Selasa, 25 Jun 2013

Ada juga yg cuba hingga dua kali :D

Tak sangka resepi mee rebus mudah saya tu ada juga yg mencuba... bila di komen dah dua kali menmbuatnya lagi lah .... mudah rupanya hehe


Jadinya petang semalam untuk berbuka puasa saya buat mee rebus mudah ni ajer... malas rasanya nak masak lauk berbagai tu... lagi pun budak tiga orang tu pun suka...

Belum saya berbuka puasa budak 3 orang ni dah makan dulu...ni terus merangkap dinner lah ye... malam karang tak de nak makan nasi tau... 3 kali tambah dorang makan hehehe :D

 Lebih kurang pukul 6.45 pm, jiran sebelah rumah saya dok panggil Nabilah... Nabilah...masa tu saya didapur, rupanya dia bagi otak-otak ni, rezeki lagi, bolehlah buat berbuka puasa saya nanti, tapi biasalah mesti budak 3 orang tu yg merasmikan dulu....

 Inilah menu berbuka puasa saya semalam Otak-otak, Mee Rebus Mudah dan Air Teh 0 panas... sedap jer lalu ditekak ni.... Insha Allah hari ni saya puasa lagi... Hari ni selasa ada pasar malam... jadi beli disana jer nanti hehehe :D

Jika kekawan nak resepi Mee Rebus Mudah tu boleh klikdisini  resepi-mee-rebus-mudah. :D

24 ulasan:

  1. Nak try buat jugak lah..! hehehe..
    mesti sedap ni sbb tu anak2 makan bertambah!!

    BalasPadam
  2. dr semalam rasa nak makan mee rebus...lama tak buat. Masa ni lah terkenangkan arwah ayahanda...mee rebus buatannya pun sedap. sy jek kecik lagi masa tu lum belajar buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rindu air tgn org Tua kita kan fazian ;) Moga rohnya damai disana....

      Padam
  3. Kakak berbuka mee juga tapi mee goreng, ada bubur asyura anak kakak dapat dari sekolah juga dan roti jala (mak zah buat) cecah kari baki hari Ahad kakak masak tak habis.

    Nanti kakak nak tengok mee rebus mudah inilah. Mana tahu kakak pun boleh ikut juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah lagi meriah buka puasa kakzakie, ada bubur asyura dgn roti jala, Dua2 saya suka :D

      Padam
  4. Saya suka mee rebus, nak try jugaklah.. Tq share resepi ya kak :D

    BalasPadam
  5. tak pernah try buat mee rebus.. -.-' maybe boleh cuba pasni..

    salam perkenalan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try lah cik gee... mudah jer tu ;)

      Tq singgah blog akak, nanti akak BW blog cik gee...

      Padam
  6. mee rebus mmg favourite kami... dah lama tak jumpa mee kuning tu... dah lama juga kami tak makan mee rebus mcm tu

    BalasPadam
  7. Akak biasa pergi pasar malam mano yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak poie pasar malam ss6 & ss7 Jo PM... dokek ngan umah ;)

      Padam
  8. Assalam y.atie..kLau mudsh dan sedap nesti ramai yang nak cuba buat.banti acik pun nak cuba

    BalasPadam
  9. assalam ..singgah pagi
    mmg sedap mee rebus tu..sy pun rajin jg buat sbb ank2 suka kuahnya yg manis..

    BalasPadam
  10. mesti sedap ni kak.. tu yg org sampai masak 2 kali dah..
    kena cuba juga nti..:)

    BalasPadam
  11. mesti sedap tu sampai dah 2 kali dibuat.. nnt boleh kita cuba plak...

    BalasPadam
  12. Kalau berpuasa, berbuka pulak dengan resepi cenggitu walaupun simple....mmg sedapkan CH!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)