(saya guna strawberry)
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  8. Setelah dikukus itu keluarkan dari kukus picitkan bentuk dot dot yang disukai (saya suka bentuk strawberry tu:)
  9. Kemudian kukus semula selama 10 minit, maka terbentuk dot dot yg timbul itu.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
p/s Ada sesiapa nak oder... :D

Rabu, 15 Mei 2013

WW : Apakah perkataan pertama yang anda lihat :)





Perkatan pertama yang saya lihat ialah LOVE

kekawan nampak apa ye.... cer komen sikit :D

Selasa, 14 Mei 2013

Gulai Ikan Putih Air Tawar Dengan Pegaga ^__^

Saya masak gulai ikan putih masa cuti mengundi tempohari... baru nak tempek kat blog ni... Beli ikan ni di Pasar Tani Paya Jaras... cantik pulak saya tengok ikan putih ni tak tau apa nama yang sebenarnya. Ikan ni hidup lagi masa di siang oleh penjual tu, kak nabilah terkejut tengok, mejerit dia... "ikan itu hidup lagi lah' pak cik yg sedang menyiang ikan tu pun terperanjat sama.... hahhaha berderai gelak saya dan kakak andak saya bila Nabilah menjerit kuat...

Bila jalan depan lagi, jumpa pulak pucuk pegaga yang cantik menghijau, lepas tu pegaga kampung sungguh, apalagi terbit lah rasa nak masak gulai dengan pegaga... emmm harum jer bau gulai tu bila dimasukan daun pegaga tu... tak sangka semua orang suka ikan ni, Nabil sendiri boleh menambah 2 kali tapi pucuk pegaga tu dia tak makan lah, dia makan ikan jer dengan kuah gulai tu lepas tu letak kicap... perghhh tengok pintal tangan nabil mengambil nasi dengan ikan tu... berselera pulak saya tengok :D

Gulai Ikan Air Tawar Putih Dengan Pegaga
Inilah rupa ikan tu ... gambar ni pun saya minta tolong dari en google hehehe

Macam ni lah segarnya ikan yg saya beli tu :)
Jom kita tengok resepi gulai ikan putih pegaga ni... senang je nak masak kekawan...

RESEPI IKAN PUTIH AIR TAWAR DENGAN PEGAGA


Bahannya :-

  • 1 ekor ikan putih air tawar
  • 1 mangkuk santan cair dan 1 mangkuk santan pekat (diambil dari sebiji kelapa)
  • 1 ikat pucuk pegaga
  • 2 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 inci kunyit hidup* (kisar semua bahan *)
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
Caranya :-

  1. Masukan santan cair, bahan kisar dan ikan kedalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  2. Selepas itu masukan daun kunyit, serai, asam keping dan garam, kacau perlahan lagi, rasa masin dan masamnya.
  3. Kemudian sekali baru masuk pucuk pegaga, kacau sekejap hingga mesra dengan kuah gulai dan tutup api, supaya pucuk pegaga tidak terlalu layu.
  4. Siap dihidangkan, makan bersama nasi putih panas-panas... emmm sedapnya :D


TIPS : Ada sesetengah tak makan ikan air tawar ni sebab bau hanyir... jadi untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut, ambil dua biji limau nipis, potong-potong dan perahkan kedalam mangkuk ikan, gaul-gaulkan, rendam selama satu jam. Kemudian cuci bersih dan toskan. Insha Allah ikan tak berbau hanyir...

Isnin, 13 Mei 2013

Perjalanan kami semalam ;-)

Semalam kami balik kg en suami di  Kg Chohong Jasin Melaka, pukul 7.45 pagi kami dah keluar rumah, kami balik ni kerana ada kenduri arwah untuk semua ahli keluarga en suami yang telah pergi ke ramahtullah. Jadi,hari Sabtu ini   projek saya buat apam strawberry versi 3D dan kek coklat gananace utk dibawa ke kg..

Apam Strawbeery ni trade mark saya lah bila buat apam hehehe


Sebelum ke kg, singgah di Senawang jumpa kak T yg kenal di alam maya yg hendakan pokok belalai gajah, agak sedih juga tak dpt tolong buatkan dua pokok di semai ini kerana saya demam denggi 2 minggu, jadi pokok2 saya pun tak terbela, jadi saya cabut jer pokok belalai gajah tu dr pasu saya dan alihkan ke pollybag. Moga pokok belalai gajah tu hidup subur bawah jagaan kak Ti..

Ini lah kak T dan saya, kak nabilah yang tolong ambilkan,
tengok pokok tu tak banyak daun pun :(
Lepas jumpa Kak T, kami singgah pula di R & R Air Keruh, lebih kurang pukul 9.00 pagi untuk berhenti sarapan pagi kerana kami tak bersarapan keluar rumah tu... kakak dua orang tu mencadangkan sarapan di A &W, kakak nak burger dan air root beer floot yang yummy tu... en suami suruh bungkus makan dalam kereta, kemudian bertukar fikiran bila tengok tempat wakaf tu eleok jer bersih dan dekat dgn kereta kami parking tu maka, makanlah kami disitu

Tengok kak Nabilah makan burger tu... laparrrr katanya :D
Sampai kekampung dalam pukul 10.30 pagi, masa dia orang tengah sibuk memasak, saya pun tolong apa yang patut dan en suami pula kena basuh beras utk masak nasi. Lepas solat zohor orang masjid pun datang untuk bacaan yassin dan tahlil ringkas arwah. Ini jer gambar yg sempat saya ambil sebab sibuk pula untuk menghidang, masa baca yasin tu saya join sama...

Bacaan yassin kaum ibu :D

Kaum ibu sedang sibuk mengambil makanan

Akhir sekali sebelum balik kami memotong kek untuk hari ibu, ini lah sebahagian ibu-ibu dirumah itu... selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia :D


Pukul 5.00 petang kita orang pun balik, dlm kereta tiga beranak tu pakat tidur sebab penat bermain dengan sepupunya dan kekawan disitu, lebih kurang pukul 7.00 malam kami sampai di rumah. Ini cerita perjalanan kami semalam...

p/s kekawan pergi mana semalam :)

Sabtu, 11 Mei 2013

Roti Goreng Sardin ... yummy ;-)


Selamat petang semua... minum petang kami adalah Roti Goreng Sardin. Ini gara-gara roti nak expired.... nak buat puding roti, malas lah pulak nak mengukus bagai, jadi cara yang mudah saya buatlah cara ni hehehe.... Untung dpt mama yang rajin macam saya ni ehe :D


Habis sekali hadap semangkuk ni oleh kami empat beranak kihkih ... pelahap jugak tu hahaha....

"Sedaplah mama" kata Jeeha sambil menambah kali kedua...

"Mama nak lagi" kata Nabil sambil menghulur piringnya...

"Mana mama dpt idea buat masak macam ini" inspektor polis Nabilah bertanya pulak hihihi

Sesungguhnya resepi dtg dgn sendiri, bila hati saya berkata cuba buat mcm ni, sedap jugak kot... Air teh pulak hasil Nabilah... hemmm sedap jugak air teh ni kata hati saya.. dah boleh diharaplah anak saya sorang ni ... ada sesiapa nak buat menantu hihihi ( gurau senda aje tau)

Jomlah kita tengok resepi yang amat mudah sekali ;-)

RESEPI ROTI GORENG SARDIN

Bahannya :-
8 keping roti(bakar dahulu di pembakar roti, kemudian dipotong enam bagi setiap keping roti)
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar (dimayang bulat)
1 sudu kecil asam jawa(saya guna asam jawa adabi yg dlm cup tu.. bancuh dgn setengah cawan air)
5 sudu besar cili merah kisar
Minyak masak utk menumis.
garam secukup rasa.

Caranya:-
1. Panaskan minyak utk menumis bawang besar yg dimayang, masak sederhana, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan pula  cili kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukan sardin dan hancur-hancir ikan tersebut. kacau hingga sebati, selepas itu masukan air asam jawa, kacau sebentar kemudian masukan garam, rasa masinnya.
4. Selepas itu masukan bawang besar yg ditumis tadi, kacau sebati, kemudian masukan roti potong tadi, gaul hingga mesra.
5. Angkat, siap utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ;-)

Jumaat, 10 Mei 2013

Jelly Milo Rumpai Laut ... Yummy ^___^

 Dah lama saya tak cerita pasal Rumpai laut ni a.k.a PMC...saya buat jelly ni pada hari minggu baru ni... budak-budak bertiga ni suka sangat kalau saya buat jelly/agar-agar.. buat pulak rasa milo lagi lah dia orang suka....

Jelly Milo Rumpai Laut
 Saya buat dua lapis, diatasnya milo dan dibawahya susu... perghhh gabungan yang mantop tu...

Stok dah mari siapa nak oder cepat-cepat takut habis... harga pun dah murah 100gram hanya RM10.00 jom...

Jom kita semak pulak resepi Jelly Milo Rumpai Laut ni...

 RESEPI JELLY MILO RUMPAI LAUT









Bahan-bahannya :-
  • 30 gm rumpai laut kering (rendamkan bagi kembang)
  •  41/2 cawan air 
  •  2 cawan gula
  •  3/4 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak rumpai laut yang telah dikembangkan bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian tapis rumpai laut tersebut, kemudian masukan gula. Bila dah sebati bahagi dua bahan tersebut.
  3. Untuk lapisan pertama masukkan milo kedalam bahan tersebut, kacau perlahan hingga bahan sebati.
  4. Tuang bahan kedalam acuan (ikut suka acuan anda ye)
  5. Ketepikan lapisan pertama..
  6. Buat pula lapisan kedua, masukan susu dan esen vanila. Kacau perlahan hingga bahan sebati.
  7. Lorek-lorek lapisan pertama tadi dengan pisau (garfu) supaya ianya melekat dengan lapisan kedua.
  8. Kemudian tuang bahan lapisan kedua kedalam acuan tadi.
  9. Masukan kedalam peti ais, tunggu keras.
  10. Siap dihidang semasa sejuk.

Jom cuba kekawan.... senangkan :D

Khamis, 9 Mei 2013

30th BIRTHDAY GIVEAWAY ~ MAMA HAKIM

Mama vogue ada buat Giveaway... inilah pertama kali saya menyertai giveaway hehehe ....
Harap-harap nama saya naik lah bila cabutan tu nanti... Jom kekawan kita joint :D



Happy Birthday mama Hakim.... Semoga usia di berkati Ilahi... :D

Paling best blog ini yang akak suka baca sebab "THE STORY OF WONDERFUL" hahaha relax dan santai jer story mory mama hakim ni... pastu banyak info yg di kongsi bersama.... sharing is caring :D


p/s Teringin juga nak buat giveaway sendiri... tengah dok fikir bila nak buat :D

Hari Lahir Kesayangan Hamba ^___^

 Semalam hari lahir en suami yg ke 45 tahun... so kami raikan dengan majlis kesyukuran anak beranak pada malamnya... Kek coklat moist untuk besday en suami... Selamat hari lahir Darling.. semoga usia di rahmati Ilahi dan bahagia selalu disamping kami ye ^__^

Tengok Nabil tu dia yang sibuk sekali nak potong kek tu :)

Ni lah sambut hari lahir en suami merangkap dinner  kami sekeluarga pada malam itu
Nasi Arab Ayam Panggang dan Kambing... yummy :D

Nabil tengah mengutip coklat chip diatas kek tu :)

Kad untuk Abah dari kak Jeha , Kak Bella , Nabil Dan Mama
Belum kesempatan membeli hadiah... :D
 
Ucapan yang ditulis oleh kami 4 beranak utk en suami

Tengok love nabil tu I Love Abah
ada tulisan kecil dan besar aBaH hehehe

Hari ini 9hb-14hb Mei 2013 , kakak Nabilah menduduki peperiksaan pertengahan tahun, kak Nabilah yang terakhir utk KBSR dan terakhir untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga Kak Nabilah dapat menjawap soalan dengan tenang. Ya Allah permudahkanlah Anak ku menjawab peperiksaan nya. Amin..

Tenang jawap periksa ye sayang Nabilah :)